Saturday, May 26, 2012

Karpal tersasul, kata Guan Eng

Lim Guan Eng
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan EngKetua Menteri Lim Guan Eng
GEORGETOWN - Ketua Menteri, Lim Guan Eng menafikan bahawa Pengerusi DAP, Karpal Singh ada mengeluarkan kenyataan mengenai perjuangannya untuk memastikan bukan Melayu menyandang jawatan Perdana Menteri.

Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP berkata,Karpal tersasul ketika mengeluarkan kenyataan di khalayak ramai dan ia diputarbelit oleh sesetengah media sehingga menjadi isu besar.

“Beliau (Karpal) tersasul ketika mengeluarkan kenyataan dan saya rasa ia tidak perlu diperbesarkan. Ini hanya satu propaganda oleh sesetengah media sehingga ia menimbulkan keresahan kepada rakyat.

"Sesetengah media yang ‘dipegang’ oleh sebuah parti ini hanya tahu memutar belit  fakta sahaja, padahal Karpal hanya tersasul,” katabeliau kepada mediahari ini.

Menurutnya, DAP dan Pakatan Rakyat (PR) masih berpegang teguh dengan pendirian bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dilantik menjadi Perdana Menteri jika PR menakluki Putrajaya kelak.

Guan Eng turut menafikan kenyataan kononnya beliau berminat dengan jawatan itu jika benar yang diperkatakan Karpal.

“Saya tidak layak untuk memegang jawatan itu (PM) kerana masih ada calon yang lebih layak,” kata beliau  tetapi tidak menyebut nama calon yang dimaksudkannya itu.

Kelmarin,sebuah akhbar melaporkan bahawa Karpal mengeluarkan kenyataan bahawa selagi hidup, beliau akan terus berjuang untuk memastikan seorang bukan Melayu menyandang jawatan Perdana Menteri.

Banyak pihak memberi maklum balas berhubung kenyataan itu termasuk Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang menyalahkan sebuah akhbar dengan berkata Karpal ada memberitahunya bahawa beliau hanya menyebut Perlembagaan membenarkan semua rakyat Malaysia layak menjadi Perdana Menteri tetapi menafikan  menyebut ‘selagi hidup’.

Source: http://www.sinarharian.com.my/nasional/karpal-tersasul-kata-guan-eng-1.50978

No comments:

Post a Comment