Saturday, September 8, 2012

Waris pencipta Jalur Gemilang tuntut royalti


Waris pencipta Jalur Gemilang tuntut royalti
Abu Bakar bersama Jalur Gemilang dan buku mengisahkan abangnya pencipta bendera itu.
JOHOR BAHRU -  "Bila lihat bendera (Jalur Gemilang) berkibar, hatiku sakit... tidak mengapa satu hari nanti orang akan tahu siapa penciptanya," demikian luahan pencipta Jalur Gemilang, Allahyarham Mohamed Hamzah semasa hayatnya kepada adiknya, Abu Bakar.

Bait kekesalan itu jelas terpancar di wajah adik bongsu daripada 10 beradik keluarga Allahyarham Mohamed, yang juga adalah waris apabila mengenangkan nasib pencipta bendera Malaysia.

Abu Bakar, 77, berkata, biarpun abangnya yang juga bekas jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor disahkan sebagai pencipta Jalur Gemilang pada 17 Julai 2005, namun tiada pengiktirafan dan anugerah dikurnia, apatah lagi royalti.

"Bukan harta kekayaan yang kami inginkan, apatah lagi gelaran untuk disanjung, cukup sekadar abang diiktiraf atas jasa dan sumbangannya.

"Jalur Gemilang diarak sekeliling dunia, dibawa ke angkasa, malah dikibar di Olimpik, mereka  mengharumkan nama disanjung dan diberi pengiktirafan, namun jasa abang?

"Saya serik dan sedih dengan janji dan liputan diberikan untuk abang, kini saya tidak mahu berlembut lagi," katanya yang ditemui di rumahnya di Taman Sri Pandan, semalam.

Abu Bakar menuntut royalti RM1 juta setahun daripada kerajaan bermula Jalur Gemilang dikibar di Dataran Merdeka pada 31 Ogos 1957.

"Niat saya hanya satu, duit ini akan saya guna untuk ketenangan abang dengan bina masjid di 14 negeri yang diterjemah menerusi 14 bucu bintang pada Jalur Gemilang yang dinama atas nama abang, atau Jalur Gemilang atau nama lebih bersesuaian," katanya.

Katanya, keluarganya selain anak perempuan tunggal Allahyarham yang tinggal di Kuala Lumpur, bukan golongan berkemampuan malah kos baik pulih pusara abangnya juga tidak dapat dilunaskan.

Source: http://www.sinarharian.com.my/nasional/waris-pencipta-jalur-gemilang-tuntut-royalti-1.82648

1 comments:

  1. usahlah ambil political mileage tentang perkara ini .bla kena bab tabung memali agihan tak sampai kesemuanya pada balu dan waris kenapa tak nak highlight bagi pembelaan sewajarnya pada mangsa dan mengakui kaedah kutipan tabung jihad dan derma sekarang ni boleh menyebabkan orang yg diberi amanah kelabu mata

    http://penangwasabi.blogspot.com/2010/12/terhangat-dipasaran-mohamad-sabu-air.html

    ReplyDelete