Friday, November 30, 2012

Mengenang Sheikh Ahmad Yassin (1938- 2004) - Pejuang Palestin

Syeikh Ahmad Yassin telah dilahirkan di sebuah kampong bernama al-Jora,
daerah Majdal di dalam wilayah Asqalan (Ashkelon) pada tahun 1938. Dia
telah dibesarkan di sana sehingga tahun 1948 ketika pendudukan pengganas
Yahudi ke atas bumi Palestin. Dia dan keluarganya dipaksa berhijrah ke
Semenanjung Gaza.

Membesar sebagai seorang pelajar yang cemerlang di dalam pelajarannya
beliau amat disayangi oleh guru-gurunya ketika berada di sekolah. Beliau
juga merupakan seorang ahli sukan yang aktif di zaman persekolahannya. Di
zaman mudanya beliau telah ditimpa kemalangan, di mana beliau telah
terjatuh ketika sedang beriadah yang menyebabkan beliau mengalami lumpuh
pada bahagian kakinya.

Keadaannya yang lumpuh itu tidak menghalang beliau untuk meneruskan
kecemerlangannya di dalam bidang pelajaran dan juga aktiviti-aktiviti
islam. Pada tahun 1964 beliau telah melanjutkan pelajaran di Universiti Ain
Shams di Kaherah. Pengajiannya di universiti tersebut walaubagaimanapun
tidak sampai ke hujungnya apabila beliau telah dipenjarakan selama sebulan
oleh pihak berkuasa Mesir kerana penglibatannya dengan pertubuhan Ikhwan
Muslimin pada tahun 1966.

Lebih dahsyat lagi beliau telah dihantar pulang ke Gaza oleh pihak berkuasa
Mesir tanpa sempat menamatkan pengajiannya. Ujian yang getir ini tidak
sedikit pun membunuh semangatnya untuk terus bergerak aktif dalam
pertubuhan tersebut untuk memperjuangkan islam dan dakwah islamiyyah.

Kepulangannya ke Gaza telah menyaksikan bagaimana beliau bergerak aktif
memperjuangkan islam sebagai guru bahasa Arab dan juga khatib di mesjid
Gaza. Dalam tempoh yang singkat sahaja beliau telah menjadi terkenal di
kalangan penduduk Gaza dengan khutbah-khutbahnya terutamanya selepas
pendudukan rejim Zionis ke atas Gaza pada tahun 1967.

Selain daripada dua tugas utama tersebut, Semenanjung Gaza juga telah
menyaksikan jasa Ahmad Yassin sebagai pekerja kebajikan dan juga pendakwah
yang gigih mendidik anak-anak remaja dan para pemuda dengan didikan islam.
Hasil dari usaha tersebut, sekitar tahun 1969 dan 1970 pertubuhan Ikhwan
Muslimin telah berkembang hebat di kawasan Gaza.

Hasilnya pada tahun 1973 dengan bantuan anggota pertubuhan tersebut, Syeikh
Ahmad Yassin telah berjaya menubuhkan sebuah pertubuhan kebajikan yang
menjaga kebajikan pelarian-pelarian Palestin yang diberikan nama 'Mujamma
al-Islam'.

Usahanya tidak terhenti setakat itu sahaja. Memandangkan keadaan di
Palestin lebih memaksa umat islam di sana untuk berjihad, beliau dan
beberapa anggota Ikhwan Muslimin yang lain telah menubuhkan sebuah gerakan
jihad yang dinamakan sebagai 'al-Mujahidun al-Filastiniyun' pada tahun 1982
sebagai kesinambungan perjuangan Kataib Syuyukh yang mengambil wasilah
jihad sebagai landasan perjuangan mereka.

Bagi Ahmad Yassin kelumpuhan dirinya tidak menghalang dirinya dari usaha
mendidik dan membina generasi mujahidin Palestin untuk berhadapan dengan
penjajah Zionis yang telah menjajah bumi mereka dan juga Masjid al-Aqsa.

Pada tahun 1983, ketika beliau menjawat jawatan sebagai pengarah Pusat
Islam di Gaza, beliau telah ditangkap dan dipenjarakan oleh pihak rejim
Zionis diatas tuduhan memilki senjata api dan cuba untuk menggugat kerajaan
Zionis Israel. Dia telah dijatuhkan hukuman penjara selama 13 tahun melalui
mahkamah tentera Israel, namun pada tahun 1985 hasil dari proses pertukaran
tawanan di antara pihak PLO dengan rejim Zionis, beliau telah dibebaskan
setelah menjalani hukuman penjara selama 11 bulan.

Melihatkan kepada kondisi Negara-Negara Arab yang tidak lagi berminat untuk
memerdekakan bumi Palestin dan Masjid al-Aqsa, begitu juga dengan gerakan
PLO yang semakin bersikap lunak terhadap rejim Zionis, Yassin dan juga
rakan-rakannya di dalam pertubuhan Ikhwan Muslimin telah menubuhkan gerakan
pembebasan islam yang dikenali sebagai HAMAS pada tahun 1987.

HAMAS telah memulakan corak baru penentangan cara baru, iaitu dengan
mengadakan demonstrasi jalanan dan pertempuran secara bersemuka dengan
pihak tentera Zionis. Kebanyakan ahli pergerakan ini dihasilkan dari
masjid-masjid dari kalangan orang-orang muda yang dikenali dengan nama
'Atfal Hijarah' (Kanak-kanak Batu) kerana menggunakan batu untuk berhadapan
dengan tentera Zionis.

