Harakahdaily, | 15 Feb 2013 |
KUALA LUMPUR: Sekumpulan 30 mahasiswa dari Gerakan
Mahasiswa PRU13 (GM13) yang dikepung samseng di sebuah madrasah di
Pekan, kawasan parlimen Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah
dihantar pulang ke Kuala Lumpur menggunakan bas yang disewa PAS Kawasan
Pekan.
Menurut
Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang menghubungi
Harakahdaily jam10.30 malam ini berkata pelajar sedang menaiki bas untuk
bertolak ke Kuala Lumpur sambil diiringi polis sehingga ke Gambang.
“PAS Pekan sewa sebuah bas RM1,600 untuk hantar pelajar ke terus ke KL, polis iring sampai Gambang,” katanya.
Petang tadi, Dewan Pemuda PAS
Malaysia (DPPM) mengerahkan anggota di sekitar Pekan, Pahang ke Madrasah
Darul Husna, bagi membantu mahasiswa yang dikepung samseng.
30 mahasiswa dikepung di madrasah tersebut yang merupakan markas PAS.
Menurut maklumat daripada mahasiswa yang berada di sana, sekumpulan samseng mengepung mereka di luar pagar bagi menghalang mereka meneruskan program edaran risalah ke kampung-kampung.
"Sebelum ini Anak diserang kini mahasiswa, apa nak jadi dengan politik negara kita?
"Saya nasihatkan rakan-rakan mahasiswa sabar hadapi ujian ini dan jangan gentar untuk terus berjuang menepati idealisme mahasiswa dan lunas demokrasi negara," kata kata Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan.
Beliau juga berharap agar pihak polis memberikan jaminan keselamatan kepada mahasiswa.
"Malaysia bukan negara gengster dan mafia. Semoga pihak PDRM dapat bantu memberi hak aman dan selamat kepada mahasiswa G13 di Pekan," katanya.
Sebelum ini, mahasiswa dua siswa dan dua siswi dari kumpulan GM13 diserang dengan parang oleh samseng di Felda Chini 4.
Kumpulan itu diserang ketika mengedar risalah dan surat ‘Harapan mahasiswa untuk rakyat Pekan’ dari rumah ke rumah di kawasan Felda berkenaan.
Terdahulu, seorang aktivis GM13, Ekhsan Bukhari diserang di Kampung Datuk Keramat dalam Dun Pulau Manis.

No comments:
Post a Comment