Saturday, June 30, 2012

Taat kepada Raja dan negara, bukan BN, kata Pakatan kepada penjawat awam

KUALA LUMPUR, 30 Jun — Pakatan Rakyat (PR) mengingatkan 1.4 juta kakitangan awam bahawa mereka seharusnya "taat kepada negara, Raja, dan Perlembagaan, bukannya kepada parti memerintah,"dengan peningkatan berat sebelah oleh penjawat kanan kerajaan.

"Mereka perlu ingat kerajaan boleh berubah. Parti politik yang membentuk negara boleh datang dan pergi.
"Jika parti yang memerintah, jadi liar, adakah kita akan jadi seperti mereka? Tidak. Kita perlu kekal sebagai penjawat awam dan berkhidmat untuk rakyat," kata Timbalan Pengerusi Nasional DAP Dr Tan Seng Giaw (left) kepada The Malaysian Insider.
Ketua Setiausaha yang dilantik Datuk Seri Ali Hamsa baru-baru ini telah mengingatkan orang bawahannya supaya "lebih tahu" dan tidak mudah mempercayai "janji kosong" dibuat oleh pembangkang..
Kecewa dengan kenyataan itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menegaskan Ali telah memulakan kedudukannya itu dengan "permulaan yang teruk.".
"Ia sudah melampau. Ini kali pertama KSN melakukan perkara seumpama itu. Permulaan yang teruk," katanya kepada The Malaysian Insider.
Setiausaha Agung DAP itu yang juga merupakan ahli Parlimen mengingatkan Ali seharusnya, sebagai pegawai tertinggi penjawat awam, beliau perlu menghormati Perlembagaan.
"Dan pembangkang, yang dikatakan kepada orang bawahannya supaya tidak mempercayai mereka, perlu mendapat penghormatan sama seperti parti memerintah. Kami adalah pembangkang yang setia kepada Raja," jelas Lim.
Ahli Parlimen Bagan itu berkata politik perlu dipisahkan dengan tugas penjawat awam dan menolak kenyataan Ali yang ketaatan penjawat awam bergantung kepada kerajaan hari ini.
"Kita perlu taat kepada negara, Perlembagaan, dan Raja. Kita tidak perlu taat kepada parti. Pada masa sama, mereka tidak boleh campur adukkan dengan politik," katanya.
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar turut bersetuju dengan Lim, menambah "ketaatan kepada negara" tidak boleh disamakan dengan "ketaatan kepada Umno dan BN."
Beliau turut memuji tugas dan tanggungjawab penjawat awam terhadap kerajaan hari ini, kerana mematuhi arahan pemimpin, namun beliau mengingatkan tugas mereka adalah untuk berkhidmat dengan "professional."
"Mereka bukan alat dan hamba kerajaan ... terutamanya bila mereka bukanlah kepentingan mereka," katanya kepada The Malaysian Insider.
"Mereka perlu menjalankan polisi dengan terurus, efektif, dan telus - itu yang penjawat awam perlu lakukan," turut dipersetujui oleh Dr Tan.
Sejumlah 1.4 juta penjawat awam adalah peti undi untuk BN namun kontroversi berkenaan skim bayaran gaji dan isu utama mungkin memberikan harapan kepada pembangkang dalam pilihan raya akan datang.
Namun, sejak akhir-akhir ini, kakitangan atasan penjawat awam dilihat menjangkaui batas untuk melindungi BN.
Lim bagaimanapun percaya mesej-mesej sedemikian mungkin tidak diendahkan mereka.
"Saya tidak rasa kita perlu memandang rendah keupayaan penjawat awam," katanya kepada The Malaysian Insider.
"Mereka terikat untuk melakukan tugas kerana menjalankan tanggungjawab mereka. Bila mereka bersaraan kita akan lihat mereka menyertai pembangkang," tambahnya lagi.
Lim menjelaskan bukan mudah untuk penjawat awam mengingkari arahan yang diterima dari atas jika mereka rasakan ianya salah.
"Juga sukar untuk mereka meletak jawatan. Itu periuk nasi mereka," katanya.
Namun jelasnya, ia tidak bermakna bila mengundi mereka akan memangkah BN.
"Jangan memperlekehkan kepandaian mereka," tambahnya lagi.

Source: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/taat-kepada-raja-dan-negara-bukan-bn-kata-pakatan-kepada-penjawat-awam/
Baca Selanjutnya...

Thursday, June 28, 2012

Keuntungan RM1 sesaham itu sangat kecil kerana peneroka terpaksa membayar yuran proses dan kos guaman menyertai FGVH.
PETALING JAYA: PKR mendakwa urus niaga pada harga RM5.39 sebaik Felda Global Ventures Holdings Bhd (FVGH) di Bursa Malaysia pagi ini tidak memberi apa-apa makna kepada peneroka.
“Keuntungan RM1 sesaham itu sangat kecil kerana peneroka terpaksa membayar yuran proses dan kos guaman menyertai FGVH.
“Kalau untung RM3 sesaham baru peneroka mendapat sedikit keuntungan. Dari urus niaga awal ini, yang untung besar ialah Tan Sri Isa Samad dan kroni-kroninya yang mendapat banyak saham FGVH,” kata Suhaimi Said, ketua biro Felda dan orang Asal PKR.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kemunculan urus niaga pertama pada harga RM5.39 sebaik ia disenaraikan hari ini.
Bagaimanapun, urus niaganya  terus meningkat menjelang tengah hari.

Harga sawit jatuh

Suhaimi mendakwa, apa yang berlaku sekarang tetapi tidak diberi perhatian ialah harga sawit telah jatuh RM100 bagi satu tan metrik.
Manakala harga getah juga turun dari RM4 agi satu kilogram kepada lebih RM3, bermakna peneroka rugi sekitar RM3 bagi setiap kilogram.
Katanya, adalah lebih baik Felda mempertahankan harga kelapa sawit dan getah sekarang yang rata-rata peneroka mendapat RM7, 000 hingga RM8, 000 sebulan.
“Atau sekurang-kurangnya Felda berusaha untuk membayar harga mengikut perahan sebenar iaitu 27 peratus berbanding 21 peratus sekarang ini.
“Sekarang ini peneroka mengalami kerugian kira-kira RM1, 000 sebulan kerana tindakan Felda membayar 21 peratus itu.
“Bayangkan berapa kerugian yang mereka alami untuk tempoh 15 tahun,” tambah Suhaimi.

Source: http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/06/28/urus-niaga-awal-fgvh-tidak-menguntungkan-peneroka/
Baca Selanjutnya...