Penentangan yang mempunyai impak yang besar terhadap rejim Zionis ini
dikenali sebagai 'Intifadah'. Kesan dari 'Intifadah' ini amat hebat, pihak
tentera Zionis terpaksa mengambil tindakan-tindakan drastik sebagai tindak
balas terhadap kemaraan gerakan HAMAS.

Sebagai natijahnya, pada bulan Ogos 1988 pihak tentera Zionis telah
merobohkan rumahnya dan membuangnya ke sempadan Lebanon. Tidak cukup
sekadar itu sahaja, pada 18.5.1989 beliau bersama ratusan anggota
pergerakan HAMAS yang lain telah dipenjarakan kerana kejayaan
operasi-operasi yang telah dilancarkan oleh gerakan tersebut dalam usaha
membunuh tentera- tentera dan komando-komando Israel.

Sekali lagi mahkamah tentera Israel pada 16.10.1991 telah menjatuhkan
hukuman 15 tahun penjara ke atas Syeikh Ahmad Yassin di atas sembilan
pertuduhan yang disabitkan ke atasnya, termasuk tuduhan membunuh, menculik
dan juga menyerang tentera-tentera Zionis.

Kesan dari penahanan tersebut beliau telah mengalami lumpuh seluruh tubuh
kecuali kepalanya sahaja. Beliau juga mengalami kehilangan penglihatan mata
kanannya dan juga kekaburan penglihatan pada mata kirinya selain daripada
masaalah pendengaran akibat tekanan dan deraan yang dikenakan ke atasnya.

Sepanjang tempoh itu juga beliau dihidapi jangkitan pada paru-parunya dan
juga hidapan pada abdomennya. Keadaan kesihatannya yang semakin parah itu
telah memaksa pihak penjara terpaksa membawanya berulang-alik ke hospital
untuk mendapatkan rawatan.

Pada 13.12.1992 kumpulan komando HAMAS yang dikenali sebagai Kataib
al-Qassam telah berjaya menculik seorang tentera Zionis dan menawarkan
pertukaran tawanan dengan pihak rejim. Mereka menawarkan pertukaran di
antara tentera tersebut dengan pembebasan Syeikh Ahmad Yassin dan beberapa
tawanan HAMAS lain yang sakit dan yang telah berumur.

Pihak rejim Zionis walaubagaimanapun menolak permintaan tersebut malah cuba
menyerbu masuk ke rumah di mana tenteranya ditawan dengan harapan untuk
membebaskannya. Percubaan mereka gagal, tentera Zionis yang ditawan itu
mati dibunuh berserta dua tentera Zionis yang lain dan juga tiga pejuang
Palestin telah mati syahid di tempat kejadian. Kejadian tersebut berlaku di
Bir Nabala berdekatan dengan kota Baitul Maqdis.

Pada 1.10.1997, hasil dari perundingan pertukaran tawanan di antara
kerajaan Jordan dengan rejim Zionis, Syeikh Ahmad Yassin telah berjaya
dibebaskan. Kerajaan Jordan yang telah berjaya memberkas dua orang anggota
perisikan rejim Zionis ketika mereka gagal dalam percubaan untuk membunuh
ketua biro politik HAMAS, Khaled Mishaal di Amman, Jordan. Demi untuk
mendapatkan kembali dua perisik tersebut, pihak rejim Zionis telah
bersetuju dengan tawaran yang diberikan oleh mendiang raja Jordan, Raja
Hussin yang meminta Syeikh Ahmad Yassin dibebaskan.

Sejurus pembebasannya, Syeikh Ahmad Yassin kembali memainkan peranannya
sebagai pemimpin agama bagi gerakan HAMAS yang semakin mendapat tempat di
hati rakyat Palestin dan juga semakin digeruni oleh rejim Zionis. September
2000 telah menyaksikan tercetusnya Intifadah kali kedua selepas perdana
menteri rejim Zionis, Ariel Sharon telah mencemarkan Masjid al-Aqsa bersama
200 tenteranya.

Sekali lagi Syeikh Ahmad Yassin telah berjaya membangkitkan rakyat PAlestin
untuk bangun berjuang menentang kegilaan rejim Zionis. Impaknya amat besar
kepada rejim Zionis. Kerugian harta dan nyawa yang dialaminya adalah yang
paling teruk dalam 50 tahun penubuhan Negara haram Israel. Penentangan
berlaku tiap-tiap hari tanpa menunjukkan rasa menyerah kalah.

Hasilnya pelabagi usaha dilakukan oleh pihak rejim demi mengekang kemaraan
rakyat Palestin. Antaranya menyerang Bandar-Bandar, membunuh orang-orang
awam, membina tembok pemisah, membunuh pejuang-pejuang Palestin dan
pemimpin- pemimpin mereka.

Hasil dari kegilaan tersebut, beberapa pemimpin pejuang Palestin telah
berjaya menemui syahid dibunuh oleh rejim Zionis dengan menggunakan jet-jet
pejuang, helikopter dan juga kereta- kereta kebal mereka. Antaranya Salah
Shahadah, Ismail Abu Shanab dan lain-lain lagi.

