Bacalah wahai ayah-ayah dan ibu-ibuku di Felda.
Saya harap anak2 Felda akan beritahu emak dan ayah perkara
ini.
Jumlah saham yang di keluarkan:-
per
|
Saham2 yang di tawarkan
|
Peratus(%)
|
Jumlah saham
|
1
|
Saham sedia ada yg di tawarkan
|
33.1
|
1,208.9 juta
|
2
|
Saham baru yang di tawarkan
|
26.9
|
980.0
|
3
|
JUMLAH
|
60.0
|
2,188.90
|
Sebanyak 2.1889
billion saham akan di jual kedalam pasaran. Pembeli nya? Sebahagian besar apa
yang sebut cornerstone investors. Warga Felda ada 5.5% sahaja. Atau 200. 6 juta saham sahaja. Peneroka hanya
dapat beli 91 juta sahaja saham. Awak bukan ada duit. Najib tahu ini. Isa sama
tahu ini. kalau kita tak beri , mana kamu ada duit. Yang ambik saham dan yang
tak ambik saham- semua telah di haramjadahkan oleh Najib.
Katalah dari
penjualan ini, Felda dapat RM 10 billion. Tanya Najib dan Muhyidin dan Isa
Samad- berapa Felda dapat? 40%? Kalau 40% mereka akan dapat RM 4 billion. RM 6
billion pergi kepada menteri yang control Felda- PM Najib. Kita tahu apa Najib
akan buat dengan duit tersebut. Ke hulu dan kehilir- hulur sana dan hulur sini.
Maka jadilah BR1M- Beli Rakyat 1 Malaysia.
RM 4
billion tunai ni apa Felda akan buat? Kena bayar hutang EPF. RM 3 billion. Hutang
EPF kena bayar sebab itu wang rakyat. Maka tinggal RM 1 billion. Berapa lama
Felda boleh bertahan sedangkan Felda memerlukan RM 3 billion setahun untuk
beroperasi?
Lama kelamaan,
yang baki 40% yang tidak di jual- ada orang yang gatal mahu jual jugak. Bolehkah
yang baki 40% itu selamat? Dengan Isa dan Matlaon2 dalam Felda yang ada, boleh
kita jamin 40% baki yang tidak dijual , akan selamat dalam tangan Felda?
Yang baki
40% yang tidak di jual di pegang oleh siapa? Oleh Felda. Bagi pihak Felda siapa
pegang? Yang pegang ialah Felda Asset Holdings Corporation. (FAHC). Cikgu Isa
Samad kata, kita akan beri kepentingan kepada KPF. Dalam bentuk Amanah Wawasan
Felda. Entah jadi atau tidak kita belum tahu.
Jika KPF
memindahkan kepentingan nya dalam Felda Holdings apa mereka dapat? Adakah mereka
dapat kepentingan lansung dalam FGV? Tidak ada pelabur2 mahu berurusan dengan
koperasi!. Koperasi organisasi komunis, mana boleh sesuai dengan penjudi
kapitalis?
Cuba fikirkan.
KPF akan hanya di beri kepentingan dalam orang tengah- FAHC. Apa jadah nya
FAHC? Felda Asset Holdings Corporation. Dan cuba fikirkan lagi. FAHC pegang 40%
dari jumlah keseluruhan saham. Pulangan nya bergantung kepada kecekapan
pengurusan FGV mendapatkan untung. FAHC dapat dividen yang di tentukan oleh
FGV. FAHC kemudian menentukan dividend yang akan di agihkan kepada peneroka. Bukan
FGV. Cuba tanya lagi. Bolehkan FAHC jamin mereka boleh beri dividen sebanyak
15% yang sekarang di terima oleh peneroka?
Jangan
lompat dan terkinja kinja terlalu awal. Malu kita orang Melayu, dapat duit dari
Najib, terlompat lompat macam jakun.
Cuba lihat
bagaimana saham di agihkan.
per
|
Jenis pembeli
|
Peratus(%)
|
Jumlah saham(
Juta unit
|
1
|
Yang di pilih oleh MITI
|
11.5%
|
419.5
|
2
|
Pembeli institusi
|
41.1%
|
1495.8
|
1 +2
|
Jumlah
|
52.6%
|
1915.30
|
4
|
Orang awam
|
2.0%
|
73.0
|
5
|
Peneroka Felda
|
2.5%
|
91.2
|
6
|
Kakitangan Felda
|
3,0%
|
109.4
|
5+6
|
jumlah
|
5.5%
|
200.6
|
JUMLAH
KESELURUHAN
|
60.0%
|
2188.9
|
Saya harap
peneroka yang melompat kegembiraan ketika mendapat duit RM 15,000 sedar dan
insaf, itu sebenarnya makanan enak terakhir sebelum kamu kena sembelih. Selesai pengapungan warga Felda dapat 800 unit
se keluarga. Kakitangan felda dapat lebih sikit. Warga felda( peneroka dan
perkerja perbadanan felda hanya di peruntukkan sebanyak 5.5% dari saham yang di
apungkan. Setelah di haramjadahkan- sekarang warga felda betul2 di
haramjadahkan. 60% dari saham di miliki oleh orang bukan felda. Betul atau
tidak dahulu kita katakan, akhirnya, felda bakal hilang semua nya?
