Dengki?
Sabar. Aku tak heran. Aku malahan tak peduli. Cuma aku nak tunjukkan wajah penipu. Ini juga salah satu bukti kenapa ramai orang hadir di sana semalam. Hey, aku tak peduli lah. Kalau aku dibayar untuk hadir, aku akan pergi dan hadir. Aku pentingkan duit. Apa masalahnya? Bukan seme benda aku sokong. Ada sesetengah benda memang aku rela buat. Ada sesetengah benda perlukan upah supaya aku boleh buat. Itulah pemikiran aku.
Bukan. Ada masa untuk dengki. Tapi bukan dengki untuk
perkara neh. Aku kuat dengki. Tapi benda lain. Aku sememangnya
berfikiran terbuka dalam isu neh.
Bagi aku kalau umno ;
1. Membayar + sponsor tempat tinggal, transport, bagi tshirt, makan apa seme
dan
2. Kerah atau arah ahli umno hadir
ke perhimpunan ulangtahun umno, bukanlah perkara yang salah.
Budak sekolah ke budak universiti neh? Betul ke budak2 14 tahun pun diupah untuk hadir?
Budak sekolah ke budak universiti neh? Betul ke budak2 14 tahun pun diupah untuk hadir?
Apa yang salah disitu? Kalau dorang guna duit rakyat
untuk parti ya, itu sememangnya salah. Tapi siapa ada bukti bahawa
dorang guna duit rakyat? Dorang mungkin guna dana parti. Tak siapa tahu.
Benda takde bukti. Baseless. Stop.
Nanti dulu der. Setau aku bersih pun kaki sponsor gak.
Lue mulut bebaik sket der. Jap. Bersih bukan kaki sponsor. Dan bersih
tak dengki kalau lue nak sponsor. Tapi yang kita pertikaikan sekarang
neh ialah lue dok tuduh2 kata kita sponsor apa seme tapi lue sendiri
yang merewang pergi sponsor sana sini. Ada cerdik ka tue?
Itulah yang orang marahkan sangat. Kalau lue tak menyemak
menuduh orang kena sponsor apa seme satusen pun takde orang nak peduli
apa benda yang lue orang sponsor der.
Tapi tgna sendiri mengaku sponsor. Lue citer apa neh? Hek
eley.. memang lah dia sponsor beberapa individu. Tapi berapa kerat jek
pun. Takan yang kena sponsor lima enam orang lue berhak cakap 300k orang
kena sponsor lak? Agak2 lah woitt nak generalisekan seme benda.
Dalam isu sponsor mensponsor neh tolong faham. Bersih tak
sponsor sapa2 pun. Sapa pun takde. Yang ada ialah kawan belanja kawan.
Kawan taja kawan. Berbeza ikut situasi. Ikut keadaan. Merujuk kepada kes
masing2 lah. Kan beza sangat tue antara di sponsor oleh parti, di
sponsor oleh bersih dan di sponsor oleh member2 sendiri. Lue ingat
member2 lue nak sponsor lue kalau lue sokong umno? Member2 lue lebih
kenal lue. Kalau lue sokong umno mampos lah depa nak sponsor lue.
Tapi disebabkan kita kawan2, kalau boleh tong2 nak ke kl,
lue sponsor minyak, gua sponsor makan, lue sponsor tambang, gua sponsor
air. Gitulah sponsor2 yang wujud antara rakan2 bersih. Menghina rakan2
bersih yang sesama sendiri sponsor sesama sendiri adalah perbuatan keji
sebenar. Apa aii masalah kao bila aku guna duit aku belanja member aku ?
Sampai ke urusan poket aku ko semak. Gila betul. Itulah yang difikirkan
oleh rakan2 bersih.Tamat.
Memang terbukti tiada sesiapa sponsor sesiapa atas nama
parti dan bersih ke atas pendemo2 bersih. Oleh kerana mereka keji urusan
sponsor mengsponsor neh sudah semestinya mereka tak amalkan. Betul?
