Presiden PAS menggesa ahli-ahli mempersiapkan diri dengan kesabaran yang tinggi berdepan pertembungan paling sengit ini.
PETALAING
JAYA: Seluruh ahli PAS perlu menjadikan gerakerja dalam Pilihan Raya
Umum (PRU) ke 13 sebagai sebahagian daripada jihad dan ibadah, dengan
membetulkan niat melaksanakan tugas dengan penuh istiqamah dan iltizam,
semata-mata mencapai keredaan Allah.
Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang menggesa ahli-ahli
mempersiapkan diri dengan kesabaran yang tinggi berdepan pertembungan
paling sengit ini, dengan memperkukuhkan jentera parti daripada
peringkat pusat sehingga cawangan dan peti undi.“Elakkanlah khilaf (yang tidak perlu) dan mengutamakan semangat syuradalam membuat keputusan di setiap peringkat,” katanya dalam amanat kepada para petugas PRU13 yang dipetik dari blog rasminya.
Ujar beliau, “sekiranya PAS dan Pakatan Rakyat diberi kepercayaan memimpin Malaysia, semua rakyat akan dilayan sama adil sebagaimana tuntutan Islam, dan seperti yang dipelajari dari Sirah Rasulullah s.a.w. dan tidak akan wujud gejala membalas dendam.
“Marilah kita, ahli dan penyokong PAS, terus mempereratkan hubungan dengan Allah SWT dengan bermunajat dan bertawakkal kepada- Nya bagi memenuhi ciri-ciri golongan yang mendapat pertolongan Allah SWT.
“Saya menyeru ahli PAS mendekati para pegawai kerajaan termasuk ahli-ahli pasukan keselamatan seperti anggota tentera, polis dan RELA,” terangnya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, petugas PAS juga perlu mempertingkatkan akhlak walaupun ketika menghadapi provokasi melampau pihak lawan, agar mereka juga dapat beralih bersama-sama menyokong perjuangan.
Source: http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/06/14/gerakerja-pru13-sebagai-jihad-dan-ibadah/
No comments:
Post a Comment