felda teloi


6 February 2013   
Mazlan Aliman merupakan Presiden ANAK yang kerjanya tidak lain dan tidak bukan ialah mengumpulkan undi untuk PKR dan DAP sungguhpun dia berakidahkan PAS. Tumpuan utamanya ialah Tanah Rancangan FELDA di seluruh negara. Kerjanya tidak lain ialah membuat hasutan, tohmahan dan fitnah dengan berselindung di sebalik keahliannya dalam PAS. 
Selepas ditolak dan dimalukan di FELDA Tengi Hulu Selangor pada 4 Februari oleh lebih 200 orang penduduk Felda berkenaan, Mazlan Aliman melarikan diri ke Felda Teloi Kanan pada keesokan harinya. Sekali lagi, Mazlan Aliman dan para penyokong serta ahli rombongannya dimalukan oleh lebih 200 orang penduduk Felda Teloi Kanan.
mazlanaliman4
Penentang Mazlan Aliman di Felda Teloi Kanan terdiri daripada generasi pertama dan kedua Felda berkenaan. Mereka tidak sahaja membuat bantahan aman tetapi juga telah membuat sekatan semenjak petang sehari sebelumnya untuk menghalang Mazlan Aliman dan rombongannya daripada menjejakkan kaki mereka ke tanah rancangan tersebut.
Bagi generasi pertama dan kedua FELDA Teloi Kanan, Mazlan Aliman dilihat sebagai pengacau. Tambahan pula dengan rekodnya selaku penfitnah dan tukang hasut yang cuba memecah belahkan perpaduan komuniti Felda di seluruh negara, menyedarkan penduduk FELDA Teloi Kanan bahawa Mazlan Aliman perlu dihalau secepat mungkin. 
Mazlan Aliman akhirnya memutuskan untuk meninggalkan FELDA Teloi Kanan dalam keadaan yang amat mengaibkan setelah dia kerapkali mendabik dada kononnya, kehadirannya dan anggota-anggota rombongannya mendapat sambutan yang sangat luar biasa daripada masyarakat FELDA. 
mazlanaliman1
Rupa-rupanya Mazlan Aliman tidak berputus harap. Kalau FELDA Teloi Kanan menolaknya, Mazlan Aliman berharap FELDA Teloi Timur, Sik akan menerimanya. 
Berita kehadiran Mazlan Aliman dan rombongannya telah sampai ke pengetahuan penduduk FELDA Teloi Timur. Seawal jam 7:45 malam, seramai 150 penduduk telah berkumpul di hadapan pintu masuk FELDA Teloi Timur. Bagi memastikan keselamatan dan keamanan terjamin, polis telah melakukan kawalan. Bahkan Ketua Polis Daerah turut ke tempat kejadian. 
mazlanaliman2
Lebih kurang jam 10:15 malam, Mazlan Aliman dan rombongannya tiba. Mazlan Aliman kemudiannya memberikan ucapan ringkas kepada para penyokong PAS  yang datang dari luar FELDA Teloi Timur dan berkumpul tidak jauh dari pintu masuk ke Felda tersebut. Dari atas sebuah kenderaan pacuan empat roda, Mazlan Aliman menggunakan pembesar suara dan memberitahu para pengikut PAS itu bahawa dia akan ke IPD Sik untuk membuat laporan polis kerana dihalang memasuki FELDA Teloi Timur. 
Mazlan Aliman menuduh, halangan tersebut telah didalangi oleh UMNO. Walaupun hakikatnya, pengurusan FELDA Teloi Timur mempunyai kuasa untuk menghalang mana-mana pihak daripada menjalankan aktiviti politik di kawasan berkenaan, Mazlan Aliman cuba menipu dengan menuduh UMNO yang melakukannya. Keengganannya untuk menerima hakikat bahawa dia sememangnya dimusuhi oleh komuniti FELDA kerana perangainya yang suka membawa perpecahan dan menggalakkan budaya fitnah selain mencari keuntungan mudah menerusi saman-saman yang difailkan oleh para peneroka yang berjaya dihasutnya, sememangnya membawa malang kepada orang yang diharapkan oleh Anwar Ibrahim agar dapat mengumpulkan sebanyak mungkin undi daripada masyarakat FELDA. 
Kejadian malam tadi telah membuktikannya. Walaupun pada mulanya sekadar lebih kurang 200 orang sahaja yang membuat hadangan, tetapi akhirnya, seluruh kawasan menjadi sesak. Rombongan Mazlan Aliman tersekat dan dikelilingi oleh orang ramai yang begitu marah dengan kehadiran mereka. Kehadiran pihak penguatkuasa undang-undang telah menghalang kejadian buruk daripada menimpa Mazlan Aliman dan anggota-anggota rombongan serta 150 orang penyokongnya. 
mazlanaliman3
Dan hanya dengan bantuan pihak polis, barulah Mazlan Aliman, anggota rombongan dan para penyokongnya dapat keluar dari tempat kejadian. Menariknya, selepas berjaya keluar daripada kepungan tersebut, Mazlan Aliman dan anggota-anggota rombongannya yang pucat lesi, lintang-pukang meninggalkan Felda Teloi Timur. 
Ketika artikel ini ditulis, seramai lebih 300 orang masyarakat FELDA Teloi Timur masih lagi 'berkubu' di hadapan pintu masuk ke Felda tersebut.