Pemimpin,
pemerintah dan pentadbir terbaik tidak lain adalah Allah s.w.t.
sendiri. Dialah Tuhan yang bernama al-Hakim, al-Wali dan al-Mudabbir
yang Maha Sempurna. Manusia adalah makhluk pengembang amanat
al-istikhlaf, yang mewakili Allah melaksanakan misi `imarat al-ard
(membangun bumi dengan ilmu, sains dan teknologi) dan islah al-ard
(mengislahkan bumi dengan pendaulatan nilai-nilai murni: kebenaran,
keadilan, kejujuran, kasih-sayang, dan lain-lainnya).
Sebagai
wakil Tuhan dalam menjayakan misi tersebut manusia dituntut
memperlengkapkan diri dengan sifat-sifat unggul al-takhalluq bi akhlaqi
‘Llah (berakhlak dengan akhlak Allah). Manusia yang berjaya menghayati
sifat-sifat dan nama-nama Tuhan (al-Asma’al-Husna) dalam batas-batas
kemanusiaannya itulah yang disebut manusia rabbani, manusia yang dekat
dengan Tuhan dari segi sifat-sifatnya.
Dalam
kaitan inilah relevannya tema al-qiyadah al-rabbaniyyah atau kepimpinan
rabbani. Jelmaan paling ideal manusia rabbani adalah para anbiya’ dan
mursalin. Dalam konteks al-qiyadah al-rabbaniyyah (kepimpinan rabbani)
mungkin kepimpinan Nabi Sulaiman `a.s. dapat diangkat sebagai salah satu
model yang cukup mengesankan. Pengkisahan tentang nabi-pemerintah
(raja) tersebut banyak termuat dalam surah al-Naml, Saba’ dan Sad.
Surah
al-Naml yang memaparkan citra pemerintahan Sulayman `a.s. menyebut
kurnia besar yang sekaligus menjadi tonggak utama pemerintahannya, iaitu
kurnia ilmu. Demikianlah ayat yang yang mengisyaratkan sebuah
pemerintahan berasaskan ilmu (knowledge based). Memang pemerintahan
profetis adalah model pemerintahan knowledge based par excellence.
Kata ilmu dalam ayat 15 surah tersebut tidak secara khusus merujuk jenis ilmu tertentu. Dengan demikian ia dapat diertikan secara inklusif meliputi segala cabang ilmu yang relevan dengan kenabian dan kenegaraan, ilmu yang dapat meningkatkan kualiti dan mengangkat martabat. Selain itu ia juga meliputi makna hikmah yang dapat diertikan sebagai kurnia kefahaman yang mendalam tentang sesuatu.

Para
ilmuwan yang memiliki hikmah disebut juga dengan kata al-rasikhuna fi
‘l-`ilm dan ulu ‘l-albab. Kata albab adalah bentuk jamak dari kata lubb
yang bererti inti terdalam atau the core of things, termasuk makna
tersirat di balik yang tersurat. Hakikat pengurniaan ilmu dan hikmah
kepada Sulayman dan ayahandanya Dawud `a.s. dipertegaskan dalam surah
al-Anbiya’:79
“…dan
kepada kedua-duanya Kami kurniakan hikmah dan ilmu…” (…wa kullan atayna
hukman wa `ilma…). Dengan kurnia ilmu dan hikmah (wisdom) itulah
Sulayman `a,s. dapat membaca dan menganalisis sesuatu fenomena dengan
tepat, menyikapinya dengan tepat dan memilih tindakan yang tepat.
Memang
kata hikmah mengandungi makna kebenaran dan ketepatan (al-sawab wa
al-sadad). Surah al-Naml menyebut bahawa mereka (Dawud dan Sulayman
`a.s.) menyatakan tahmid kesyukuran atas segala kurnia, terutama kurnia
ilmu. Mereka amat menginsafi bahawa sumber hakiki ilmu, kebenaran dan
segala kebaikan adalah Allah s.w.t., dan kerananya hanya Dia yang layak
dan berhak menjadi tumpuan syukur.
Ungkapan
al-hamdu li ‘Llah adalah ekspresi terbaik untuk menghargai sesuatu yang
bernilai. Dengan menyebut kata-kata tersebut bererti mereka adalah
pemimpin-pemerintah yang cukup menyedari tentang ilmu sebagai nilai
hidup yang utama, dan kerananya cukup komited dengan budaya ilmu.
Memang
demikianlah hakikat nilai ilmu menurut perspektif profetis sebagaimana
yang diperlihatkan oleh Nabi Musa ‘a.s. yang sanggup meredah daratan dan
mengharung lautan walau sampai ke titik temu dua lautan (majma`
al-bahrayn) semata-mata demi ilmu. Malah lebih daripada itu sanggup
berjalan bertahun-tahun mencari Khidr `a.s. untuk berguru kepadanya
(surah al-Kahf).
Mungkin hakikat inilah juga yang mengilhami al-Farabi, failasuf ulung penyandang gelar al-Mu`allim al-Thaniy menegaskan dalam karya agungnya al-Madinat al-Fadilah bahawa antara kriteria utama pemimpin negara termasuk kecintaan terhadap ilmu (muhibban li ‘l-`ilm). Yang disebut secara eksplisit dalam surah al-Naml adalah ilmu kebahasaan, khususnya mantiq al-tayr (bahasa burung).

