Thursday, February 28, 2013

Utusan Rugi RM15.50juta, Teruskan Boikot Sampai Ia Diisytihar Muflis


Utusan catat kerugian sebelum cukai RM15.50j

Utusan Melayu (M) Bhd mencatat kerugian sebelum cukai sebanyak RM15.50 juta dalam tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012 berbanding keuntungan sebelum cukai sebanyak RM16.356 juta pada tempoh yang sama sebelumnya.

Perolehan susut kepada RM349.19 juta berbanding RM366.55 juta sebelumnya.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Utusan Melayu berkata perolehan yang lebih rendah itu berpunca daripada segmen penerbitan dan pengedaran yang mencatat perolehan yang lebih rendah, sebanyak 8.6 peratus serta pelupusan sebuah unit dalam segmen percetakan.

Utusan Melayu berkata tahun ini akan terus mencabar untuk kumpulan itu berikutan saingan sengit dalam penguasaan pasaran perbelanjaan pengiklanan dalam kalangan media.

Bagaimanapun kumpulan itu akan terus memanfaatkan akhbar kompaknya, Kosmo, untuk perolehan iklan yang lebih tinggi.

"Kami juga akan memanfaatkan segmen teknologi maklumat dan multimedia yang merekodkan perolehan yang meningkat sekali ganda tahun lepas.

"Segmen itu dijangka meningkatkan sumbangannya terhadap kumpulan itu," katanya. - Bernama

Ulasan GB

Mahkamah telah beberapa kali mengisytiharkan akhbar Utusan penyebar fitnah.

Justeru itu, akhbar Pemfitnah No 1 negara ini tidak perlu diberikan sebaranbg simpati dan rasa kasihan. Jika kita bersimpati dan kasihan kepadanya bererti kita bersubahat dan mendapat dosa dengan fitnah-fitnah yang ia lakukan.

Sekarang ia mengharapkan akhbar KOSMOnya untuk menjana pendapatan. Pastikan juga akhbar tersebut diboikot sama.


p/s Ada yang bertanya GB bagaimana pula nasib pekerja dan wartawan yang rata-rata beragama Islam di sana? Jawab kita ialah kita doakan mereka diberikan pekerjaan lain yang lebih mulia dan para wartawan itu diberikan hidayah menghentikan penulisan fitnah dan dosa disamping menjadi wartawan yang menulis kerana Allah yang menegakkan kebenaran dan keadilan.
 
Baca Selanjutnya...

‘Tiap kali PRU tawar geran tapi tak pernah dapat’


Abdul Razak di kawasan rumahnya yang tiada bekalan elektrik dan air.

BENTONG: “Tinggal di kawasan Menteri Besar tidak ada kelebihannya jika kami hanya layak digelar penumpang seperti pendatang tanpa izin,” keluh warga Abdul Razak Ali, 65, dari Kampung Chemomoi dekat sini.

Menurutnya, beliau telah lebih 40 tahun tinggal di situ dengan mengusahakan lima ekar sawit tetapi oleh kerana tidak mendapat geran hak milik beliau dinafikan sebarang bantuan seperti daripada Risda.

“Saya dah mohon geran tanah lot tapak rumah dan kebun sejak daripada zaman mendiang Tan Sri Chan Siang Sun jadi ahli parlimen Bentong lagi.
 
“Tiap-tiap kali pilihan raya umum (PRU) ada tawaran untuk diberi geran, dah beberapa kali janji tapi sampai ini tak dapat. Saya percaya tak lama lagi ada yang akan datang tawarkan untuk beri geran. Dah jadi macam umpan untuk undi.

“Apa yang saya bimbangkan apabila tidak ada geran bila-bila masa kerajaan boleh ambil. Jadi sebelum ‘pejam mata’ saya rayulah dilulus geran kami, kalau tidak apa lagi yang dapat saya wariskan kepada anak-anak,” keluhnya.

Abdul Razak berkata, Datuk Seri Adnan Yaakob sebagai wakil rakyat di sini, memang ada sesekali datang tetapi biasanya hanya mengagihkan wang atau bantuan sedangkan bagi penduduk di situ geran tanah lebih penting bagi menjamin kehidupan mereka.

Kampung Chemomoi dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Pelangau dibuka sekitar tahun 1959 oleh penduduk tempatan dan mereka yang berhijrah dari Negeri Sembilan. Nama Felda Chemomoi diambil daripada nama kampung berkenaan yang terletak bersebelahan.

Pada masa ini terdapat kira-kira 100 keluarga dalam kampung berkenaan yang sebahagian besarnya bekerja kampung sebagai petani.

Seorang lagi penduduk, Zainuddin Samad, 54, (kiri)pula kecewa berikutan tanah seluas setengah ekar tapak rumahnya masih tiada geran hak milik.

Katanya, sudah enam kali beliau mohon, dan sejak itu sudah beberapa kali kakitangan pejabat tanah datang ukur tanah sekeliling rumahnya tetapi lepas itu terus senyap.

“Saya hairan bagaimana kerajaan melaungkan janji ditepati, sedangkan janji kepada kami penduduk kampung yang berada dalam kawasan Menteri Besar Pahang ini tidak pernah ditepati.

“Kenapa buat rakyat macam pendatang asing. Kami bukan minta hak orang lain, kami minta hak kami sendiri di tanah yang kami telah hidupkan berpuluh tahun,” tegasnya.

Mohd Borhan Abdul Razak, 30, pula kesal akibat tidak ada geran tanah, rumah yang baru dibinanya tidak dapat diduduki berikutan tidak diluluskan permohonan memasukkan bekalan air paip dan elektrik.

Bagi Yang Dipertua PAS Kawasan Bentong, Abdul Hamid Bahatim, Adnan sudah 26 tahun menjadi wakil rakyat di sini sepatutnya sudah boleh selesaikan masalah rakyat terutama tanah.

Katanya, oleh kerana kesibukannya sebagai Menteri Besar duduk di Kuantan. Dia juga Pengerusi Umno Negeri, Ahli Majlis Tertinggi Umno jadi sudah tentu beliau sibuk sehingga ketiadaan masa untuk selesaikan masalah rakyat.

“Hal berkaitan tanah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri jadi jika menteri besar mahu beliau boleh keluarkan geran untuk penduduk di kawasannya.

“Malangnya pada masa ini masalah tanah rakyat Umno jadikan sebagai umpan kepada pengundi. Tak sepatutnya permohonan geran tanah rakyat dibiarkan sampai puluhan tahun dengan hasrat nak pancing undi. Ada ugut pulak, kalau nak geran kena undi BN,” ujarnya.

Kata Abdul Hamid, sebab itulah tawaran Pakatan Rakyat Pahang amat relevan iaitu antaranya menyediakan lot-lot rumah kepada rakyat Pahang yang tidak mempunyai tanah dan rumah kediaman serta menstruktur semula Kampung-kampung  Baru dan Kampung Tersusun.

Tambahnya, selain itu, PR Pahang juga berjanji untuk menyelesaikan permohonan tanah yang tertunda sekian lama dipohon oleh rakyat Pahang sekiranya permohonan tersebut benar-benar layak, wajar dan memenuhi syarat.

Katanya, masalah tanah banyak di kampung-kampung tradisi dan Felda dan beliau melihat sekarang rakyat dah mula sedar.

Baca Selanjutnya...

