HUKUM TAHALUF SIYASI DALAM KONTEKS GERAKAN
ISLAM MASAKINI
Disediakan oleh:
Ahmad Fadhli bin Shaari
Pensyarah KIAS
ISLAM MASAKINI
Disediakan oleh:
Ahmad Fadhli bin Shaari
Pensyarah KIAS
Pendahuluan
Istilah
tahaluf siyasi menjadi satu istilah yang semakin dikenali khususnya di
kalangan pendokong gerakan Islam. Dengan kejatuhan khilafah Uthmaniyyah
di Turki pada tahun 1924, gerakan Islam yang pertama ditubuhkan ialah
Ikhwan al-Muslimin di bawah pimpinan Hassan al-Banna pada tahun 1928.
Penubuhan gerakan ini di Mesir membayangkan hasrat untuk menegakkan
Haikimiyyah Allah SWT. Idealisme ini berkembang ke seluruh dunia dengan
penubuhan gerakan-gerakan Islam di hampir setiap negara di dunia.
Matlamat dan konsep perjuangan mereka hampir sama antara satu lain iaitu
ke arah menegakkan sebuah negara Islam dan lebih jauh dari itu
menghidupkan semula sistem khilafah yang telah berkubur.
Dalam keadaan hari
ini, amatlah disedari oleh gerakan-gerakan Islam bahawa mereka tidak
mampu untuk berdiri sendiri dalam memperjuangkan aspirasi masing-masing.
Di dalam sesebuah negara bangsa yang dibina pada zaman moden ini, tidak
semua rakyat memahami inti kandungan Islam dan kebaikan-kebaikannya.
Lantas, berlakulah keperluan untuk bekerjsama dengan gerakan lain samada
di dalam menyertai politik pilihanraya atau sebagai pendokong di dalam
pembentukan kerajaan. Perosalannya, adakah ia merupakan satu keharusan?
Dalam erti kata lain, haruskah bagi sesebuah gerakan Islam untuk
menjalinkan kerjasama dengan gerakan lain yang tidak mempunyai hasrat
yang sama dengannya dalam membentuk kerajaan?
Pengertian Tahaluf Siyasi
Tahaluf
Siyasi membawa makna kerjasama harakah Islam dengan mana-mana pergerakan
lain yang tidak bermatlamatkan Islam di dalam perjuangannya. Kerjasama
ini boleh terjadi di dalam apa jua bidang yang dipersetujui bersama
untuk sama-sama menghadapi musuh yang sama. Tahaluf Siyasi juga
kemungkinan boleh berlaku dengan gerakan yang pernah atau berpotensi
untuk menentang ideologi harakah Islam. Dalam suasana hari ini, tahaluf
siyasi yang dimaksudkan juga termasuk kerjasama dengan golongan bukan
Islam untuk menghadapi musuh yang sama.
Hukum Tahaluf Siyasi
Para ulama haraki khususnya berbeza pandangan mengenai hukum
melakukan kerjasama dengan gerakan yang tidak bermatlamatkan perjuangan
Islam. Sebahagian daripada mereka dengan tegas menolak langsung
sebarang usaha melakukan kerjasama ini serta menghukumkan bahawa
kerjasama ini sebagai haram. Di antara mereka ialah Sheikh Muhammad Qutb
dan al-Syeikh al-Imam Abu Nasr Muhammad bin Abdullah . Manakala di
antara ulama yang mengharuskan tahaluf siyasi ialah Dr Yusuf
al-Qaradhawi , Dr Mustoffa al-Tohhan , al-Syeikh Muhammad Ahmad
al-Rasyid , Doktor Solah al-Showi dan Doktor Munir Ghahdban .
Dalil-dalil yang dipegang oleh ulama yang mengharamkan tahaluf siyasi ialah seperti berikut :
1. Firman Allah SWT :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى أَوْلِيَاءَ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ مِنْكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ (51) فَتَرَى الَّذِينَ فِي قُلُوبِهِمْ مَرَضٌ يُسَارِعُونَ فِيهِمْ يَقُولُونَ نَخْشَى أَنْ تُصِيبَنَا دَائِرَةٌ فَعَسَى اللَّهُ أَنْ يَأْتِيَ بِالْفَتْحِ أَوْ أَمْرٍ مِنْ عِنْدِهِ فَيُصْبِحُوا عَلَى مَا أَسَرُّوا فِي أَنْفُسِهِمْ نَادِمِينَ (52)
Yang bermaksud : Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin(mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. barangsiapa diantara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, Maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim. Maka kamu akan melihat orang-orang yang ada penyakit dalam hatinya (orang-orang munafik) bersegera mendekati mereka (Yahudi dan Nasrani), seraya berkata: "Kami takut akan mendapat bencana". Mudah-mudahan Allah akan mendatangkan kemenangan (kepada Rasul-Nya), atau sesuatu keputusan dari sisi-Nya. Maka kerana itu, mereka menjadi menyesal terhadap apa yang mereka rahasiakan dalam diri mereka.
