Berikut adalah gambar gambar yang sempat aku rakam dalam Demo Membantah Video Menghina Rasullullah dan penyampaian memo oleh Dewan Pemuda Pas Malaysia kepada Kedutaan Amerika Syarikat yang berlangsung selepas solat Jumaat dari Masjid Tabung Haji.
Melihat demo yang berlangsung dengan bersemangat dan berdisiplin ini (setakat aku berada disana tadi)aku agak terkilan bila Pemuda Umno Malaysia yang dipimpin Khairy Jamaluddin memilih untuk mengadakan demo yang berasingan di Masjid Kg Bharu yang mana aku difahamkan kehadhiran nya sekitar 1 ribu orang.Alangkah baiknya kalau Pemuda Umno Malaysia dapat bersatu dengan Dewan Pemuda Pas Malaysia dalam bantahan yang diadakan hari ini demi Islam.Alasan untuk mengelakan kejadian yang tak di ingini berlaku tidak boleh digunapakai dalam hal ini sebab kita bercakap pasal Islam dan bukan nya politik.
Apapun untuk gambar gambar Bantahan Pemuda Umno di Masjid Kg Bharu anda boleh layari blog Amrayy Lensa Assault dari APA Media Team yang bertugas disana.
SEKIAN TERIMA KASIH
Source: http://aku-tak-peduli.blogspot.com/2012/09/demo-bantahan-dewan-pemuda-pas-malaysia.html
Salam
ReplyDeleteJgn terlalu bangga bila berdemo benci dgn Amerika disebabkan salahlaku seorang rakyatnya. lihat nasib rakyat amerika beragama islam kesan dari demo tersebut. baca artikel ini sebagai renungan.
http://mahaguru58.blogspot.com/2012/09/before-you-burn-that-american-flag.html