PKR
berpendirian tegas bahawa pandangan Tan Sri Profesor Emeritus Dr. Abdul
Shukur Hussain, Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan seperti yang
disiarkan dalam media semalam adalah sangat bertentangan dengan fatwa
yang telah dikeluarkan oleh seorang ilmuan Islam yang sangat
berautoriti, Dr Yusuf al-Qaradawi, Presiden Persatuan Ulama Sedunia
seperti yang tercatat dalam buku yang berjudul Thawrah al-Sha’b (Revolusi Rakyat).
Ketua Penerangannya, Dr Muhammad Nur Manuty berkata, Dr Yusuf berpendapat bahawa demonstrasi adalah harus kerana ia adalah salah satu kaedah untuk membebaskan rakyat dari cengkaman pemerintahan yang zalim, tidak adil serta tidak memberikan kebebasan rakyat bersuara dan bergerak dalam suasana yang aman.
“Adalah jelas bahawa fatwa tersebut semata-mata bertujuan untuk memenuhi kehendak pimpinan Umno yang terdesak menggunakan isu-isu agama Islam dan bangsa Melayu bagi survival politik mereka,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, sewajarnya Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan merujuk dahulu kepada beberapa pimpinan utama Pakatan Rakyat bagi mendapat fakta yang sebenar apa yang telah berlaku pada 28 April yang lalu.
“Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan tidak wajar berat sebelah. Yang jelas Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan telah gagal melihat insiden 28 April secara menyeluruh,” ujarnya lagi.
Katanya, PKR yakin bahawa pihak penganjur Bersih 3.0 sejak dari awal lagi mempunyai tujuan yang jelas iaitu perhimpunan secara aman demi untuk mempastikan berlakunya keadilan dan ketulusan dalam pengurusan pilihanraya di Malaysia.
Justeru, ujarnya kewibawaan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan sebagai sebuah badan tertinggi dalam pembuatan fatwa amat diragukan kredibilitinya.
“Kita ingin bertanya di manakah pendirian rasmi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan terhadap amalan budaya fitnah jahat, perbuatan mengaibkan individu Muslim serta penyebaran video seks yang begitu berleluasa penyebarannya serta mendapat perlindungan dari pemerintah?
“Apakah pandangan Jawatankuasa Fatwa terhadap keganasan fizikal yang telah dilakukan oleh pasukan PDRM ke atas demonstran dalam demonstrasi Bersih 3.0?” tanya beliau.
Katanya, rakyat berhak mendapat jawapan-jawapan yang ikhlas dari Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dalam isu-isu tersebut demi kebenaran dan keadilan sejagat.
“Sesungguhnya peranan jawatankuasa Fatwa Kebangsaan adalah untuk mempastikan fatwa-fatwa yang dikeluarkan memenuhi ciri-ciri kesahihan sesuatu fatwa seperti yang dikehendaki dalam Islam iaitu mempastikan fakta yang diperolehi adalah benar bukan artificial atau penuh dengan sangkaan buruk (su’ al-zann), mempunyai sandaran hukum yang berpaksi kepada al-Qur’an, Sunnah dan lain-lain sumber yang muktabar, serta adil.
“Adalah jelas bahawa fatwa Jawatankuasa Kebangsaan lebih berbaur ‘politik murahan’ dari kewibaan fatwa yang dibahaskan oleh alim ulama yang berautoriti,” katanya lagi.

SELAGI DOK TAKUT ALLAH GITULAH JADINYA MAJLIS FATWA ULAMA BISU KEPADA KEMUNGKARAN BIAR ALLAH BAGI PENGAJARAN KEPADA MEREKA .
ReplyDeleteHarus jatuh haram sebab kafir yg jd ketua
ReplyDeletePengertian Fatwa menurut Yusuf Al Qardawi.
ReplyDeleteHari ini kita lihat ada sestengah pihak mempertikaikan fatwa yang di keluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan kerana ada fatwa yang tidak selari dengan kehendak,selera dan kefahaman mereka.