Wednesday, February 27, 2013

Saya keluar jika PAS terpesong - Tuan Ibrahim





Post Pic
 
BANDAR JENGKA: Di sebalik dakwaan terpesong daripada prinsip Islam, Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan beliau akan bertindak keluar daripada parti Islam itu sekiranya hala tuju berubah.
 
Jelas beliau, ramai pemimpin parti itu akan bertindak demikian termasuk Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat jika ia terpesong daripada konsep perjuangan asalnya.
 
Tuan Ibrahim menambah PAS perlu memastikan ia mempertahankan prinsip Islam walaupun parti itu bersifat lebih terbuka di bawah pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
 
PAS akan pertahan dasar dan prinsip Islam
 
Katanya, Majlis Syura Ulama selaku entiti tertinggi akan memantau pergerakan parti bagi menjamin kekuasaannya dengan peranan seperti menghuraikan, menjelas dan mentafsirkan dasar PAS dan mana-mana peruntukan di dalam perlembagaan yang menimbulkan kesamaran mengenai maksud dan tujuannya dan membuat ketetapan mengenainya.
 
"Saya tengok bila ramai mula sokong PAS maka timbul golongan-golongan kata PAS dah lari. Kalau PAS lari dari prinsip Islam saya keluar daripada PAS, kalau PAS lari dari dasar Islam ramai akan lari kalau PAS lari dari dasar Islam.
 
"Selagi mana kita boleh pertahankan prinsip Islam cuma pendekatan itu mengikut pendekatan suasana selagi kita pegang kepada prinsip," katanya dalam program soal jawab Maqasid Syariah anjuran Antarapos baru-baru ini.
 
Dakwaan PAS terpesong daripada perjuangan Islam tercetus selepas Datuk Dr Hasan Ali dipecat keanggotaannya daripada parti itu dan ia disusuli dengan pemecatan bekas timbalan presiden PAS Nasharuddin Mat Isa dari ahli Majlis Syura Ulama.
 
Difahamkan dakwaan itu turut berpunca daripada tindakan PAS mengubah slogan parti itu daripada 'negara Islam' kepada 'Negara Berkebajikan' pada muktamar yang lalu.
 
Kritikan terhadap PAS semakin hebat ekoran kegagalan parti itu menyelesaikan segera penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam termasuk dalam Bible versi Bahasa Melayu.
 
Namun pemimpin parti itu menafikan ia terpesong daripada perjuangan Islam dengan Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din menegaskan bahawa hala tuju parti itu masih sama seperti dahulu.
 
“PAS hari ini adalah PAS dahulu, perjuangan tidak lari daripada perjuangan asal. Arah tujunya tetap sama masih utuh dan masih atas perjuangan asalnya tanpa sedikit pun menyeleweng daripada apa yang terkandung di dalam perlembagaannya,” katanya pada penghujung tahun lalu.
 
PAS masih berpegang kepada prinsip dakwah
 
Menurut Tuan Ibrahim, PAS masih berpegang kepada dasar parti itu selain masih berpegang kepada prinsip dakwah dan bukan mengejar kuasa politik.
 
"Saya duduk dalam PAS lama, saya tengok dasar PAS tidak pernah berganjak atau berubah cuma kenapa orang kata begitu. Saya fikir punca orang mula melihat kemampuan dan sokongan kepada PAS bertambah.
 
"Nak kata kerana politik, politik ini benda hidup...sentiasa hidup, kalau politik tenang bukan politik kerana politik sentiasa panas. Kalau kita lihat PAS dalam konteks dakwah ada golongan yang tercicir daripada perjuangan.
 
"Saya tidak menganggap kawan-kawan yang keluar lari daripada perjuangan Islam, mungkin dia menganggap nak teroka medan baru. Tidak apa selagi mana kita menentang perjuangan Islam, menentang usaha mendaulatkan Islam sebab itu kita anggap ia ruang masing-masing," katanya.
 
PAS tidak buang ahli sesuka hati kecuali kesalahan serius
 
Mengenai dakwaan bekas pemimpin parti yang mendakwa PAS tidak lagi memperjuangkan Islam, Tuan Ibrahim yang juga ahli Majlis Syura Ulama berkata dakwaan itu tidak benar kerana  parti itu menggunakan pendekatan berbeza dalam mendekati rakyat.
 
Justeru beliau menegaskan, parti itu tidak membuang ahli sesuka hati kecuali ia melakukan perkara yang bertentangan dengan prinsip dan dasar PAS.
 
"Sebab itu dalam PAS kita tak buang ahli, bukan mudah nak buang ahli. Setakat ini tidak ramai yang kita buang, ada yang banyak kita beri amaran dan ada kita gantung...bila buang maknanya serius, tapi walaupun kita buang kita beri peluang untuk merayu.
 
"Kalau kita lihat dalam sejarah PAS, pernah setiausaha agung PAS pada waktu itu dia pernah dipecat tapi dia istiqamah kemudian merayu dan masuk semula PAS. PAS pernah buang pada waktu itu seorang ahli Parlimen kita kerana menari.
 
"Pada waktu itu kita lihat ia isu besar, dia keluar menari kemudian keluar muka depan (akhbar)...walaupun dia tidak menari dengan perempuan tapi pada waktu itu sentimennya sensitif. Macam sekarang bila kita libatkan artis dalam PAS masih ada golongan yang kata hiburan tidak boleh," katanya

Sumber : http://antarapos.com/v1/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7WkapViaw==
Baca Selanjutnya...

Tuesday, February 26, 2013

PAS nafi manifesto PR gagal angkat Islam





Post Pic
 
KUALA LUMPUR: Pemimpin PAS menafikan manifesto Pakatan Rakyat yang dibentang semalam tidak mengangkat martabat Melayu-Islam sebaliknya menegaskan ia meletakkan Islam sebagai keutamaan dalam menjamin rakyat seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
 
Selain itu, jelas Setiausaha Majlis Syura Ulama Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh, sekiranya manifesto Pakatan untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) mengetepikan kepentingan Islam sudah pasti parti itu tidak menyatakan persetujuan.
 
Manifesto Pakatan mendaulatkan Islam
 
Jelas beliau, parti paling kuat memperjuangkan Islam di Malaysia adalah PAS dan ia akan sentiasa menjaga kepentingan agama itu, bangsa Melayu dan bangsa-bangsa lain.
 
"Di Malaysia parti yang paling kuat memperjuangkan Islam adalah PAS, kita ada Majlis Syura Ulama dan kita sentiasa menjaga kepentingan Islam, bangsa Melayu dan bangsa-bangsa lain kerana bila laksanakan Islam semua bangsa peroleh keuntungan.
 
"Kita tidak pernah ketepikan (bangsa lain), Islam agama yang sangat adil...perjuangan PAS ialah untuk menegakkan Islam maka semua kena faham Islam akan membela semua kaum dan menjaga kebajikan mereka," katanya kepada Antarapos.
 
Nik Muhammad Zawawi berkata demikian mengulas dakwaan Presiden JATI Datuk Dr Hasan Ali yang menyifatkan manifesto itu gagal mengangkat martabat Melayu dan Islam di negara ini.
 
Beliau mendakwa manifesto 35 halaman itu merupakan satu pendekatan tersembunyi untuk menukar imej PAS yang sebelum ini tegak dengan Islam dan kemelayuannya supaya menerima hakikat “Malaysian Malaysia”, “sama rata” dan “sama rasa”.
 
