Inilah keadaan di Stadium Alor Setar semalam. |
Himpunan anjuran PAS ini sangat
berjaya kerana orang ramai sudah memenuhi Stadium dari pukul 4 ptg semalam. Orang
ramai bukan sahaja telah memenuhi semua tempat duduk stadium Alor Setar itu
tetapi juga meliputi padang
stadium tersebut dan juga diluar stadium. Ramainya peserta himpunan ini
menunjukkan yang rakyat serius dalam perjuangan untuk menuju ke Putrajaya dan
sambutan itu sudah cukup untuk memberikan gambaran sebenar prestasi rakyat
keseluruhannya.
Kejayaan ini amat membanggakan
kerana mereka datang dengan sukarela dari seluruh negara tanpa dibayar tambang
atau tempat penginapan dan tidak pula diberikan kemudahan perkhidmatan ribuan
bas percuma seperti yang dilakukan oleh UMNO. Bayangkan jika UMNO menganjurkan
perhimpunan tanpa wang, topi dan T-shirt serta tempat penginapan tidak aka nada
siapa pun yang akan hadir kerana pergerakan UMNO dan ahlinya memerlukan
tolakkan dengan wang ringgit.
Jika UMNO hendak megadakan
perhimpunan sebesar ini secara ‘conservative’nya ia akan memakan belanja
sekurang-kurangnya RM15 juta. Itulah sebabnya saya dan ramai yang lain selalu
berkata UMNO (baru) tinggal sejarah sahaja setelah wujud sejak 24 tahun yang
lepas.
Kalaulah begini keadaannya saya
tidak nampak bagaimana UMNO boleh bertahan diseluruh negara dan apatah lagi
untuk kembali mengambil alih kerajaan Kedah itu. UMNO tidak berani untuk
menunjukkan kepada media keadaan himpunan sejuta belia yang baru berlalu itu.
Kementerian Belia dan Sukan telah berbelanja puluhan juta ringgit untuk membawa
artis-artis dari dalam dan luar negara untuk mendapatkan kehadiran yang
sejemput itu.
Sebaliknya ratusan ribu yang
datang ke Perhimpunan Hijau Ke Putrajaya di Alor Setar malam tadi tidak perlu
membawa artis korea
dan Jepun dengan pakaian-pakaian seksi dan mengiorkan tetapi perhimpunan itu
hanya di datangi oleh Uztaz Azhar Idrus sahaja. Uztaz Azhar Idrus tidak datang
dari Korea
atau pun Jepun dan tidak pula berpakaian seksi atau pandai menari dan berjoget.
Uztaz Azhar Idrus hanya datang dari Terengganu sahaja.
Enam puluh peratus dari ratusan
ribu yang hadir itu adalah dari gulungan muda mudi, kelompok terbesar diantara
rakyat negara ini. Himpunan ini merupakan pemaparan manifestasi sebenar rakyat
dinegara ini. Mereka mahukan perubahan. Untuk kemajuan masa depan kita perlukan
perubahan. Mereka mahu menolak kerajaan rasuah melalui peti undi dalam
pilihanraya yang akan datang. Itu sahaja.
Jika dinilai dari keadaan tekanan
terhadap kerajaan hari ini tidak salah jika kita cadangkan supaya UMNO
mengangkat bendera putih sahaja dan menyerahkan sahaja pentadbiran kerajaan kita
kepada pihak alternatif kali ini.
Kita tengok sahajalah, apa yang
UMNO perlu buat selain dari mengaku kalah sahaja. UMNO sudah tidak boleh
berbuat apa-apa lagi sebenarnya. Hanya yang tinggal pada UMNO ialah ego dan keras
kepala mereka sahaja.
Bagaimana pula reaksi Rais Yatim
kali ini berhubung dengan jumlah peserta perhimpunan ini. Agak-agak Dato Seri,
jumlah kehadiran perhimpunan hijau ini sampai tak 2000 orang? Kita hendak
bertanya kepada Dato Seri, kerana dalam ramai-ramai rakyat di-negara ini hanya
Dato Seri sahaja yang pandai mengira. Kita semua ini semuanya buta, tuli dan
bodoh-bodoh belaka.
Tetapi gambar-gambar ini dengan
sendirinya memberi tahu Rais Yatim jumlah sebenarnya kehadiran peserta
Himpunan Hijau ke Putrajaya itu.
Source: http://aspanaliasnet.blogspot.com/2012/06/himpunan-hijau-ke-putrajaya-wah-lebih.html
No comments:
Post a Comment