Lihat bawah neh ;
Sabar. Aku tak heran. Aku malahan tak peduli. Cuma aku nak tunjukkan wajah penipu. Ini juga salah satu bukti kenapa ramai orang hadir di sana semalam. Hey, aku tak peduli lah. Kalau aku dibayar untuk hadir, aku akan pergi dan hadir. Aku pentingkan duit. Apa masalahnya? Bukan seme benda aku sokong. Ada sesetengah benda memang aku rela buat. Ada sesetengah benda perlukan upah supaya aku boleh buat. Itulah pemikiran aku.
Kalau disini keluarkan duit, tak mustahil pihak lain juga ada keluarkan duit = mengupah untuk hadir. Info pasal neh boleh rujuk sini.
Lihat bawah neh lagi ;
Tshirt dan makanan disediakan. Duit aku tatau. Untuk
bersih, tshirt beli sendiri, makan tanggung sendiri. Macam neh pun masih
ada yang menuduh mengatakan bersih di sponsor. Terang lagi jelas,
pengikut bersih macam aku neh bagitau ikhlas kami memang tidak disponsor
satusen pun takde. Sapa pun takmo percaya dan hirau. Agaknya kepalsuan
lebih mudah diserap berbanding kebenaran.
Sekarang ketahuilah siapa sebenarnya sponsor siapa. Siapa
sebenarnya yang menuduh2 orang itu neh last2 sendiri yang terkantoi.
Bukan itu sahaja. Bahkan mempergunakan mahasiswa untuk berpolitik.
Walaupun jelas lagi terang namanya pun perhimpunan umno. Bukan
perhimpunan kerajaan malaysia.
Kata mereka mahasiswa dilarang berpolitik. Adam adli tue
sewel sebab berpolitik. Habis mahasiswa2 yang hadir semalam kalau bukan
berpolitik apa pula? Umno bukan parti politik meh? AUKU terpakai untuk
umno juga sebab umno pun parti politik. Tapi kenapa yang buat dasar
langgar dasar?
Nampak ? Dipercayai semua universiti terlibat dalam
program, pujuk hadir dan bayar. Takpelah. Itu rezeki masing2. Ini dah
cukup membuktikan kenapa gelombang merah memenuhi stadium bukit jalil.
Ramai memang ramai. Sebenarnya tak mustahil juga kalaupun takde bebudak
universiti neh orang2 umno tetap akan memenuhi ruangan bukit jalil tue.
Cuma, disebabkan najib kurang yakin, maka dia
mengedarkanlah jemputan ber-upah seramai yang boleh sekurang2nya
daripada 300k jemputan ber-upah yang dia edarkan, dia target bahawa 100k
dari mereka akan hadir. Barulah dia boleh bermegah. Takmolah dia jemput
100k dan hanya 20-30k jek hadir. Kan itu jumlah hadirin biasa yang
selalu tv3 canangkan setiap kali najib turun ke daerah2 ketika buat
lawatan kerja walaupun ada sesetengah daerah tue penduduknya tak sampai
pun 20k..
kah kah kah
Last, modal terakhir mereka. Sponsor tak sponsor ke kami
boleh berhimpun secara aman. Ada pecah kereta polis? Ada polis kena
pukul? Nope. Memang takde. Memang aman. 100% aku puji.
Begitulah bersih sebenarnya. Jika kami tidak dilarang
dari menggunakan stadium atau dataran in the first place, kami juga akan
aman dari awal sampailah akhir. Situasi kita tak sama sebenarnya,
jangan buat penilaian terpilih.
Kita boleh suka dan boleh tak suka, tapi fakta harus
diutamakan untuk membuat sebarang justifikasi. Ingat, kita boleh menipu
orang. Kita boleh menipu sesiapa sahaja. Bahkan, kita juga boleh menipu
diri sendiri. Tetapi Allah swt, kita tak boleh tipu sampai bila2. Bai.
Ameno : Dah dua kali bersih dah dua kali kerajaan kata aku kena bayar so mana bayaran aku? Dah lama aku tunggu neh..
Source: http://amenoworld.blogspot.com/2012/05/pendedahan-lengkap-kenapa-stadium-bukit.html
No comments:
Post a Comment