Wednesday, September 12, 2012

Bakal Pengarah Besar Felda korup?


Presiden Anak Mazlan Aliman berkata, Faizoull yang kini menjadi Pemangku Pengarah Besar Felda mempunyai rekod buruk selepas wujudnya laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap beliau.
KUALA LUMPUR:  Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) mendakwa Timbalan Pengarah Besar Felda Faizoull Ahmad tidak layak memegang jawatan Pengarah Besar menggantikan Datuk Dzulkifli Abdul Wahab kerana terpalit dengan skandal penyelewengan.

Presiden Anak Mazlan Aliman berkata, Faizoull yang kini menjadi Pemangku Pengarah Besar Felda mempunyai rekod buruk selepas wujudnya laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap beliau.

Mazlan mendakwa, laporan SPRM itu dibuat sendiri oleh kakitangan dalaman Felda pada 27 Julai lalu kerana tidak berpuas hati dengan cara pentadbiran Faizoull.
“Aduan SPRM itu juga disalinkan kepada Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang dan Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa,” katanya dalam sidang media di Pejabat Agung PAS di sini hari ini.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan kandungan salinan laporan SPRM yang dimilikinya dan akan membuat laporan polis dalam masa terdekat.

Mazlan berkata, laporan polis juga akan dibuat terhadap tujuh salah guna kuasa yang pernah dilakukan Faizoull semasa berkhidmat sebagai

Timbalan Pengarah Besar dan mengetuai Bahagian Pembangunan Komuniti Felda.

Satu konspirasi
Faizoull dilantik menjadi pemangku selepas mendapat persetujuan Mesyuarat Lembaga Khas Felda bermula 1 September lalu dan dijangka
akan memulakan khidmat sebagai Pengarah Besar secara rasminya pada 1 Oktober depan.

Sehubungan itu, Mazlan berkata pihaknya akan memohon kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya menolak cadangan Lembaga Khas Felda itu kerana yakin ia satu konspirasi bagi meluaskan pengaruh Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad.
“Kalau kes dah dibawa ke SPRM, bagaimana begitu mudah beliau dilantik sebagai sebagai Pengarah Besar,” soalnya.

Mazlan sebelum ini mendakwa, Faizoull tidak layak duduk di kerusi Pengarah kerana masih junior berbanding dua lagi Timbalan Pengarah Felda lain, tambahan beliau hanyalah pegawai Gred 54.

Manakala Dzulkifli kini ‘dipinjamkan’ ke Kementerian Pertanian, Industri dan Asas Tani dan berkhidmat sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas di Rom, Itali.

Source: http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/09/10/bakal-pengarah-besar-felda-korup/

2 comments:

  1. apa kata lantik mazlan aliman sendiri menjadi Pengarah Besar Felda . semua dia pandai ..kalau pas menang jangan dilupa cadangan ini kalaupun tak dapat dilaksanakan ketika umno memerintah

    ReplyDelete
  2. atau pun lantik Dr ni yg mengusung """"

    http://panggungopera.blogspot.com/2012/09/alahaii-mujahid.html

    ReplyDelete