Monday, February 20, 2012

Relaks Kejap - Jangan Tension - 5 Negara Paling Murah

5. Pakistan - Walaupun negara ini dikenali kerana ketidakstabilan dari segi politik, mata wang Rupee yang rendah menyebabkan kos hidup di Pakistan amat murah. Barangan seperti petrol dan hidangan di restoran mungkin mempunyai harga sama atau lebih mahal berbanding di negara lain, tetapi apa yang murah di Pakistan adalah nilai hartanahnya yang rendah. Sebuah rumah dengan empat bilik tidur di ibu kota Karachi boleh dibeli dengan hanya RM99,000!
4. Filipina - Negara Asia ini mempunyai antara kos hidup paling rendah di dunia, dengan tambang teksi untuk perjalanan lebih 1.6 kilometer hanya RM0.60 manakala harga untuk perkhidmatan memotong rambut hanya RM2.40. Yuran di universiti tempatan untuk satu semester juga hanya RM750, menjadikan pendidikan antara yang paling murah. Dan gaji pembantu rumah untuk sebulan = RM135.

2. Zimbabwe - Barangan di Zimbabwe adalah antara yang termurah dunia selepas sistem kewangan negara itu musnah sama sekali sehingga menyebabkan inflasi mencecah 1,000 peratus pada 2008. Nilai matawang Zimbabwe yang jatuh teruk menyebabkan barangan seperti susu hanya berharga RM2.40 seliter manakala satu kilogram daging lembu berharga RM1.80.

1. Paraguay - Negara paling murah di dunia dalam tinjaun Mercer adalah Paraguay , iaitu sebuah negara yang terletak di Amerika Selatan. Kadar sewa bulanan di pangsapuri di pusat bandar Paraguay hanya RM450 dan harga makan malam di sebuah hotel hanyalah RM15. Mengidamkan hidangan steak dan salad di restoran? Anda hanya perlu membayar RM9. Jadi anda boleh hidup seperti raja di negara ini.
3. Argentina - Sejak beberapa tahun lalu, Argentina berhadapan dengan perubahan dramatik daripada negara paling mahal di dunia kepada negara paling mampu untuk didiami akibat krisis ekonomi yang melanda negara Amerika Selatan ini. Barangan kulit seperti jaket dan dompet boleh didapati dengan harga hanya satu pertiga daripada nilai yang dijual di negara lain.
Baca Selanjutnya...

Saturday, February 18, 2012

Apa yang boleh anda sumbangkan untuk PRU13

16 Feb 2012
Kolum Kesatuan Fikrah adalah wadah untuk rakyat memperlihatkan kepelbagaian idea daripada lapisan-lapisan pemimpin PAS, dari yang veteran ke pemuda dalam isu-isu hangat yang membelungi negara kini.

Mewakili PAS Pusat ialah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, suara ulama diwakili oleh Ketua Penerangan Dewan Ulama, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh manakala suara pemuda diwakili Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasrudin Hassan at-Tantawi.

Jika anda mempunyai sebarang soalan yang ingin ditanyakan kepada Abang Mat, Ustaz Tuan, Ustaz Nik Zawawi dan Ustaz Nasrudin, sila email kepada hdaily.kesatuan.fikrah@gmail.com

Minggu ini, mereka berempat berbicara dengan soalan berikut:

Apakah sumbangan yang anda dan ahli PAS boleh lakukan untuk kejayaan PAS pada Pilihan Raya Umum (PRU) 13?

Abang Mat:

Saya nasihatkan setiap ahli PAS hendaklah berjumpa untuk besembang, berdialog dengan bukan ahli PAS dan mengajak mereka membuat perubahan. Dengan memberikan contoh-contoh penyelewengan dan korupsi kerajaan BN, kita sama-sam memberitahu mereka untuk selamatkan negara dari muflis dan gantikan dengan negara berkebajikan. Saya juga sarankan agar ahli PAS menggunakan Buku Jingga dan Negara Kebajikan terbitan PAS untuk mendekati mereka.