Hasan selain itu berkata janji yang ditawarkan Pakatan Rakyat mengenepikan pembangunan modal insan yang dicanang PAS justeru bakal melahirkan golongan yang menjulang sifat materialistik serta menonjolkan sifat keangkuhan dan kesombongan.
 
"Akhirnya segelintir rakyat mungkin boleh mencapai kelebihan material itu dengan menidakkan sebahagian besar masyarakat yang merupakan kelompok majoriti (Melayu) yang tidak mempunyai persediaan untuk sama-sama merebut peluang material yang ada di hadapan mereka," kata bekas pemimpin PAS ini.
 
Tawaran Pakatan untuk semua lapisan masyarakat
 
Tambah Nik Muhammad Zawawi, manifesto bertemakan "Pakatan Harapan Rakyat" itu berpegang kepada prinsip Islam dan tawaran-tawaran dikemukakan membawa kepada perubahan yang lebih baik untuk negara.
 
"Jadi apa yang didedahkan dalam manifesto menjurus ke arah itu (Islam) untuk kesejahteraan semua kaum yang ada. Kalau Hasan Ali kata perjuang Melayu dan ada pihak yang perjuangkan kaum lain ia satu perkara yang tidak baik dalam masyarakat majmuk.
 
"Islam memberi jaminan kepada semua," katanya.
 
Sementara itu Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat Siti Zailah Mohd Yusof berkata manifesto yang melibatkan PAS-PKR-DAP itu meletakkan Islam sebagai agama yang mesti didaulatkan.
 
"Di mana kita mempunyai asas yang sangat jelas iaitu letakkan Islam seperti mana diletakkan dalam manifesto sebagai agama yang mesti didaulatkan.
 
"Banyak perkara diutamakan dalam manifesto itu cuma perincian sahaja yang perlu diperjelaskan nanti. Jelas manifesto itu adalah untuk membawa perubahan kepada masyarakat Malaysia yang hanyut dengan pelbagai budaya yang dibawa Umno," jawabnya ringkas.
Baca Selanjutnya...

Monday, February 25, 2013

Pancing BR1M: Presiden PAS nasihat rakyat jadi ikan cerdik

Harakahdaily,25 Feb 2013
ALOR SETAR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menasihatkan rakyat agar menjadi ikan yang cerdik berhadapan dengan pancing BR1M yang ditaja Barisan Nasional.

Bercakap di Karnival Tahun Baru Cina di Alor Setar baru-baru ini, beliau berkata BR1M yang diberi tatkala pilihanraya sudah dekat adalah untuk memperbodohkan rakyat.

“BR1M diberi masa pilihanraya. Ini membodohkan rakyat. Dia bagi kita ambil. Kita mesti menjadi ikan yang cerdik, kita makan umpan bukan makan kail. Jangan jadi ikan bodoh, telan kail kita sangkut,” kata beliau sambil mengajak rakyat membuat perubahan.

Tuan Guru Abdul Hadi berkata pelbagai masalah yang dialami rakyat kini adalah hasil pemerintahan yang tak betul.
 
“Setelah 50 tahun, kita melihat banyak rakyat dalam keadaan malang, miskin dan mengganggur dan tak ada tanah tempat kediaman – masih mengalami pelbagai masalah.
 
“Walaupun negara kita banyak hasil, negara kita berada di tempat hubungan laluan antarabangsa. Kita jadi begini kerana pemerintahan yang tak betul,” tegas beliau.
 
Ahli Parlimen Marang itu berkata melalui sistem demokrasi rakyat akan menjadi hakim untuk memilih kerajaan yang memerintah 5 tahun sekali.

“Pepatah Cina kalau nak tolong bagi kail, pancing dan tali. Bukan bagi ikan. Kalau bagi ikan, dia akan minta ikan lagi. Tak boleh selesai lagi masalah. Bagi kail bagi pancing selesai masalah. Dia berdiri diri sendiri.

“Cukuplah BN memperbodohkan kita dengan BR1M. BR1M, bagi duit, bagus bagi duit. Inikah cara untuk meningkatkan ekonomi rakyat?” tambah beliau.
 
Di dalam ucapan tersebut di majlis tersebut, beliau buat pertama kalinya cuba memberikan ucapan dalam bahasa mandarin untuk mengalu-alukan kedatangan hadirin.
 
“Berharap tahun baru ini dapat membawa kelebihan, kebaikan dan kesejahteraan kepada kita semua,” katanya di dalam bahasa Mandarin yang mendapat tepukan gemuruh daripada hadirin.
 
Beliau turut berseloroh dengan percubaan bertutur dalam bahasa Mandarinnya.

“Saya minta maaf kerana Bahasa Mandarin saya pelat Bahasa Melayu Terengganu,” katanya yang menghiburkan para hadirin.

Baca Selanjutnya...

Kubur Nik Aziz, dah siap. Ya ke nie?


Kubur Nik Aziz.

Yup.

Ada orang dah tempah kubur untuk TG Nik Aziz. Itulah gambaran awal yang dapat kita nyatakan apabila saksikan gambar kat bawah neh hah ;


Lokasi neh ialah di muar, johor. Tak pastila kalau orang2 johor yang buat kerja di atas. Tapi aku confident ia dibuat oleh orang2 sakit jiwa dan mentalnya. 

Kenapa sakit jiwa?

1. Ini kubur bagi penganut bukan islam. 

2. Then depa conteng2 dengan spray tulis kubur Nik Aziz.

3. Apa motifnya kalau bukan secara tidak langsung nak gambarkan TGNA = bukan islam dan akan dikuburkan seperti ini kelak.

4. Bukan kah ini satu tindakan biadap dan kurang ajar namanya?

5. Apakah PDRM akan menyiasat dengan telus siapa punya angkara bila ia melibatkan pimpinan PR?

6. Apa je la yang TGNA cakap sampai nak benci dia keterlaluan?

7. Kot ye pun tak suka hujah2 TGNA, bidas la hujah. Hujah vs hujah. Bukan hujah vs meroyan.

8. Agak2 ada tak najib nak bidas perbuatan neh? Mesti bidas kalau orang dok provoke2.. takan bidas kalau tak kedengaran suara provokasi kat twitter najib.. aku confident.  

9. Apa pun aku takmo tuduh2 sapa yang buat sehinggalah ada bukti sah ia hasil kerja tangan penyokong umno. Memang aku nak cakap direct je. Takpe, rileks dulu. Kita bagi peluang untuk PDRM siasat dengan adil. Kita bagi masa. Tapi kalau PDRM pun buat tatau, buat boh layan apa seme.. soh terbuktikan sangkaan kita benar.. ia memang hasil kerja tangan UMNO.

Jangan ingat diam2 orang bermaksud orang tue lemah. Diam sebenarnya sedang kumpul strategi untuk membidas dengan cara berhemah, untuk melawan dengan cara terhormat..  lue fikirlah sendiri. Bai.


Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2013/02/kubur-nik-aziz.html#ixzz2LsbrkrL0
Baca Selanjutnya...

Saturday, February 23, 2013

Ustaz Azhar Idrus jawab isu haiwan. PENERIMA BRIM adalah HAIWAN???


S : Apa komen ustaz mengenai TGNA kata orang yang ambil BRIM ni seperti haiwan?

