Wednesday, May 23, 2012

PAS akan demo depan NST isu 'bapa kafir'


emuda PAS akan mengadakan demonstrasi depan ibu pejabat New Straits Times (NST) di ibu negara pada Jumaat ini ekoran penyiaran laporan yang menggelar mursyidul am mereka Datuk Nik Aziz Nik Mat sebagai "bapa kafir".

NONESetiausahanya Khairul Faizi Ahmad Kamil (kanan) berkata, dewan itu telah berjumpa dan meminta NST menarik balik dan memohon maaf atas laporan itu tetapi akhbar itu didakwa masih berdegil berbuat demikian.

"Setiap ahli PAS diminta untuk hadir bagi menyatakan bantahan terhadap kebiadapan kenyataan New Straits Times iaitu (berkaitan laporan) 'Nik Aziz is father of kafir' (Nik Aziz bapa kafir) dan juga kedegilan mereka untuk memohon maaf," katanya.

Pemuda PAS pada 14 Mei lalu menyerahkan memorandum bantahan kepada NST dan memberikan tempoh 24 jam  kepada akhbar itu supaya memohon maaf atau mereka akan mengambil tindakan yang lebih keras.

Dalam kenyataannya hari ini, Khairul Faizi berkata, demonstasi itu akan diadakan selepas solat Jumaat di balai berita NST di Bangsar.

Pemimpin muda PAS itu juga berkata, pihaknya juga minggu lepas telah mengarahkan demonstrasi di peringkat negeri-negeri dilakukan sebagai tanda tidak puas hati mereka.

NST sebelum ini memetik bekas ketua polis negara Tan Sri Rahim Noor sebagai menyifatkan Nik Aziz sebagai bapa kafir yang didakwanya cuba memesong orang Islam bahawa perhimpunan BERSIH 3.0 tanggungjawab agama.

Susulan itu, PAS turut mengancam mengambil tindakan undang-undang terhadap Rahim dan harian berbahasa Inggeris itu.

Source: http://malaysiakini.com/news/198773

No comments:

Post a Comment