Sementara itu, saya akan memokuskan usaha bersama parti PAS dan Pakatan Rakyat untuk mengeratkan perpaduan antara parti dan ahli untuk berusaha membentuk kerajaan persekutuan dengan mengalahkan kerajaan BN di PRU-13 dan menzahirkan good governance dalam pemerintahan negeri dan juga persekutuan.

Ustaz Tuan:

PRU ke 13 adalah pilihanraya paling penting dalam perkembangan politik negara kerana umum akan melihat sejauh mana Pakatan Rakyat mampu mempertahankan kemenangan di negeri yang telah dimenangi, serta perkembangan politik di negeri yang belum dimenangi.

Perubahan mood rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama serta pola politik dijangka mengalami perubahan menjelang PRU akan datang.

Senario ini menuntut peranan semua pihak bagi memastikan BN tumbang dalam PRU ini. Antara peranan yang boleh dimainkan ialah meningkatkan daftar pemilih pengundi baru dan membantu dalam memastikan pengundi luar khususnya di Lembah Klang kembali untuk mengundi pada hari pengundian nanti.

Di samping itu, rakyat perlu didedahkan dengan isu semasa yang berlaku yang mempunyai implikasi langsung ke atas rakyat, samada penyelewengan dana negara dalam isu NFC, teguran audit negara dalam pengurusan kewangan, isu Lynas, SPBA, penyenaraian Felda, penyalahgunaan dana zakat, dan lain-lain. Insya Allah semua ini dapat dilakukan saya bersama dengan jamaah PAS.

Ustaz Nasrudin:

Kejayaan dan kemenangan adalah suatu yang sangat didambakan, justeru itulah kita berjuang saban waktu tanpa henti. Kejayaan dan kemenangan tidak mungkin dapat dicapai tanpa usaha gigih dan kerja kuat dari pimpinan dan anggota parti.

Memburu kemenangan di dalam pilihanraya sebagaimana langkah ijtihad yang diambil oleh PAS di Malaysia sangat berbeza cara dan kaedahnya dengan memburu kemenangan di dalam medan perang sebagaimana langkah yang terpaksa diambil oleh Hamas di Palestin. Oleh kerana mereka dihadapkan oleh musuh [Yahudi] dengan senjata, maka pilihan yang ada pada rakyat Palestin untuk mempertahankan maruah agama, bangsa dan tanahair ialah juga dengan senjata.

PAS sebagai sebuah Gerakan Islam telah mengambil manafaat melalui ruang demokrasi lalu menyertai pilihanraya sejak tahun 1955 untuk menggerakkan kebangkitan rakyat melakukan perubahan secara aman di dalam negara tercinta ini.

Langkah berkesan ke arah memenangi pilihanraya terbahagi kepada 2 kategori utama.

Pertama: Kekuatan dalaman.

a] Bermula dengan hubungan erat antara kita dengan Allah swt. Tuhan yang akan menganugerahkan kemenangan kepada siapa jua yang Ia kehendaki. [ertinya memiliki aqidah perjuangan yang kental ]

b] Memperkukuhkan ikatan ukhuwwah fillah [ persaudaraan kerana Allah ] di kalangan anggota parti di semua peringkat termasuk pimpinannya.

c] Memiliki asas kekuatan strategi yang berkesan dan praktikal, dana kewangan dan keperluan material yang kukuh, serta penyusunan organisasi dan pengarahan gerak kerja yang terancang.