J : ni buah cari baloh,sebenarnya apa yg kita dgr dalam vdeo clip bukan tok guru kata kpd penerima BRIM sperti haiwan,cuma tok guru kata org yang mberikan BRIM tulah cuba menjadikan org yg menerima seperti haiwan,umpama bg makan lepas tu sembelih,maknanya jahat nye org nk bg bantuan bila perlu sahaja,bila jauh dgn pilihanraya tak hulur pun bantuan,jadi leni kene hati hati lah banyak putar belit dan spin berita nak nak musim mengundi ni,yg xpernah nmpak muka pun dan kerap masuk kg dah?tujuan ape?nak tolong ke utk kepentingan tertentu?jadi kene bijoklah,jgn pcaya tanpa selidik


Ustaz Azhar Idrus - Masjid Jamek Pengadang Baru.
Baca Selanjutnya...

Sombong bukan akhlak Muslim

 

Ustaz Idris Ahmad,19 Feb 2013
Sombong, bongkak, angkuh, atau takabbur mempunyai satu kategori yang sama, iaitu tergolong dari sifat mazmumah (sifat-sifat tercela atau keji). Sifat ini, walaupun jika terdapat unsurnya yang sedikit sekalipun ia akan mendatangkan kebencian dan kemurkaan Allah Taala, malah sifat mazmumah tersebut boleh menghalang kita mendapat Syurga dan menghapuskan segala amal kebajikan kita. Firman Allah Taala, bermaksud:

"Dan Tuhan kamu berfirman; Berdoalah kepada-Ku nescaya Aku akan memperkenankannya. Sesungguhnya mereka yang sombong untuk taat sebagai hamba-Ku, mereka akan masuk neraka jahanam sebagai makhluk yang hina-dina." (Surah al-Ghafir : ayat 60).


Sifat sombong atau takabbur boleh dibahagikan kepada dua bahagian;

1. Takabbur Zahir dan;
2. Takabbur Batin.

Takabbur zahir boleh dilihat melalui percakapan dan tindakannya. Gayanya angkuh, mulutnya tajam menghina orang yang dianggap tarafnya lebih rendah daripadanya. Kadangkala ia boleh dilihat melalui percakapan seperti tidak mahu mengaku kalah, menganggap dirinya sentiasa benar dan releven sepanjang masa, serta tidak mahu mendengar atau mengikut nasihat yang baik. Imam al-Ghazali berkata di dalam kitab Ihya'-nya, "Orang yang takabbur ialah apabila ditegur dia marah, sedangkan kalau menegur orang lain, caranya (tidak beradab) keras dan kasar".

Takabbur batin ialah membesarkan diri dalam hati. Inilah maksiat hati yang dicela. Contohnya, Iblis menganggap dirinya lebih baik dan mulia daripada Nabi Adam. Lalu dengan angkuhnya dia enggan tunduk kepada Nabi Adam sehingga menyebabkan Allah melaknat Iblis dan seluruh keturunannya. Oleh itu, sifat mazmumah ini adalah sifat yang paling bahaya jika ia dimiliki oleh manusia, kerana sifat ini merupakan sifat warisan Iblis yang akhirnya menempah neraka buat selama-lamanya.

Sombong adalah penyakit hati yang bahaya. Orang yang berpenyakit ini tidak boleh menjadi pemimpin jemaah terutamanya. Ditakuti melalui tindak-tanduknya akan menampakkan akhlaknya yang buruk. Lebih bahaya lagi jika dia mewakili jemaah kerana nama jemaah akan turut buruk. Sifat ini boleh membawa kebinasaan kepada petugas dan pemimpin jemaah. Hal ini kerana sifat takbur ia menjadi benteng penghalang masyarakat untuk rapat dengan dia dan jemaah.

Orang yang takbur mereka lupa bahawa sombong adalah pakaian Allah, iaitu hak uluhiyah-Nya yang tidak boleh dirampas oleh sesiapa seperti dinyatakan dalam hadis qudsi yang diriwayatkan Muslim yang bermaksud, "Allah berfirman; Kemuliaan adalah pakaian-Ku, sedangkan sombong adalah selendang-Ku. Barang siapa yang merampas keduanya dari-Ku, maka Aku akan menyeksanya." (Riwayat Muslim)

Tanda-Tanda Sifat Takabbur

1. Tidak mahu bergaul dengan orang miskin sebaliknya suka memandang berat kepada golongan kaya dan orang kenamaan.
2. Mengambil berat secara berlebihan dalam pakaian.
3. Tidak mahu berucap melainkan dalam perhimpunan yang dihadiri ramai orang.
4. Menggunakan bahasa yang payah dan berbunga dengan berlebihan sehingga sukar difahami.Perkara inilah yang diperingat oleh Baginda Nabi Muhammad SAW,"Sesungguhnya Allah benci kepada pemidato dari (golongan lelaki) yang memilih (kata-kata) dengan lidahnya seperti lembu memilih-milih (rumput) dengan lidahnya" (Sunan Abi Daud dan At Tirmizi)
5. Kagum dengan ilmu sendiri dan membodohkan orang lain.

Cara Mengubat Wabak Takabbur

Untuk mengatasi penyakit ini kita mesti bersifat tawaduk. Orang yang tawaduk hidup dengan semua kategori manusia dan bersedia menyambut semua orang, bercakap dengan semua orang, menziarahi semua orang dan mengasihi semua orang. Dia memberi khidmatnya kepada seluruh jenis manusia tanpa mengira tinggi atau rendah pangkatnya. Dia sentiasa berhubung dengan orang ramai bukan memutuskan dan menjauhi mereka.

Sebagai ahli PAS, kita hendaklah mesti bersikap rendah diri sama ada sesama anggota atau dengan orang lain lebih-lebih lagi yang bertaraf pemimpin. Rai-kanlah seluruh ahli PAS kerana bukan wang yang mereka minta. Mereka hanya perlukan senyuman, teguran dan sentuhan daripada pemimpin. Mereka tidak minta upah semasa mereka memenangkan kita sebagai wakil rakyat. Mereka meninggalkan kerja harian, untuk bertugas kepada calon yang bertanding, walaupun keluarga mereka memerlukan perbelanjaan harian. Mereka tidak pernah merungut dan mengeluh terhadap curahan tenaga mereka yang tidak pernah dibayar.

Walaupun kita bijak macam mana sekalipun, dia  perlu membuang sifat ego daripada dirinya. Hal ini kerana yang ia pimpin ini satu jemaah Islam, bukan badan kerajaan atau swasta, bukan gerakan elit, ahlinya bekerja secara sukarela bukan  ada gaji. Apabila ini dapat dibuktikan dalam jemaah, insya-Allah ia akan merancakkan kerja jemaah dan dapat melebarkan pengaruh Pas kepada orang luar. Sekiranya  ahli dan pemimpin PAS dengan sifat ego dan merasakan dirinya pandai dan bijak maka ia tidak akan boleh membawa parti ke arah yang lebih cemerlang. Orang ego dan sombong tidak boleh kekal lama dalam PAS dan memajukan jamaah dengan lebih cemerlang. Malahan akan memalapkan usaha dan perancangan jamaah.

Abdullah Ibn Masud RA ada menyebut dua perkara yang membinasakan manusia iaitu sikap berputus asa dan rasa bangga diri.

