Kerajaan
BN telah berlaku zalim apabila terang2 menipu Peneroka dengan istilah
durian runtuh. Berbulan2 dimainkan sentimen kononnya nak dpt duit
beribu2 ringgit yg menyebabkan ramai peneroka jadi ghairah tak tentu
pasal. Peneroka hilang pertimbangan, nasihat orang lain termasuk anak
mereka yg cerdik pandai pun ditolak.
Saya menerima ratusan sms, email
dan add dlm fb dpd anak2 peneroka yg terlalu marah dgn tindakan terbaru
FGVH yg memperalat pengurus n pegawai felda.
Beberapa hari ini secara
tergesa2, peeneroka seluruh negara di himpunkan di balairaya, dewan
orangramai atau pejabat felda agar menandatangani Borang Permohonan
Pinjaman Saham Terbitan FGVHB. Ia dikeluarkan oleh 8 bank tempatan.
Antaranya Maybank, CIMB, Affin, BIMB, Ambank dll. Sebahagian besar
berbahasa inggeris dan ada yang sama 66 ms. Peneroka tidak diberi ruang
langsung utk bawak balik supaya ada masa meneliti kandungan borang tsb.
Ada peneroka nak mintak pandangan anak2 dulu atau merujuk kepada orang
lain utk minta nasihat. Tak dibenarkan dan dipaksa sign di situ juga.
Ada anak2 yg cuba bantu dengan bertemu pihak pengurusan mohon penjelasan
tp diherdik dan di'halau' dpd majlis tandatangan borang tsb. 90 peratus
peneroka keliru, bingung, terpedaya dan akhirnya sign.
Saya paparkan
beberapa terma dlm borang yg dikeluarkan oleh Maybank sebagai contoh.
Surat Tanggung Kerugian menulis....' SAYA PADA BILA2 MASA
BERTANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA DAN BERSEDIA MENANGGUNG SEGALA KERUGIAN DAN
SENTIASA BERSEDIA MENANGGUNG KERUGIAN TERHADAP SEMUA TINDAKAN GUAMAN,
PROSIDING, TUNTUTAN, CAJ, PENALTI, FEE, DENDA, KOS YURAN UNDANG2, DAN
APA JUA PERBELANJAAN YANG DIBUAT, DIAMBIL, DIBAWA, DIKENAKAN, DIALAMI,
DITANGGUNG, DIDAKWA, ATAU KENA BAYAR DALAM APA JUA KEADAAN TERHADAP SAYA
ATAU MANA2 ORANG PERSEORANGAN YANG BERBANGKIT ATAU BERSANGKUTAN ATAU
BERHUBUNG DENGAN SURAT INI'.
Melampau dan mengkhianati peneroka semata2
BN dah terdesak nak cari duit PRU 13. Mereka urus agihan saham FGVH, 8
Mei ini dikeluarkan sebahagian utk umpan peneroka; mungkin beberapa
ribu... yang lainnya di guna utk jentera BN. Mereka mahu pertahankan 54
kerusi parlimen di kawasan Felda. Kalau mereka kekal mandat, saham
jatuh; peneroka yang tanggung segala beban rugi. Barang diingat iklim
saham dunia tidak menentu. Koomoditi sawit dan getah belum tentu kekal
stabil.
Penganalisis kewangan menyebut penyenaraian FGVH di istilahkan '
penyenaaraian yang sakit'. Bila menjunam jatuh daripada harga asal
setiap unit saham yang dibeli; peneroka mesti tanggung. Mesti bayar
hutang tsb. Bank akan melakukan apa sahaja cara utk mendapatkan duit
pembiayaan mereka balik. FGVH lepas tangan. Isa Samad, Ahmad Maslan akan
kata, biasale main saham turun naik. Akhirnya peneroka merana sepanjang
hayat.
Ramai kekawan manager Bank sendiri pesan dgn saya, tentang
habis2an borang pinjaman ni. Mereka kata, risikonya terlalu tinggi.
Insyaallah ANAK dan rakan2 ambil tgjawab. Segala dokumen berkaitan telah
di serah pd lawyer. Insyaallah lawyer akan failkan injunksi di Mahkamah
dlm tempoh seminggu ini utk batalkan semua tandatangan yg peneroka dah
buat. Ini jelas penipuan, khianat dpd konspirasi jahat lagi tidak
berperikemanusiaan. Mentang2lah peneroka ni tak belajar tinggi dan
sesetengahnya tak reti apa2; dgn mudah didiperdaya. BN betul2 jd
petualang terhadap bangsanya sendiri!
ANAK membuka talian hotline utk
maklumat lanjut. Hubungi- Sdr Abd Rahman Ramli 0136844757, Aris Fezol
0199855883, Zolkifli Abu Osman 0194653701, Yohanis 0133039913.
ANAK
sedang mengumpul mana2 peneroka yang dah tersign n nak tarik balik. Kita
heret Bank dan FVGH ke Mahkamah. Lawan habis2 an!
Source: https://www.facebook.com/media/set/?set=a.206892809428374.45750.100003229707933&type=1
No comments:
Post a Comment