Kedua : Kekuatan Luaran

a] Bermula dengan akhlak dan syakhsiah [keperibadian] yang soleh dan terpuji yang akan menghubungkan kita dengan masyarakat [termasuk pengundi] . Termasuklah akhlak kita terhadap musuh politik agar terbentuk satu public relation yang baik, positif dan berkesan. Menawan hati dan mempengaruhi minda pengundi.

b] Keupayaan ilmu dalam pelbagai lapangan yang diperlukan oleh massa. Mengemukakan polisi dan gagasan yang menepati tuntutan semasa [kontemporary] serta kemampuan menguasai dan menjuarai isu rakyat. Skill ini tidak semestinya dimiliki pada individu tetapi apa yang lebih penting ialah kerja secara berpasukan [ Amal Jamaei ]

c] Membina jaringan dan hubungan luar dengan pelbagai pihak [engagement] yang melibatkan individu, ngo, parti-parti politik dan juga jaringan di peringkat antarabangsa.

Antara apa yang paling penting juga ialah mengurus persepsi namun dalam masa yang sama teguh bersama prinsip perjuangan. Saya suka dengan penegasan yang selalu digunakan oleh al Marhum Tuan Guru Hj. Fadhil Mohd Nor iaitu bersifat futuristik dalam perancangan, kontemporary dalam pendekatan dan fundamental dalam prinsip perjuangan.

Ustaz Nik Zawawi:

Ahli PAS dan saya boleh menyumbangkan tenaga dengan membantu parti untuk mengumpul dana sebanyak mungkin menjelang PRU-13.

Di samping itu, saya dan ahli PAS juga harus membantu parti dengan memperbanyakkan kempen berstrategik dengan turun ke padang dan berdialog dengan sasaran pengundi atas pagar dan pengundi luar yang bekerja di ibukota.

Selain itu, ahli PAS dan saya juga perlu mengeratkan hubungan PAS dengan NGO dan kerajaan negeri agar perjalanan kempen parti dapat digerakkan dengan lebih lancar dan bantuan luar yang tidak diduga.


Source: http://bm.harakahdaily.net/index.php/columnist/kesatuan-fikrah/8136-apa-yang-boleh-anda-sumbangkan-untuk-pru13
Baca Selanjutnya...

Friday, February 17, 2012

Mahkamah benar halang KPF lupus hutang kepada FGVH


Hazayani Zakaria, 17 Feb 2012

KUALA LUMPUR, 17 Feb: Mahkamah Tinggi Kuantan hari ini membenarkan injunksi interim untuk melarang Koperasi Permodalan Felda (KPF) melupuskan ekuitinya kepada Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH). Hakim Datuk Mariana Yahya membuat keputusan itu petang ini selepas mendengar Saman Dalam Kamar (Ex-Parte) yang dikemukakan lapan pemegang saham KPF. Tiga permohonan yang dibuat plaintif (ahli KPF) ialah: 1. Satu injunksi interim melarang defendan (KPF) samaada secara sendiri atau perkhidmat defendan atau melalui sesiapa sahaja yang bertindak bagi pihak defendan untuk berbincang dan membuat sebarang keputusan untuk melupuskan samaada kesemua atau sebahagian ekuiti yang dimiliki oleh defendan dalam Felda Holdings Berhad dan sepuluh anak syarikat kepada Felda Global Ventures Holding Berhad. 2. Satu injunksi interim melarang defenden samaada secara sendiri atau melalui perkhidmat defendan atau melalui sesiapa sahaja yang bertindak bagi pihak defendan untuk menguatkuasakan sebarang keputuan untuk melupuskan samaada kesemua atau sebahagian ekuiti yang dimiliki oleh defendan dalam Felda Holdings dan sepuluh anak syarikat milik Felda Holding kepada Felda Global Ventures Holding Berhad. 3. Satu injunksi interim melarang defendan samaada secara sendiri atau melalu perkhidmat defendan atau melalui sesiapa sahaja yang bertindak bagi pihak defendan untuk melupuskan samaada kesemua atau sebahagian ekuiti yang dimiliki oleh defendan dalam Felda Holding dan sepuluh anak syarikat milik Felda Holdings kepada Felda Global Ventures Holding Berhad. Menurut Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman, mesyuarat agung khas (EGM) KPF pada 22 Februari ini boleh diadakan tetapi tidak boleh membincangkan penyenaraian FGVH ke Bursa Malaysia. Beliau menyifatkan berita gembira itu sebagai kejayaan awal peneroka menghalang penyenaraian FGVH ke Bursa Malaysia. "EGM 22 Februari ini boleh diadakan tapi mereka tak boleh bincang tiga perkara yang dipohon itu. "Keputusan yang sangat menggembirakan warga Felda dan perjuangan kita untuk memastikan penyenaraian FGVH ke Bursa Malaysia tidak berlaku," katanya kepada Harakahdaily hari ini. Sementara itu, peguam Harris Abdullah berkata, jika EGM tersebut tetap membincangkan penyenaraian FGVH, mereka boleh didakwa menghina mahkamah dan dikenakan tindakan undang-undang. "Kami tak halang mereka buat EGM tapi jangan bincang soal pelupusan ekuiti KPF untuk penyenaraian FGVH. "Kalau mereka tetap usulkan perkara ini, kita boleh dakwa mereka hina mahkamah dan tindakan undang-undang boleh diambil. Jadi mereka kena patuh pada perintah mahkamah," katanya yang juga ahli jawatankuasa Anak.


