Wednesday, June 13, 2012

WWW 1: Nizar mohon mengadap Sultan Johor



KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bukit Gantang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin akan memohon mengadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Ismail dan bersedia meminta maaf supaya kontroversi  isu bidaan nombor pendaftaran WWW 1 yang berlaku dapat dihentikan.

Beliau akan menghantar surat memohon mengadap Sultan Johor pada bila-bila masa sahaja.

"Surat akan dimajukan kepada istana, untuk kita kemukakan permohonan mengadap," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen.

Ketika ditanya mengapa beliau mahu memohon maaf, sedangkan beliau sendiri mempertahankan kenyataan 'tweetnya' langsung tidak menggambarkan penghinaan kepada Sultan Johor, beliau  berkata inilah sifatnya sebagai seorang rakyat.

Katanya, tidak salah untuknya memohon maaf dan itu merupakan sifat yang mulia.

Terdahulu, Nizar menyatakan pandangan sebagai seorang rakyat  di dalam 'tweet'

Beliau tidak bermaksud untuk mempertikaikan tindakan Sultan Ibrahim Ismail menawarkan bidaan tertinggi sebanyak RM520,000 sebaliknya kenyataan itu dibuat secara umum.

“Itu hanya pandangan saya sebagai rakyat biasa yang melihat senario di negara ini bahawa masih ramai yang hidup dalam kesempitan dan memerlukan perhatian,” katanya.

Source: http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/10899-www-1-nizar-mohon-mengadap-sultan-johor

No comments:

Post a Comment