Tuan Ibrahim Tuan Man |
Padang Rengas: "Cukuplah zaman kita menjadi penyokong PAS, sudah tiba masanya kita menjadi pekerja dan pembantu kepada PAS". itulah antara pesanan Ust Tuan Ibrahim Tuan Man ketika berucap di Majlis Kembara Ilmu Bersama Ketua Penerangan PAS Pusat di Kg Biong, Sauk, Padang Rengas baru-baru ini.
Beliau juga mengingatkan kepada ahli-ahli supaya jangan menjadi batu penghalang kepada kemenangan Islam, "Sekiranya kita tidak berpuas hati dengan sesuatu tindakan parti, maka ada salurannya, jangan kita menggunakan media musuh sebagai medan kita meluahkan ketidakpuasan". tegas beliau lagi.
Dalam ucapannya juga beliau menyarankan kepada pimpinan agar menggunakan segala ruang yang ada disekeliling bagi memenangkan Islam.
"Orang muda dengan cara orang mudanya, orang tua dengan cara orang tuanya, bahkan sekiranya seseorang itu hanya boleh makan sahaja pun perlu digunakan untuk memenangkan Islam". seloroh beliau.
Program Jelajah Kembara Ilmu bersama beliau dimulakan dengan Kuliah Dhuha di Balai Tasawur Islam, Simpang Empat, Semanggol. kemudian Hitea di Kg Biong, sauk. Kuliah Maghrib di Kg luat Lenggong dan Ceramah Umum bersama Ketua Pemuda PAS Perak di Pekan Karai, Kuala Kangsar.
Menjamu Selera di Balai Tasawur Islam Simpang Empat, Semanggol |
Walaupun hujan, orang ramai tekun mendengar ucapan Ust Tuan Ibrahim Tuan Man Sumber: teratakkampungku.blogspot.com |
Salam
ReplyDeletepimpinan PAS pun banyak masalah. sapu bawah karpet sebab takut nama Islam tercemar kalau terdedah. ini buktinya:
- http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=6siGKlsrMXc#!
- http://www.youtube.com/watch?v=GoqpQFCGWp0&feature=relmfu
kalau Allah s.w.t bagi kemenangan kepada PAS sebagai bala, adakah anda mahu ?
yang halang kemenangan PAS adalah BUKAN pihak lain tapi PAS itu sendiri akibat terlalu merasakan diri Islamik dari orang lain
ReplyDeletehttp://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=6siGKlsrMXc
Harap Matlamat tidak Menghalalkan Cara yakni dgn bantuan syaitan utk capai kemenangan Islam sebagaimana disebut oleh TG Murshidul NA
ReplyDeletehttp://www.youtube.com/watch?v=_x3z1f0VwI0