Bekas Pengarah Jabatan Perpaduan Sabah sertai PAS



BEAUFORT: PAS Sabah mencatatkan sejarah tersendiri apabila bekas Pengarah Jabatan Perpaduan Negeri Sabah dan Labuan, Ahmad Kambar (baju hijau) menyertai parti itu.
Sebagai simbolik, beliau menerima bendera PAS sebagai simbolik panji-panji bagi membebaskan negeri ini daripada cengkaman Umno Barisan Nasional.
Beliau menerima bendera berkenaan daripada Ketua Pemuda PAS Sabah merangkap Yang Dipertua PAS Kawasan Beaufort, Lahirul Latigu di kediamannya, dekat Lumadan, di sini sambil disaksikan Ketua Pemuda PAS Kawasan Azlan dan ahli jawatankuasanya.
Ahmad berkata, beliau menyertai PAS atas pilihan sendiri dan yakin bahawa PAS bukan hanya sebuah parti politik semata malah bertindak sebagai badan dakwah dan tarbiyah yang memberi penekanan berdasarkan agama Allah.
"Kehidupan kita ini merupakan kehidupan yang bermakna dan kita perlu membawa ummah ini kearah Islam.
"Kita juga perlu untuk menjaga nasib rakyat dan mendidik rakyat untuk takut kepada Allah semata-mata,” kata beliau ketika ditemui selepas itu.
Beliau yang juga pernah menjawat Pengarah Dakwah Bersepadu Negeri Sabah dan Penolong Pengarah Perancangan dan Penyelidikan di Ibu Pejabat Jabatan Perpaduan Negara serta berperanan penting dalam Jawatankuasa PsyWar semasa usaha Kerajaan Persekutuan menjatuhkan Kerajaan Sabah di bawah Parti Bersatu Sabah (PBS) pada awal 90an.
“Saya melihat banyak kelompongan dalam Umno dan BN. Mereka bercakap soal pembangunan tetapi apa yang berlaku di Sabah jauh dari apa yang mereka perkatakan.
“Masalah asas seperti elektrik, jalanraya pun masih banyak belum selesai seperti di kawasan pedalaman di Parlimen Sipitang ini. Kampung Weston contohnya walaupun mempunyai jumlah pengundi yang besar majoriti muslim tetapi tidak mendapat bekalan air bersih yang sewajarnya. Ini cukup memalukan,” ujarnya dalam nada kecewa.
Beliau turut bertekad untuk memastikan PAS lebih dikenali ramai terutama di kawasan sekitar Sipitang dan seluruh Sabah.
“Sebab itu saya tekad. Rakyat pun sudah mula membuka mata dan sudah dapat menerima PAS terutamanya di Lumadan, salah satu Dun di bawah Parlimen ini,” jelasnya.
Beliau yang juga merupakan bapa saudara kepada Lahirul turut yakin dengan berdasarkan perkembangan terkini akan lebih ramai lagi bekas pegawai-pegawai tinggi kerajaan Sabah yang akan menyertai perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat.

Source: http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/11295-bekas-pengarah-jabatan-perpaduan-sabah-sertai-pas
Baca Selanjutnya...

Wednesday, June 27, 2012

Himpunan Hijau: Harapan baru rakyat Pahang




TEMERLOH: PAS Pahang menganjurkan Himpunan Hijau Ke Putrajaya pada 1 Julai ini bagi mengajak seluruh rakyat negeri ini supaya bangkit membuat perubahan politik pada pilihan raya umum (PRU) ke 13 akan datang. Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, program yang bertemakan ‘Harapan Baru Pahang’ itu akan diadakan di tapak Kompleks PAS Pahang, Kerdau dekat sini.
Tambahnya, program lanjutan daripada himpunan raksasa I Jun di Alor Setar tempoh hari, akan bermula daripada jam 3.00 petang sehinggalah ke tengah malam dengan pelbagai acara telah disusun.
“Program bermula dengan Talk Show anjuran Dewan Muslimat yang menampilkan selebriti terkenal Aishah bersama Setiausaha Majlis Syura PAS Ustaz Nik Zawawi Saleh, kemudian diikuti majlis santai anjuran Dewan Pemuda yang menampilkan penyanyi Pak Long dan kumpulan UNIC.
“Pada waktu yang sama 100 kumpulan bermotosikal Pemuda ARC akan berkonvoi dari Taman Kubang Gajah ke tapak program. PAS mahu menonjolkan model himpunan paling baik untuk dinilai sehingga rakyat boleh membanding, meneliti dan membuat keputusan antara dua himpunan anjuran Umno dan PAS,” katanya.
Tuan Ibrahim yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat menjelaskan pada permulaan malam akan diadakan Solat Maghrib, Solat Hajat dan munajat di dataran tersebut yang akan dipimpin oleh Dewan Ulamak PAS Pahang.
Tambahnya, himpunan tersebut menjadi satu medan mendekatkan diri sebagai makhluk Allah dengan rayuan, bermunajat dan memohon kepada Allah agar kemenangan Islam dapat dicapai dalam PRU ke 13.
“Pada ceramah sebelah malam akan berlaku satu kejutan dengan perisytiharan tokoh tertentu yang akan menyertai PAS Pahang serta ikrar perjuangan sebagai satu perisytiharan bahawa PAS dan Pakatan Rakyat sudah bersedia menggalas cabaran menggantikan Umno dan BN di negeri ini.
“Turut akan berucap ialah Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) dan Aishah manakala Tuan Guru Presiden akan menyampaikan amanat di kemuncak acara,” terangnya dalam kenyataan media di sini.
Mengenai kehadiran, beliau berkata PAS Pahang mensasarkan sekurang-kurangnya 10,000 ahli dan penyokong PAS namun berdasarkan komitmen PAS kawasan-kawasan perhimpinan boleh menjangkau 20,000 orang.
Tambahnya lagi, perhimpunan ini menjadi syiar kebangkitan rakyat Pahang bersama PAS di samping menyemarakkan lagi semangat dan daya juang ahli-ahlinya sebagai titik tolak merealisasikan hasrat menuju ke Wisma Sri Pahang.
Mengenai pemilihan Kerdau, Tuan Ibrahim berkata, ini bertepatan dengan PAS Pahang yang mula-mula ditubuhkan di situ oleh anak Kerdau sendiri iaitu Allahyarham Mohd Yasin Saleh.

Source: http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/11274-himpunan-hijau-harapan-baru-rakyat-pahang
Baca Selanjutnya...

Pidato Presiden Baru Mesir (2012-2017), Dr. Muhammad Mursi

Saya tidak mungkin berdiri dihadapan anda sekalian kecuali berkat rahmat Allah SWT.

Terima kasih dan penghormatan kepada syuhada dan luka-luka teriring doa atas jasa mereka yang telah membukakan pintu.


Terima kasih kepada masyarakat Mesir dan militer yang saya cinta. Tidak ada yang mengetahui dalamnya cinta kecuali Allah SWT.


Terima kasih kepada hakim Mesir yang tengah mengawasi dan melancarkan pemilu.

Dalam pidato, Morsi menyebut provinsi-provinsi yang tidak mendapat perhatian dari Mubarak selama 30 tahun. Para buruh, sopir bus, masinis, pengemudi bajaj, para pelajar, semuanya adalah keluarga saya. Saya tidak akan membeda-bedakan.


Mari kita melanjutkan perjalanan, agar semua tuntutan revolusi tercapai. Dahulu kita selalu bertanya-tanya: kapan rakyat akan menjadi sumber kekuasaan sebagaimana di negara lain? Sekarang, Anda sekalian adalah penguasa.


Rakyat dan penguasa sama di depan hukum/undang-undang.

Saya tidak memiliki hak. Semua yang saya punya hanyalah kewajiban.


Apabila saya tidak melaksanakan semua janji-janji saya, maka janganlah patuhi saya.
وَاعْتَصِمُواْ بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعاً وَلاَ تَفَرَّقُواْWa’tashimu bihablillahi jami’an wa laa tafarraqu.(Surah aali Imran ayat 103 = dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai;)


Mari bersama-sama kita pikul projek kebangkitan. Demi masa depan Mesir.

Kita semua bangsa Mesir, Muslim maupun Kristen, kita semua pelaku peradaban.


Saya akan menjaga semua perjanjian dengan semua negara. Saling menghargai. Saya tidak izinkan intervensi asing.

Ketahuilah semuanya, bahwa semua keputusan Mesir tergantung pada keinginan rakyatnya.