Katalah , mereka dapat premium sebanyak RM 4,
maka ketika hari pengapungan, warga Felda dapat keuntungan potensi sebanyak RM
3200. Mereka jual atau simpan selama 6 bulan? Ada yang jual dan ada yang simpan
sehingga 6 bulan. Bila habis 6 bulan, ketika tekanan dari cornerstone investors
menjadi jadi, harga akan naik tinggi. Warga Felda akan jual untuk mendapat
untung dan membayar hutang pinjaman beli saham. Bila semua warga felda jual,
tidak ada lansung kepentingan warga felda dalam fgv. Ketika itu fgv akan di
kuasai dan di miliki oleh orang bukan felda.
Entah2 Isa
Samad kalau dia masih pengerusi Felda dan Dato Sabri akan gatal mahu turut jual
saham 40% yang Felda pegang. Maklum sahajalah , harga saham menggunung sebab
cornerstone investors bermain kasino dengan saham peneroka felda.
Boleh kah
kita harapkan warga Felda akan menyimpan saham yang di beli mereka sebagai
pelaburan jangka masa panjang? Sedangkan orang Melayu lain yang bukan Felda
yang ada pelajaran dan pengetahuan lebih tinggi, sudah di buktikan akan
menjual, maka demikian lah juga warga Felda. Bukankah orang Melayu ada rekod
menjual RM 52 billion nilai saham daripada RM 54 billion yang telah di jualkan
kepada mereka? Ini bukan saya yang cakap- tapi kerajaan yang cakap. Dibawah DEB,
dari RM 54 billion nilai saham- pegangan Bumiputra hanya tinggal RM 2 billion.
Jadi kalau
Najib atau MUhyidin harapkan orang Felda akan simpan saham sebagai pelaburan
jangka masa panjang, mereka hanya mimpi di siang hari.
Di mana
koperasi felda (KF)? Tempat orang felda mengadu nasib dan buat pinjaman? Bukan kah
KPF memiliki 51% dari Felda Holdings? Tapi mereka di tinggalkan dari skim cepat
kaya Pak Man Telo tajaan Najib dan Isa. Saya masih tidak faham, macam mana FGV
boleh offer kepada pembeli awam apa yang mereka tidak miliki sepenuhya? Katalah semua lembaga pengarah KPF bersetuju,
atau di paksa bersetuju atau di rasuah dan di sogok untuk bersetuju kepada
penyeneraian FGV, bagaimana kepentingan 51% di pindahkan? Jika di pindah, apa
dapat dan berapa nilai nya? Sekarang ketika dapat RM 15,000 dan RM 3-4 ribu
sedikit bulan lagi, orang Felda buat tak kisah sebab `bergumbira’ Najib beri ang pow, tapi setelah itu apa?
Masa orang
Felda sesak, mintak itu dan ini tak dapat, masa itu sudah terlambat. Nasi sudah
jadi bubur.
Sesuatu yang
kita ada dalam tangan dan kita boleh kuasai, kita serahkan kepada orang lain.
KPF tidak ada apa apa lagi. 40% dari saham keseluruhan, di miliki oleh
perbadanan Felda- Felda asset holdings cororation( FAHC). KPF dapat dividen dari FAHC bukan FGV. Mengapa
mesti ada perantaraan antara peneroka dan FGV jika benar2 peneroka di utamakan?
Jawab nya, Najib dan Isa dengar cakap pelabur2- bahawa koperasi tidak boleh di
percayai. Ertinya, Najib dan Isa tidak percaya kepada peneroka. Sudah tidak
percaya pun, masih mahu melompat lompat bila di rasuah RM 15,000.
Berapa felda
dapat? Bila dapat jangan lupa bayar hutang dengan EPF sebab duit EPF duit
rakyat. Kalau rakyat kerdil hutang, kamu cari sampai lubang cacing. Felda
hutang, kena bayar. RM 6 billion semua nya. Atau baki hutang tersebut. Selebih nya,
tolong simpan, sebab sekrang kamu telah kehilangan RM 2.5- 3 billion setahun. Felda
memerlukan sebanyak ini untuk menampung operasi pentadbiran dan menjaga
kebajikan peneroka dalam tanah rancangan. Felda masih pegang 40% saham- adakah
pegangan ini menjamin felda dapat sehingga 3 juta setahun? Dan siapa nak beri
divdien 15% setiap tahun kepada ahli koperasi?
Hooray
untuk masa depan Felda dan anak cucu warga Felda.
Apa pasal
lah yang bodoh sangat. Walaupun Najib bergegar cakap langganan untuk pembelian
saham ini, 30 kali ganda, ianya tidak mendatangkan kesan apa apa keatas harga
pengapungan. Semua orang tahu, sentiment pasaran saham ialah sentiment kasino
judi. Langganan itu hanya menvercerminkan ramainya orang yang tdiak kena mengena
dengan industri sawit mahu menunggang diatas usaha Felda.
Yang
membeli semua nya mahu mengambil kesempatan membuat untung yang segera. Jika
seorang yang berjaya membeli 15,000 unit atau 15 lot, maka dia akan mendapat
untung potensi sebanyak 60,000. Mamat yang tidak pernah menjejak kaki dalam
rancangan Felda boleh untung RM 60,000 jika berjaya membeli 15 lot. Itu sudah
jauh meninggalkan untung yang mamat peneroka dapat sebanyak RM 3000. Walhal
kamu warga Felda yang mana jika tidak ada kamu, matlaon lain tidak boleh
menikmati untung.
Dari contoh
ini, sudah nyata di pihak yang mana Najib Razak memyebelahi.
Source: http://sakmongkol.blogspot.com/2012/06/skim-cepat-kaya-pak-man-telo-felda.html
fuhh,pening jugak nak paham ni
ReplyDelete