Penuh inbox KP orang tanya pasal siapa selayaknya jadi PM jika Pakatan Rakyat memerintah.
1. Sahabat sekelian, yang layak pegang amanah kepimpinan ialah mereka yang beriman dan bertaqwa kepada Allah swt. disamping soleh dan memahami selok belok kepimpinan sebagai ungkapan yang pernah disebut oleh Saidina Umar al Khattab :
تفقهوا قبل أن تسودوا
...
Fahami olehmu [ Islam dan ilmu kepimpinannya ] sebelum kamu dilantik menjadi pemimpin.
2. Nabi saw pernah menyebut : Hadis dari Abi Hurairah Rha.
إذا ضيعة الأمانة فانتظر الساعة قال كيف إضاعتها يا رسول الله قال إذا أسند الأمر إلى غير أهله فانتظر الساعة
Apabila berlaku penyelewengan amanah maka tubggu saat kebinasaan. Lalu Abu Hurairah Rha bertanya : Apakah penyelewengan amanah itu Ya Rasullallah ? Sabda Rasulullah saw : apabila diserahkan urusan [ kepimpinan ] kepada orang yang tidak layak menerimanya maka tunggulah detik kebinasaannya.
3. Sementara bangsa menjadi kepentingan no. 2 selepas iman dan taqwa. Bangsa pemimpin tertinggi seperti Perdana Menteri mestilah dirujuk kepada bangsa yang paling berpengaruh pula menepati kepentingan no 1 iaitu Iman dan Taqwa. Antara indikator berpengaruh biasanya dilihat pada kuantiti mereka iaitu bangsa majoriti dan juga aspek - aspek seperti ketuanan dan sebagainya.
4. Nabi saw pernah menyebut :
الأئمة من قريش
Kepimpinan itu dari Quraisy [ iaitu merujuk kepada bangsa yang paling berpengaruh ada waktu itu ]
5. Bangsa yang menepati Quraisy dalam hadis Nabi saw dalam konteks negara kita ialah melayu. Setelah melihat kepada sistem negara kita sebagai sebuah negara Raja berpelembagaan dan raja itu dari bangsa melayu, majoriti penduduk adalah melayu, maka nilai pengaruh itu masih pada bangsa melayu.
6. Pun begitu saya tegaskan sekali lagi, kepentingan no 1 iaitu Iman, Taqwa dan soleh serta memahami selok belok kepimpinan menjadi prinsip menentukan Perdana Menteri Malaysia yang kita mahu dan dilengkapkan dengan kepentingan no 2 iaitu faktor bangsa yang berpengaruh.
7. Kita tidak mahu pemimpin yang dipilih semata - mata berbangsa melayu tetapi tiada nilai iman, taqwa dan soleh serta faham amanah kepimpinan. Seperti melayu yang korup, tidak bermoral, menyeleweng, pecah amanah,mdiktator dan sebagainya.
8. Kita mahu kepimpinan muslim mukmin yang soleh pula memahami selok belok kepimpinan dengan baik, diambil dari bangsa melayu.
9. Fardhu taqdir tiada kepentingan no 1 itu pada bangsa melayu sebaliknya ada pada bangsa Cina, maka cina yang muslim mukmin dan soleh serta memahami seni kepimpinan dengan baik, maka layaklah ia menjadi Perdana Menteri.
10. Namun untuk mendapat kepimpinan yang sedemikian, kita perlu berjuang mengislahkan sistem dan segenap cabang struktur pembinaan insan dan negara bagi melahirkan pemimpin yang sedemikian. Kepimpinan sedemikian mesti dibina. Ia tidak hadir melalui gosokan lampu ajaib aladin atau harmonika Laksamana Doremi.
Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Source: https://www.facebook.com/
No comments:
Post a Comment