Keuntungan RM1 sesaham itu sangat kecil kerana peneroka terpaksa membayar yuran proses dan kos guaman menyertai FGVH.
PETALING
JAYA: PKR mendakwa urus niaga pada harga RM5.39 sebaik Felda Global
Ventures Holdings Bhd (FVGH) di Bursa Malaysia pagi ini tidak memberi
apa-apa makna kepada peneroka.“Keuntungan RM1 sesaham itu sangat kecil kerana peneroka terpaksa membayar yuran proses dan kos guaman menyertai FGVH.
“Kalau untung RM3 sesaham baru peneroka mendapat sedikit keuntungan. Dari urus niaga awal ini, yang untung besar ialah Tan Sri Isa Samad dan kroni-kroninya yang mendapat banyak saham FGVH,” kata Suhaimi Said, ketua biro Felda dan orang Asal PKR.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kemunculan urus niaga pertama pada harga RM5.39 sebaik ia disenaraikan hari ini.
Bagaimanapun, urus niaganya terus meningkat menjelang tengah hari.
Harga sawit jatuh
Suhaimi mendakwa, apa yang berlaku sekarang tetapi tidak diberi perhatian ialah harga sawit telah jatuh RM100 bagi satu tan metrik.
Manakala harga getah juga turun dari RM4 agi satu kilogram kepada lebih RM3, bermakna peneroka rugi sekitar RM3 bagi setiap kilogram.
Katanya, adalah lebih baik Felda mempertahankan harga kelapa sawit dan getah sekarang yang rata-rata peneroka mendapat RM7, 000 hingga RM8, 000 sebulan.
“Atau sekurang-kurangnya Felda berusaha untuk membayar harga mengikut perahan sebenar iaitu 27 peratus berbanding 21 peratus sekarang ini.
“Sekarang ini peneroka mengalami kerugian kira-kira RM1, 000 sebulan kerana tindakan Felda membayar 21 peratus itu.
“Bayangkan berapa kerugian yang mereka alami untuk tempoh 15 tahun,” tambah Suhaimi.
Source: http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/06/28/urus-niaga-awal-fgvh-tidak-menguntungkan-peneroka/
Salam UYE
ReplyDeleteElok juga bawa artikel ini dlm blog ini
Perlukah kita redho lagi…walaupun kena tipu berkali-kali?
http://mymassa.blogspot.com/2012/06/artikel-pembaca-perlukah-kita-redho.html
bab nak menunding dan mencari kesalahan orang lain memang PAS sejak dulu No. 1 .... tapi nak muhasabah diri dan membaiki akhlak jamaah, PAS jauh ketinggalan ...
ReplyDeleteakhlak pemimpin UMNO yg rasuah dan beribu2 skandal baik ke? Kenapa kamu menasihati PAS saja tidak UMNO yang lebih buruk malah sangat bahaya sebab ia ada kuasa!
Delete