Syeikh Ahmad Yassin juga tidkak terlepas dari usaha jahat tersebut, seperti
yang berlaku pada 6.9.2003 bilamana sebuah helikopter Apache milik tentera
Zionis telah membedil dan merobohkan rumah Ahmad Yassin, mujurlah beliau
selamat dan hanya mengalami kecederaan ringan di tangan kanannya. Begitu
juga apa yang dialami oleh Abdul Aziz Rantisi, orang nombor dua HAMAS yang
telah dibedil keretanya ketika beliau di dalam perjalanan.

Namun, pada subuh 22.3.2004, mereka sekali lagi menyerang Syeikh Ahmad
Yassin ketika beliau dalam perjalanan pulang dari mesjid setelah selesai
solat subuh secara berjemaah. Tiga buah roket telah dilancarkan ke atas
Syeikh yang lumpuh itu telah berjaya mengorbankan diri Ahmad Yassin dan
empat yang lain termasuk anaknya.

Sumber: HALUAN
Baca Selanjutnya...

Thursday, November 29, 2012

Utusan catat kerugian sebelum cukai RM1.09 juta bagi suku ke-3


KUALA LUMPUR, 28 Nov —Utusan Melayu (M) Bhd mencatatkan kerugian sebelum cukai berjumlah RM1.09 juta bagi suku ketiga berakhir 30 Sept, 2012 berbanding keuntungan sebelum cukai sebanyak RM14.82 juta bagi tempoh yang sama tahun lepas.
Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, Utusan berkata pendapatannya susut kepada RM90.05 juta daripada RM92.14 juta.
“Utusan menjual anak syarikatnya, Utusan Print Corp Sdn Bhd, dalam segmen percetakan pada September tahun lepas. Ekoran itu kumpulan ini meraih keuntungan RM14.1 juta daripada penjualan itu, yang menghasilkan keuntungan sebelum cukai yang lebih tinggi,” katanya.
Mengenai prospek, Utusan Melayu berkata kumpulan itu akan terus memanfaatkan acara-cara seperti jualan mega dan kempen kembali ke sekolah untuk meningkatkan pendapatan daripada pengiklanan dan mengurangkan kerugian bagi tahun kewangan ini. — Bernama
Baca Selanjutnya...

Wednesday, November 28, 2012

Kelantan sedia bincang isu salun, kata Hadi



hadi awang
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang
KUALA LUMPUR - Kerajaan Negeri Kelantan bersedia untuk mempertimbangkan cadangan semua pihak daripada kalangan bukan Islam dan mencari jalan penyelesaian berhubung pertikaian isu salun Kelantan.

Pendirian ini dinyatakan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebentar tadi.

"Pas Pusat telah pun dimaklumkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan bahawa mereka bersedia menimbangkan cadangan semua pihak dari kumpulan bukan Islam bagi membincangkan dan mencari jalan terbaik bagi menyelesaikan isu ini ini mengikut konsep hak kebebasan anutan orang-orang bukan Islam," kata Hadi dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Katanya, Pas memandang serius kebimbangan masyarakat bukan Islam tentang pertikaian isu ini di Kelantan.

"Pas percaya Kerajaan Kelantan tidak bermaksud untuk meluaskan pelaksanaan apa-apa peruntukan berkaitan perundangan moral Islam ke atas orang bukan Islam," katanya.

Kata Hadi, Pas percaya Kerajaan Kelantan tidak bermaksud untuk meluaskan pelaksanaan apa-apa peruntukan berkaitan perundangan moral Islam ke atas orang bukan Islam
Baca Selanjutnya...

Tuesday, November 27, 2012

Pegawai bank sahkan anak Taib belanja RM880,958.91 dalam tempoh enam bulan


KUALA LUMPUR, 26 Nov — Pegawai bank mengesahkan anak kepada Ketua Menteri (KM) Sarawak, membelanjakan wang sebanyak RM880,958.91 dalam tempoh enam bulan semasa perbicaraan kes tuntutan bekas menantu Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini.
“Ya, saya mengesahkan semua maklumat dalam penyata akaun kad kredit platinum American Express ini adalah milik Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Abdul Taib,” kata Musinah Manap, pengurus bahagian khidmat pelanggan Maybank hari ini.
Bukti penyata bank dikemukakan oleh peguam plaintif menunjukkan perbelanjaan yang digunakan oleh Mahmud Abu Bekir daripada Januari hingga Jun tahun ini berjumlah RM880,958.91.
Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur membuat keputusan mengejut apabila membenarkan saksi pegawai bank memberikan keterangan dalam perbicaraan kes tuntutan bekas menantu KM Sarawak  hari ini.
Dalam laporan The Malaysian Insider pagi tadi, Hakim Syarie Datuk Muhammad Abdullah menolak permohonan peguam Shahnaz Abdul Majid untuk mengemukakan saksi pegawai bank kerana tidak memberikan notis awal.
“Saksi pegawai bank boleh beri keterangan kerana plaintif sudah memberikan persetujuan membenarkan saksi untuk disoal balas seperti yang dituntut oleh pihak defendan,” kata Hakim semasa perbicaraan bersambung selepas berhenti untuk makan tengah hari.
MENYUSUL LAGI
Baca Selanjutnya...

