Tuan Ibrahim menjelaskan, semua calon yang telah diperiksa oleh majlis
syura tidak mempunyai masalah untuk bertanding dalam pilihanraya.
PETALING
JAYA: PAS menegaskan parti itu tidak akan menghantar senarai nama calon
kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebaliknya hanya
memerlukan kelulusan majlis syura.
Ketua
Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, majlis syura akan
menentukan seseorang calon layak bertanding atau tidak.
“Kalau calon itu bersih seperti tidak ada kes mahkamah dan bersih dari segi syariah, mereka layak bertanding.
“Jadi kami tidak akan hantar nama calon PAS ke SPRM untuk penapisan,” katanya lagi.
Tuan
Ibrahim menjelaskan, semua calon yang telah diperiksa oleh majlis syura
tidak mempunyai masalah untuk bertanding dalam pilihanraya.
Katanya, nama-nama itu akan diserahkan kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk membuat pemilihan muktamad.
Beliau menambah, setiap kerusi negeri akan menghantar sekurang-kurangnya tiga nama untuk diselidiki oleh majlis syura.
“Ini
bermakna PAS di peringkat kawasan terlebih dahulu telah memeriksa latar
belakang calon sebelum dihantar kepada ibu pejabat parti.
“Jadi kita tidak bimbang dengan kelayakan calon-calon kita,” ujar beliau.
Baru-baru ini PKR mengumumkan parti itu tidak akan menyerahkan nama calon kepada SPRM untuk ditapis.
Pilihanraya umum ke 13 dijangka diadakan bila-bila masa dari sekarang.
No comments:
Post a Comment