1. Firman Allah SWT :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى أَوْلِيَاءَ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ مِنْكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ (51) فَتَرَى الَّذِينَ فِي قُلُوبِهِمْ مَرَضٌ يُسَارِعُونَ فِيهِمْ يَقُولُونَ نَخْشَى أَنْ تُصِيبَنَا دَائِرَةٌ فَعَسَى اللَّهُ أَنْ يَأْتِيَ بِالْفَتْحِ أَوْ أَمْرٍ مِنْ عِنْدِهِ فَيُصْبِحُوا عَلَى مَا أَسَرُّوا فِي أَنْفُسِهِمْ نَادِمِينَ (52)
Yang bermaksud : Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin(mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. barangsiapa diantara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, Maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim. Maka kamu akan melihat orang-orang yang ada penyakit dalam hatinya (orang-orang munafik) bersegera mendekati mereka (Yahudi dan Nasrani), seraya berkata: "Kami takut akan mendapat bencana". Mudah-mudahan Allah akan mendatangkan kemenangan (kepada Rasul-Nya), atau sesuatu keputusan dari sisi-Nya. Maka kerana itu, mereka menjadi menyesal terhadap apa yang mereka rahasiakan dalam diri mereka.
Hujah
: Kerjasama gerakan Islam dengan orang-orang kafir di atas dasar
politik akan menjauhkan lagi orang-orang Islam daripada mereka. Ini
kerana, Islam mengharamkan sebarang jenis wala’ kepada kepada ahli kitab
yang mempunyai akidah yang hampir sama dengan Islam, apatah lagi wala’
kepada orang-orang kafir yang akidah mereka langsung tidak mempunyai
persamaan dengan akidah Islam.
2. Firman Allah SWT :
فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَا أَكْبَرُ مِنْ نَفْعِهِمَا
Yang bermaksud : Pada keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya
فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَا أَكْبَرُ مِنْ نَفْعِهِمَا
Yang bermaksud : Pada keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya
Hujah
: Ayat di atas berkenaan dengan pengharaman arak dan judi. Namun jika
dilihat dari sudut tahaluf siyasi, kerjasama dengan musuh mungkin
mendatang manfaat dari beberapa sudut, bagaimanapun dari sudut yang
lebih jauh iaitu ke arah menegakkan hakimiah Allah SWT, ia tidak akan
dapat dicapai. Lantas, kerjasama akan menyebabkan terbantutnya usaha
gerakan Islam untuk menegakkan daulah Islamiah. Oleh yang demikian,
kerjasama ini adalah haram kerana lebih banyak mendatangkan mudharat
daripada manfaat.
3. Pertimbangan
logik bahawa gerakan yang tidak berhasrat untuk menegakkan Islam ini
pastinya hanyalah menjadikan gerakan Islam sebagai jambatan untuk mereka
mendapatkan kuasa. Mereka sekali-kali tidak membiarkan gerakan Islam
ini berkembang sehingga mengatasi diri mereka. Dan ini sekali lagi akan
menghalang kepada tertegaknya daulah Islamiah seperti yang diperjuangan
oleh Harakah Islamiah.
Manakala bagi
golongan ulama haraki yang mengatakan tahaluf siyasi sebagai sesuatu
yang diharuskan, mereka berpegang dengan hujah-hujah berikut :
1.
Half al-Fudhul : Ia merupakan satu peristiwa yang berlaku pada zaman
jahiliyyah iaitu perjanjian di antara beberapa qabilah untuk menolong
golongan yang dizalimi. Perjanjian ini telah disaksikan oleh Nabi
Muhammad SAW. Inilah yang dimaksudkan oleh hadis baginda yang menyatakan
:
وَأَيُّمَا حِلْفٍ كَانَ فِي الْجَاهِلِيَّةِ لَمْ يَزِدْهُ الْإِسْلَامُ إِلَّا شِدَّةً
Yang bermaksud : Mana-mana perjanjian yang dilaksakanan ketika jahiiyyah tidak akan ditambahkan (diubah) oleh Islam melainkan semakin patut dilaksanakan - membawa makna mana-mana perjanjian di zaman jahiliyyah yang bermaksud kerjasama dan silaturrahim tidak akan berubah ketika Islam melainkan ia lebih patut untuk dilaksanakan. Ini kerana Islam tidak akan mengharamkan sesuatu perkara yang baik.
