Surat Sore Untuk Mat Isa Samad
Berundurlah Secara Terhormat
Ke hadapan Mat Isa Samad yang dihormati.... surat senja saya ini ringkas sahaja untuk menyatakan sesuatu kepada saudara demi parti saudara dan juga perdana menteri saudara yang juga perdana menteri kita semua Ha Najib Razak. Ekoran keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini yang membekukan sementara perlantikan saudara sebagai pengerusi Koperasi Permodalan Felda (KPF) dan keahliannya dalam koperasi tersebut swajarlah audara berfikir mengenai kedudukan saudara sebagai Pengerusi Felda.
Bagi pandangan saya saudara hendaklah berhenti serta menyerta daripada menjadi pengerusi Felda. Saudara harus faham keputusan mahkamah itu walaupun bersifat sementara tetapi ia memberi kesan moral yang tinggi terhadap saudara. Ia mempunyai simbolik tersirat bahawa kedudukan saudara sebagai tidak sah.
Makanya tindakan mahkamah itu sudah cukup untuk saudara menilai
kedudukan saudara disitu telah menimbulkan masalah dan musibah. Saudara
tidak dapat lagi mempertahankan kedudukan saudara itu dengan apa juga
alasan termasuk perlantikan saudara itu atas kehendak dan bidang kuasa
perdana menteri.
Saya tetap percaya dan yakin kalau Ha Najib dapat menduga awal perlantikan saudara memegang teraju lembaga tanah itu menimbul masalah besar beliau akan berfikir tujuh kali untuk berbuat demikian. Pasti juga Najib akan memberi jawatan atau kedudukan lain kepada saudara sebagai 'suaka' politik dirinya. Fahamkan maksud tentang ayat ini?
Berani saya mengatakan Najib tidak terfikir akan implikasi dengan perlantikan saudara itu. Sekali fikir untuk tidak menjadikan Felda huruhara dengan perlantikan saudara itu, beliau merelakan saudara untuk mendedahkan hal-hal peribadinya yang berada dalam pengetahuan saudara termasuk apa dinamakan skandal Najib dengan seorang artis.
Tetapi sayang Najib tidak mempunyai pembacaan yang tinggi terhadap kemampuan saudara dan tidak sangka yang pegawai tinggi Felda dan peneroka akan bertindak ke atas saudara. Mungkin Najib juga tidak terfikir para peneroka berani untuk bertindak kerana mereka sudah diberi makanan dan minuman yang cukup. Sebaliknya apa yang Najib harap itu terjadi sebaliknya.
Saudara hendaklah faham juga masalah yang timbul bukan menjejaskan wibawa saudara sebagai orang politik dan juga pengerusi Felda semata-mata tetapi ia turut sama mengheret parti saudara, Umno dan juga perdana menteri Ha Najib Razak. Tidak boleh disembunyikan lagi sejak saudara berada di dalam Felda ia menjejaskan banyak institusi berkenaan, memberi kesan buruk kepada Najib dan seluruh warga peneroka jadi bengong dan ada yang bergaduh sesama sendiri.
Kalau ada orang mengatakan Felda hari ini sudah hilang seri dan kedamaiannya ia bukan saja kerana pembangkang tetapi pangkalnya kerana saudara.
Apakah saudara tidak faham kekecohan atau pun gelora yang berlaku dalam Felda ke belakangan ini ia berpunca daripada saudara? Banyak tentangan dan bantahan dengan kehadiran saudara dalam warga Felda. Ibu pejabat Felda menjadi kelam kabut disebabkan saudara dan tindakan saudara. Felda yang sebelum ini tidak bergolak kini bergelumbang teruk gara-gara saudara. Melihat pergolakan dan keriuhan dalam Felda ia sekaan-akan boleh meruntuhkan menara baru dan menara lama Felda itu.
Mungkin saudara boleh mengatakan saudara layak menjadi Pengerusi Felda kerana saudara ada pengalaman sebagai Menteri Besar dan juga pernah menteri kabinet. Mungkin benar. Tetapi apakah maknanya kalau kehadiran saudara itu terus diperkatakan. Satu persepsi buruk yang meyelimuti diri saudara yang tidak mudah dilupakan warga Felda dan seluruh ahli parti saudara ialah mengenai hukuman yang pernah dijatuhkan ke atas diri saudara yang melakukan rasuah dalam pemilihan pucuk pimpinan parti saudara.
Hukuman itu sangat buruk untuk politik saudara dan reputasi siasah sudah juga terjejas. Pemaafan yang parti saudara berikan kepada saudara tidak akan menghilang rasa prejudis dan buruk terhadap saudara.
Di sini apa yang dapat difahami oleh saya apabila keahlian saudara dalam KFP dibekukan dan begitu juga kedudukan sebagai pengerusi dibekukan, bermakna kedudukan saudara mendatang masalah? Bahawa bukti dan tuduhan mengatakan kehadiran saudara di Felda itu haram ada kebenarannya. Iya jika saudara bertanggungjawab dan kesiankan Najib berundurlah dengan terhormat. Bersikaplah sebagai seorang pemimpin yang bertanggungjawab dan mempunyai nilai kepimpinan yang tinggi.
Saya ingin memberi pandangan jangan saudara mengusutkan lagi keadaan dalam Felda yang kini sudah merebak ke luar di mana berpotensi untuk menyusahkan Ha Najib dalam pilihan raya umum akan datang. Walaupun busuk dalam Felda tidak boleh dinyahkan meskipun saudara telah meninggalkan institusi itu, tetapi sekurang-kurangnya kehanyiran Felda berkurangan sedikit bila sudara sudah meninggalkannya.
Saudara harus tanya kepada diri sendiri apakah saudara terus untuk membela diri sendiri atau pun membiarkan diri Felda terus 'berkucah' dan akhirnya akan menenggelamkan parti saudara dalam pilihan raya umum nanti. Renunglah sebagai mungkin surat senja saya ini kalau-kalau ada kebaikan dan manfaat di hujung titiknya. [wm.kl.6:52 pm 19/06/12]
Source: http://msomelayu.blogspot.com/2012/06/susupan-petang_19.html
No comments:
Post a Comment