Saya paham bahwa kita semua dalam kondisi yang sulit. Tapi dengan taufik Allah kita akan melewati semua ini.


Saya tidak akan mengkhianati kalian semua. وَاتَّقُواْ يَوْمًا تُرْجَعُونَ فِيهِ إِلَى اللَّهِ ثُمَّ تُوَفَّى كُلُّ نَفْسٍ مَّا كَسَبَتْ وَهُمْ لاَ يُظْلَمُونَ Wattaqu yauman turja'uuna fihi ilallahi(Surah al-Baqarah ayat 281 - dan peliharalah diri kamu dari huru-hara hari (kiamat) Yang padanya kamu akan dikembalikan kepada Allah. kemudian akan disempurnakan balasan tiap-tiap seorang menurut apa Yang telah diusahakannya, sedang mereka tidak dikurangkan balasannya sedikitpun.)

Semua orang melihat itu jauh. Tapi kita memandang semua itu dekat
Baca Selanjutnya...

Berdosa Pilihanraya Dilaksanakan Sewaktu Musim Haji





KAMI, selaku pendakwah dan asatizah telah dan kerap ditanya berkenaan isu mengadakan pilihanraya sewaktu musim haji. Justeru itu, sebagai respon kepada pertanyaan tersebut, pihak Multaqa Asatizah & Duat (MURSHID) dalam mesyuarat yang lalu berpendapat seperti berikut:

Di dalam system demokrasi, pilihanraya dan proses pengundian adalah ibarat suatu mahkamah besar bagi memilih siapa yang lebih layak diberikan amanah memerintah, maka sewaktu sistem demokrasi dijadikan panduan dan diterima oleh majoriti rakyat, tugas terbesar kerajaan melalui Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) adalah memastikan semaksima mungkin penyertaan rakyat dalam pilihanraya, justeru kempen untuk pendaftaran pengundi mestilah dipertingkatkan kecanggihannya dan dipermudah di seluruh tanahair.
Rakyat Malaysia selaku pengundi layak yang berada di luar negara perlu dijamin hak mereka agar boleh mengundi melalui kaedah yang berkesan lagi dipercayai.

Kami juga bersepakat bahawa Pilihanraya dan proses pengundian TIDAK BOLEH atau HARAM dilaksanakan sewaktu musim perayaan dan ibadah umat Islam khususnya musim haji yang mana berpuluh ribu pengundi dan petugas haji sedang berada di luar Negara.

Sekiranya pilihanraya tetap dilakukan di musim haji, itu merupakan suatu pengkhianatan terhadap amanah dan sistem pemilihan. Ini adalah kerana proses pengundi adalah suatu proses KESAKSIAN. Firman Allah :

(وأشهدوا ذوى عدل منكم ..(الطلاق: 2
Mafhum : “Bersaksilah dengan mereka yang adil dari kalangan kamu”( At-Talaq: 2)

Juga Firman Allah :
وَلاَ يَأْبَ الشُّهَدَاء إِذَا مَا دُعُوا
Ertinya : Janganlah saksi-saksi itu enggan (memberi keterangan) apabila mereka dipanggil ( Al-Baqarah : 282)

Dalil-dalil di atas menunjukkan, apabila kita berada di dalam suatu situasi atau keadaan sistem yang memerlukan mereka yang bermaklumat memberi kesaksian demi memberikan keputusan demi keadilan, mereka adalah dikira sebagai saksi yang diharamkan untuk menolak dari memberikan keterangan dan kesaksian.

Dalam konteks pilihanraya, rakyat sebenarnya bertindak sebagai SAKSI sama ada untuk menyokong atau menolak mana-mana calon yang bertanding. Justeru, SEKIRANYA pihak berkuasa memutuskan pilihanraya akan dijalankan pada musim haji, ia adalah suatu tindakan yang akan menghalang rakyat dari keluar menunaikan tanggungjawab mengundi.

Jika seorang saksi TIDAK DIBENARKAN untuk menolak tanggungjawab memberi kesaksian, maka tentunya DIHARAMKAN juga bagi pihak ketiga untuk menghalang saksi dari memberikan kesaksian seperti sengaja mengadakan sesi perbicaraan ketika saksi berada di luar negara.

Justeru, setiap individu yang mempunyai hak dan berkelayakan memberikan kesaksian samada di mahkamah, termasuk kesaksian dalam bentuk mengundi sewaktu pilihanraya, tidak dibolehkan untuk sengaja menyembunyikan kesaksian atau dinafikan hak dan ruang memberi kesaksian termasuk oleh pihak berkuasa sekalipun. Firman Allah Ta'ala :

وَلَا تَكْتُمُوا الشَّهَادَةَ وَمَنْ يَكْتُمْهَا فَإِنَّهُ آثِمٌ قَلْبُهُ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ عَلِيمٌ
"Maka janganlah kamu (wahai orang-orang yang menjadi saksi) menyembunyikan perkara yang dipersaksikan itu dan sesiapa yang menyembunyikannya, maka sesungguhnya dia adalah orang yang berdosa hatinya dan (ingatlah), Allah sentiasa Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan." (Al-Baqarah :283)

Akhirnya, kami menyeru pihak berkuasa agar teguh menjalankan amanah yang terbaik buat rakyat bagi mereka menjalankan tugas dan amanah selaku pengundi yang perlu memberi penyaksian parti dan calon yang dipercayainya. Kami yakin, pihak berkuasa tentunya bijak dalam memutuskan keputusan dalam hal ini.

Sekian dari kami,
1. Dr. Zaharuddin Abd Rahman (Pengerusi)
2. Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
3. Dr. Zahazan Mohamed
4. Dr. Maszlee Malek
5. Dr. Abd Basit Abd Rahman
6. Dr. Ahmad Wifaq Mokhtar
7. Dr. Khairuddin Aman Razali
8. Dr. Sukki Othman
9. Ustaz Roslan Mohammad
10. Ustaz Zamri Zainuldin
11. Ustaz Mohd Nidzam Abd Kadir
12. Ustaz Imam Muda Asyraf Ridzuan
13. Ustaz Izhar Ariff Mohd Kashim
14. Ustaz Aizam Mas’ud
15. Ustaz Ahmad Husni Abd Rahman
16. Ustaz Ahmad Fauwaz Fadzil
17. Ustaz Syed Mohamad Nurhisham Tuan Padang
18. Ustaz Ramadan Fitri Elias
19. Ustaaz Abdullah Bukhari Abd Rahim
20. Xifu Naseer Abd Rahman

[Sumber]

Source: http://milosuam.blogspot.com/2012/06/berdosa-pilihanraya-dilaksanakan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FzwLfhy+%28MiLo+SuaM%29
Baca Selanjutnya...

Tuesday, June 26, 2012

Permandangan Masjid Al Haram dari atas! Terkini 2012!

 Bismillahirahmannirahimmm...alhamdulilahh....permandangan MasjidlHaram terkini di rakam kan dari atas Bangunan Hotel Fairmont Jam Besar di depan MasjidilHaram....
Subhanallah....

Source: http://bagan-utama.blogspot.com/2012/06/nah-permandangan-masjid-al-haram-dari.html
Baca Selanjutnya...

Monday, June 25, 2012

Ribuan Hadir Di Himpunan Hijau Peringkat Negeri Melaka

Lebih kurang 10,000 orang penduduk Melaka telah hadir bagi menjayakan Himpunan Hijau Peringkat Negeri Melaka yang diadakan bermula petang semalam sehingga lewat tengah malam tadi bertempat di perkarangan Surau Ustaz Ali, Permatang Pasir, Alai Melaka.