وَأَيُّمَا حِلْفٍ كَانَ فِي الْجَاهِلِيَّةِ لَمْ يَزِدْهُ الْإِسْلَامُ إِلَّا شِدَّةً
Yang bermaksud : Mana-mana perjanjian yang dilaksakanan ketika jahiiyyah tidak akan ditambahkan (diubah) oleh Islam melainkan semakin patut dilaksanakan - membawa makna mana-mana perjanjian di zaman jahiliyyah yang bermaksud kerjasama dan silaturrahim tidak akan berubah ketika Islam melainkan ia lebih patut untuk dilaksanakan. Ini kerana Islam tidak akan mengharamkan sesuatu perkara yang baik.
Hujah : Sekalipun
Nabi SAW menyaksikan perjanjian ini ketika jahiliyyah, tetapi kerana
Nabi telah memujinya semasa Islam, ia dianggap sebagai perkara yang
baik. Ini menunjukkan bahawa sekalipun yang berada dalam ikatan
perjanjian itu orang-orang yang berakidah salah, ia tetap dianggap
perjanjian yang baik selagi mana tujuannya adalah baik.
2. Perjanjian
Rasulullah SAW dengan bapa saudaranya Abu Talib untuk menjaganya serta
memeliharanya dari ancaman kaum Quraisy. Tahaluf di antara mereka berdua
berlaku dalam beberapa peringkat :
2.1
Ketika Abu Talib melihat bagaimana Nabi Muhammad SAW bertegas untuk
melaksanakan dakwah sekalipun terpaksa mati untuk Islam, Abu Talib
lantas menyatakan : “Teruskan wahai anak saudaraku, katakanlah apa yang
kamu hendaki. Demi Allah, aku tidak akan serahkan kamu kepada sesiapa
selama-lamanya” Kata-kata ini dibuktikan beberapa kali oleh Abu Talib di
mana pernah beliau mengetahui tentang sekumpulan kaum Quraisy yang
merancang untuk membunuh Nabi Muhammad SAW, lalu dikumpulkan bani Abdul
Mutalib dan Bani Hasyim untuk melindungi baginda SAW. Mereka semua
berkumpul termasuklah yang masih kafir untuk melindungi Nabi Muhammad
SAW.
2.2
Peringkat berikutnya ialah ketika kaum Quraisy melancarkan pemulauan
kepada Bani Hashim dan Bani Abdul Mutalib sebagai tindak balas kerana
mereka melindungi Rasulullah SAW. Lalu ditulis surat penguatkuasaan di
mana tidak dibenarkan sesiapa pun menikahi atau dinikahi oleh kedua-dua
kabilah ini. Juga tidak dibenarkan berlakunya urusan jual beli dengan
kedua-duanya. Surat ini ditampalkan di dinding kaabah.
Hujah
: Di dalam peristiwa-peristiwa ini, dapatlah dibuat kesimpulan bahawa
menjadi satu keharusan jamaah Islam untuk mendapat perlindungan daripada
orang yang bukan Islam demi mencapai matlamat perjuangannya. Namun ia
tidaklah sampai kepada peringkat tunduk dan patuh sehingga menggadaikan
perjuangannya.
3. Perjanjian
Rasulullah SAW dengan Mut’im bin ‘Adi. Ia berlaku selepas kewafatan Abu
Talib dan sekembalinya baginda SAW dari menyebarkan dakwah Thaif.
Rasulullah SAW telah memasuki kota Mekkah dengan perlindungan seorang
musyrik yang bernama Mut’im bin ‘Adi. Rasulullah SAW menghargai
pertolongan Mut’im sehingga baginda pernah bersabda apabila memenangi
perang Badar, “Sekiranya Mut’im bin Adi masih hidup lalu memintaku
membebaskan tawanan ini, aku akan lakukan untuknya..”
Hujah
: Mut’im di dalam peristiwa ini sekalipun tidaklah memberikan kebebasan
dan pertolongan kepada dakwah Islam tetapi melakukan sesuatu yang lebih
besar dari itu iaitu menjaga tubuh badan Nabi Muhammad SAW. Mut’im
tidak pernah berniat untuk menjadi pengikut Rasulullah SAW dan pendirian
ini jelas ketika ia menjawab soalan dari Abu Jahal . Ini menunjukkan
keharusan mendapatkan kerjasama dari orang yang tidak berniat
melaksanakan Islam di dalam urusan yang memberikan kebaikan kepada Islam
dan umatnya.