Sebelum kita terikut ikut dengan rentak golongan ini marilah kita fahamkan terlebih dahulu tentang pengertian fatwa itu sendiri.
Saya bentangkan di sini metod Fatwa Al Qardawi secara ringkas sebagai contoh.
Fatwa menurut Al Qardhawi adalah penjelasan mengenai hukum syarak dalam sesuatu isu sebagai jawapan kepada soalan yang di kemukakan oleh pihak yang bertanya, sama ada diketahui orangnya ataupun tidak diketahui dan samada daripada individu mahupun daripada masyarakat.Orang yang bertanggungjawab mengeluarkan fatwa dinamakan sebagai Mufti.Tugasannya mengeluarkan fatwa di namakan Ifta’.
Pendek kata fatwa ialah mengeluarkan satu hukum syarak yang di lakukan oleh mufti berhubung dengan sesuatu isu yang berlaku dalam masyarakat yang tidak terdapat nas yang jelas dari Quran, Hadis, Ijmak dan Qiyas mahu pun dari sumber mazhab yang empat yang muktabar.
Hukum mengeluarkan fatwa dalam sesuatu situasi adalah Fardhu Kifayah.Namun adalah haram keatas orang yang tidak mempunyai kelayakan mengeluarkan fatwa.
Kebanyakkan fatwa yang di keluarkan di putuskan berdasar suara majoriti melalui majlis fatwa yg di tubuhkan oleh sesebuah kerajaan.Keputusan fatwa saperti ini lebih selamat di amalkan oleh umat Islam, kerana ia berdasarkan suara majoriti ulama.Fatwa seumpama ini di sebut Fatwa Jama’i.
Menurutnya lagi fatwa di keluarkan dan berubah mengikut perubahan masa, tempat ,situasi,tradisi dan adat masyarakat setempat.
Contoh: Mufti di negara A mungkin fatwanya berbeza dengan fatwa mufti di negara B mengenai isu yang serupa.
Contoh lagi: Seseorang bertanya mufti tentang keperluan menentang kemungkaran tertentu dengan tangan tetapi mufti berpendapat menghilangkan kemungkaran dengan cara ini boleh menimbulkan kemungkaran yang lebih besar daripada kemungkaran sebelumnya.Di waktu ini, mufti tidak boleh menfatwakan berdasarkan hukum yang umum iaitu boleh menentang kemungkaran dengan tangan kerana ia akan mendatangkan keburukan yang lebih besar. Qardawi merujuk dan bersandar kepada kisah Ibn Taimiyah yang pernah bertembung dengan segolongan tentera Tartar yang sedang minum arak dan mabuk.Para sahabat beliau cuba mencegah atas alasan mereka orang orang Islam dan haram minum arak.Walaubagaimanapun Ibn Taimiyah melarang sahabat sahabatnya daripada berbuat demikian kerana pada pandangan beliau, dalam kes yang beliau hadapi itu, arak telah menghalang tentera Tartar daripada menumpahkan darah orang Islam dan merampas harta benda mereka.
Qardawi menjelaskan dalam situasi dunia zaman moden ini jika ada seorang mufti sendiri berselisih pendapat dalam sesuatu isu maka hendaklah ikut fatwa majoriti mufti kerana menurutnya fatwa yang di keluarkan oleh majoriti mufti adalah hampir kepada kebenaran berbanding pendapat yang di kemukakan oleh seorang mufti.Beliau beralasan dengan sebuah hadis yang di riwayatkan oleh Ibnu Umar r.a yang bermaksud:
“Sesungguhnya syaitan bersama dengan seorang, tetapi menjauhi dari dua orang”.(Al Tirmizi, kitab al Fitan, bab Luzum al Jamaah, hadis no 2165)
(Sumber: Buku Metode Fatwa Al Qardawi oleh Basri bin Ibrahim Al hasani Al Azhari)