Saturday, May 19, 2012

ANAK pertahan peneroka fail injunksi ambil durian runtuh

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) mempertahankan tindakan peneroka yang memfailkan injunksi menghalang penyenaraian Felda Global Venture Holdings (FGVH) mengambil 'durian runtuh' yang diberikan.

Presiden ANAK Mazlan Aliman berkata, semua peneroka tanpa mengira sama ada mereka menyokong atau menolak penyenaraian FGVH berhak mendapat wang RM5,000 yang diberikan Felda sempena cadangan penyenaraian itu.

Menurutnya, wang itu berasal dari Felda sendiri kerana penyenaraian FGVH masih belum berlaku dan sehingga kini tiada wang dijana daripada cadangan itu.

NONE"Wang yang diistilahkan 'durian runtuh' itu semua peneroka berhak dapat. Itu duit peneroka dan peneroka kena ambil," kata Mazlan kepada Malaysiakini.

Beliau mengulas laporan muka depan akhbar Utusan Malaysia yang melaporkan peneroka Jengka 14 Abdullah Mohd dan peneroka Jengka 15 Idris Mat Sah menerima cek durian runtuh fasa pertama bernilai RM5,000.

Dilaporkan, modus operandi mereka terdapat persamaan apabila kedua-duanya datang ke pejabat pengurus Felda masing-masing dalam keadaan tergesa-gesa dan memberikan pelbagai alasan untuk membolehkan segera meninggalkan pejabat.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 8 Mei mengumumkan pemberian RM15,000 kepada setiap keluarga peneroka Felda seluruh negara.

Wang tersebut akan diagihkan dalam tiga peringkat - masing-masing RM5, 000.

Permohonan injunksi itu, yang dikendalikan oleh peguam ANAK, Haris Abdullah, bertujuan menghalang FGVH dan bank terbabit daripada meneruskan rancangan penyenaraiannya, sehingga tuduhan serius peneroka mengenai penipuan disiasat.

Source: http://malaysiakini.com/news/198338

No comments:

Post a Comment