Kumpulan
pendesak Melayu (PERKASA) Kota Setar mendakwa, pihaknya cuba menghalang
Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada menyampaikan tazkirah di sebuah
majlis di Alor Setar malam tadi kerana ketua pembangkang itu tidak
bertauliah.
"Sekiranya
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ingin menyampaikan tazkirah
di masjid berkenaan, PERKASA tiada halangan kerana beliau bertauliah
berbanding Anwar.
"PERKASA Kota Setar bertegas tidak akan membenarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sebarang tazkirah di masjid berkenaan.
"Bagaimanapun, kami tidak akan menghalang beliau memasuki masjid untuk menunaikan solat,"Timbalan Pengerusi PERKASA Kota Setar Jamaludin Hashim dipetik sebagai berkata dalam Sinar Harian.
Beliau juga menjelaskan, kira-kira 50 ahli PERKASA berdemonstrasi di hadapan Masjid Al-Hussain, Kampong Pumpong bagi menghalang Anwar menyampaikan tazkirah pada malam tadi.
Pasukan
polis dilaporkan tiba kira-kira 15 minit kemudian dan berjaya
menghalang ahli-ahli PERKASA daripada memecahkan pintu masjid dan
menyerang Anwar.
Malam tadi, beberapa pemimpin PKR menerusi laman Twitter mendakwa ahli-ahli PERKASA menyerbu dan menyerang Anwar di dalam masjid dengan membaling kasut ke dalam masjid.
Insiden itu merupakan yang kedua dalam masa empat hari jelajah seluruh negara Anwar. Awal pagi Sabtu lalu, bas Jelajah Merdeka Rakyat disimbah dengan cat merah sewaktu singgah di Kelantan.
Pasukan khas siasat kes serang bas jelajah Anwar
Anwar diserang lagi di Alor Setar, dakwa PKR
Bas PKR diserang 'samseng' di Kota Bharu
Perjalanan politik ganas dan dendam

"PERKASA Kota Setar bertegas tidak akan membenarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sebarang tazkirah di masjid berkenaan.
"Bagaimanapun, kami tidak akan menghalang beliau memasuki masjid untuk menunaikan solat,"Timbalan Pengerusi PERKASA Kota Setar Jamaludin Hashim dipetik sebagai berkata dalam Sinar Harian.
Beliau juga menjelaskan, kira-kira 50 ahli PERKASA berdemonstrasi di hadapan Masjid Al-Hussain, Kampong Pumpong bagi menghalang Anwar menyampaikan tazkirah pada malam tadi.

Malam tadi, beberapa pemimpin PKR menerusi laman Twitter mendakwa ahli-ahli PERKASA menyerbu dan menyerang Anwar di dalam masjid dengan membaling kasut ke dalam masjid.
Insiden itu merupakan yang kedua dalam masa empat hari jelajah seluruh negara Anwar. Awal pagi Sabtu lalu, bas Jelajah Merdeka Rakyat disimbah dengan cat merah sewaktu singgah di Kelantan.
Pasukan khas siasat kes serang bas jelajah Anwar
Anwar diserang lagi di Alor Setar, dakwa PKR
Bas PKR diserang 'samseng' di Kota Bharu
Perjalanan politik ganas dan dendam
Source: http://www.malaysiakini.com/news/207781
No comments:
Post a Comment