Sifat tawaduk akan membuka hati mad’u untuk tertarik dengan apa yang dibawa oleh PAS. Apabila bertemu dengan orang ramai, dia yang memulakan salam dengan semua orang yang ditemuinya, bersikap sederhana ketika berkumpul dengan orang-orang fakir dalam satu majlis, makan dengan apa yang dihidangkan kepadanya, dan berjalan di atas muka bumi dengan rasa rendah hati.

Firman Allah Taala, bermaksud:

"Dan hamba Allah yang baik (yang diredhai-Nya); ialah orang-orang yang berjalan di atas muka bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang mengandungi keselamatan (kesejahteraan)." (Surah al-Furqan : ayat 63)


Rasulullah SAW turut bersabda, maksudnya, "Sesungguhnya Allah telah mewahyukan kepadaku agar kamu bersifat tawaduk sehingga seorang tidak merasa megah terhadap seorang yang lain, dan juga tidak bersikap melampau di antara seseorang dengan seorang yang lain." (Riwayat Muslim dan Abi Daud)


Imam Ghazali telah memberi beberapa panduan untuk mengelakkan sikap takbur ini. Apabila berjumpa kanak-kanak, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana kanak-kanak belum dibebani dosa. Apabila berhadapan dengan orang tua pula, anggaplah juga mereka lebih mulia kerana lebih lama beribadah daripada kita. Ketika berjumpa orang alim, anggaplah beliau lebih mulia kerana banyak ilmu dan apabila melihat orang jahil anggaplah juga mereka lebih mulia kerana berbuat dosa disebabkan kejahilan sedangkan kita berbuat dosa dalam keadaan mengetahuinya. Jika berjumpa orang jahat, jangan anggap kita mulia. Tetapi, katakanlah mungkin orang jahat itu akan bertaubat pada masa tuanya, sedangkan kita belum tahu akhirnya. Begitu juga apabila bertemu orang kafir. Katakan, belum tentu dia akan kafir selama-lamanya.
Baca Selanjutnya...

Friday, February 22, 2013

1Malaysia: Penjelasan gambar Nik Zawawi



(Gambar yang disebarkan dalam internet)

KUALA LUMPUR: Pelbagai spekulasi cuba diwujudkan pihak tertentu terhadap beberapa keping gambar membabitkan pimpinan PAS bersama pemimpin BN yang tersebar di internet sejak beberapa hari lalu.

Antaranya gambar Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, Setiausaha Majlis Syura Datuk Nik Zawawi Nik Salleh serta Setiausaha Politik Presiden PAS Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang sedang berbual dengan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek di sebuah hotel.

Sebenarnya, gambar tersebut adalah gambar yang diambil ketika kesemua mereka menyertai Persidangan Antarabangsa Parti Politik Asia (ICAPP) kali ke-7 di Baku, Azerbaijan pada 22 hingga 23 November 2012 yang lalu.

ICAPP adalah satu persidangan yang menjemput semua parti politik sama ada kerajaan atau pembangkang untuk turut serta dalam persidangan tersebut.

Selain Malaysia, negara lain yang terlibat adalah Armenia, Bangladesh, Cambodia, China, India, Indonesia, Iran, Iraq, Japan, Kazakhstan, Republic of Korea, Kyrgyzstan, Laos, Lebanon, Malaysia, Maldives, Mongolia, Nepal, Pakistan, Papua New Guinea, Philippines, Russia, Sri Lanka, Syria, Tajikistan, Thailand, Turkey dan Vietnam.
Turut menjadi wakil PAS selain tiga pemimpin dalam gambar tersebut adalah adalah Ketua Penerangan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Bagaimanapun beliau tidak ada dalam gambar tersebut, tetapi dilihat ada dalam gambar-gambar lain di persidangan tersebut.

Chua Soi Lek pula hadir mewakili BN bersama Datuk Seri Shahidan Kassim.

Dalam persidangan itu, Datuk Mustafa Ali telah diberi penghormatan untuk berucap mewakili PAS.

Mustafa ketika diminta menjelaskan gambar itu berkata, ianya perbualan biasa dan tiada apa yang perlu dipolemikkan.

"Kami deligasi dari Malaysia ditempatkan di hotel yang sama. Jadi ada kalanya bertembung dan berbual lah.

"Kalau tak silap saya, gambar itu diambil oleh pembantu Chua Soi Lek sebab kami semua ada dalam gambar itu," katanya sambil ketawa.

Sementara itu, satu lagi gambar yang turut hangat diperkatakan adalah gambar Nik Zawawi bersama Shahidan, Soi Lek dan beberapa orang lagi rakyat Malaysia.

Apa yang menjadi kontroversi adalah apabila kesemua mereka dalam gambar itu menunjukkan jari telunjuk yang menyerupai 'tarade mark' 1Malaysia yang digagaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib seawal menjadi Perdana Menteri pada 2009.

Gambar itu sekaligus diambil kesempatan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab membawa persoalan adakah Nik Zawawi 'mesra' Umno dan sudah menerima gagasan 1Malaysia Najib.

Sebenarnya, gambar tersebut diambil ketika Nik Zawawi menyertai Persidangan Centrist Asia Pacific Democrats International (CAPDI) kali ke-6 di Phnom Penh, Cambodia pada Disember 2010.

Selain Nik Zawawi, turut mewakili PAS menyertai persidangan tersebut ialah Naib Ketua Pemuda PAS Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss dan Setiausaha Politik Presiden PAS Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Menjelaskan simbol tangan tersebut, Raja Ahmad berkata, ianya bukan isyarat 1Malaysia seperti yang difitnah pihak tertentu, sebaliknya adalah simbol "One Nation Political Parties" yang merupakan trade mark kepada persidangan tersebut.

"Itu lambang kebersamaan semua parti dalam persidangan itu. Tiadak ada kena mengena dengan 1 Malaysia pun.

"Ianya sebagai menunjukkan bahawa semua parti politik seluruh Asia Pasifik bersatu untuk politik yang matang dan bersih dan sederhana," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau juga menjelaskan, hanya tiga parti yang menjadi tradisi dijemput pihak penganjur ke persidangan itu iaitu PAS, Umno dan MCA.
Baca Selanjutnya...

Presiden PAS lancar trak@lori besar 'Negara Berkebajikan'


Harakahdaily,21 Feb 2013

(Presiden dan timbalannya mengucapkan tanda bagus kepada trak Negara Berkebajikan PAS)


KUALA LUMPUR: PAS hari ini melancarkan trak 'Negara Berkebajikan' yang bakal menjelajah seluruh negara bagi menyampaikan mesej PAS untuk semua.

Ia dilancarkan oleh Presieden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang serta timbalannya, Haji Mohamad Sabu dalam majlis ringkas di perkarangan Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut hari ini.

Sebaik dilancarkan, trak ini bergerak untuk menjelajah utara semenanjung dengan sasaran malam ini akan berhenti di Pendang, Kedah.

Di sana, Haji Mohamad Sabu akan mula menggunakannya dalam satu majlis ceramah.

Trak berharga lebih RM100,000 ini mempunyai pentas pasang siap bersama sistem audio untuk keperluan sebarang program ceramah PAS.

Pada badannya tertulis "Negara Berkebajikan' dengan gambar tiga pemimpin utama Pakatan, Ustaz Hadi, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng dalam suasana penuh ceria.