4. Perjanjian yang
dibuat oleh Rasulullah SAW dengan kaum Yahudi ketika ditegakkan negara
Islam Madinah. Perjanjian yang melahirkan Sahifah Madinah ini merupakan
satu-satunya peristiwa besar dan terpenting yang menjadi hujjah
keharusan kaum muslimin menjalinkan perjanjian dengan orang-orang bukan
Islam di atas dasar memelihara kebajikan kedua-dua pihak.
Di
antara isi kandungan perjanjian ini ialah, “Kaum muslimin mempunyai
haknya dan kaum Yahudi mempunyai haknya. Dan di antara mereka hendaklah
tolong menolong sekiranya diserang oleh sesiapa. Dan di antara mereka
hendaklah saling menasihati dan bekerjasama. Dan janganlah sesiapa
memungkiri janjinya. Dan hendaklah pertolongan diberikan kepada yang
dizalimi. Dan sekiranya berlaku apa-apa kepada pihak yang menjalinkan
perjanjian ini, maka tempat rujukan ialah kepada Allah dan Muhammad
Rasulullah SAW…”
Hujah
: Inilah sebesar-sebar hujah keharusan melakukan hubungan dengan
non-muslim di dalam menegakkan negara Islam. Dan tidaklah menjadi dasar
Islam mengenepikan kaum musyrikin daripada realiti kehidupan.
5. Perjanjian
Rasulullah SAW dengan Bani Khaza’ah. Ia berlaku apabila baginda bersama
para sahabat ingin memasuki kota Makkah untuk mengerjakan haji namun
disekat oleh kaum Quraisy. Lalu Rasulullah SAW mengutuskan pengintip
dari bani Khaza’ah yang merupakan seorang musyrik dan mereka melaporkan
kepada Rasulullah SAW mengenai pergerakan kaum Quraisy. Bani Khaza’ah
sebenarnya telah mempunyai hubungan dengan Bani Hasyim semenjak zaman
jahiliyyah dan mereka meneruskan hubungan baik mereka dengan Bani Hasyim
sekalipun berbeza akidah. Rasulullah SAW mengiktiraf hubungan ini
dengan memberikan syarat iaitu pertolongan tidak akan diberikan kepada
golongan yang zalim.
6. Perintah
Rasulullah SAW kepada para sahabat agar berhijrah ke Habsyah semasa
ditindas di Makkah untuk mendapatkan perlindungan dari Raja Najasyi yang
merupakan seorang Nasrani pada masa itu turut merupakan dalil kepada
keharusan untuk mendapatkan perlindungan dari orang yang bukan Islam di
dalam menjaga kemaslahan umat Islam.
Jawapan Terhadap Golongan Yang Mengharamkan Tahaluf Siyasi
Di dalam memberikan
jawapan kepada golongan ulama haraki yang mengharamkan tahaluf siyasi,
beberapa pandangan telah dikemukakan. Antara lain :
1. Ayat
yang digunakan iaitu dari surah al-Maidah, ayat 51-52 bukanlah merujuk
kepada tahaluf siyasi tetapi merujuk kepada orang-orang munafik yang
terus meletakkan kepatuhan kepada orang-orang Yahudi di Madinah. Ianya
turun kepada ketua munafik iaitu Abdullah bin Ubai yang bertindak untuk
menyokong kabilahnya Yahudi Bani Qainuqa’ di dalam berhadapan dengan
Nabi Muhammad SAW. Ini menunjukkan bahawa ayat ini tiada kena mengena
dengan tahaluf siyasi tetapi berkenaan dengan orang yang keluar langsung
dari Harakah Islam untuk bekerjasama dengan musuh bagi melawan Islam.
2. Ayat
219 dari surah al-Baqarah pula bukan sahaja tidak menjadi hujah
mengharamkan tahaluf siyasi bahkan menjadi peneguh kepadea keharusannya.
Ini kerana daripada tahaluf siyasi yang dilaksanakan di beberapa buah
negara seperti Mesir, Sudan dan Yaman, manfaat yang besar banyak
diperolehi oleh kaum muslimin. Oleh yang demikian, di dalam masalah
manfaat dan mudharat ini, pertimbangan berdasarkan senario semasa perlu
diambil kira.
Tahaluf Siyasi sebelum diputuskan hendaklah
dipertimbangkan semasak-masaknya oleh pakar politik dan ahli-ahli
strategi.