Monday, November 26, 2012

AHLI PARLIMEN/MP sokong resolusi Himpunan Hijau


Sekumpulan MP hari ini hadir ke mesyuarat rakyat bersama aktivis Himpunan Hijau dan menyokong tiga resolusi yang dikemukakan - antaraya mendesak kerajaan supaya membatalkan segera projek loji nadir bumi Lynas.

NONEResolusi berkenaan dibacakan seorang akvitis, Zamri Zanal (kiri) dalam mesyuarat yang bermula pada kira-kira jam 9.15 pagi ini.

Selain itu mereka juga menuntut pemberhentian atau penilaian semula terhadap segala projek yang didakwa memudaratkan, termasuk lombong di Bukit Koman, kabel bervoltan tinggi di Rawang, Rapid di Johor dan rampasan tanah orang asal.
Antara desakan yang terkandung di bawah resolusi kedua itu ialah:
  • Wajib melakukan perundingan awal dengan masyarakat awam dan sesiapa yang terbabit dalam segala hal alam sekitar dan segala projek pembangunan yang berkemungkinan mengancam kepentingan masyarakat setempat.
  • Ketelusan dalam segala prosedur dan pendedahan maklumat kepada masyarakat di mana hak setiap rakyat untuk mendapat maklumat yang jelas dan tepat tentang semua hal alam sekitar serta segala rancangan pembangunan dan aktiviti yang mungkin memberikan kesan negatif.
  • Pencegahan pencemaran alam sekitar dan tidak membenarkan projek yang meninggalkan bahan-bahan radioaktif, bertoksik atau yang merbahaya di dalam negara.
NONESementara resolusi ketiga pula, himpunan itu mendesak segala rancangan pembangunan dengan mapan, dan sejajar dengan prinsip-prinsip piagam bumi.

Seramai 13 MP berkenaan yang duduk bersama-sama peserta Himpunan Hijau dalam mesyuarat berkenaan – bersetuju sebulat suara dengan resolusi tersebut.
MP yang hadir termasuk Lim Kit Siang (Ipoh Timur), William Leong (Selayang), Tan Kok Wai (Cheras), Fong Poh Kuan (Batu Gajah), Dr D Jeyakumar (Sungai Siput) dan Chong Eng (Bukit Mertajam). 

Resolusi berkenaan kemudiannya sekali lagi diikrarkan oleh peserta dan MP yang mengangkat tangan dan mengikuti bacaan ikrar berkenaan.

NONETurut hadir memberi ucapan adalah Lim Kit Siang dan aktivis dari negeri Sarawak yang memohon sokongan terhadap perjuangan mereka membantah pembangunan empangan di negeri itu.

Penganalisis politik, Dr Wong Chin Huat yang mempengerusikan mesyuarat rakyat kemudiannya menangguhkan "persidangan" itu kira-kira jam 10 pagi.

"Mesyuarat ditangguhkan, jumpa lagi (di Dataran Merdeka) apabila Malaysia sudah merdeka," katanya.
Kumpulan berkenaan kemudiannya bersurai daripada menduduki kawasan jalan berhampiran Dataran Merdeka.

Pihak berkuasa membuka semula sekatan di hadapan Dataran Merdeka pada kira-kira jam 10.35 pagi untuk membolehkan laluan kenderaan.
http://www.malaysiakini.com/news/215120
Baca Selanjutnya...

20,000 sertai Anti Lynas di Dataran Merdeka


Hazayani Zakaria,25 Nov 2012

KUALA LUMPUR:
 Himpunan Hijau Anti Lynas mencapai matlamat apabila kumpulan pejalan kaki Stop Lynas berjaya tiba di Dataran Merdeka kira-kira jam lima petang tadi.

Hampir 20,000 orang berjaya tiba di hadapan Dataran Merdeka. Mereka duduk di atas jalan raya mendengar ucapan Pengerusi  Himpunan Hijau, Wong Tack.

Wong Tack dalam ucapannya berkata, kumpulan yang berjalan kaki dari Kuantan, Pahang akan duduk di Dataran Merdeka sehingga pagi esok bagi menunjukkan bantahan mereka.

"Kita berada di sini kerana sayangkan negara kita.

"Kita akan tidur di sini dan kita minta ahli parlimen datang jenguk kita kerana mereka menaiki kenderaan, cuma tiga minit sahaja sedangkan kita sudah jalan jauh," katanya.

Perjalanan sejauh 300 kilometer itu bermula sejak 13 November lalu.

Mereka tiba di Tol Gombak, jam 3 petang semalam sebelum berarak ke Kolej Universiti Islam Dr. Zulkifli Mohamed ((KUIZM), di Taman Melewar pada jam 4 petang.

Ketibaan mereka disambut PAS kawasan Batu dengan Yang DiPertua PAS Batu, Cikgu Ishak Surin yang turut bersama-sama berjlan kaki dari Tol Gombak ke Taman Melewar.

Pagi tadi, kumpulan tersebut bergabung dengan kumpulan dari Kuala Lumpur mula berarak dari KUISM ke Sentul Pasar.

Mereka seterusnya berarak ke Maju Junction sebelum bergabung dan berarak ke Dataran Merdeka.

Cikgu Ishak turut bersama-sama ke Dataran Merdeka bersama kaum Cina, Melayu dan India dari pelbagai peringkat umur.

