Maaf saya baru sampai dari Alor Star sekejap tadi dan
kini baru dapat mencatatkan peristiwa yang berlaku di Alor Star siang
dan malam tadi. Perjalanan dengan kereta berkelanjuan 130 hingga 140 km
perjam (bukan saya pandu) saya tiba kira-kira jam 6:05 pagi. Sebaik
sampai depan rumah sepasang murai yang menumpang tidur di pohon mangga,
berkicau riang seakan memberi salam dan menyambut kepulangan saya dengan
riang gembira. Rupanya mereka juga merasai kegembiraan yang masih
berkembang ke dalam seluruh diri saya yang tercipta di stadium Darul
Aman itu.
Beberapa minit selepas itu azan Subuh kedengaran dari tiga penjuru dari
surau dan masjid berdekatan kediaman saya. Murai seakan mengetahui akan
keceriaan dan kebahagian hati saya. Sampai kini ia masih berkicau kicau
mengkhabarkan apa yang bakal saya tulis dan catatan dalam posting ini.
Semuanya tentang kemeriah, kehangatan dan kejayaan
Himpunan Hijau Ke Putraja yang berlangsung seharian suntuk di Alor Star Kedah semalam.
Saya bersama tiga rakan, sdr Rushdan Mustapa, Zulaimi Kazin dan Sabree
Shaffei bertolak jam 3:40 petang kelmarin dari rumah di Wangsa Melawati
KL menuju ke Alor Star. Terima kasih kepada mereka bertiga kerana
memungkinkan saya menghadiri pertemuan penuh bermakna dan bersejarah
itu. Mulanya sudah kebenaratan untuk pergi kerana kaki di serang "Umno"
dengan tiba-tiba. Namun kerana semangat dan keinginan membuak-buak dalam
jiwa akhirnya sampai juga saya ke Alor Star setelah mengambil suntikan
di klik dengan bantuan Rushdan dan Zulami. Sepanjang perjalanan saya
banyak tidur sambil mengulik kesakitan.
Rushdan dan Zulaimi bersungguh membawa saya ke klinik bagi memastikan
saya dapat ke Alor Star. Nah, ternyata pengorbanan kawan dan kesungguhan
diri tidak mengsia-siakan. Di Alor Star, himpunan raksasa yang
dinamakan Himpunan Hijau Ke Putrajaya menjadikan saya lupa segala sakit
dan kepedihan. Deruan dan laungan takbir menghilang lenyapkan kepedihan
di kura-kura kaki. Anih saya dapat menapak dan memanjat tangga ke astaka
di dalam stadium dengan mudah dan lancar. Benarlah kata orang kalau
sudah ada semangat semua masalah dapat diatasi. Memang kita ini hidup
dengan jiwa bukannya dengan wang ringgit dan kekayaan lain. Kandati ada
punya tetapi kalau jiwa sudah kering kita tidak akan peduli kepada nasib
dan dunia di luar diri kita.
Sakit, pedih, letih dan sebagainya tidak dihiraukan lagi. Belum pernah
saya saksikan apa yang berlaku di stadium Darul Aman kira-kira 10 jam
lalu. Pemandangan itu pernah saya saksikan di stadium Sultan Muhammad Ke
IV Kota Bharu, tetapi bukan di tempat lain.
Saya rasa itulah pertama kali stadium berkenaan dipenuhi dengan lebih
100,000 manusia yang seragam, sejiwa dan sedestinasi. Mereka berpakaian
hijau, ditangan terpegang bendera besar dan kecil melaungkan takdir
Allhuakbar dan bersorak keseronokan. Mendamaikan mereka berhimpun dengan
penuh tertib terni dan harmoni.
Mereka berpadu suara dan berpadu warna menjadikan seluruh stadium
diselubungi warna hijau mendamai dan membahagiakan. Setiap orang yang
berada dalam stadium saya pasti bulu roma mereka meriding berdiri dan
lengan menjadi berbintik-bintik. Stadium yang boleh memuatkan penonton
sebanyak 45,000 itu penuh sesak. Tiada seinci ruang yang kosong. Begitu
juga di atas padang sendak yang dianggarkan 10,000 yang duduk tanpa
menghiraukan keadaan padang yang agak becak kerana pada siangnya disiram
hujan. Manakala di luar pula mereka yang tidak dapat masuk dianggarkan
40,000 sambil menyaksikan apa yang berlaku di dalam stadium menerusi
beberapa skrin besar.
Sukar untuk membayangkan seramai mana manusia sebenarnya. Yang jelasnya
himpunan yang mensasarkan 100,000 itu mencapai matlamatnya. Kesesakan
jalan raya berlaku sepanjang 10 km di beberapa batang jalan menuju ke
stadium. Melihat kepada kenderaan, ratusan buah bas yang diparking di
sepanjang jalan atau mana-mana tanah lapang menunjukkan mereka datang
dari luar Kedah. Dari jumlah 100,000 itu bolehlah diagakkan 50,000
rakyat Kedah menakala selebih dari luar dan dari seluruh negara.
Boleh disifatkan himpunan malam tadi adalah kedua terbesar selepas
himpunan Bersih 3.0 yang baru lalu. Himpunan Hijau itu sudah tentu
menjadikan tidur Najib Razak terganggu ini menyebabkan parlimen dijangka
dibubarkan dalam sehari dua ini akan tertengguh lagi dan tertangguh
lagi.....
Maaf... berikan saya untuk berihat dan akan saya sambung cacatan dan
ulasan mengenai Himpunan Hijau ke Putraja ini menjelang tengah nanti
nanti sesudah saya pulang dari satu majlis di ibu negara. Di sini saya
hidang beberapa keping gambar tanpa mengikut kronologinya teristimewa
untuk penjenguk blog Merah Tinta. Saksilah gambar dari tangan saya
sendiri. Ohnya di Fb saya ada saya masukkan klik video yang sempat saya
rakam.
|
Gambaran awal di salah satu sudut stadium, orang ramai masih kurang. |
|
Stadium sudah penuh sesak dipadang dan juga di tempat duduk. |
|
Semua ruang dan arah penuh. |
|
Ramai hingga tidak terhitung. |
|
Mahfuz Omar yang jadi pengarah himpunan tertegun. |
|
Mohamad Sabu, Azizan Razak, Abdul Hadi dan lain-lain di pentas utama. |
|
Muslimat juga tidak ketinggalan bangkit berhimpun untuk ke Putrajaya. |
|
Salahuddin Ayub dan Mohamad Sabu mungkin tidak terfikir himpunan itu dibajiri 100,000 manusia. |
|
Dr Nik Zain mengangkat bendera Pas sebagai menandakan jihadnya bersama Pas bermula. |
[wm.kl.6:45 am 02/06/12]
No comments:
Post a Comment