Program dimulakan dengan Solat Asar berjemaah diikuti dengan program Xpresi Anak Muda Ke Putrajaya dengan konvoi motorsikal Alternative Riding Club (ARC), persembahan dari Hafiz Bandboyz dan ucapan pimpinan pemuda Pakatan Rakyat tempatan.

Turut hadir petang semalam ialah Pesuruhjaya PAS Negeri Adly Zahari serta Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat Khairul Faizi Ahmad Kamil.

Di majlis tersebut, Ameerah dan Briged Muslimat peringkat negeri Melaka telah dilancarkan.

Program diteruskan dengan Solat Maghrib, Solat Hajat & Munajat serta Solat Isya' berjemaah yang dipimpin oleh Ketua Dewan Ulamak Negeri Melaka, Ustaz Zulkifli Ismail.

Selepas itu, majlis ceramah perdana yang menampilkan ucapan dan amanat dari pimpinan Pakatan Rakyat serta wakil dari NGO Anti-Lynas yang tiba dari program Occupy Balok-Gebeng di Kuantan.

Turut berucap malam tadi ialah AJK PAS Pusat, Zulkifli Omar; Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari; Pengerusi DAP Melaka, Goh Leong San; Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him; Naib Pengerusi PKR Melaka, Rajendran; Penolong Setiausaha PKR Melaka, Sdr Wahab Ibrahim dan Pengerusi Anti-Lynas, Wong Tack.

Himpunan bersejarah tersebut dilihat begitu berjaya kerana rakyat pelbagai bangsa telah turut hadir menjayakan majlis berkenaan.

Program tersebut juga telah disiarkan secara langsung ke seluruh dunia melalui channel TVPAS Melaka yang telah menarik lebih 1,600 penonton malam tadi.

Di majlis berkenaan, anak Melaka di perantauan (PERAWAN) telah menyampaikan sumbangan mereka bebentuk replika cek kepada Perhubungan PAS Negeri Melaka.

Majlis Himpunan Hijau juga menerima kejutan apabila Setiausaha Agong PAS, Dato' Mustafa Ali turut hadir memeriahkan majlis.

Beliau menekankan tentang betapa perlunya rakyat bangkit untuk menentang kezaliman yang diterajui oleh UMNO BN dengan mempastikan kemenangan Pakatan Rakyat di dalam pilihanraya akan datang ini.

UMNO terpaksa menangguhkan tarikh pilihanraya dari sebulan ke sebulan apabila mereka mendapati suasana kebangkitan rakyat kebelakangan ini tidak memihak kepada mereka.

Majlis turut diserikan dengan penampilan penyanyi Iwan Syahman yang menyampaikan lagu-lagu bermesej dakwah di majlis tersebut.

Di kemuncak acara, Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu telah menyampaikan ceramahnya dan beliau menyatakan bahawa orang Melayu selama ini diperbodohkan oleh UMNO dan masanya telah tiba untuk rakyat melakukan perubahan kepimpinan kerajaan pusat dan negeri.

Beliau menegaskan juga akan menyaman Utusan Malaysia kerana memfitnah beliau dalam isu Mat Indera tidak lama dulu.

"Mereka tuduh saya memfitnah Polis Bukit Kepong di bawah seksyen 500 Kanun Keseksaan, tapi peliknya pengadu kes tersebut seorang pesara Polis bernama Visvanathan mengaku bahawa laporan yang Polis yang belua buat tidak benar dan ada unsur fitnah".

Sementara itu, UMNO telah cuba untuk menganggu majlis Himpunan Hijau dengan mengadakan ceramahnya kira-kita 200 meter dari majlis anjuran PAS tetapi gagal untuk menarik pendengar. Mereka sekadar dapat membuat gangguan dengan menghalakan pembesar suaranya ke arah Himpunan Hijau namun tidak memberikan apa-apa kesan terhadap program Himpunan Hijau.

Briged Keselamatan Negeri Melaka bersama-sama Unit Amal telah menunjukkan tugas cemerlangnya mengawal keselamatan daripada sebarang provokasi di majlis berkenaan.






















Source: http://greenboc.blogspot.com/2012/06/bergambar-ribuan-hadir-di-himpunan.html
Baca Selanjutnya...

Kemenangan Ikhwanul Muslimin gunakan teknologi 1400 tahun lalu


KITA renungi bagaimana bermulanya perjuangan Ikhwan Muslimin yang diasaskan oleh Syeikh Hasan al-Banna di Mesir. Dalam keadaan ekonomi umat Islam pada masa itu yang amat menyedihkan, ditambah pula dengan kemiskinan yang merata, maksiat serta jenayah yang berleluasa, dan amalan Islam pula difokuskan kepada beberapa juzuk ibadah sedangkan tiada usaha yang serius untuk membebaskan umat Islam daripada gejala tersebut. Jika ada yang beramal dengan Islam sekalipun, mereka dilihat sebagai kelompok yang terpencil, dipandang rendah dan hina.
Tambahan pula, gerakan Kristian yang menular di kalangan umat Islam menjadikan Syeikh Hasan al-Banna mengambil peranan untuk melakukan perubahan besar dengan menubuhkan Ikhwan Muslimin. Tujuannya adalah untuk menyedarkan umat Islam yang tertanggal diri mereka semangat jihad, dikerumuni musuh Islam dan ditimpa penyakit wahn, iaitu cinta dunia dan takutkan kematian. Perubahan masyarakat dalam Ikhwan bermula dengan perubahan individu yang ditarbiah untuk mengembalikan kesedaran mereka untuk berjihad, berusaha untuk melakukan perubahan positif dalam masyarakat.
Jika kita melihat antara prinsip perubahan yang diketengahkan oleh Ikhwan Muslimin ialah "As-Solah Qobla Al-Islah", iaitu memperbaiki diri sebelum memperbaiki masyarakat. Mereka yang mampu memperbaiki dirinya, maka ia mampu melakukan Islah iaitu memperbaiki masyarakat di sekelilingnya. Untuk memperbaiki ummah kata Naib Mursyid Am Ikhwan Muslimin, Syeikh Jum'ah Amin, seseorang perlu menjadi abid dahulu, iaitu menghambakan diri kepada Allah subhanahu wataala dengan membanyakkan amal yang medekatkan diri dengan Allah subhanahu wataala.
"Jadilah kamu hamba (Allah) sebelum kamu menjadi pemimpin (ummah)," pesan Syeikh Jum'ah Amin.
Ikhwan Muslimin mengambil pendekatan tarbiah rabbaniyyah dengan cara mendidik ahlinya supaya rapat dengan Allah subhanahu wataala dengan membaca al-Quran satu juzuk sehari, istighfar 100 kali sehari, qiyamullail minimum dua rakaat, berzikir secara ma'tsur supaya lidah basah dengan mengingati dan mendekatkan diri kepada Allah subhanahu wataala. Mengambil kata-kata hikmah Saiyidina Abu Bakar radiallahuanhu kepada tentera Islam tentang rahsia kemenangan ke atas musuh iaitu "Sesungguhnya kamu tidak akan dapat kemenangan selagi mana kamu tidak dekat dengan Allah."
Usaha-usaha yang pernah dilakukan oleh Syeikh Hassan Al-Banna dalam membangunkan masyarakat antaranya dengan mengkaji cabaran, halangan dan masalah yang membelenggu ummah, mengkaji pengajaran sejarah Islam dan umat terdahulu dan mengkaji sejarah dan pengajaran gerakan kebangkitan di seluruh dunia. Al-Banna turut membahagikan masyarakat kepada empat golongan dengan pendekatan dakwah yang berbeza iaitu golongan yang percaya kepada kebenaran, golongan oportunis, golongan yang teragak-agak dan golongan yang menentang.
Kemenangan Presiden baru Mesir, Dr Mohammed Morsi yang mewakili Ikhwan Muslimin menjadi topik yang hangat di bicarakan seluruh dunia termasuk gerakan Islam di Malaysia. Kemenangan yang di peroleh Ikhwan Muslimin setelah 83 tahun memperjuangkannya perlu menjadi pencetus semangat buat seluruh gerakan Islam dunia yang lainnya.
Disebalik kemenangan Ikhwan Muslimin, kita melihat kemenangan itu bukan di raih hanya disebabkan kepakaran strategi politik semata-mata, tetapi pimpinan serta ahlinya sangat pemurah masanya dengan Allah subhanahu wataala dalam perjuangan mereka. Melihat kepada anggota Majlis Parlimen Mesir sekarang terhimpun di dalamnya, lebih dari 140 orang hafal al-Quran. Lebih dari 100 orang hafal dan menguasai 10.000 hadis. Lebih dari 180 orang hafal separuh al-Quran. Lebih dari 170 orang bergelar doktor pakar dari pelbagai bidang dan disiplin ilmu. Lebih dari 50 orang tidak memiliki kereta peribadi. Lebih dari 350 orang adalah bekas tahanan politik berkisar 6-10 tahun penjara dan 4 orang wanita yang bertudung kemas.
Jadi, apakah kekuatan atau teknologi yang Ikhwan Muslimin gunakan? Coretan sejarah Salahudin al-Ayubi juga memilih mereka yang bangun malam sebagai barisan mujahidin paling hadapan untuk menggempur musuh? Ataupun sehingga Umar Abd Aziz berkata, " Bagaimana mata ini dapat tertutup rapat dan tenteram sedangkan ia tak tahu di mana kelak ia akan kembali di antara dua tempat.." Teknologi ini telah wujud 1400 tahun yang lalu dan telah pun dibuktikan kemampuannya untuk menghasilkan superhuman yang mantap dari kaca mata Islam. Teknologi yang dimaksudkan ialah qiamullail.
Tahniah saya ucapkan di atas kemenangan calon Ikhwan Muslimin yang bertanding untuk Pilihanraya Presiden di Mesir . Semoga kemenangan Islam akan hadir di bumi Malaysia dengan kemenangan Parti Islam pada PRU-13 akan datang.
"Allah subhanahu wataala memberi rezeki kepada semua hambanya, tetapi Allah tidak memberi agama ini (untuk diperjuangkan) kepada sesiapa yang tidak dicintai-Nya."

