SHAH ALAM 13 NOV : 60 peratus daripada jumlah kakitangan Felda kini turut menjadi mangsa kerugian besar apabila harga saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH) semakin menjunam jatuh.
Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman berkata, perkara ini berlaku ekoran kadar unit dan lot saham yang ditawarkan kepada mereka jauh lebih besar berbanding peneroka Felda.
Katanya, pihaknya menerima aduan daripada beberapa kakitangan Felda yang mula mengeluh kerana mula membayar balik pinjaman bank dengan kadar RM400 sebulan sedangkan harga saham jatuh.
Beliau berkata keadaan itu akan terus membebankan peneroka dan kakitangan kerana terpaksa menanggung kerugian bayaran pinjaman bank apabila kadar faedah yang dikenakan lebih mahal daripada dividen yang diperoleh.
“Setakat ini terdapat 60 peratus kakitangan Felda yang masih belum menjual saham mereka.
“Mereka sudah menandatangani pinjaman bank yang melibatkan puluhan lot saham, jadi jumlah pinjaman mereka mencecah puluhan ribu, jadi dalam masa yang sama mereka juga terbeban,” katanya ketika dihubungi.
Semalam, saham gergasi perladangan FGVH buat pertama kalinya diniagakan di bawah paras harga penyenaraiannya (RM4.55).
Saham tersebut mula diniagakan pada harga RM4.60 namun dan kemudiannya jatuh ke paras RM4.53 pada jam 10.46 pagi sebelum kembali melonjak.
Harga pasaran terakhir saham tersebut adalah RM4.57 ketika waktu rehat jam 12.30 tengahari.
Mengulas lanjut, Mazlan berkata pemilik saham Felda akan mula menanggung kerugian apabila harga saham berada pada kadar RM4.78.
“Bila harga jatuh masa kini, ini keadaan yang sangat buruk. Bagi peneroka, jika mereka menanggung rugi, sekurang-kurangnya mereka mempunyai pakej bayaran balik RM50 sebulan kepada bank.
“Tetapi ia berbeza dengan kakitangan Felda, mereka akan dibebani dengan hutang bank. Bagaimanapun mereka ini terpaksa menutup kerugian mereka, mereka tidak menunjukkan yang mereka ini sudah rugi kerana mereka juga yang bersungguh-sungguh memaksa peneroka menandatangani pinjaman sebelum ini,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, bayaran balik RM50 sebulan kepada bank oleh peneroka bukanlah satu jalan penyelesaian jangka masa panjang.
Jelasnya, sekiranya saham terus merundum, peneroka akan lebih banyak menanggung rugi dan bayaran balik itu akan memakan masa yang agak lama.
“Mungkin lebih dari 10 tahun. Peneroka terpaksa menanggung hutang itu selain kos sara hidup, tanaman semula dan pinjaman perumahan felda sekiranya mereka memohon. Ia bukan memberi manfaat kepada peneroka,” katanya.
Salam
ReplyDeletePengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) lepas ni jadi Pengerusi Felda atau pun lantik dulu sebagai Pengerusi KOHILAL untuk buktikan kemampuan sebelum menerajui FELDA. Kalau tidak dia ni hanya pandai bercakap menyalahkan orang lain sama juga dengan species2 yg lain
mcm pandai ekonomi. nak urus satu koperasi dlm parti sendiri pun terlingkup. ini pula nak bagi amanah urus negara.
ReplyDeleteBgmn nak joint persatuan anak felda ni sbb saya byk nak berkongsi kepincangan di felda saya
ReplyDeleteBgmn nak joint persatuan anak felda ni sbb saya byk nak berkongsi kepincangan di felda saya
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete