Pengumuman
yang dibuat Najib Razak bahawa setiap peneroka FELDA akan mendapat
ganjaran RM15,000 selepas penyenaraian FELDA membuktikan sekali lagi
bahawa pentadbiran Barisan Nasional membolot kekayaan sesama mereka,
sedang rakyat diberikan hampas dan imbuhan kecil sahaja.
KEADILAN
telah meneliti prospektus penyenaraian Felda Global Ventures (FGV)
untuk menentukan berapakah nilaian sebenar ganjaran yang sepatutnya
diperolehi oleh peneroka FELDA. Proses ini turut melibatkan
perbincangan dengan penganalisa pasaran untuk menentukan prestasi FGV
dan harga setiap unit saham apabila disenaraikan kelak.
Berdasarkan prospektus penyenaraian, dana yang akan dikutip
oleh FELDA selepas penyenaraian berjumlah RM5.6 bilion, sementara FGV
pula akan mendapat suntikan dana tambahan berjumlah RM4.557 bilion.
Ini berikutan urusniaga berikut:
1. FELDA akan menjual 59% dari pegangannya sedia ada di dalam FGV (bersamaan 1,208,890,900 saham) kepada pelabur-pelabur baru
2. FGV akan menerbitkan saham baru berjumlah 980,000,000 yang akan dijual kepada pelabur-pelabur baru
3. Harga penyenaraian setiap unit saham adalah RM4.65
4. Dana tambahan yang dikutip oleh FELDA adalah RM4.65 X 1,208,890,900 = RM5.6 bilion
5. Dana tambahan yang dikutip oleh FGV adalah RM4.65 X 980,000,000 = RM4.557 bilion
Jumlah keluarga peneroka FELDA di seluruh negara adalah
112,635 yang berhak mendapat keuntungan dari proses penyenaraian ini
kerana tanah-tanah seluas 840,603 ekar yang diusahakan oleh Felda
Plantatians Sdn Bhd adalah milik mereka. Tanah ini dipajakkan kepada
FGV yang memberi nilaian besar kepada penyenaraian ini. Tanpa tanah
yang diambil oleh FELDA atas nama peneroka ini, penyenaraian FGV akan
gagal.
Oleh yang demikian, KEADILAN berpendapat Najib Razak harus
berterus terang kepada rakyat bahawa hanya 30% (berjumlah RM15,000
setiap keluarga) dari dana yang dikutip akan diagihkan kepada peneroka.
Jumlah keseluruhan agihan ini adalah RM1.689 bilion.
Bakinya yang lebih besar (iaitu 70% dari jumlah dana yang
dikutip) berjumlah RM3.942 bilion akan disimpan dan digunakan oleh
pentadbiran beliau.
Maka, reaksi pertama KEADILAN kepada pengumuman beliau pada hari ini adalah:
1. Najib Razak wajib mengagihkan KESEMUA dana yang dikutip
oleh FELDA kepada peneroka. Ini bersamaan dengan RM50,000 setiap
keluarga, bukannya RM15,000 yang diumumkan. KEADILAN mencabar beliau
mengumumkan agihan keseluruhan RM50,000 ini; dan
2.
Pentadbiran Barisan Nasional mestilah memperincikan bagaimanakah baki
RM3.942 bilion akan dibelanjakan supaya ada ketelusan dan amanah.
Ini bukanlah kali pertama Najib Razak berpura-pura
mendahulukan rakyat sedangkan di belakang beliau dan suku sakat mengaut
keuntungan besar dengan menggunakan nama rakyat.
*Mohd
Rafizi Ramli (gambar kanan) ialah Pengarah Strategi Parti Keadilan
Rakyat, dan Wong Chen ialah Pengerusi Biro Perdagangan dan Industri.
Catatan Rehlah Haji 1436H – Siri 3
-
Muhasabah Selepas Haji Ditunaikan Alhamdulillah, pada hari Sabtu 12
Zulhijjah semua jemaah Ash-Har selamat pulang ke Makkah keluar dari Mina
dengan niat na...
KETIKA SUJUD KAKI DIRENGGANGKAN ATAU DIRAPATKAN ?
-
KETIKA SUJUD KAKI DIRENGGANGKAN ATAU DIRAPATKAN ? Soalan:Ketika sedang
sujud adakah kedua kaki direnggangkan atau dirapatkan. Mana satu cara yang
betul?Ja...
Hadith mana yang suruh solat hajat untuk PERASUAH?
-
*Solat* Sunat *Hajat* merupakan *solat* sunat yang didirikan untuk memohon
*hajat* atau ketika berada dalam kesulitan.
Pada kebiasaannya dilakukan secar...
-
Catatan Dhuha Feb 21 Catatan Dhuha. Kadang-kadang musibah yang menimpa kita
mampu meluruskan jiwa, menyedarkan diri daripada kelalaian dan mampu
menyelamat...
Assalam...We are back!!!
-
Assalamualaikum semua,
Setelah sekian lama hampir 5 tahun tidak aktif, masa kami untuk kembali
aktif InsyaAllah
Nantikan post kami yang terbaru.
Insya Al...
RUMAHKU SYURGAKU
-
Bicara Santai Selain Politik. 01
25 Rabiul Awwal 1439 / 15 Dec 2017
*RUMAHKU SYURGAKU*
Oleh : Pendekar Sakti
1. Sebahagian masalah hidup ialah serabut at...
Pakatan Sunni-Israel: Imaginasi atau realiti?
-
Oleh *HARIS ZALKAPLI*
*Lawatan Presiden Donald Trump ke Arab Saudi dan ucapannya semalam memberi
gambaran jelas satu kesepakatan yang diusahakan oleh Amer...
G25 : ANTARA KEEGOAN DAN KEJAHILAN BERAGAMA
-
Jika dulu pemegang amanat, kini pula menjadi pengkhianat? Demikianlah
luahan yang hampir terungkap buat segelintir bekas pemegang jawatan
tertinggi penjawa...
Al Quran Idol Di China
-
http://www.youtube.com/watch?v=OTHcu8dQ8BEendofvid [starttext]
Subhanallah.. kita menyangka china negara bukan islam.. tetapi kepadatan
penduduk islam mele...
KEMBALI AKTIF
-
Assalamualaikum buat teman-teman sekelian...Insyallah page blog ini akan
diaktifkan kembali. Mudah-mudahan perkonsian bersama disini mendatangkan
manfaat u...
Keistimewaan Stokin Ajaib jenama Vken
-
*Kalau anda berminat sms nama dan alamat ke nombor *
*HP 01119825085*
*serta bank in ke akaun *
*Maybank ARIS FEZUL BIN ISMAIL 156141391979 *
* atau *
...
UJIAN ADALAH DIDIKAN DAN TARBIYAH DARI ALLAH
-
Sememangnya kita tidak dapat lari daripada ujian kerana *ujian itu adalah
sebahagian daripada kehidupan di dunia*. Dunia ini sendiripun tempat ujian
sebel...
BR1M - MURSYIDUL AM PERTAHAN PENDIRIAN
-
13 Rabi'ul Akhir 1434 H | 24 February 2013
KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan
kenyataan berkenaan pemberian wang B...
seorang pejuang yang gigih...
-
bintang timur
Monday, October 26, 2009YUSOF EMBONG
USTAZ YUSOF EMBONG.
Seorang guru/ pendakwah yang cukup wibawa. Cukup energetik dan sungguh
sofistikate...
Kita Masih Seorang Hamba..
-
Assalamualaikum w.b.t..
Menyusuri kehidupan...kita masih seorang hamba..
Susah, senangnya semua ditentukan Allah swt..
Justeru, usahlah kita alpa pada Yan...
TERAS: Buang sisa Lynas ke Sungai Lembing kerja gila
-
Cadangan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob agar sisa kilang
memproses nadir bumi milik Lynas Advanced Materials Plant (Lamp) di Gebeng,
Kuantan...
Sukaneka Pasti Pas Paya Besar Meriah
-
4/3/2012: Ahad,
Sukaneka Pasti Tahunan Pas Paya Besar Berlangsung meriah di Padang
berhadapan dengan Pasti Al Aman di Taman Makota aman. Pasti dibawah na...
No comments:
Post a Comment