Monday, September 3, 2012

Himpunan Hijau Raub protes lombong emas Bukit Koman 020912


Himpunan Hijau Raub protes lombong emas Bukit Koman
Ribuan peserta membanjiri Padang Kompleks Majlis Daerah Raub (Padang Milo) bagi menjayakan Himpunan Hijau Raub
Himpunan Hijau Raub protes lombong emas Bukit Koman
Kehadiran Wan Azizah (dua, kanan) mendapat tepukan gemuruh para hadirin.
Himpunan Hijau Raub langgar dua syarat
Kehadiran peserta yang menjayakan Himpunan Hijau Raub dalam keadaan aman dan tenteram.
3,000 sertai Himpunan Hijau Raub
Sebahagian daripada peserta Himpunan Hijau Raub.
RAUB - Himpunan Hijau Raub membantah aktiviti perlombongan emas di Bukit Koman berlangsung di Padang Kompleks Majlis Daerah Raub di sini, petang ini seperti yang dirancang.

Sumber polis berkata sekitar 3,000 orang menyertai perhimpunan hari ini manakala pihak penganjur pula memberitahu jumlahnya mencecah 20,000 orang.

Perhimpunan bermula jam 2 petang tadi dengan kehadiran beberapa pemimpin pertubuhan bukan kerajaan, yang menjadi tulang belakang himpunan dan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.

Minggu lalu, polis membenarkan Himpunan Hijau Raub dengan mengenakan 16 syarat untuk dipatuhi oleh penganjur.

Himpunan dijadual berlangsung selama dua jam itu, antara lain membantah penggunaan bahan kimia berbahaya oleh kilang perlombongan emas di Bukit Koman.

Dalam pada itu, semua peserta himpunan mula berarak ke kawasan perlombongan Bukit Koman kira-kira jam 4 petang selepas menunggu wakil pelombong selama setengah jam.

Jarak padang perhimpunan ke kawasan perlombongan lebih kurang dua kilometer.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Wan Mohd Samsudin Wan Osman mengucapkan terima kasih kepada penganjur kerana memberikan kerjasama dalam memastikan keamanan dan ketenteraman sentiasa terjamin terutama sepanjang program berlangsung.

Katanya, penganjur menunjukkan komitmen yang baik dengan mematuhi peraturan terutama melancarkan aliran trafik di laluan berhampiran lokasi program.

“Secara keseluruhannya polis dan penganjur dapat mencapai matlamat masing-masing iaitu mereka (penganjur) dapat berhimpun dalam suasana aman dan menyuarakan objektif perhimpunan mereka manakala polis dapat mengawal keselamatan serta keamanan kawasan setempat.

“Kita anggarkan peserta  antara 3,000 hingga 4,000 dan jumlah ini berbeza berdasarkan waktu kehadiran yang berbeza,” katanya.

Beliau berkata, semangat kerjasama dan perhimpunan yang ditunjukkan penganjur pada kali ini wajar dikekalkan pada masa akan datang.

Dalam perkembangan lain, Wan Mohd Samsudin memaklumkan polis Raub menerima satu laporan berkaitan tindakan provokasi terhadap penganjuran Himpunan Hijau Raub.

Katanya, laporan daripada pihak penganjur memaklumkan terdapat beberapa sepanduk berkaitan himpunan itu yang dirosakkan individu tidak dikenali.

“Kita siasat perkara ini di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan,” katanya.

Seramai lapan wakil daripada Majlis Peguam hadir sebagai pemerhati semasa Himpunan Hijau Raub yang diadakan selama dua jam.

Pengerusi Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Majlis Peguam, Andrew Khoo berkata, kehadiran mereka berdasarkan jemputan penganjur dan bertindak sebagai pemerhati semata-mata.

Menurutnya, sebelum ini sudah banyak program dihadiri mereka yang hanya mengambil gambar serta menyediakan laporan.

“Kita tidak akan masuk campur sekiranya ada berlaku sebarang insiden di setiap aktiviti seumpama ini.

“Kita hanya akan mengambil gambar dan menyediakan laporan sewajarnya untuk tindakan seterusnya,” katanya.

Source: http://www.sinarharian.com.my/nasional/himpunan-hijau-raub-protes-lombong-emas-bukit-koman-1.81145

No comments:

Post a Comment