Jangan Sempitkan Fatwa Melibatkan Demonstrasi Sahaja Tapi Juga Melibatkan Kepincangan Pilihanraya Yang Menjadi Tujuan Kepada Demonstrasi
Muzakarah
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan diseru tidak mengeluarkan
pandangan melibatkan demonstrasi sahaja tetapi mestilah juga
mengeluarkan pandangan melibatkan kepincangan pilihanraya yang menjadi
sebab kepada berlakunya demonstrasi. Demikian ditegaskan oleh Ketua
Dewan Ulama PAS Pusat, YB Tuan Guru Dato' Hj Harun Taib, mengulas
pandangan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan berhubung
demonstrasi BERSIH 3.0 hari ini.
"Demonstrasi menyatakan
pandangan adalah berasaskan kepada kewajipan Amar Ma'ruf Nahi Mungkar
yang dituntut oleh Islam. Demonstrasi BERSIH 3.0 bertujuan menuntut 8
perkara melibatkan penambahbaikan pilihanraya negara yang dilihat
pincang. Ia merupakan sebahagian tugas Amr Ma'ruf Nahi Mungkar yang
mesti dilaksanakan oleh rakyat terutamanya umat Islam. Tanpa sebarang
provokosi daripada pihak tertentu demonstrasi aman tidak akan
mencetuskan huru-hara."
Sementara
itu, Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat, Dr Khairuddin Aman Razali pula
menegaskan, "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan diminta
jangan menyempitkan pandangan muzakarah melibatkan demonstrasi yang
berlaku sahaja tetapi perlu mengeluarkan pandangan terhadap kepincangan
pengurusan kewangan negara, amalan rasuah yang berleluasa,
pengkhianatan pemberian ic kepada bukan warganegara, pemberian
warganegara dengan tujuan politik jahat, rasuah politik kepada pengundi,
pengunaan dana kerajaan oleh parti yang bertanding dalam pilihanraya
dan kepincangan pengurusan pilihanraya. Dengan itu, Jawatankuasa Fatwa
akan dilihat berwibawa dan tidak menjadi alat pemerintah semata-mata,
malah menjadi suara Amar Ma'ruf Nahi Mungkar mewakili rakyat."
Source:
http://ulamak.pas.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=485:jangan-sempitkan-fatwa-melibatkan-demonstrasi-sahaja-tapi-juga-melibatkan-kepincangan-pilihanraya-yang-menjadi-tujuan-kepada-demonstrasi&catid=17&Itemid=19
Wahai Jawatankuasa Majlis Fatwa, Tolong Jangan Keluarkan Fatwa yang memberi ruang tuan tuan di aibkan.Berwibawalah.
ReplyDelete