MOHD YUSOF HADHARI
Mantan Ketua Penerangan GAMIS Malaysia
Baca Selanjutnya...

Sunday, June 24, 2012

Lynas: PSC lebih sudu dari kuah (bila baca, confirm bahawa LYNAS patut segera ditutup)



22 Jun 2012

1. Amat nyata bahawa Laporan JK Pilihan Khas (PSC) Lynas semacam telah membuat keputusan bahawa apa pun dapatan dari penelitian dari isu-isu perhatian awam dan pihak yang berpengetahuan tentang keselamatan projek ini, PSC ini mahukan projek ini diteruskan dan kelulusan yang diberikan oleh AELB pada 17 Ogos, 2007 untuk lesen kelas A (Mengilang Penempatan Tapak dan Pembinaan) sekarang ini diminta supaya dikeluarkan oleh Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) untuk “Lynas Advanced Material Plant” (LAMP) mula beroperasi.

2. Dalam ‘Rumusan Jawatankuasa’ di muka surat 69 – tercatat: Jawatankuasa mengesyorkan agar lesen Kelas A (Mengilang – Peringkat Pengendalian Sementara) atau Temporary Operating Licence (TOL) dikeluarkan supaya projek LAMP dapat mengilang bahan mentah pekatan lantanid secara berperingkat dan terhad serta dikawal selia secara berterusan oleh agensi penguatkuasa.

3. Cadangan ini adalah jelas bercanggah dengan kefahaman bahawa LAMP mesti memenuhi antara lain 7 syarat yang dikenakan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sebelum AELB boleh pertimbangkan untuk mendapat lessen TOL yang disebut-sebutkan diberikan sebelum hujung tahun.

4. Antara 2 syarat terpenting adalah pertama –pengurusan penyimpanan residu atau sisa radioaktif samada sementara di ‘Residue Storage Facility’ – RSF atau kekal di ’Permanent Disposal Facility’ – DPF. Kedua – pelan menjamin perlindungan keseluruhan RSF supaya debu tidak berterbangan ke udara secara bebas atau dalam keadaan menangani kes emergency berlaku kebocoran ke dalam tanah.

5. Dalam perbahasan, saya telah mengingatkan sekeras-kerasnya bahawa pengalaman dalam Kes Asian Rare Earth (ARE) di Bukit Merah tercetus akibat ketiadaan pelan pengurusan sisa (long term waste management plan) yang telah berakhir dengan penyelenggaraan ‘ad-hoc’ sehingga tutupnya tempat pelupusan di Papan dan pembuangan sisa radioactive secara tidak bertanggungjawab di Menglembu, Pengkalan, Jelapang, Buntong dan Simpang Pulai dan kini mesti dipantau kerana dalam proses ‘Dibubar dan Dinyahkontaminasi’ (Decommissioning and Decontamintion) di bawah Akta 304, seliaan AELB untuk selama 300 tahun.

6. Sementara PSC berpuas hati menyokong pentakrifan MITI dan AELB bahawa kilang LAMP adalah sebuah kilang kimia dan bukan kilang memproses pengeluaran torium atau uranium, umum kini juga di beritahu oleh laporan bahawa antara 3 jenis residu yang akan dihasilkan oleh LAMP, residu Water Leach Purufication (WLP) adalah paling bahaya.

7. Kepekatan keradioaktifannya toriumTh- 232 dalam residu WLP dinyatakan dalam laporan Lynas adalah 5.87 Bq/g dan 0.30 Bq/g untuk Uranium U238. Persoalannya sekarang ialah berapakah jumlah radioaktiviti dalam tempoh 10tahun LAMB yang dianggarkan dalam jumlah 32,000 ton setiap tahun yang dihasilkan dalam sisa WLP LAMP itu? Wajar juga dingatkan bahawa bahan torium dan uranium yang wujud secara normal yang dipanggil sebagai NORM (Naturally Occurring Radioactive Material) diketahui menjadi lebih aktif apabila melalui proses kimia dan etraksi yang disebutkan sebagai TENORM atau “Technically Enhanced Naturally Occurring Radioactive Materials”.

8. Untuk peringatan semua, khasnya pihak PSC, AELB dan rakyat di Balok-Gebeng dan diseluruh negara, anggaran jumlah radioaktiviti dalam 1 tahun adalah seperti berikut, berdasarkan sedikit maklumat jumlah sisa residu yang dapat diketahui penulis.

Untuk peringatan juga 1 unit Bacquerel adalah pecahan (decay) satu nucleus pada setiap saat (second) menghasilkan particles. Torium menghasilkan alpha-particles yang 20 kali lebih bahaya dari gamma atau beta dalam mencetuskan kerosakan (damage) kepada bahan genetic (DNA Materials) dalam sel badan khasnya apabila bertindak sebagai ‘internal emitters’. Ini dijadikan sebab utama sebagai pencetus kanser oleh pandangan sebuah badan pakar di United Kingdom mengkaji risiko kanser dan toksikologi dari radioaktiviti (CERRIE- Committee Examining Radiation Risks for Internal Emitters).

