February 07, 2013
7
FEB — Semasa saya bulan lalu ada seorang yang pernah berjawatan tinggi
dalam Bursa Saham bertanya, dia tidak faham dan tidak suka PAS bersekutu
dengan DAP.
Ada pula rakan sesurau yang tidak menyertai PAS tetapi suka kepada PAS, memberitahu dia dukacita PAS bersekutu dengan DAP.
Kemudian
seorang profesor yang bidang kajiannya sains politik, jadi orang Umno
yang tidak kedepan sangat dan dapat pangkat kerana Umnonya itu, bersikap
terbuka terhadap PAS, merasa ajaib mengapa PAS boleh bersatu dengan
DAP?
Imannya
terhadap Umno tidaklah sekuat iman Ibrahim Ali Perkasa atau Menteri Noh
Omar. Mengikutnya, Umno yang dianggotainya itu bongkak, rasuah dan
macam-macam seperti yang selalu musuh Umno kata pada Umno, tetapi dia
tidak boleh terima PAS yang bukan partinya itu boleh menerima DAP
sebagai kawan.
Padanya,
DAP yang bercakap tentang anti-rasuah, mahukan kerajaan yang baik dan
demokrasi adalah parti yang licik. Mengapa PAS yakin sangat dengan DAP
yang bercakap tentang beberapa yang baik tentang Islam. Ia parti licik
dan hendak memperalatkan PAS saja.
Maka
berkewajipan pula saya menjelaskannya. Saya mengambil masa untuk
berdailog dengan sesiapa saja atas isu ini bukan sekadar mahu
mempertahankan PAS, tetapi apa yang PAS buat sekarang adalah apa yang
saya desak PAS laksanakan selama lebih dari 20 tahun dudu dalam
Jawatankuasa PAS Pusat.
Sebelum
saya menyertai PAS, masih menjadi wartawan Utusan Melayu, dalam forum
di Universiti Malaya dengan penalis lainnya Tan Sri Senu Abdul Rahman,
Setiausaha Agung Umno dan Lim Kit Siang, Setiausaha Agung DAP, saya
sarankan supaya PAS mencari sekutu bukan Melayu dan DAP mencari sekutu
Melayu kita mahu berperanan secara berkesan dalam politik.
Saya
kata kepada semua yang sangsi akan muafakat PAS-DAP itu, awak jangan
sangka PAS ini bodoh sangat sambil mengaku DAP adalah cerdik. Masalah
Umno dan orang Umno merasa ia saja cerdik dan PAS bodoh belaka. Padanya
Cina yang baik dan jujur ada dalam MCA saja dan dalam DAP itu semua
penyangak.
Malaysia
dan kerajaannya yang rosak sekarang, orang Melayu, Cina dan India yang
rosak sekarang adalah gara-gara politik bongkak, rasuah, menyelewang dll
Umno seperti yang diakui oleh profesor tadi. Segala keburukan Umno yang
saya sebutkan tidak pula dinafi oleh profesor dan bekas orang kuat
Bursa Saham tadi.
Cuma
kata mereka yang baiknya Umno itulah Melayunya, bukan perangainya.
Mereka telan semua yang buruk Umno kerana Melayunya sedang keburukan
yang dilakukannya terhadap Melayu dibiarkan saja. Jika keburukan Umno
itu tidak dihentikan, bukan negara saja lingkup, Melayu pun habis
lingkup.
Tiada
cara bagi menghentikan keburukan Umno itu ialah dengan mengalahkannya
dalam pilihanraya. Umno sendiri tidak boleh mengalahkannya dan DAP
sendiri pun tidak boleh mengalahkannya. Sama juga dengan Umno sendiri
tidak boleh menang pilihan raya dan MCA sendiri pun tidak boleh menang
pilihanraya.
Umno hanya menang kerana berkawan dengan MCA dan MIC, dan Umno dan MCA boleh dikalahkan dengan PAS berkawan dengan DAP.
Kalau
DAP mahu merasa kuasa mesti berkawan dengan PAS. Syarat berkawan dengan
PAS jangan jadi anti-Islam, jangan senggong Raja-Raja, jangan tolak
Bahasa Melayu dan jangan banyak hentam Umno, serahkan pada PAS saja
menghentam Umno. PAS pula jangan banyak cerca MCA dan MIC, biar DAP saja
cerca MCA dan MIC.
Kalau
DAP mahu berperanan dan berkuasa, ikut apa yang PAS nasihat itu. Kalau
PAS mahu lama berkuasa maka jagalah perasaan DAP. Kalau DAP fikir ia nak
perkuda PAS, nanti PAS boleh lari dan berkawan pula dengan Umno. Ia
bukan ugut tetapi itulah caranya supaya PAS tidak jadi kuda.
Tapi
dengan berkawan dengan DAP itu terbukalah peluang dakwah. Hal ini boleh
difahami oleh pelakun filem Abby Abadi dan penyanyi Aishah. Mereka
boleh faham, orang mengaji sains politik tidak boleh faham. Tidak
malukah profesor dengan Abby dan Aishah?
* Ini adalah pandangan peribadi penulis.
No comments:
Post a Comment