Friday, September 14, 2012

NGO, Pas juga bantah filem hina Nabi

Protes filem hina Nabi, Duta AS ke Libya antara 4 maut
Protes yang diadakan di pejabat konsul Amerika Syarikat semalam.
SHAH ALAM - Beberapa badan bukan kerajaan (NGO) dan parti-parti politik di Malaysia mengecam pembikinan filem kontroversi yang dikatakan menghina Nabi Muhammad SAW dan Islam, yang telah meragut empat nyawa termasuk Duta Amerika Syarikat (AS) ke Libya.

Pihak berkenaan sudah bercadang mengadakan perhimpunan aman esok dan minggu depan selepas solat Jumaat.

Antaranya, Gabungan Pembela Islam (Pembela) menggesa kerajaan AS menyiasat dan mengambil tindakan keras keatas produser filem kontroversi yang dikatakan mempunyai unsur-unsur menghina pemimpin Nabi Muhammad.

Pengerusinya, Aminuddin Yahya berkata kerajaan AS perlu bertindak segera dan mengambil tindakan tegas terhadap produser filem terbabit.

Menurutnya, sebagai langkah menunjukkan keprihatinan dengan keadaan pihak pencetus Islamofobia, Pembela sedang merancang untuk mengadakan demontrasi di Kedutaan AS dalam waktu terdekat.

"Kita dengan rasa kecewa mendesak Kerajaan Amerika Syarikat mengambil tindakan segera dan tegas kepada produser filem tersebut.

"Filem yang dikeluarkan ini memacu permusuhan antara masyarakat yang berbilang bangsa dan agama serta cetuskan lagi Islamofobia dan dengan itu juga kita rancang adakan demonstrasi secepat mungkin," katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.

Dalam pada itu, Dewan Pemuda Pas Selangor menyokong penuh tindakan Dewan Pemuda Pas Pusat mengutuk sekeras-kerasnya filem Innocence of Muslims arahan Sam Bacile, yang berketurunan Israel Amerika yang secara terang-terangan menghina Nabi Muhammad SAW dengan menggambarkan Rasulullah SAW sebagai seorang yang ‘gila perempuan, penipu dan orang gila’.

"Dalam trailer filem tersebut juga turut menghina al–Quran dan para sahabat Nabi.

"Dewan Pemuda Pas Negeri Selangor turut bersetuju dengan saranan Dewan Pemuda Pas Malaysia supaya kerajaan Malaysia memberikan tekanan kepada kerajaan Amerika supaya mengambil tindakan terhadap pengarah filem tersebut kerana secara jelas filem tersebut menyemai perasaan benci dan takut terhadap agama Islam dan orang Islam," kata Ketua Pemuda Pas Selangor, Hasbullah Mohd Ridzwan dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Katanya, Dewan Pemuda Pas Negeri Selangor juga menyahut saranan Dewan Pemuda Pas Pusat untuk mengadakan himpunan aman bagi membantah penayangan filem tersebut di peringkat negeri oleh Dewan Pemuda Pas Negeri masing-masing.

Kata beliau, Dewan Pemuda Pas Negeri Selangor akan mengadakan himpunan aman selepas solat Jumaat di Masjid Al-Amaniah, Batu Caves, Gombak esok.

"Dewan Pemuda Pas Negeri Selangor telah mengerahkan seluruh jentera pemuda di semua peringkat daripada seluruh kawasan untuk turun beramai-ramai bagi menunjukkan sikap amarah pemuda terhadap penghinaan yang dilakukan oleh musuh Islam terhadap Baginda Rasulullah SAW.

"Orang ramai dan masyarakat yang yang mengaku cintakan Nabi Muhammad SAW adalah diharapkan untuk turut serta meraikan program tersebut," katanya.

Dewan Pemuda Pas Pusat akan turut mengadakan himpunan aman bagi tujuan yang sama di peringkat kebangsaan selepas solat Jumaat minggu depan di hadapan Kedutaan Amerika di ibu negara.

AKAN MENYUSUL

Source: http://www.sinarharian.com.my/nasional/ngo-pas-juga-bantah-filem-hina-nabi-1.84820

3 comments:

  1. minta PAS melalui bakal PM Anwar Ibrahim mengutuk sekeras2nya Amerika ni , berlakon kutuk pun tak per. Kutuk SPR pun boleh tak kan Amerika tak leh pula. Suruh Mat Sabu ajak Iran sekali. Hishamudin Rais ajak Rusia dan China. Ambiga ajak India. dah tentu himpunan kutukan ini jadi lebih hebat dari BERSIH 1,2 dan 3.0

    ReplyDelete
  2. nak kutuk pun padan patut juga bukan tak leh. ada juga pak lebai PAS yg masih hisap rokok Marlboro. ada lagi blogger yg pakai Internet Explorer dan pc guna Os window.

    ReplyDelete
  3. Dah jadi pecacai ambiga .ke pas ni , tak pula suruh ambiga ketuai perhimpunan
    Bila kena bab islam kena hina, pas terkebil sorang2 menentang ..mana gi anwar dan .si samad tu...tak nak bersajak pula


    ReplyDelete