9. Mengikut laporan Lynas sendiri, 32,000 ton WLP dihasilkan setahun bersamaan dengan 32 x 106 kg atau 32 x 109 g. Ini memberi jumlah anggaran radioaktiviti pada para 5.87x 32 x 109 = 155.6 x 109Bacquerel (Bq) bersamaan dengan 155.6 x 103 Megabacquerel (MBq) bersamaan dengan 155.6 Gigabacquerel (GBq) atau 3 Curie! Jumlah radioaktiviti yang amat besar yang terkumpul di sesuatu tempat. Namun lebih bahaya adalah bentuk atau ‘debu atau dust’ yang diakui oleh AELB khususnya kepada pekerja yang andainya dihidu akan tersimpan dalam paru-paru, pancreas dan tulang. Tentu SPF bukan caranya mengendali sisa radioaktif ini secara mapan, maka ia memerlukan PDF yang masih lagi dalam alam teori dan penyelidikan.

10. Ingat apa makna 1 unit Bacquerel! Memang Lynas adalah sebuah kilang kimia dan bukan kilang pepasangan nuklear atau pengeluaran torium seperti disebut dalam laporan PSC. Akan tetapi kalau jumlahnya setahun adalah 155.6 MBq, bayangkan 10 kali ganda dalam 10 tahun dan torium mempunyai separa hayat yang panjang selama 74,000 tahun dalam emisi alpha particlenya, maka dalam setahun sahaja telah terkumpul sebanyak yang mesti disimpan di dalam simpanan sementara ‘Residue Storage Facility (RSF)! Sebab itu persoalan mempersiapkan PDF (Permanent Depository Facility) adalah penting sekarang dan bukan seperti Lynas dakwa 17 tahun lagi.

11. Disamping itu, laporan PSC juga mengakui bahawa proses kilang Lynas melibatkan tindakbalas kimia dan fizikal (cracking, leaching, extraction and finishing) dalam menghasilkan lanthanum dan nadir bumi oksida dan karbonat (rare earth carbonat oxide) Namun masih tidak dapat dikenalpasti lagi tindakbalas kimia ini samada menghasilkan ‘logam berat atau heavy metals’ seperti plumbum, mercury, arsenic, cadmuim dan nickel dalam proses dan perlu dikaji sebab ketiga-tiga ‘heavy metals’ yang terakhir adalah logam karsinogenik kepada manusia.

12. Kajian di peringkat ‘makmal’ atau ‘lab-scale’ wajar dilakukan untuk mengenalpasti keseluruhan residutoksik, samada radioaktiviti dan logam berat, patut dilakukan seperti dicadang oleh Prof Jamal Hashim (Environmental Health) dan Dr Che Rosli, pakar nuclear PAS yang kenyataannya kerap diselewengkan maksud sebenarnya. Kini Dr Che Rosli telah mempertegaskan pendirian beliau. Prof Jamal juga mencadangkan kajian HIA(Health Impact Assessment) dan HRA (Health Risk Assessment) dan amat khuatir dengan tergesa-gesa PSC dan kini PSC mendesak supaya LAMP diberikan TOL.

13. Isu pengendalian pengurusan residue adalah paling membimbangkan sebab ia tidak dapat ditentukan sehingga kini oleh pihak Lynas. Ini mengingatkan kita kepada kes pengurusan sisaradioaktif di ARE, Bukit Merah. PSC mahukan Lynas mengemukakan hasil penyelidikan pengkitaran semula, pengurangan sisa (waste minimization), penggunaan dan pengkomersialan residu dalam tempoh 10 bulan selepas TOL dikeluarkan. Ia agak tersasar.

14. PSC mengesyorkan sekiranya penyelidikan pengkitaran semula serta lokasi tidak dapat di kenalpasti atau diluluskan, Lynas hendaklah membawa residu yang dihasilkan oleh LAMP keluar dari Malaysia dan akan dihantar ke Negara. AELB seperti yang saya tegaskan di atas tadi sebenarnya meletakkan ini sebagai syarat untuk LAMP mendapat TOL.

15. Paling malang, terkini, kerajaan Australia, mengikut Menteri Lombong dan Petroleumnya, telah menekankan bahawa mereka tidak mahu menerima dan tidak bertanggungjawab untuk menerima sisa toksik LAMP oleh Lynas.

16. Masihkah PSC boleh merumuskan bahawa mereka berpuashati untuk mengesyorkan agar lesen Kelas A (Temporary Operating Licence – TOL) dikeluarkan supaya projek LAMP dapat mengilang bahan mentah pekatan lantanid secara berperingkat dan terhad serta dikawal selia secara berterusan oleh agen si penguatkuasa. PSC juga secara selektif hanya menonjolkan aspek sinaran 2mSv setahun (sebenar 5.61 mSv setahun) untuk pekerja dan 0.002 mSv kepada awam, lantas mengatakan bahawa projek LAMP selamat.

Dengan keputusan di buat oleh PSC dalam laporanya, maka PSC mesti mengambil tanggungjawab sepenuhnya kepada rakyat Gebeng, Kuantan khasnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya. Penulisan ini tidak meninjau aspek ‘cost-benefit analysis’ yang tidak juga dilakukan secara ‘professional’ , lebih bersifat ‘anecdotal’ berapa banyak yang kononnya akan Malaysia untung di segi pulangan ekonomi dan pemindahan teknologi sebagainya.

12 tahun ‘pengecualain cukai’ atau ‘tax-break’ itu sudah cukup mengecewakan umum pada pelaburan yang begini besar risiko dan impak negatifnya kepada alam sekitar dan kesihatan penduduk. Sekali lagi tragedy ARE, Bukit Merah yang telah merakamkan insiden leukemia dan kecacatan bayi (yang meskipun tidak dikaji secara kaedah ‘Epidemiology’sehingga kini) mengingatkan kita supaya mempastikan kerajaan yang bertanggungjawab mesti memacu erti sebenar “Pertumbuhan Mapan-Hijau-Green Growth’ yang bertentangan dengan konsep” Brown Growth- Pertumbuhan Membawa Kemusnahan” kepada manusia dan alam sekitar.


(Penulis adalah mantan Pensyarah di Fakulti Sains Perubatan USM dalam bidang Toksikologi).

Source: http://drdzul.com/2012/06/24/lynas-psc-lebih-sudu-dari-kuah/?utm_source=feedburner&utm_medium=twitter&utm_campaign=Feed%3A+DrDzul%2FxyPA+%28Dr.+Dzul%27s+weblog+wordpresscom%29
Baca Selanjutnya...

Gelombang Hijau landa Perlis




(Rakyat Perlis berikrar untuk menangkan Islam di perhimpunan hijau)
ARAU:  Gelombang Hijau ke Putrajaya meneruskan momentumnya dengan himpunan yang diadakan di peringkat negeri Perlis pada 22 Jun lalu di Markas PAS Kampung Paya di DUN Santan dekat sini.

Meskipun buat julung kalinya, program besar seumpama ini diadakan di luar premis induk PAS Perlis samada Kompleks PAS Perlis di Kangar mahupun Markas Tarbiah PAS Perlis di Jejawi, sambutan orang-ramai amat membanggakan dengan lebih 5000 orang hadir membanjiri dataran di hadapan markas  PAS tersebut.