Mesej
tersirat di sebaliknya adalah pemerintahan prihatin dan pentadbiran
yang komunikatif. Bahasa sebagai alat komunikasi dimanfaatkan dengan
berkesan untuk memahami masalah dan aspirasi rakyat. Demikianlah sebuah
model pemerintahan berjiwa rakyat, kepimpinan yang dapat merasakan
denyut nadi dan degup jantung rakyat.
Bahasa dan alat-alat komunikasi lainnya digunakan untuk berdialog dengan rakyat dari pelbagai sektor dan golongan, bukan untuk menyumbat bahan-bahan propaganda dan indoktrinasi kepartian. Dukungan rakyat diraih menerusi sikap prihatin dan komunikatif, bukan diperoleh secara licik dengan tipu daya memperbodoh dan mengabui mata.

Peristiwa
di lembah semut (wadi al-naml) mengangkat satu lagi contoh pemerintahan
prihatin dan komunikatif, wujudnya interaksi antara raja besar (Nabi
Sulayman `a.s.) dengan makhluk kecil (semut).
Demikianlah, lewat kisah
yang cukup sederhana dan mudah, al-Qur’an mengungkapkan sebuah konsep
penting: a listening government, pemerintahan yang mengamalkan
keterbukaan dan memiliki tahap kepedulian yang cukup tinggi.
Rakyat
kecil mempunyai hak untuk didengar. Pesan dari lembah semut ini
mempunyai erti yang sangat penting terutama dalam konteks zaman
leluasanya pengaruh kelompok-kelompok pelobi bayaran dan nyaringnya
suara ringgit sehingga lahir ungkapan sinis "when the money speaks, the rest will be silent".
Disebut juga tentang angkatan tentera kerajaan Nabi Sulayman `a.s. yang terbentuk dari gemblengan pelbagai unsur kekuatan rakyat: jin, manusia dan burung. Kisah ini menyerlahkan kualiti kepimpinan yang mampu memadu dan menggembleng potensi yang pelbagai untuk mencipta kekuatan raksaksa yang tak terkalahkan.

Mungkin ini adalah jelmaan wisdom kepimpinan dan kepengurusan Nabi Sulayman `a.s. yang melihat kepelbagaian sebagai kekuatan. Memang
pasukan yang baik tidak terbentuk dari unsur-unsur yang sejenis
(keahlian dan kemahirannya), tetapi yang pelbagai. Kepelbagaian dapat
membentuk pasukan yang saling melengkapi, di samping dapat pula
menciptakan dialog yang kreatif.
Ternyata Nabi Sulayman `a.s. ditampilkan untuk membawa model qiyadah rabbaniyyah (kepimpinan rabbani) dan dawlah imaniyyah (pemerintahan berasaskan iman). Pelbagai kurnia yang melengkapinya dengan segala ingredients pemimpin-pemerintah unggul tidak pernah menjadikan Sulayman `a.s. lupa daratan - mabuk kuasa dan mengagumi kehebatan diri. Sulayman al-Hakim `a.s. tetap memohon petunjuk dan pertolongan Tuhan bagaimana ia seharusnya menggunakan segala kurnia itu demi kebaikan dan kesejahteraan makhluk yang menjadi rakyatnya.

Suara
semut menyedarkannya agar kesibukan mengurus persoalan-persoalan besar
kenegaraan tidak melalaikan tanggungjawabnya terhadap rakyat kecil yang
terpencil. Melihat makhluk kecil dan lemah yang memerlukan belas kasihan
menginsafkan dirinya betapa kerdilnya ia di hadapan Allah, dan betapa
perlunya ia kepada rahmat-Nya.
Timbunan kurnia yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa selainnya, tidak menenggelamkannya dalam kemabukan glamour. Yang diinginkan adalah pengabdian yang mendapat keredhaan Ilahi dan khidmat kenegaraan yang bernilai amal salih. Pemerintahannya tidak hanya rancak dengan projek pembangunan fizikal-material, tetapi juga bersemarak dengan syi`ar dan amal pengabdian kepada Tuhan. Demikianlah pengabadian sebuah keunikan pada kepimpinan rabbani, bahawa kuasa dan harta tidak memadam nyala sebuah idealime imani - menjadi hamba Allah yang salih.

Dato' Dr Siddiq FadzilPresiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)
No comments:
Post a Comment