Mereka duduk di Dataran Merdeka kira-kira sejam sebelum sebahagiannya beransur pulang.

Antara pimpinan Pakatan Rakyat yang turut serta ialah Presiden PKR, Datuk Wan Azizah Wan Ismail, Naib Presiden, Tian Chua dan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh.

Tiada kejadian yang tidak diingini sepanjang perarakan.

Baca Selanjutnya...

20,000 aktivis Himpunan Hijau hampiri Dataran



20,000 aktivis Himpunan Hijau hampiri Dataran
Dianggarkan 20,000 aktivis berjaya meneruskan perarakan jalan kaki menuju Dataran Merdeka walau pihak berkuasa melakukan sekatan di kawasan tumpuan popular itu.
himpunan hijau green walk crowd at duke highway 251112 6Perarakan hari ini melibatkan jarak terakhir sejauh 42 kilometer daripada kawasan bekas ibu pejabat PAS di Gombak – tempat mereka bermalam pada malam tadi.
Ia dimulakan dengan penyertaan seramai 2,000 aktivis, termasuk beberapa keluarga, dikawal anggota unit amal PAS dengan pemerhatian anggota polis.

Seorang peserta, BC Tan, 30, dari Pulau Pinang yang menginap di Markaz Tarbiyah PAS, Taman Melewar malam tadi, beliau berasa terharu apabila mereka disambut baik untuk bermalam di sana. 

"Bagus. Tempat itu semua kemudahan ada. Kita juga Disambut baik.

"Saya terharu dapat duduk sana sebab jarang pergi," katanya yang mula mengikuti perarakan ini dari Taman Rimba, Gombak.
himpunan hijau dataran merdeka 251112 hulaKumpulan itu mengibarkan bendera Himpunan Hijau dan melaungkan slogan "Hentikan Lynas" sepanjang perjalanan melalui Lebuhraya DUKE, Kampung Railway dan Sentul Pasar.

Antara yang menarik perhatian orang ramai ialah seorang peserta dari Pahang, yang memulai perarakan dari Kampung Awah di Pahang dengan memusingkan gegelung hula hoop di badannya. 

Katanya, beliau akan berhenti memusingkan ketika berhenti rehat. 

himpunan hijau green walk crowd"Saya tak berhenti dari Kampung Awah. Saya pusingkan benda ini. Bila makan baru saya berhenti," katanya. 
Ketika berhenti rehat di Kampung Railway, ketua kumpulan berkenaan Wong Tack dalam ucapannya memberi pesanan bahawa Dataran Merdeka bukanlah destinasi mereka yang terakhir.
"Kita akan bermalam di sana dan menunggu matahari terbit esok," katanya.
himpunan hijau green walk crowd at duke highway 251112Beberapa kumpulan lagi menyertai kumpulan besar itu beberapa lokasi sekitar laluan perarakan - menjadikan jumlah peserta bertambah kepada 5,000 orang.
Kumpulan berkenaan seterusnya melalui Jalan Sentul, Jalan Ipoh dan Jalan Tun Razak dengan disambut dengan bunyi hon oleh pengguna kenderaan di jalan berkenaan.
Kumpulan seramai 5,000 orang itu kemudiannya dianggarkan bertambah menjadi 10,000 orang apabila bergabung dengan satu kumpulan lagi di persimpangan Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Sultan Ismail di pusat Bandar Kuala Lumpur.
himpunan hijau dataran merdeka 251112Jumlah itu kemudiannya meningkat kepada 20,000 orang apabila kumpulan berkenaan tiba di persimpangan Jalan Perak - Jalan Tuanku Abdul Rahman pada kira-kira jam 5.30 petang.
Kumpulan berkenaan seterusnnya membanjiri sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman dan kawasan sekitar kawasan Dataran Merdeka memandkan lokasi berkenaan ditutup pihak berkuasa.

Turut dilihat dalam perarakan itu ialah para pemimpin Pakatan Rakyat dan juga pengerusi bersama BERSIH Datuk S Ambiga.

Baca Selanjutnya...

Thursday, November 22, 2012

Pas mahu KPT siasat 92 pensyarah UPNM ditamat kontrak


KUALA LUMPUR - Pas menggesa Kementerian Pengajian Tinggi menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk menyiasat isu penamatan kontrak 92 pensyarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, 92 pensyarah yang juga bekas pegawai tentera telah ditamatkan kontrak susulan kehadiran naib canselor yang baru.
Menurutnya, penamatan kontrak dibuat disebabkan bekas pegawai itu tidak mempunyai kelayakan akademik yang sepatutnya iaitu ijazah.

Bagaimanapun, beliau berkata, yang menimbulkan keraguan, sebelum ini mereka diterima untuk bekerja di situ walaupun mempunyai diploma lanjutan dan berbekalkan pengalaman yang lama semasa berkhidmat dalam angkatan tentera tanpa sebarang masalah.

"Universiti Pertahanan ini berbeza dengan universiti lain, sebelum ini mereka diambil disebabkan tenaga mereka diperlukan, bukan hanya berdasarkan kelayakan akademik.

"Mereka bekas tentera yang mempunyai pengalaman yang banyak, kemahiran penting untuk nilai tambah selain akademik.
"Jangan layan bekas tentera seperti ini," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini, di sini.