Sambutan hangat ini diceriakan lagi dengan kehadiran begitu ramai ahli dan penyokong Umno tempatan dan luar kawasan yang sama-sama ingin mendengar ucapan dari pimpinan khususnya Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan undangan khas, Tamrin Ghafar.

Program himpunan dimulakan dengan majlis solat hajat dan munajat yang dipimpin oleh Dewan Ulama PAS Perlis.

Kemudiannya, program kemuncak himpunan dimulakan dengan para hadirin menyanyikan lagu Negaraku dan lagu rasmi PAS dengan diikuti bacaan surah an-Nasr oleh qari jemputan yang mambacanya dalam tiga lagu tarannum.

Pengarah Program, Mohd Anuar Tahir memulakan ucapan diikuti ucapan dari Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS Perlis, Khoo Yang Chong; Timbalan Ketua Muslimat PAS Perlis, Haton Osman; Timbalan Ketua Pemuda PAS Perlis, Ustaz Azmir Azizan dan Ketua Ulama PAS Perlis, Ustaz Idris Yaacob.
(Ustaz Hashim Jasin berucap dengan diperhatikan Mohamad Sabu dan Tamrin)

Majlis diteruskan dengan ucapan oleh Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin. Beliau menggambarkan himpunan yang diadakan pada malam tersebut adalah suatu petanda yang perlu diambil pengajaran oleh Umno/BN yang mana ianya adalah petanda kepada apa akan bakal berlaku dalam pilihanraya umum ke-13 nanti.

Program himpunan ini kemudiannya diteruskan dengan majlis bacaan ikrar dan baiah oleh para peserta himpunan dengan dipimpin oleh Setiausaha Perhubungan PAS Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman.
Semakin ramai orang Umno
Seterusnya Tamrin, tampil menyampaikan ucapan dengan memulakannnya dengan laungan 'takbir'. Ucapannya yang bersahaja menggunakan loghat utara jelas menarik minat orang ramai.

"Saya baru sama-sama dengan tuan-tuan dan Pakatan Rakyat dalam tiga bulan. Saya lihat di manapun saya pergi sambutan rakyat amat baik. Yang menariknya semakin ramai orang-orang Umno yang hadir ke program kita, jangan padang sepi lagi dengan kehadiran mereka.
(Antara orang ramia yang hadir dalam perhimpunan Hijau di Perlis)

"Inilah berkat pengorbanan dan kesabaran pimpinan PAS yang berjuang sejak dahulu lagi, ditohmah, dicaci dan dihina. Saya pun dulu ikut sama. Tapi siapa sangka hari ini, ramai orang termasuk pimpinan Umno telah meninggalkan Umno dan bersama PAS," katanya.
Tawan Johor

Majlis diakhiri dengan ucapan oleh Timbalan Presiden PAS yang menggambarkan bahawa gelombang kebangkitan rakyat yang menyokong PAS/Pakatan Rakyat kini semakin memuncak di seluruh negara.

"PAS dan pakatan Rakyat sudah diterima rakyat bukan sahaja di negeri Perlis ini, tapi sekarang ni Pakatan Rakyat sedang berusaha untuk menawan negeri Johor.

"Dulu Tun Daim Zainuddin kata negeri yang selamat untuk BN hanyalah tiga iaitu Johor, Pahang dan Melaka, tapi dengan pergolakan yang berlaku, hari ini kita lihat Pakatan Rakyta juga mampu mengambil-alih pemerintahan di Johor,"katanya.

Source: http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/11205-gelombang-hijau-landa-perlis
Baca Selanjutnya...

Saturday, June 23, 2012

Gambar 2 Menteri Besar PAS Di Kedai Gunting Rambut Yang Low Class



Mengikut FB nih, Tuan Guru NikAziz datang secara mengejut bila nak bergunting rambut, tak perlu appoinment berbagai.. 

Manakala, gambar kat bawah nih pulak MB Kedah, Ustaz Azizan di sebuah kedai gunting rambut di pinggir bandaraya Alor Setar.
Inilah sikap sederhana (wasatiyyah) 2 MB  yang berjiwa rakyat. Tak perlu kepada tempat high class seperti sesetengah pemimpin. Beb!! ini baru janji ditepati..
Sumber ~ FB

Source: http://addin77.blogspot.com/2012/06/gambar-2-menteri-besar-di-kedai-gunting.html
Baca Selanjutnya...

Skim cepat kaya Pak Man Telo Felda - Ya ke?

Bacalah wahai ayah-ayah dan ibu-ibuku di Felda.

Saya harap anak2 Felda akan beritahu emak dan ayah perkara ini.
Jumlah saham yang di keluarkan:-
per
Saham2 yang di tawarkan
Peratus(%)
Jumlah saham
1
Saham sedia ada yg di tawarkan
33.1
1,208.9 juta
2
Saham baru yang di tawarkan
26.9
980.0
3
JUMLAH
60.0
2,188.90
 
Sebanyak 2.1889 billion saham akan di jual kedalam pasaran. Pembeli nya? Sebahagian besar apa yang sebut cornerstone investors. Warga Felda ada 5.5% sahaja. Atau 200. 6 juta saham sahaja. Peneroka hanya dapat beli 91 juta sahaja saham. Awak bukan ada duit. Najib tahu ini. Isa sama tahu ini. kalau kita tak beri , mana kamu ada duit. Yang ambik saham dan yang tak ambik saham- semua telah di haramjadahkan oleh Najib.
 
Katalah dari penjualan ini, Felda dapat RM 10 billion. Tanya Najib dan Muhyidin dan Isa Samad- berapa Felda dapat? 40%? Kalau 40% mereka akan dapat RM 4 billion. RM 6 billion pergi kepada menteri yang control Felda- PM Najib. Kita tahu apa Najib akan buat dengan duit tersebut. Ke hulu dan kehilir- hulur sana dan hulur sini. Maka jadilah BR1M- Beli Rakyat 1 Malaysia.
 
RM 4 billion tunai ni apa Felda akan buat? Kena bayar hutang EPF. RM 3 billion. Hutang EPF kena bayar sebab itu wang rakyat. Maka tinggal RM 1 billion. Berapa lama Felda boleh bertahan sedangkan Felda memerlukan RM 3 billion setahun untuk beroperasi?
Lama kelamaan, yang baki 40% yang tidak di jual- ada orang yang gatal mahu jual jugak. Bolehkah yang baki 40% itu selamat? Dengan Isa dan Matlaon2 dalam Felda yang ada, boleh kita jamin 40% baki yang tidak dijual , akan selamat dalam tangan Felda?
Yang baki 40% yang tidak di jual di pegang oleh siapa? Oleh Felda. Bagi pihak Felda siapa pegang? Yang pegang ialah Felda Asset Holdings Corporation. (FAHC). Cikgu Isa Samad kata, kita akan beri kepentingan kepada KPF. Dalam bentuk Amanah Wawasan Felda. Entah jadi atau tidak kita belum tahu.
 
