Majlis Perundingan Pertubuhan Islam (MAPIM) akan mengetuai penyerahan Memorandum Badan Bertindak Rakyat Malaysia Selamatkan Umat Islam Rohingya di keduataan Myanmar di Kuala Lumpur pada 15 hb Jun 2012 selepas solat Jumaat . Acara akan bermula dengan perarakan dari Masjid Tabung Haji Kuala Lumpur.
Memo tersebut adalah hasil persetujuan 37 organisasi Islam di Malaysia yang menyatakan pendirian tegas mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan kejam yang telah dilakukan ke atas umat Islam Rohingya sejak 3 hb Jun 2012 yang lalu.
Laporan terakhir ialah lebih 1,500 orang Islam Rohingya telah dibunuh dengan kejam. Mereka di tembak oleh pihak keselamatan jika keluar dari rumah dan lebih 20 perkampungan Islam yang telah dibakar oleh etnik Rakhine yang mendapat sokongan dari pihak polis , tentera dan polis rusuhan.
MAPIM mengalu-alukan penyertaan semua ahli masyarakat dikalangan ahi Ngo dan Parti politik yang cintakan keamanan dan keadilan supaya turut bersama dalam penyerahan memo tersebut.
Rakyat Malaysia tidak boleh berdiam diri terhadap kekejaman yang sangat menyentuh perasaan bukan sahaja masyarakat Islam malah semua rakyat di Malaysia .
Negara Myanmar yang dimasukkan bersama Asean dan telah menunjukkan sedikit perubahan sistem tentera kepada sistem demokrasi dan pemerintahan sivil rupa-rupanya masih terus dengan dasar menindas hak minoriti terutama hak Muslim Rohingya.
Oleh itu Memo ini menegaskan pendirian rakyat Malaysia bahawa jika pemerintahan Myanmar tidak menghentikan penghapusan etnik (etnik cleansing) Rohingya dan tidak mengembalikan hak kaum minoriti Rohingya , maka kempen diperingkat serantau dan antarabangsa akan mendesak agar Myanmar dikeluarkan dari Asean dan semua hubungan diplomatik ditamatkan.
MAPIM juga akan bersama komunti Rohingya di Malaysia untuk mengadakan majlis Solat Hajat di Masjid Negara Kuala Lumpur pada 17 hb Jun 2012 selepas solat zonor . Semua masyarakat Islam dijemput untuk solat zohor di Masjid Negara pada hari itu .
Majlis Solat Hajat ini bertujuan untuk menguatkan persaudaraan antara umat Islam Malaysia dengan umat Islam pelarian Rohingya yang memerlukan bantuan ketika saudara mereka sedang berhadapan dengan kekejaman di Myanmar.
MAPIM berharap kesatuan umat Islam akan memberi kekuatan kepada usaha membebaskan etnik Muslim Rohingya dari kezaliman yang sedang dihadapi .
Penderitaan etnik Rohingya yang diiktiraf oleh PBB sebagai antara etnik yang paling tertindas di dunia amat memerlukan sokongan dan pembelaan dari seluruh umat Islam di seluruh dunia .
Oleh itu Majlis Solat Hajat yang dianjur oleh MAPIM ini diharap akan dihadhiri oleh seramai mungkin masyarakat Islam di sekitar Lembang Klang.
Mohd Azmi Abdul Hamid
Setiausaha Agong MAPIM
Liga Super Musim Depan Pasti Suram Jika Kedah FC Turun Liga Dan Sri Pahang
FC Pula Tarik Diri
-
MASA depan dua kelab Liga Super menjadi tanda tanya dengan mereka
dilaporkan tidak akan bertanding dalam saingan tersebut pada musim depan.
Dua kelab yan...
2 days ago
No comments:
Post a Comment