Thursday, May 3, 2012

Kain rentang, risalah hasut peneroka tolak durian runtuh Felda ditemui


ANAK mendakwa ada pihak lain yang melakukannya bagi memburuk-burukkan NGO tersebut
PETALING JAYA: Persatuan Anak-anak Peneroka Kebangsaan (ANAK) mendakwa kain rentang dipasang menghasut peneroka menolak pemberian `durian runtuh’ dari Felda yang akan diumumkan Perdana Menteri, 8 Mei ini.
Presiden ANAK, Mazlan Aliman berkata, pihaknya juga diberitahu ribuan risalah mengenai perkara tersebut teah diedarkan kepada peneroka di seluruh negara.
“Ia ditemui di beberapa kawasan Felda seperti di Chini serta di Kuantan (Pahang) dan di tempat-tempat lain. .
Antara Kain rentang tertulis “Kami tidak teringinkan durian runtuh; para peneroka Felda jangan terima durian runtuh kerana kita ada maruah dan harga diri; Najib penipu peneroka; Hidup Pakatan Rakyat.
Beliau menegaskan, ada pihak lain yang melakukan perkara tersebut bagi memburuk-burukkan ANAK dengan tujuan supaya peneroka marah kepada NGO tersebut.
Mazlan menegaskan , ANAK tidak pernah mengeluarkan arahan tersebut serta tidak menghalang peneroka mengambil wang berkenaan.
Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan durian runtuh kepada peneroka Felda 8 Mei ini.
`Tanah dirampas’
Menurut Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad, FGVH akan disenaraikan mulai 1 Jun dan akan memberi keuntungan besar kepada peneroka.
Bagaimanapun, Mazlan mengingatkan peneroka supaya berhati-hati dengan pemberian borang pinjaman bank kepada mereka.
“Borang kosong dari bank tempatan itu sangat membahaya kepada peneroka…boleh menjadi perangkap kepada mereka.
“Peneroka hanya tanda tangan borang itu tetapi mereka tidak tahu jumlah pinjaman, risiko kepada pinjaman tersebut.
“Selain dikenakan bunga sebanyak lima peratus, mereka juga berdepan risiko tanah dirampas jika gagal menjelaskan pinjaman,” katanya.
Antara bank tempatan yang akan memberi pinjaman kepada peneroka untuk membeli saham FGVH ialah Ambank, Mayban,  CIMB, BIMB  dan OCBC.
“Dalam tempoh enam bulan selepas borang ditanda tangani, peneroka kena jual saham kepada FGVH.
“Selepas saham dijual peneroka tidak boleh buat apa-apa lagi…,” tambah Mazlan.

Source: http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/05/03/kain-rentang-risalah-hasut-peneroka-tolak-durian-runtuh-felda-ditemui/

No comments:

Post a Comment