Pada pentasnya pula tertulis Undilah PAS, PAS for All, Negara Berkebajikan.

Pelancaran ringkas hari ini hanya dengan bacaan doa oleh Ustaz Abdul hadi yang memohon kepada Allah agar proses perjalanan jelajah ini selamat.

Ia diikuti dengan pembukaan pentas pada badan treler ini yang menunjukkan rekabentuk latar belakang pentas bergerak ini.
Baca Selanjutnya...

Konsep kebebasan pada kaca mata Islam - Presiden PAS

YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, 22 Feb 2013
Antara dasar penting Negara Islam, ialah memberi hak kebebasan kepada rakyat sesuai dengan fitrah manusia kerana ia merupakan keperluan hidup manusia. Semua makhluk di dunia ini mempunyai fitrahnya yang tersendiri. Islam menjamin kebebasan manusia kerana dalam Islam tiada sebarang paksaan walaupun dalam soal agama. Tidak ada paksaan ke atas manusia untuk menganut Islam walaupun telah jelas agama yang lain daripada Islam adalah agama yang tidak benar. Islam memberikan kebebasan berfikir tanpa mengganggu kepentingan orang lain, memberi kebebasan bekerja untuk keperluan manusia.

Islam melihat manusia itu dengan adil dari segi kemanusiaan dan asal-usul mereka secara menyeluruh. Iaitu daripada keturunan Adam tanpa mengira keturunan menurut kasta yang direka-reka atau warna kulit dan bangsa.

Mereka diberi hak yang sama sebagai rakyat dalam negara Islam untuk mendapat keadilan melalui kebebasan walaupun mereka tidak menganut agama Islam. Orang yang bukan Islam turut dipelihara hak peribadiriya, harta bendanya dan maruahnya dalam perkara yang tidak menjejaskan kepentingan umat Islam dan penganutnya.

Kebebasan menganut agama Islam adalah satu-satunya agama dan cara hidup yang benar. Allah menyebut perkara ini dalam al-Quran seperti firman-Nya dalam ayat 19 surah Ali Imran yang berbunyi:

"Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai ugama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisab-Nya."

Tegas Allah lagi dalam surah yang sama ayat 85 yang berbunyi:

"Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi."


Islam yang sebenar adalah suatu keyakinan di dalam hati dan perkara ini tidak berlaku dengan paksaan, kerana paksaan hanyalah akan membanyakkan golongan munafik. Sebuah pemerintahan Islam tidak memaksa rakyatnya yang bukan Islam supaya menganut Islam.

Mereka dibenarkan untuk memilih agama mereka dan beramal dengan adat resam mereka. Mereka juga dibenarkan mengamalkan peraturan-peraturan yang berhubung dengan kekeluargaan seperti nikah kahwin, makan-minum dan Iain-lain selagi tidak mengganggu kepentingan umum.

Sejarah telah membuktikan bahawa orang yang bukan Islam bebas beragama ketika Islam memerintah dan berkuasa pada zaman kegemilangannya. Peperangan berlaku pada awal penaklukan kerana Islam ditentang hebat dengan kekerasan bersenjata dan kebebasan dakwahnya diganggu-gugat oleh pihak musuh.

Selepas musuh berjaya dikalahkan, negeri-negeri yang bukan Islam dibebaskan daripada kerajaan yang zalim sebelumnya. Rakyatnya yang ada di dalam negara tidak dipaksa menganut Islam, harta benda mereka tidak dirampas, gereja-gereja tidak dirobohkan, cara hidup mereka tidak diganggu, bahkan mereka dilayan dengan adil, lebih baik daripada pemerintah yang sebangsa dengan mereka.

Tidak ada sebarang paksaan walaupun pada masa itu kekuatan bala tentera boleh digunakan untuk kekerasan dan paksaan. Al-Quran, hadis-hadis Rasulullah SAW dan Para Sahabat yang memerintah pada masa itu sentiasa berpesan dalam perkara ini. Perkara ini tidak berlaku apabila orang bukan Islam menguasai mana-mana negeri di dunia ini. Hakikat ini disedari oleh orang yang mengkaji sejarahnya dengan jujur, penuh kesedaran, beretika dan berdisiplin.

Kebebasan Nasihat

Islam meletakkan nasihat sebagai perkara penting dan menjadi kewajipan semua orang dalam negara Islam. Nasihat mempunyai kaitan yang erat dengan ajaran Islam sehingga Rasulullah SAW bersabda (maksudnya), "Agama itu nasihat, para sahabat bertanya, untuk siapa? Rasulullah SAW menjawab: Bagi Allah, bagi Rasul-Nya, bagi kitab-Nya, bagi pemimpin-pemimpin orang Islam dan orang ramai dalam kalangan mereka."

Setiap khalifah Islam dalam kalangan khalifah-khalifah ar-Rasyidin yang dilantik sentiasa memberi nasihat dan menerima nasihat. Kebiasaan nasihat menasihati sering dilaksanakan sehingga tiap-tiap orang khalifah menyebut perkara itu dalam ucapan sulung mereka apabila memegang teraju pemerintahan Islam.

Abu Bakar As Siddiq pernah menegaskan dalam ucapan sulungnya, "Wahai manusia! Sesungguhnya aku telah dipilih menjadi ketua kamu, pada hal aku bukanlah orang yang paling baik dalam kalangan kamu, oleh itu sekiranya aku betul, maka tolonglah aku, dan sekiranya aku terpesong, maka perbetulkanlah aku."

Sementara Umar bin al-Khattab pula pernah menegaskan, "Apabila kamu nampak aku melakukan penyelewengan, maka perbetulkanlah aku."

Mereka tidak memarahi orang yang menegur dan memberi nasihat, malah mereka bersedia untuk mendengar nasihat walaupun daripada seorang rakyat biasa yang dhaif. Mereka tidak sombong diri apabila nasihat itu tidak menepati kebenaran, sebaliknya mereka mengemukakan cara Islam yang menjadi amalan kepada orang lain.

Kebebasan nasihat ini boleh menjalinkan hubungan yang erat antara rakyat dengan pemimpin yang menjadi salah satu daripada punca kekuatan negara.

Hanya mereka yang zalim tidak membenarkan nasihat, tidak bersedia menerima nasihat dan melakukan tekanan kepada orang yang memberi nasihat. Apabila kebebasan menyuarakan nasihat dan pandangan yang baik dibelenggu, negara akan dilanda oleh kelemahan-kelemahan yang banyak.

Pemimpinnya boleh bertindak sewenang-wenangnya pada hal perkara ini bercanggah dengan ajaran Islam. Islam tidak pernah membenarkan pemimpinnya berlagak menjadi tuan kerana mereka sebenarnya adalah hamba yang dibebankan kepadanya amanah Allah untuk menegakkan keadilan Allah kepada seluruh negara.

Kaedah-Kaedah Kebebasan

Terdapat beberapa kaedah kebebasan yang dapat diamalkan di dalam negara Islam. Antara kaedah-kaedah itu ialah:

Kebebasan dalam negara Islam itu menjadi sebahagian daripada ajaran Islam. la dibina atas dasar kewajipan mematuhi perintah agama, bukannya mengikut kemahuan hati.

Pemerintah Islam mesti sentiasa memberi perhatian kepada rakyat dalam setiap tindakan. Rakyat pula mestilah mentaati pemimpin secara mutlak selagi ia taat kepada ajaran Islam.