KESIMPULAN
Di dalam
mendepani arus politik dunia pada hari ini, gerakan Islam perlulah
bijak mengambil manfaat daripada ruang dan peluang yang ada. Tahaluf
siyasi perlulah dilakukan dalam keadaan gerakan Islam mendapat
keuntungan yang maksimum dalam usaha untuk menegakkan agama Allah SWT.
Bagaimanapun, perlulah diingatkan agar penerangan demi penerangan
hendaklah dilakukan dari masa ke semasa khususnya kepada masyarakat awam
agar tidak terkeliru dengan langkah yang diambil.
Penyertaan gerakan Islam dalam mana-mana kerajaan seharusnya dilakukan
dengen penelitian yang teliti terhadap senario politik setempat. Oleh
yang demikian, pimpinan gerakan Islam perlulah sentiasa prihatin dan
sensitif dengan perkembangan semasa serta kehendak masyarakat agar
langkah yang diambil tidak menyebabkan kerugian di mereka nanti.
Maklumat Penulis:
Ahmad Fadhli bin Shaari
B.A (Hons) Dakwah Islamiyyah, Univ. Al-Azhar, Mesir.
Penulis merupakan Ketua Jabatan al-Dakwah wal Qiadah
B.A (Hons) Dakwah Islamiyyah, Univ. Al-Azhar, Mesir.
Penulis merupakan Ketua Jabatan al-Dakwah wal Qiadah
Source: http://kias.edu.my/tahalufsiasi08.htm
"Di dalam mendepani arus politik dunia pada hari ini, gerakan Islam perlulah bijak mengambil manfaat daripada ruang dan peluang yang ada. Tahaluf siyasi perlulah dilakukan dalam keadaan gerakan Islam mendapat keuntungan yang maksimum dalam usaha untuk menegakkan agama Allah SWT"
ReplyDeleteAdakah PAS akan mendapat keuntungan MAKSIMUM hasil dari persefakatan dengan DAP dan PKR dlm menegakkan AGAMA Allah s.w.t yg sering dilaung2kan sekiranya menang PRU akan datang ?
Kita lihat dan tunggu PAS menang dulu baru cerita ...
Sdr Anon,
ReplyDeleteDi Mesir, Ekhwan Muslimin (parti Islam) berjuang hampir seratus tahun semejak tahun 1930an bagi mengangkat semula doktrin Islam di bumi Mesir...Hari ini mereka telah melakar sejarah, mengukir kemenangan politik..menguasai parlimen malah salah seorang anggotanya diangkat oleh rakyat mereka utk menjadi presiden. Faktor kemenangan tidak lain melainkan melalui pendekatan tahalluf syasi iaitu persepakatan dgn golongan bukan Islam iaitu Kristian Koptik. Adakah Kristian Koptik ini penyokong tegar hudud??
Dalam kontek Mesir ini saya percaya anda bergembira dgn kebagkitan Islam melalui parti Islam Ekhwan Muslimin. Mengapa di Malaysia anda mencurigai PAS, sebuah parti Islam yg berguru dgn Ekhwan...
sebab perilaku pengikut PAS dan pimpinannya boleh dilihat dengan dekat di setiap sudut kehidupan yg bangga dengan teori sahaja ...curiga pula timbul bila berlaku juga kezaliman terhadap ahli pas yg tak sehaluan dengan pandangan atasan dan dibiarkan keseorangan tiada pembelaan ..inikah keadilan yg anda perjuangkan ????
ReplyDeletelihat satu contoh cuba menutup kes, ini diakui oleh bekas ahli pas sendiri ..
CIKGU NON DEDAH PENYELEWENGAN WANG MEMALI
http://www.youtube.com/watch?v=4RX-f4hOtW8
kesian pada orang yg pernah bagi komitmen pada agama tapi bila berlaku begini seolah2 tiada pembelaan ..kalau anda masih tidak dapat menerima hakikat dan fakta ini cukup, saya hormati pendirian anda
anda semua pas asyik menuding jari pada UMNO tentang KEZALIMAN tetapi ANDA sendiri seorang yang ZALIM dan tidak sekali2 anda terlepas di Padang Masyar hanya kerana anda seorang ahli PAS ..
ReplyDeletemenyatakan kezaliman UMNO tidaklah bermaksud ahli PAS itu maksum.Zalim UMNO krn ia tidak menunjukkan kesungguhan mendaulatkan syiar Islam dgn bersungguh2 .Apabila nampak keuntungan politik baru nampak kesungguhan dalam perkara2 tertentu.Pemimpin atasan yang berkuasa menggubal dasar pun nampak selekeh perwatakan islamnya.Serkurang2nya pendokong PAS tidak berada dalan zon kezaliman UMNO tersebut.
ReplyDelete