Jika KPF memindahkan kepentingan nya dalam Felda Holdings apa mereka dapat? Adakah mereka dapat kepentingan lansung dalam FGV? Tidak ada pelabur2 mahu berurusan dengan koperasi!. Koperasi organisasi komunis, mana boleh sesuai dengan penjudi kapitalis?
Cuba fikirkan. KPF akan hanya di beri kepentingan dalam orang tengah- FAHC. Apa jadah nya FAHC? Felda Asset Holdings Corporation. Dan cuba fikirkan lagi. FAHC pegang 40% dari jumlah keseluruhan saham. Pulangan nya bergantung kepada kecekapan pengurusan FGV mendapatkan untung. FAHC dapat dividen yang di tentukan oleh FGV. FAHC kemudian menentukan dividend yang akan di agihkan kepada peneroka. Bukan FGV. Cuba tanya lagi. Bolehkan FAHC jamin mereka boleh beri dividen sebanyak 15% yang sekarang di terima oleh peneroka?
 
Jangan lompat dan terkinja kinja terlalu awal. Malu kita orang Melayu, dapat duit dari Najib, terlompat lompat macam jakun.
 
Cuba lihat bagaimana saham di agihkan.
per
Jenis pembeli
Peratus(%)
Jumlah saham( Juta unit
1
Yang di pilih oleh MITI
11.5%
419.5
2
Pembeli institusi
41.1%
1495.8
1 +2
Jumlah
52.6%
1915.30
4
Orang awam
2.0%
73.0
5
Peneroka Felda
2.5%
91.2
6
Kakitangan Felda
3,0%
109.4
5+6
jumlah
5.5%
200.6
JUMLAH KESELURUHAN
60.0%
2188.9
 
Saya harap peneroka yang melompat kegembiraan ketika mendapat duit RM 15,000 sedar dan insaf, itu sebenarnya makanan enak terakhir sebelum kamu kena sembelih. Selesai pengapungan warga Felda dapat 800 unit se keluarga. Kakitangan felda dapat lebih sikit. Warga felda( peneroka dan perkerja perbadanan felda hanya di peruntukkan sebanyak 5.5% dari saham yang di apungkan. Setelah di haramjadahkan- sekarang warga felda betul2 di haramjadahkan. 60% dari saham di miliki oleh orang bukan felda. Betul atau tidak dahulu kita katakan, akhirnya, felda bakal hilang semua nya?
 
Katalah , mereka dapat premium sebanyak RM 4, maka ketika hari pengapungan, warga Felda dapat keuntungan potensi sebanyak RM 3200. Mereka jual atau simpan selama 6 bulan? Ada yang jual dan ada yang simpan sehingga 6 bulan. Bila habis 6 bulan, ketika tekanan dari cornerstone investors menjadi jadi, harga akan naik tinggi. Warga Felda akan jual untuk mendapat untung dan membayar hutang pinjaman beli saham. Bila semua warga felda jual, tidak ada lansung kepentingan warga felda dalam fgv. Ketika itu fgv akan di kuasai dan di miliki oleh orang bukan felda.
 
Entah2 Isa Samad kalau dia masih pengerusi Felda dan Dato Sabri akan gatal mahu turut jual saham 40% yang Felda pegang. Maklum sahajalah , harga saham menggunung sebab cornerstone investors bermain kasino dengan saham peneroka felda.
Boleh kah kita harapkan warga Felda akan menyimpan saham yang di beli mereka sebagai pelaburan jangka masa panjang? Sedangkan orang Melayu lain yang bukan Felda yang ada pelajaran dan pengetahuan lebih tinggi, sudah di buktikan akan menjual, maka demikian lah juga warga Felda. Bukankah orang Melayu ada rekod menjual RM 52 billion nilai saham daripada RM 54 billion yang telah di jualkan kepada mereka? Ini bukan saya yang cakap- tapi kerajaan yang cakap. Dibawah DEB, dari RM 54 billion nilai saham- pegangan Bumiputra hanya tinggal RM 2 billion.
 
Jadi kalau Najib atau MUhyidin harapkan orang Felda akan simpan saham sebagai pelaburan jangka masa panjang, mereka hanya mimpi di siang hari.
 
Di mana koperasi felda (KF)? Tempat orang felda mengadu nasib dan buat pinjaman? Bukan kah KPF memiliki 51% dari Felda Holdings? Tapi mereka di tinggalkan dari skim cepat kaya Pak Man Telo tajaan Najib dan Isa. Saya masih tidak faham, macam mana FGV boleh offer kepada pembeli awam apa yang mereka tidak miliki sepenuhya? Katalah semua lembaga pengarah KPF bersetuju, atau di paksa bersetuju atau di rasuah dan di sogok untuk bersetuju kepada penyeneraian FGV, bagaimana kepentingan 51% di pindahkan? Jika di pindah, apa dapat dan berapa nilai nya? Sekarang ketika dapat RM 15,000 dan RM 3-4 ribu sedikit bulan lagi, orang Felda buat tak kisah sebab `bergumbira’ Najib beri ang pow, tapi setelah itu apa? 
 
Masa orang Felda sesak, mintak itu dan ini tak dapat, masa itu sudah terlambat. Nasi sudah jadi bubur.
 
Sesuatu yang kita ada dalam tangan dan kita boleh kuasai, kita serahkan kepada orang lain. KPF tidak ada apa apa lagi. 40% dari saham keseluruhan, di miliki oleh perbadanan Felda- Felda asset holdings cororation( FAHC). KPF dapat dividen dari FAHC bukan FGV. Mengapa mesti ada perantaraan antara peneroka dan FGV jika benar2 peneroka di utamakan? Jawab nya, Najib dan Isa dengar cakap pelabur2- bahawa koperasi tidak boleh di percayai. Ertinya, Najib dan Isa tidak percaya kepada peneroka. Sudah tidak percaya pun, masih mahu melompat lompat bila di rasuah RM 15,000.
 
Berapa felda dapat? Bila dapat jangan lupa bayar hutang dengan EPF sebab duit EPF duit rakyat. Kalau rakyat kerdil hutang, kamu cari sampai lubang cacing. Felda hutang, kena bayar. RM 6 billion semua nya. Atau baki hutang tersebut. Selebih nya, tolong simpan, sebab sekrang kamu telah kehilangan RM 2.5- 3 billion setahun. Felda memerlukan sebanyak ini untuk menampung operasi pentadbiran dan menjaga kebajikan peneroka dalam tanah rancangan. Felda masih pegang 40% saham- adakah pegangan ini menjamin felda dapat sehingga 3 juta setahun? Dan siapa nak beri divdien 15% setiap tahun kepada ahli koperasi?
 
Hooray untuk masa depan Felda dan anak cucu warga Felda.
 
Apa pasal lah yang bodoh sangat. Walaupun Najib bergegar cakap langganan untuk pembelian saham ini, 30 kali ganda, ianya tidak mendatangkan kesan apa apa keatas harga pengapungan. Semua orang tahu, sentiment pasaran saham ialah sentiment kasino judi. Langganan itu hanya menvercerminkan ramainya orang yang tdiak kena mengena dengan industri sawit mahu menunggang diatas usaha Felda.
 
Yang membeli semua nya mahu mengambil kesempatan membuat untung yang segera. Jika seorang yang berjaya membeli 15,000 unit atau 15 lot, maka dia akan mendapat untung potensi sebanyak 60,000. Mamat yang tidak pernah menjejak kaki dalam rancangan Felda boleh untung RM 60,000 jika berjaya membeli 15 lot. Itu sudah jauh meninggalkan untung yang mamat peneroka dapat sebanyak RM 3000. Walhal kamu warga Felda yang mana jika tidak ada kamu, matlaon lain tidak boleh menikmati untung.
 
Dari contoh ini, sudah nyata di pihak yang mana Najib Razak memyebelahi.

Source: http://sakmongkol.blogspot.com/2012/06/skim-cepat-kaya-pak-man-telo-felda.html
Baca Selanjutnya...