JENGKA, 8 Mei - Bersempena pengumuman yang akan dibuat oleh Perdana Menteri Malaysia,
Datuk Seri Najib Tun Razak (foto)
berkenaan durian runtuh Felda, kami cuba membuat anggaran berapa
sepatutnya yang diperoleh oleh setiap peneroka Felda. Selepas 360 ribu
hektar tanah
Felda Plantation dicagarkan kepada
Felda Global Ventures Holdings (FGVH)
selama 99 tahun, peneroka Felda akan menerima bayaran lump sum RM5.9
billion. Bilangan peneroka Felda di Malaysia ialah 112,635 orang
(rujukan: laman web Felda). RM5.9 billion dibahagi kepada 112,635 =
lebih kurang
RM52,381 per keluarga. Kalau peneroka dicampur dengan staf Felda pula, ada kira-kira
220,000 orang. Jadi
RM5.9 billion dibahagi kepada 220,000 = lebih kurang
RM26,818. Jadi anggaran jumlah durian runtuh sepatutnya antara
RM25,000 ke RM50,000.
Walaupun begitu, kita merasakan Najib tidak akan mampu memberikan
wang sebanyak itu, menunjukkan bahawa sama ada FGVH tidak memberikan
wang pampasan kepada peneroka Felda, ataupun wang yang diterima itu
"digelapkan" oleh
pihak-pihak tertentu sebelum sampai ke tangan peneroka. Malah,
mungkin juga jumlah itu ada tetapi peneroka tidak akan mendapat wang
tunai atas durian runtuh tersebut. Ini kerana ia akan dijadikan saham
yang mana akan dibayar semula oleh peneroka menerusi perjanjian sulit
Felda dengan bank-bank terpilih. Malah, ada yang mendakwa borang
perjanjian pinjaman dengan bank yang diedarkan baru-baru ini juga umpama
ada
"udang di sebalik mee" yang akan menjerat leher para peneroka.
Ia terbukti apabila dokumen yang ditandatangani menunjukkan persamaan
tawaran share oleh syarikat kepada pekerja dengan kaedah pinjaman bank
seperti yang berlaku kepada Titan chemicals, Telekom dan Petronas Chemical Bhd,
dimana selepas 6 bulan mereka perlu membayar semula pinjaman bank
berkenaan. Bayangkan jika jumlahnya RM50,000 hingga RM100,000?. Felda
ketika itu akan "lepas tangan" dan yang akan menjadi mangsa ialah peneroka akhirnya. Inilah dia "grand design" yang akan menjerat mereka. Jangan nanti peneroka
"menang sorak kampung tergadai".
Inilah sebahagian daripada dokumen perjanjian kosong yang akan menjerat
peneroka felda seluruh negara tidak lama lagi sebenarnya (klik pada imej)[Dokumen
diatas adalah sebagai bukti bahawa para peneroka telah ditipu kerana
tandatangan "borang kosong" untuk pinjaman bank bagi memiliki saham
FGVH. Malah, dalam perjanjian itu peneroka akan dibebankan untuk
menanggung segala kerugian dan bersedia untuk menanggung kerugian
terhadap semua tindakan guaman, prosiding, tuntutan, permintaan,
kerugian serta lain-lain yang berkaitan. Cuba fikir, agaknya bank mana
yang boleh bagi pinjaman tanpa cagaran? Maka apa agaknya yang telah
Felda cagarkan? Sudah pastilah tanah ladang milik peneroka terbabit.
Memang asalnya penyenaraian FGVH tidak libatkan ladang seperti yg
didakwa, tetapi peneroka akan terjerat pada perjanjian ini apabila
mereka gagal membayar pinjaman bank terbabit. Felda akan lepas tangan
selepas enam bulan dan siapa yang akan jadi mangsa?. Sudah pasti
peneroka. Maka apa guna durian runtuh, jika untuk merosakkan mereka].
Source:
http://bm.harakahdaily.net/index.php/terbaik-dari-blog/10146-panas-durian-runtuh-jika-jujur-kenapa-hanya-yang-qsign
No comments:
Post a Comment