Selepas saya menyiarkan surat Anak Peneroka Papar Sabah yang
mempersoalkan proses penyenaraian FGVHB yang dibuat dalam keadaan tergesa-gesa,
tidak telus dan seolah-olah ada perkara disembunyikan, beberapa surat yang
membawa perasaan sama dikirimkan kepada saya untuk dikongsi perasaam bersama
penjenguk blog Merah Tinta.
Intipati surat itu menyatakan rasa tidak puas hati atas penyenaraian
FGVB itu dan merasakan peneroka yang menanda tangani untuk pinjaman loan bagi
membeli saham seperti tertipu dan bakal menanggung bebanan hutang. Di bawah ini
saya siarkan satu lagi surat juga dari anak peneroka yang menamakan dirinya,
Akulah 69 Anak Peneroka Juga.
Salam tuan,
Saya telah membaca email Anak Peneroka Papar Sabah yang tuan siarkan.
Saya juga anak peneroka yang saya pasti ayah saya tidak menandatangani
perjanjian pembelian saham tersebut.
Apa yang saya ingin kongsikan dengan tuan berkenaan nasib pekerja yang
bekerja di Felda Plantation (FP) sebagai buruh...mandur dsb. Di kalangan mereka
ada yang hampir belasan tahun mengabdikan diri dengan FP dan berharap suatu
ketika seekar dua tanah FP itu akan diberikan kepada mereka sebagai bekalan
hari pencen.
Mereka setia dengan harapan mereka juga diberikan tanah dan rumah
seperti peneroka FELDA. Malangnya, harapan hanya tinggal harapan. Baki 3..4..5
tahun lagi mereka bekerja, bila pencen ke mana mereka hendak pergi. Kuarters
yang didiami perlu dikosongkan apabila telah pencen.
Dengan pendapatan seribu.. tak sampai dua ribu sebulan, apa yang mreka
dapat apabila pencen. Yang dah ada rumah, adalah tempat berteduh. Yang
belum ada rumah...yang anak masih bersekolah??? Ini adalah keluhan
mereka. Pergi bertanya dengan pekerja akta buruh FP, berapa gaji mereka. Taraf
mereka sama dengan mat Indon dan Bangla yang ramai di FP.
Satu lagi tuan, saya pelik... melabur pun belum lagi tetiba RM15,000
sudah diberi kepada peneroka, bini peneroka dan anak peneroka. Belum ada urus
niaga 'keuntungan' telah diberi. Tidakkah pelik???
Tidakkah peneroka perasan perkara ini. Pada pandangan saya, RM15,000
diberi itu adalah duit yang dipinjam oleh peneroka untuk beli saham. Diambil
sedikit untuk diberi semula pada peneroka. Tidakkah mereka sedar, bahawa
RM15,000 itu mereka juga yang perlu bayar berdasarkan perjanjian. Duit itu
seolah-olah advance sebagai gula-gula PRU. Untuk beli undi peneroka, bini
peneroka dan anak peneroka. Kalau mereka yang tidak tandatangan pinjaman
pembelian saham pun dapat juga maknanya untunglah yang tidak tandatangan
perjanjian itu.
Pegawai FELDA dan email Anak Peneroka Papar Sabah juga menyatakan bahawa
dalam tempoh 6 bulan peneroka digalakkan jual saham ketika saham naik. Saya
yakin saham naik, peneroka akan jual. Siapa yang beli?? Selepas dijual, saham
makin naik, siapa pulak yang akan untuk lebih besar. Itu kalau saham makin
naik. Kalau saham tak naik, siapa yang akan tanggung kerugian???
Silap haribulan, walau dikatakan tanah tidak akan hilang tapi siapa tahu
jika peneroka tidak mampu jelaskan hutang piutangnya maka FELDA aka Kerajaan BN
akan buat sesuatu supaya tanah itulah juga sebagai gadaian kepada pihak bank
atas kegagalan menjelaskan pinjaman.
Satu lagi, mengapa sebelum Jun. Adakah ada kena mengena dengan
pilihanraya? Adakah 'mereka' mengumpul dana untuk pilihanraya?? Saya dihubungi
saudara yang bekerja sebagai penjawat awam telah bercerita tentang pinjaman
FGVHB ini adalah dana pilihanraya. Dia kata ceritanya daripada bangsa 'itu'
sendiri. Betul atau tidak walllahua'lam.
Akulah 69 Anak Peneroka Juga,
Pahang.
[wm.kl.7:30 am 11/05/12]
Source: http://msomelayu.blogspot.com/2012/05/reaksi-pagi.html
No comments:
Post a Comment