Kenyataan Media TERAS5 hb Jun 2012
SIAPA AJAR MENTERI BELANJA WANG RAKYAT UNTUK BIDA NOMBOR PENDAFTARAAN KERETA
Teras Pengupayaan Melayu (Teras) kesal dengan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai yang mempertahankan bidaan RM24,200 yang dibuatnya untuk nombor pendaftaran WWW15 baru-baru ini.
Apakah rasional Menteri berbelanja untuk hanya nombor pendaftaraan kereta rasmi yang boleh menyara rumah kos rendah buat sebuah keluarga miskin atau menaja seorang pelajar miskin untuk masuk universti.
Sikap dan mentaliti Menteri beginilah yang membuatkan rakyat sedang mual dengan kepimpinan Negara yang ada sekarang. Hanya kerana mereka terus berkuasa , apa saja tindakan dianggap punya rasional belaka.
Baru sahaja rakyat mempersoalkan kerajaan mengesahkan mengeluar perbelanjaan besar untuk perhimpunan jutaan belia di Putrajaya . Walaupun sebahgiannya adalah ditaja oleh swasta namun imej kerajaan sangat dipersoalkan.
Membayar RM 2.4 juta untuk penari separuh bogel dari Korea dianggap tidak bermasalah sedangkan ada rakyat yang bercekang mata untuk mencari nafkah dalam keadaan kos hidup yang terus meningkat.
Nampaknya kerajaan yang ada sekarang lebih cepat membawa Negara ke ambang muflis . Pimpinan Negara seolah memejam mata dan memekak telinga dengan apa yang sedang berlaku di Eropah. Di kala ekonomi Greece dan kini Portugal dan ia sedang merebak keseluruh Zon Eropah , berada di ambang keruntuhan ekonomi yang serius dan rakyat bangkit mengguna hak demokrasi di jalan raya , pemimpin Malaysia terus berbelajan besar dengan hal-hal yang samasekali tidak produktif malah membazir.
Pemimpin kerajaan Malaysia kini maseh terus mengamalkan polisi rendah akal dan tidak menunjukkan tahap kematangan mengurus sumber Negara dengan beramanah.
Kami berpendapat Menteri berkenaan sudah jauh ketinggalan zaman dalam berfikir seolah rakyat tidak akan mempersoalkan tindakannya. Beliau mengambil sikap simplistik bahawa kuasa boleh melakukan apa sahaja tanpa diteliti oleh rakyat.
Katanya, tindakan itu diambil kerana nombor baru itu untuk kereta rasmi baru yang sudah melepasi jangka hayat. Adakah alasan ini masih boleh diterima oleh rakyat?
Kami ingin bertanya , apakah tidak ada peraturan dan garis panduan berbelanja dari Perbendaharaan Negara dalam hal-hal seperti ini. Adakah ada dalam peraturan , sesebuah agensi atau Menteri boleh mengeluarkan perbelajaan untuk hal seperti membida nombor pendaftaraan kereta rasmi?
Menurut laporan media berbahasa Cina, Liow menjelaskan bahawa bidaan itu dijalankan oleh pegawainya. Soalnya kuasa pembidaan itu diperkenankan oleh Menteri dan dizinkan walaupun menelan belaja yang besar.
Teras amat kesal kerana nampaknya Menteri Malaysia berfikir bahawa dengan nombor pendaftaran unik seperti WWW 15 dianggap melambangkan kehebatan. Inikah mentali Menteri yang ada?
Kami sama sekali tidak dapat menerima mana-mana perbelanjaan wang awam untuk perkara-perkara yang tidak ada kena- mengena dengan kebajikan rakyat. Malah kami mengutuk dan membantah budaya membazir dan menyalahguna wang rakyat untuk hal yang remeh dan dan tidak perlu.
Kami mendesak agar pembidaan itu dibatalkan dan wang itu diserah kembali kepada Perbendaharan Negara.
Mohd Azmi Abdul Hamid
Liga Super Musim Depan Pasti Suram Jika Kedah FC Turun Liga Dan Sri Pahang
FC Pula Tarik Diri
-
MASA depan dua kelab Liga Super menjadi tanda tanya dengan mereka
dilaporkan tidak akan bertanding dalam saingan tersebut pada musim depan.
Dua kelab yan...
2 days ago
pemimpin bn semua macam ni,salah guna kuasa dan rasuah.apakah undang2 sedia ada tidak boleh mendakwa pesalah ini.Siapa yang suka langgar undang2 BN ke PR....
ReplyDelete