Semalam, Salahuddin menyatakan kementerian itu memberi jawapan di dalam Dewan untuk melakukan siasatan terhadap perkara tersebut.

Katanya, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah juga mengakui bahawa seramai 92 orang pensyarah yang juga bekas pegawai tentera itu disahkan telah ditamatkan kontraknya ekoran tidak mempunyai kelayakan akademik iaitu ijazah pertama.

Mengulas lanjut, Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, jika kerajaan menuntut supaya mereka mempunyai pencapaian akademik ijazah, kerajaan perlu memberi peluang kepada golongan tersebut untuk melanjutkan pelajarannya.

Sementara itu, menjawab soalan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berjumpa dengan kuasa asing untuk dijadikan pemerhati luar kepada sistem pilihan raya di Malaysia, Salahuddin berkata, itu adalah usaha yang dilakukan untuk mendapatkan sistem
pilihan raya yang adil dan bersih.

"Perjumpaan Anwar itu hanya untuk mendapatkan pemerhati sahaja, kita hanya usaha untuk ada pemerhati luar supaya pilihan raya umum diadakan secara adil dan bersih," katanya.
Baca Selanjutnya...

Wednesday, November 21, 2012

Dewan Rakyat sebulat suara kutuk serangan Israel



KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat sebulat suara mengambil ketetapan mengutuk dan mengecam sekeras-kerasnya serangan Israel ke atas Gaza yang mengakibatkan kehilangan nyawa rakyat awam Palestin termasuk golongan wanita, kanak-kanak, bayi dan warga tua.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kecaman tersebut turut mengutuk tindakan Israel yang menyebabkan kemusnahan harta benda, infrastruktur dan menggesa pengunduran menyeluruh Israel dari Wilayah Palestin di Gaza serta Tebing Barat.

"Kerajaan hari ini mengecam tindakan keganasan Israel yang melancarkan serangan ketenteraan yang dinamakan Operasi “Pillar of Defence” pada 14 Novemer 2012 ke atas wilayah Palestin di Gaza meliputi pengeboman dan serangan udara dan laut.

"Serangan Israel ke atas wilayah Palestin di Gaza merupakan tindakan yang mencabuli undang-undang serta angkuh dan perlu dikutuk oleh seluruh dunia,” katanya dalam pembentangan usul, yang dibacakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Seri Nazri Aziz  di Dewan Rakyat, pagi tadi.

Beliau menambah, kecaman turut membabitkan pencabulan undang-undang yang dibuat oleh Israel meliputi undang-undang antarabangsa, undang-undang hak asasi manusia, undang-undang kemanusiaan antarabangsa, Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu serta merupakan jenayah oerang yang menyalahi Konvensyen Keempat Geneva 1949 mengenai Perlindungan Orang-Orang Awam Dalam Masa Perang.

"Rakyat Malaysia berpegang teguh kepada pendirian bahawa tiada alasan bagi penggunaan kekerasan yang dilakukan secara tidak seimbang, sembarangan dan melampau ke atas wilayah Palestin di Gaza dan dengan itu menolak tindakan hukuman kolektif yang diambil ke atas rakyat Palestin di Gaza.

"Rakyat Malaysia berasa sangat dukacita dan kesal dengan ketidakmampuan masyarakat antarabangsa, terutamanya, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menghentikan dengan serta-merta keganasan Israel yang dilakukan ke atas wilayah Palestin di Gaza," katanya lagi.

Dengan ini Dewan Rakyat mengambil ketetapan seperti berikut:

1. Mengecam sekeras-kerasnya serangan ketenteraan Israel ke atas Wilayah Palestin di Gaza yang mengakibatkan kehilangan nyawa rakyat awam Palestin, termasuk golongan wanita, kanak-kanak, bayi dan warga tua dan kemusnahan harta benda dan insfrastruktur serta menggesa pengunduran menyeluruh Israel dari Wilayah Palestin di Gaza dan Tebing Barat.

2.Menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) membuat ketetapan supaya Israel menghentikan dengan serta merta gencatan senjata dan memutuskan untuk menempatkan pasukan pengaman PBB bagi menguatkuasa gencatan.

3.Menggesa Perhimpunan Agung PBB supaya mengadakan sesi tergempar khas perhimpunan agung PBB- "Uniting For Peace- di bawah resolusi 377 A(V) sekiranya Majlis Keselamatan PBB gagal menjalankan tanggungjawabnya.

4.Menggesa pihak-pihak yang terlibat supaya menyambung semula usaha terhadap proses damai serta melaksanakan dan mematuhi pelbagai resolusi yang telah ditetapkan oleh PBB berhubung isu Palestin dan konflik Arab-Israel.

5.Memutuskan Malaysia bekerjasama dengan negara anggota-anggota Pertubuhan Kerjasama Islam, Pergerakan Negara-negara Berkecuali, Liga Arab dan negara-negara sependapat untuk mengambil tindakan yang lebih konkrit bagi mendukung prinsip-prinsip undang-undang antarabangsa dan Piagam PBB dalam menangani konflik yang berlaku di Timur Tengah sekarang.

6. Menzahirkan sokongan padu rakyat Malaysia kepada perjuangan rakyat Pelestin ke arah mewujudkan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat.

7. Menyeru rakyat Palestin supaya bersatu-padu dengan tujuan mempertahankan hak mutlak dan menubuhkan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat.

