Jika projek penswastaan beratus bilion bangkrap pada krisis kewangan 1997-1998, apa lah sangat modal FGVH hanya RM20 bilion.
PETALING
JAYA: NGO pejuang peneroka Felda bimbang nasib Felda Global Ventures
Holdings (FGVH) akan gagal seperti penswastaan negara sekitar tahun
1990-an.
“Saya bimbang FGVH akan mengalami nasib sama dengan projek
penswastaan beratus bilion ringgit semasa pemerintahan Tun Dr Mahathir
Mohamad sebagai Perdana Menteri.“Jika projek penswastaan beratus bilion bangkrap pada krisis kewangan 1997-1998, apa lah sangat modal FGVH hanya RM20 bilion,” kata Presiden Anak, Mazlan Aliman.
Mazlan juga membanding kegagalan unit amanah saham yang dilancarkan oleh kerajaan-kerajaan negeri.
“Berapa ramai pelabur unit Amanah Saham Johor (ASJ) yang bangkrap kerana kegagalan pelaburan tersebut,” katanya.
`Siapa nak bayar rugi’
Anak sebuah NGO yang rapat dengan PAS sedang giat melancarkan kempen supaya peneroka menolak FGVH yang akan dilancarkan Jumaat ini.
Mazlan menambah, jika FGVH akan gagal pihak manakah yang akan membayar ganti rugi terhadap pelaburan peneroka.
Katanya, adakah kerajaan akan membayar ganti rugi kepada 112, 635 peneroka jika FGVH itu akan mengalami kegagalan.
“Kerajaan asyik mencanangkan mengenai kejayaan FGVH tetapi tidak mengenai kegagalan. Jangan lepas tangan kepada peneroka pula.
“Dalam syarikat-syarikat yang disenaraikan di Bursa Saham mereka menggunakan wang sendiri berbanding dengan FGVH yang menggunakan wang dan aset peneroka.
“Borang yang ditandatangani oleh peneroka untuk menyertai FGVH menyebut semua risiko kerugian akan ditanggung peneroka,” tambah beliau.
Source: http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/05/29/bimbang-fgvh-gagal-seperti-penswastaan-dr-mahathir/
No comments:
Post a Comment