Dewan Ulamak PAS Pusat menyokong penuh kenyataan yang dikeluarkan oleh
Datuk Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, Presiden dalam ucapan beliau
di Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno (PGU) 7.0 di Kampung
Banggol Peradong, Dewan Undangan Negeri (Dun) Teluk Pasu, Kuala Nerus
pada hari sabtu yang lalu.
Datok
Seri Tuan Guru Presiden PAS dipetik berkata “PAS memberi jaminan
kerjasama dengan parti Pakatan Rakyat dengan DAP, dengan KeADILan (PKR)
selagi dapat mempertahankan Melayu Islam. Sekiranya kerjasama itu
merugikan Melayu Islam, merugikan Islam…PAS keluar dari Pakatan Rakyat
dan tidak ada ragu-ragu lagi. Sehingga hari ini, kita (PAS) bersama
Pakatan Rakyat"
Dewan
Ulamak PAS Pusat percaya ucapan beliau tersebut adalah tersangat jelas
dan ianya merupakan satu jaminan PAS kepada umat Islam dan seluruh
rakyat Malaysia bahawa kepentingan Islam akan terus dipertahankan oleh
PAS dan ianya adalah penentu keberadaan PAS dalam Pakatan.PAS tetap
setia dengan Pakatan selagimana kepentingan Islam menjadi keutamaan dan
agenda utama.
Rakan-rakan
di dalam Pakatan Rakyat dan seluruh rakyat Malaysia hendaklah memahami
serta menghayati akan perjuangan dan prinsip perjuangan Islam yang
dibawa oleh PAS. Sejarah telah membuktikan betapa konsistennya PAS dalam
agenda dan usaha ini.
Kami
Dewan Ulamak PAS Pusat senantiasa akan mempertahankan kepentingan Islam
melebihi kepentingan-kepentingan yang lain sepertimana yang terkandung
dalam ucapan Datuk seri Presiden PAS tersebut serta sepertimana yang
terkandung dalam perlembagaan PAS.
Tahaluf
Siyasi Pakatan Rakyat yang disertai oleh PAS amat bergantung kepada
sejauhmana mana kepentingan Islam menjadi agenda utama yang
dipertahankan dalam pakatan.
PAS
akan mengkaji kedudukannya dalam Pakatan Rakyat sekiranya ianya membawa
kerugian kepada kepentingan Islam dan umat Islam di Malaysia.
Dalam
masa yang sama agenda keadilan Islam kepada seluruh bangsa di Malaysia
akan terus menjadi dasar perjuangan PAS dalam usaha meruntuhkan
kezaliman terutamanya apa yang telah dan sedang dilakukan oleh kerajaan
pimpinan Umno BN sekarang.
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat
Dato' Nik MUhammad Zawawi Salleh
No comments:
Post a Comment