8. Merayu kepada masyarakat antarabangsa supaya menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk wilayah Palestin di Gaza dengan serta merta.

9. Menggesa Majlis Keselamatan PBB menyiasat dan mengambil tindakan bagi maksud pendakwaan ke atas jenayah perang Israel yang disyaki terlibat dengan kekejaman dan keganasan ke atas rakyat Palestin.

10. Mengambil keputusan untuk menyampaikan resolusi ini kepada semua Dewan Perundangan dan Parlimen yang berkenaan, khasnya kepada semua Dewan Perundangan dan Parlimen, khasnya Kongres Amerika Syarikat (AS), Parlimen Britain dan Perlimen Kesatuan Eropah, Setiausaha Agung PBB dan Presiden Majlis Keselamatan PBB.
http://www.sinarharian.com.my/nasional/dewan-rakyat-sebulat-suara-kutuk-serangan-israel-1.105349

Baca Selanjutnya...

Harga kamera had laju polis RM23.5j - Menteri


Walaupun Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sudahpun dilaksanakan, polis masih menggunakan kamera perangkap laju yang berharga lebih RM23.5 juta.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata kamera perangkap had laju itu berharga di antara RM173,000 hingga RM220,000 setiap satu.

Dalam jawapan bertulis kepada soalan lisan MP Jerai, Mohd Firdaus bin Jaafar, Hishammuddin menjelaskan kamera itu dibekalkan secara berperingkat kepada PDRM sejak tahun1995.

Kamera yang dibekalkan itu terbahagi kepada dua jenis – model laser Digicam sebanyak 85 unit berharga RM173,925 seunit dan model laser Truecam sebanyak 39 unit berharga RM223,500 seunit, kata Hisham dalam jawapan bertulisnya.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Abu Seman Yusop sebelum ini dilaporkan berkata sistem kamera perangkap had laju PDRM masih diteruskan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap keselamatan di jalan raya. 

Menurutnya, kerajaan tidak bercadang memansuhkan sistem itu walaupun Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) telah dilaksana.
http://www.malaysiakini.com/news/214658

Baca Selanjutnya...

Tuesday, November 20, 2012

Pas Masih Tulen Seperti Dulu: Majlis Syura



Dr Haron Din
Mereka yang beriman dan menyakini kepada Pas tidak perlu meragui lagi apakah perjuangan Pas hari ini sudah lari dari landasan atau tidak. Kenyataan dikeluarkan oleh Majlis Syura Ulamak yang menjelas dan memperakui bahawa perjuangan Pas hari ini sama dengan perjuangan dulu boleh dijadikan panduan atau pun jawaban kepada mereka yang menaburkan fitnah ke atas Pas.

Malam tadi Majlis Syura Ulamak mengadakan sidang khas di kediaman Menteri Besar JKR 10 Kota Bharu, ekoran timbul keraguan atau sebenarnya kekacauan dibuat oleh musuh-musuh Pas yang menjaja kononnya perjuangan Pas sudah lari daripada perjuangan asal kerana bersama DAP dan PKR.

Timbalan Musyidul Am, Dr Haron Din telah membaca kenyataan khas yang dikelaurkan Majlis Syura Ulamak di mukatamr ke 58 lewat petang ini. Sepanjang kenyataan itu dibaca dewan muktamar sunyi sepi dan semua perwakilan menghayati patah0patah kenyataan berkenaan. Berikut adalah kenyataan berkenaan;

Badan tertinggi PAS Majlis Syura Ulama PAS hari ini membuat penekanan dan perakuan rasmi bahawa perjuangan dan arah tuju parti itu tidak lari daripada perjuangan asal PAS dahulu seperti yang termaktub dalam fasal 5 (1) perlembagaan parti.

Fasal tersebut berbunyi: "memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah"

"PAS hari ini adalah PAS dahulu, perjuangannya tidak lari dari perjuangan asal. Arah tuju PAS dahulu dan PAS sekarang adalah sama.

"PAS masih utuh dan masih tetap atas perjuangan asal tanpa sedikitpun menyeleweng dari apa yang tercatat di dalam perlembagaannya," kata majlis itu dalam satu kenyataan.

Keputusan sebulat suara itu dibuat selepas bermesyuarat membahas semula apakah negara berkebajikan - yang menjadi tema muktamar parti itu - sesuatu yang "baru dan berlawanan" dengan negara Islam yang diperjuangan oleh PAS selama ini atau sama.

Bahkan, majlis itu juga memperbahaskan semula mengenai tahaluf siyasi (kerjasama politik) yang diputuskan atau dilaksanakan PAS masih relevan dan selaras dengan perjuangan parti itu dan mengambilkira komen dari dalam dan luar PAS mengenai arah tuju parti itu.

Dalam kenyataan itu juga Majlis Syura berkata dasar tahaluf siyasi yang diputuskan oleh badan itu al-Quran, Al-Sunnah, Ijmak dan Qias dengan memberi perhatian dan mengambil pengajaran daripada tahaluf siyasi Rasullullah SAW.

Katanya, semasa berlaku Perjanjian Hudaibiyah, baginda rela membuang perkataaan "Arrahmanirrahim" dalam "Bismillah" serta perkataan "Rasulullah" selepas perkataan "Muhammad" dalam perjanjian itu, selepas dibantah oleh Umar bin Suhail.