Kebebasan itu hendaklah seiring dengan ajaran Islam dan bukannya mengikut kemahuan. Ia mestilah dalam batas-batas sempadan ajaran Islam sama ada dari segi halal dan haram atau dari segi membawa kebaikan dan menolak keburukan. Semua ini perlu supaya kebebasan itu tidak menjadi hanyut atau disalahgunakan.

Negara hendaklah memberi galakan supaya peluang kebebasan itu direbut oleh semua pihak. Bermakna bukan dirasai oleh pihak pemimpin tetapi juga oleh pihak rakyat, upaya perkara-perkara yang membina dan membawa kebaikan dapat berkembang dan sentiasa tumbuh dengan baik dari semasa ke semasa.

Kepimpinan negara hendaklah bersifat sabar dalam menghadapi karenah rakyat yang pelbagai. Kemungkinan ada orang yang tidak beradab dan memberi pandangan dengan cara yang tidak bersopan dan kadang-kadang memberi pandangan yang tidak betul.

Kebebasan pula tidak boleh disalahgunakan sehingga menimbulkan perpecahan, tindas menindas dan tipu menipu dalam masyarakat. Islam mewajibkan ketaatan kepada pemerintah dan bersabardi atas kezaliman selagi tidak melakukan kufur yang nyata, dan mudarat yang lebih besar.
Sumber : http://bm.harakahdaily.net/index.php/columnist/presiden/16925-konsep-kebebasan-pada-kaca-mata-islam

http://blog.tarbawi.my
Baca Selanjutnya...

Thursday, February 21, 2013

Cerita sedih waris penerima BR1M dimalukan dikhalayak ramai

Cerita sedih waris penerima BR1M dimalukan dikhalayak ramai


Perasaan malu tadi hanya ALLAH sahaja yang tau dah la beratur sejam lebih bukan ke duit brim tu duit hasil cukai ke jugak... Inshaallah setelah kejadian tadi saya dah tekad kami satu keluarga tidak akan sesekali undi kerajaan yang melayan rakyat sebegitu rupa...

Oleh: Anonymous.

Saya ada cerita sedih sangat pasal pengambilan wang BRIM 2.0 Tu tadi kalau boleh sembunyikan identiti saya...

Tadi saya pergi ambil wang rm 500 tu atas nama bapa saya.... setelah bapa saya dapat mesej daripada ketua cawangan umno kawasan umah saya ni semalam supaya datang didewan serbaguna hari ni pukul 3 petang untuk ambil duit rm 500 tu..    

ePaper Harakah. Harakah cetak versi digital untuk langganan.
Homestay Tempayan Hijau Penginapan budget di Parit Buntar
dan hari ini saya pun pergi ke dewan tersebut tepat pukul 3 petang saya sudah sampai ke dewan tu... mewakili bapa saya yang lumpuh dan sakit dirumah...

Apabila sampai saya trus ambil baucer tu dan saya ada tanya kakak kat kaunter diluar dewan tu boleh ke saya ini nak ambil brim tu atas nama bapak saya kakak tu kata boleh tak ada masalah... dan saya pun trus beratur hampir sejam setengah baru tiba giliran saya..

bila sampai ke kaunter didalam dewan untuk menerima wang itu tetiba kakak yang jaga kaunter dipercayai puteri umno kerana mereka pakai tudung warna pink memberitahu saya tidak boleh ambil wang itu dia kena umpunya dri jugak datang baru boleh ambil wang itu..


Saya kata bapa saya lumpuh tak sihat tak boleh datang tadi kakak kat luar dewan kata boleh ambil kalau ada wakil yang merupakan anak2nya... Dia berkeras jugak...


lepas tu pegawai bank yang duduk sebelah kkak tu pun menyampuk dan trus tinggi kan suara tak boleh dik dah tu peraturan yang ditetapkan nak buat macam mana.. kalau bapak kamu lumpuh sekali pun tak boleh jugak.. kena datang ke dewan ni tak kira la apa cara sekali pun..

saya kata la umah saya tak ada kereta ada motor je macam mana nak datang dengan keadaan bapa saya begitu.. Pegawai bank tu kata pandai2 kamu la pinjam kereta jiran ke...Dah nak duit orang kena la ikut peraturan yang orang tetapkan...


Saya mengucap panjang apabila kiri kanan orang mula tengok saya dan saya terasa amat malu sangat dengan layanan begitu rupa... Dan saya pun trus keluar dari dewan tu...


Saya anak tunggal Umur 23 tahun ibu dengan ayah saya dah tua tak berapa sihat... Saya bekerja di sebuah pasaraya gaji cukup2 je sebulan.. Sanggup saya ambil cuti tadi samata2 nak ambil brim untuk bapa saya tu... tetapi sedih sangat dengan duit brim semua tak dapat.. kerja pun tak pergi...

saya sebenarnya tak berparti pun dua2 page saya ada like pro pr dengan pro bn... saya tak tau la ada orang lain kena macam saya ke tak... 


Perasaan malu tadi hanya ALLAH sahaja yang tau dah la beratur sejam lebih bukan ke duit brim tu duit hasil cukai ke jugak... Inshaallah setelah kejadian tadi saya dah tekad kami satu keluarga tidak akan sesekali undi kerajaan yang melayan rakyat sebegitu rupa... Maaf kalau susunan ayat tak betul saya belajar sampai SPM Je...

kisah ini berlaku di kawasan parlimen batu dewan serba guna taman melewar pukul 3 petang tadi.. maaf saya tak ingat nama kakak dan pegawai bank itu tak sempat pulak nak tengok name tag tadi sebab orang terlalu ramai dan malu teramat sangat.. saya bawa bukan setakat ic fotostet ic ori yang bapa saya pun ada saya bawa sekali.. tetapi tak dapat juga.. dia nak kena umpunya diri sign katanya..


saya tak terfikir pun nak ambil gambar atau video saya pergi dengan niat nak ambil duit bukan nak buat provokasi.. saya belajar sampai SPM pun sebab ada kekangan masalah kewangan dan terpaksa jaga ayah dan ibu yang sudah uzur.. bukan saya malas inshaallah kalau ada kesempatan dan peluang saya akan sambung belajar lagi..


tak apa la duit itu mungkin bukan rezeki bapa saya..


Sumber: MediaPerak


Sumber: http://cenangau.blogspot.com/2013/02/cerita-sedih-waris-penerima-br1m.html#ixzz2LNF2fI3m
Baca Selanjutnya...

Penjelasan gambar dengan Chua Soi Lek


Harakahdaily,21 Feb 2013
(Gambar yang disebarkan dalam internet)

KUALA LUMPUR: Pelbagai spekulasi cuba diwujudkan pihak tertentu terhadap beberapa keping gambar membabitkan pimpinan PAS bersama pemimpin BN yang tersebar di internet sejak beberapa hari lalu.

Antaranya gambar Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, Setiausaha Majlis Syura Datuk Nik Zawawi Nik Salleh serta Setiausaha Politik Presiden PAS Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang sedang berbual dengan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek di sebuah hotel.

Sebenarnya, gambar tersebut adalah gambar yang diambil ketika kesemua mereka menyertai Persidangan Antarabangsa Parti Politik Asia (ICAPP) kali ke-7 di Baku, Azerbaijan pada 22 hingga 23 November 2012 yang lalu.

