http://www.sinarharian.com.my/nasional/bantah-mazlan-masuk-felda-1.128303
HULU
SELANGOR - Peneroka Felda Sungai Tengi membantah kehadiran Presiden
Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman yang
dijadualkan memberi ceramah pada Jamuan Rakyat dan Penerangan bersama
bekas Pengarah Eksekutif Felda Plantation, Mohd Said Jonit di Dataran
Felda Sungai Tengi, semalam.
Ketua Peneroka, Sapuan Bukhari berkata, bantahan itu disebabkan mereka bimbang peneroka dan anak-anak peneroka dihasut dengan dakyah songsang serta mengelirukan.
“Beliau (Mazlan) suka menghasut menerusi ceramah dan ucapannya yang mengelirukan serta tiada fakta. Dia cuma mahu memporak-perandakan warga Felda.
“Kalau tidak dihalang, peneroka akan terikut sedangkan cakapnya tiada asas. Semua dakwaannya juga meleset,” katanya, semalam.
Beliau berkata, bantahan awal disuarakan warga peneroka sebelum ini menerusi lapan laporan polis dibuat empat ketua peneroka Felda bersama NGO pada 1 Februari lalu.
Katanya, susulan laporan itu, pengurusan tertinggi Felda mengeluarkan arahan supaya kehadiran Mazlan disekat bermula petang semalam.
Sementara itu, isteri peneroka, Martini Hussin, 55, berkata, Mazlan perlu dihalang daripada memasuki Felda kerana beliau didakwa sering memberi maklumat salah dan menghasut peneroka.
“Kita perlu halang beliau kerana mengganggu penduduk di sini. Peneroka tahu dia suka memburukkan anak-anak peneroka, jadi kami memang tidak suka dan menolak dia,” katanya.
Seorang lagi anak peneroka, Mustafa Kamal Husin, 50, berkata, dia menikmati keamanan dan keselesaan selama lebih 40 tahun tinggal di tanah rancangan.
“Generasi kedua dan ketiga sudah menikmati keamanan. Jadi apabila ada individu sebegini datang, mereka perlu disekat kerana takut menjejaskan perpaduan di sini,” katanya.

Kasihan orang Melayu peneroka yang dokotak-katikkan oleh Isa Samad
ReplyDelete