"...Menyebabkan ada di kalangan sahabat yang melahirkan dukacita dan seperti tidak mahu tahaluf. Namun demikian Rasulullah SAW menyetujuinya.

"Itulah liku-liku politik yang telah ditempuhi oleh baginda Rasulullah sendiri yang patut kita beri perhatian ketika membuat keputusan-keputusan tahaluf siyasi.

"Apabila keputusan telah diambil maka ia wajib dipatuhi oleh semua ahli, demi keutuhan dan kemantapan oraganisasi," kata kenyataan itu.

Sehubungan itu, Majlis Ulama PAS menyeru seluruh ahli, pendokong dan penyokong PAS agar jangan melayan fitnah yang ditaburkan oleh musuh PAS kononnya parti itu terpesong dari perjuangan.

Badan itu juga berkata musuh PAS tahu bahawa PAS masih atas keasliannya, tetapi sengaja menaburkan fitnah itu tanpa mereka menyedari bahawa sebenarnya mereka mengiktiraf PAS adalah parti yang memperjuangkan Islam yang sebenarnya.
"Di waktu yang sama, mereka seperti tidak menyedari bahawa itu adalah taktik dan strategi musuh PAS untuk menyelamatkan diri mereka daripada ditolak rakyat dengan menggunakan individu-individu tertentu untuk mencalar PAS demi menjaga kepentingan mereka yang amat tergugat, dan PAS insya-Allah akan melakar kejayaan," [*** 6:33 pm 17/11/12]
Baca Selanjutnya...

Monday, November 19, 2012

Pas tetap bersama Pakatan ke Putrajaya



Pas tetap bersama Pakatan ke Putrajaya
Perwakilan mengikuti perbahasan pada hari ketiga Muktamar Tahunan Pas ke-58 hari ini. - Foto Sinar Harian oleh Khiru Shaleh Bin Abdullah
KOTA BHARU - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi menegaskan, misi ke Putrajaya bersama komponen Pakatan Rakyat tidak akan terlaksana sekiranya mendapat sokongan orang Islam sahaja.

Justeru, Hadi berkata, menyedari hakikat itu Pas tetap bersama dengan rakan kongsinya, PKR dan DAP - dalam Pakatan Rakyat (PR) untuk memenangi hati masyarakat majmuk.

Bahkan katanya, Umno juga memahami bahawa tidak boleh bersendirian dan mesti bergabung dengan parti lain.

"Semua kaum di negara ini juga mengakui pemerintahan perlu secara masyarakat Majmuk. Cuma kami berbeza dengan Umno dan BN yang mempunyai cara untuk tangani masyarakat majmuk dinegara ini melalui peruntukan Perlembagaan dan resolusi yang ditetapkan bersama Pakatan," katanya.

Menurutnya, apa yang telah ada dalam Perlembagaan iaitu Islam agama persekutuan, keadilan kepada agama lain, hak istimewa bumiputera, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan raja berperlembagaan sudah disepakati.

“Kita menerima kerana ini sudah ada dalam Perlembagaan. Apa yang dihalal agama lain sebaliknya diharam agama Islam, kita tidak boleh ganggu. Amalan ini sudah dilaksanakan di Kelantan dan Terengganu.

“Kita halalkan perkara halal dan haramkan perkara haram," katanya.

Menurut Hadi lagi, Pas akan terus melaksanakan tahaluf siyasi (kerjasama politik) kerana mengikut peraturan hubungan antarabangsa dalam Islam damai perlu didahulukan.

Katanya, ulama di alam Melayu telah menyampaikan Islam dan kefahaman politik kepada pemerintah di negeri-negeri Melayu termasuk membenarkan orang Buddha menjadi rakyat bersama-sama orang Islam dalam masyarakat majmuk.

Katanya, tidak mungkin rakyat dapat disatukan atas dasar perkauman, sekali gus mengkritik parti yang berasaskan kaum seperti Umno, MCA dan MIC sebagai "tidak relevan."

"Mereka mainkan semangat kaum masing-masing.Ia sudah tidak sesuai lagi," katanya bahawa Pas sudah lama bertahaluf siyasi dengan DAP dan PKR sejak tahun 2000 dan ia bukan perkara baru," katanya.

Dalam pada itu, Hadi mengingatkan perwakilan supaya bersiap sedia membuat persiapan pilihan raya mengikut kemampuan dan kewangan yang ada.

Tetapi katanya, dengan kesediaan dan keikhlasan yang ada, pasti akan datang pertolongan daripada ALLAH SWT.

"Kena ingat, BN jadi kuat dan menang pun sebab mereka pakai tongkat, dengan penipuan, politik wang, guna jentera kerajaan," katanya.

Oleh itu, Hadi mengajak semua perwakilan terus yakin dengan parti kerana Pas merupakan bahtera yang paling kukuh dan kuat kerana mampu bertahan sehingga ke hari ini.

"Bahtera Pas terus bertahan walaupun menghadapi perjalanan yang jauh dan dilanda ribut. Tetapi jangan kita terjun! Kalau mabuk makan ubat, kalau pening rehat sebentar. Jangan terjun sebab di bawah ada jerung!,"  katanya. 
http://www.sinarharian.com.my/politik/pas-tetap-bersama-pakatan-ke-putrajaya-1.104738

Baca Selanjutnya...