ICAPP adalah satu persidangan yang menjemput semua parti politik sama ada kerajaan atau pembangkang untuk turut serta dalam persidangan tersebut.

Selain Malaysia, negara lain yang terlibat adalah Armenia, Bangladesh, Cambodia, China, India, Indonesia, Iran, Iraq, Japan, Kazakhstan, Republic of Korea, Kyrgyzstan, Laos, Lebanon, Malaysia, Maldives, Mongolia, Nepal, Pakistan, Papua New Guinea, Philippines, Russia, Sri Lanka, Syria, Tajikistan, Thailand, Turkey dan Vietnam.

Turut menjadi wakil PAS selain tiga pemimpin dalam gambar tersebut adalah adalah Ketua Penerangan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Bagaimanapun beliau tidak ada dalam gambar tersebut, tetapi dilihat ada dalam gambar-gambar lain di persidangan tersebut.

Chua Soi Lek pula hadir mewakili BN bersama Datuk Seri Shahidan Kassim.

Dalam persidangan itu, Datuk Mustafa Ali telah diberi penghormatan untuk berucap mewakili PAS.

Mustafa ketika diminta menjelaskan gambar itu berkata, ianya perbualan biasa dan tiada apa yang perlu dipolemikkan.

"Kami deligasi dari Malaysia ditempatkan di hotel yang sama. Jadi ada kalanya bertembung dan berbual lah.

"Kalau tak silap saya, gambar itu diambil oleh pembantu Chua Soi Lek sebab kami semua ada dalam gambar itu," katanya sambil ketawa.

Baca Selanjutnya...

Ramai calon Pas digugurkan?????

NOOR AZURA SHAHRIL
20 Februari 2013
Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh
Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh
SHAH ALAM – Majlis Syura Ulama Pas terpaksa menggugurkan ramai calon yang disenaraikan oleh pimpinan parti itu untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang atas beberapa sebab.

Setiausahanya, Datuk Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh berkata, antara sebab utama ialah mereka yang berkenaan didapati tidak menepati syarat ketat ditetapkan parti termasuk kemungkinan akan melompat parti setelah dipilih sebagai wakil rakyat.

“Setelah dicadangkan di peringkat kawasan dan negeri, tapisan yang paling mustahak ialah di peringkat Majlis Syura Ulama. Pada peringkat ini, kita akan menentukan calon mengikut ciri-ciri kepimpinan Islam, tidak melakukan dosa besar dan tidak meneruskan dosa-dosa kecil.

"Selain itu, banyak lagi perkara-perkara lain yang kita fokuskan," katanya.

Apa yang paling diutamakan, kata Nik Muhammad Zawawi ialah setiap calon dipilih mampu mempertahankan dasar dan imej parti, sama ada mereka kalah ataupun menang dalam pilihan raya.

Ditanya pada peringkat manakah proses pemilihan akhir itu sekarang, katanya, pihaknya sudah menyelesaikan 95 peratus proses tapisan dan ia akan diumumkan sebaik sahaja Parlimen dibubarkan.

"Calon yang kita gugurkan dalam proses di peringkat Majlis Syura Ulama kerana syaratnya tidak mencukupi dan nama ini dikembalikan semula kepada Jawatan Kuasa Kerja Pas Pusat dengan senarai yang bersih," katanya.

Mereka yang disenaraikan sebagai calon, katanya, mempunyai ciri-ciri yang diyakini untuk mempertahankan dasar parti serta boleh menjaga keperibadian supaya tidak menjejaskan imej  parti.

“Ciri-ciri ini kita yakin, dia boleh mempertahankan dasar parti dan boleh jaga keperibadian supaya tidak keluar parti...

"Alhamdulillah, setakat ini tiada calon yang melompat dalam Pas," katanya.
Baca Selanjutnya...

Tuesday, February 19, 2013

Pertahan Islam Asas Keberadaan PAS dalam Pakatan

Dewan Ulamak PAS Pusat menyokong penuh kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, Presiden dalam ucapan beliau di Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno (PGU) 7.0 di Kampung Banggol Peradong, Dewan Undangan Negeri (Dun) Teluk Pasu, Kuala Nerus pada hari sabtu yang lalu.
Datok Seri Tuan Guru Presiden PAS dipetik berkata “PAS memberi jaminan kerjasama dengan parti Pakatan Rakyat dengan DAP, dengan KeADILan (PKR) selagi dapat mempertahankan Melayu Islam. Sekiranya kerjasama itu merugikan Melayu Islam, merugikan Islam…PAS keluar dari Pakatan Rakyat dan tidak ada ragu-ragu lagi. Sehingga hari ini, kita (PAS) bersama Pakatan Rakyat"
Dewan Ulamak PAS Pusat percaya ucapan beliau tersebut adalah tersangat jelas dan ianya merupakan satu jaminan PAS kepada umat Islam dan seluruh rakyat Malaysia bahawa kepentingan Islam akan terus dipertahankan oleh PAS dan ianya adalah penentu keberadaan PAS dalam Pakatan.PAS tetap setia dengan Pakatan selagimana kepentingan Islam menjadi keutamaan dan agenda utama.
Rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat dan seluruh rakyat Malaysia hendaklah memahami serta menghayati akan perjuangan dan prinsip perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS. Sejarah telah membuktikan betapa konsistennya PAS dalam agenda dan usaha ini.
Kami Dewan Ulamak PAS Pusat senantiasa akan mempertahankan kepentingan Islam melebihi kepentingan-kepentingan yang lain sepertimana yang terkandung dalam ucapan Datuk seri Presiden PAS tersebut serta sepertimana yang terkandung dalam perlembagaan PAS.
Tahaluf Siyasi Pakatan Rakyat yang disertai oleh PAS amat bergantung kepada sejauhmana mana kepentingan Islam menjadi agenda utama yang dipertahankan dalam pakatan.
PAS akan mengkaji kedudukannya dalam Pakatan Rakyat sekiranya ianya membawa kerugian kepada kepentingan Islam dan umat Islam di Malaysia.
Dalam masa yang sama agenda keadilan Islam kepada seluruh bangsa di Malaysia akan terus menjadi dasar perjuangan PAS dalam usaha meruntuhkan kezaliman terutamanya apa yang telah dan sedang dilakukan oleh kerajaan pimpinan Umno BN sekarang.
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat
Dato' Nik MUhammad Zawawi Salleh
Baca Selanjutnya...

Monday, February 18, 2013

Pas tidak akan gadai prinsip Islam dan orang Melayu

WARTAWAN SINAR HARIAN
18 Februari 2013
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
SHAH ALAM – Pas tidak akan sesekali menggadaikan prinsip Islam dan orang Melayu dalam kerjasama yang dibentuk melalui Pakatan Rakyat (PR).

Ketua Penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti itu bersedia menarik diri dari PR sekiranya kerjasama dengan PKR dan DAP gagal memperjuangkan Islam dan Melayu, seperti yang ditegaskan Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang dalam ucapannya di Kuala Terengganu, kelmarin.

“Kenyataan Hadi menunjukkan keyakinan Pas yang tidak akan menggadaikan hak istimewa Islam dan orang Melayu seperti yang telah dipersetujui dalam perjanjian antara semua parti PR. Selain itu, kita juga bersetuju u
Baca Selanjutnya...