Source: http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/8176-mahkamah-benar-halang-kpf-lupus-hutang-kepada-fgvh
Baca Selanjutnya...

Lynas: Injuksi mahkamah jika lesen tidak dibatalkan


Zulkefly Mohamad Omar mendakwa projek Lynas yang berisiko tinggi ini turut mendapat pelepasan cukai sehingga 12 tahun.

KUALA LUMPUR: Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang dikenali sebagai ‘Stop Lynas Coalition’ akan meneruskan injunksi sekiranya lesen ke atas pembinaan dan pengoperasian loji Lynas tidak dibatalkan.

Jurucakap yang juga Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Malaysia, Zulkefly Mohamad Omar(berbaju kot hitam) berkata, semakan kehakiman dibuat petang ini menuntut agar pengeluaran lesen bagi projek nadir bumi itu dibatalkan.

Menurut Zulkefly, mereka menamakan tiga pihak terlibat; Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB), Jabatan Alam Sekitar dan Lynas Corporation sebagai responden dalam kes berkenaan.

“Kami tidak berpuas hati dengan lesen yang diberikan. Maka satu semakan kehakiman dibuat melalui e-filing agar membatalkan segala lesen yang diberi atau sedang dipohon dalam projek tersebut.

“Semakan ini juga dibuat agar satu kajian persekitaran terperinci dibuat semula. Ia dibuat mengikut peraturan dan pandangan semula masyarakat yang di kawasan berkenaan.

“Jika pemberian lesen terus diberi maka kami akan teruskan dengan memfailkan injunksi sebagai tindakan susulan,” katanya dalam sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini.

10 plaintif

Zulkefly mendakwa projek Lynas yang berisiko tinggi ini turut mendapat pelepasan cukai sehingga 12 tahun.

Melalui semakan itu turut dinamakan 10 plaintif yang merupakan penduduk setempat dan diwakili oleh Tetuan Tommy Thomas.

Semakan itu akan dibuat jam 3 petang ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Pengerusi Stop Lynas Coalition, Andamsura Rabu(berbaju koko) pula berharap mahkamah memberi keutamaan terhadap kes ini kerana ia melibatkan kepentingan awam.

“Bantahan penduduk ada asas kerana tiada cara untuk melupuskan sisa itu kecuali menanamnya. Kita bimbang dengan projek Lynas ini ia akan makin teruk dan menjejaskan ekosistem di kawasan berdekatan termasuklah Balok dan Gebeng,” katanya yang juga Pengarah Badan Bertindak Anti Rare Earth Refinery (Badar).


Source: http://www.freemalaysiatoday.com/2012/02/17/lynas-injuksi-mahkamah-jika-lesen-tidak-dibatalkan/
Baca Selanjutnya...