Saturday, May 19, 2012

Ideologi homoseksual ini dibawa oleh beliau (Irsyad Manji) atas nama agama???


"Ideologi homoseksual ini dibawa oleh beliau (Irsyad Manji) atas nama agama. Buku yang akan dipromosi beliau adalah pandangan songsang tentang Islam dan hak kebebasan. Buat pengetahuan semua, buku Irshad Manji sebelum ini pernah ditegah untuk sebaran di Malaysia"

"Irshad Manji pembela Salman Ruhdie yang menghina Rasulullah SAW. Beliau juga mengaku lesbian secara terbuka dan menggalakkan Muslim untuk ada keberanian beridentiti homoseksual (beliau akan memperkata tentang Moral Courage di Malaysia)"

"Membenarkan kehadiran beliau untuk bertemu peminatnya,ini bermakna membenarkan agenda mungkar ini merebak dalam negara kita dan kelihatan seperti mengiktiraf kegiatan mereka. Ini sudah tentu amat bercanggah dengan nilai agama dan budaya yang menjadi asas kehidupan bermasyarakat dan bernegara di atas tanahair tercinta ini"

"Irshad Manji berpendapat agama Islam menerima homoseksualiti dan meraikan perbezaan orientasi seks yang pelbagai. Ini merupakan tema projek liberal beliau yg dibawa ke setiap negara. Kehadiran Irshad Manji sedang dirancang oleh golongan LGBT (gay dan lesbian) di merata - rata laman sosial untuk diraikan"

Ustaz Nasrudin Tantawi

No comments:

Post a Comment