Saturday, September 15, 2012

Amerika...! Henti hina Nabi kami



KUALA LUMPUR:
Seluruh negara hari ini bergema dengan laungan kecaman terhadap kebiadaban seorang penerbit filem berbangsa Yahudi Amerika yang menghina Rsulullah melalui filem terbarunya yang berjudul "Innocence of Muslims".


Filem tersebut telah dihasilkan sepenuhnya oleh Sam Bacile dan trailer filem tersebut juga telah dimuat naik di dalam laman youtube pada 2 Julai 2012 yang lalu sekaligus menimbulkan kemarahan umat Islam seluruh dunia.

Kandungannya telah menghina Baginda Nabi SAW dengan mewatakkan baginda sebagai seorang lelaki yang kejam dan ‘gila perempuan’.

Bukan itu sahaja, bahkan individu yang terlibat dalam menghasilkan video ini turut menghina al-Quran dan para sahabat.

Di Kuala Lumpur dan Selangor, himpunan berlangsung di perkarangan Masjid Amaniah, Batu Caves.

Antara pimpinan PAS yang hadir termasuklah Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat Khairul Faizi Ahmad Kamil, Ketua Penerangan Ustaz Ridhuan Mohamad Nor, Yang Dipertua PAS Gombak Ustaz Salahudin Nasir serta Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Kamaruzaman Mohamad.

Hampir 300 orang turut menyertai himpunan itu sambil menyatakan kecaman terhadap kebiadaban penerbit Amerika itu.

Sambil melaungkan "hancur Amerika", "Hidup Islam" mereka juga membawa sepanduk bertulis "Kami sanggup mati keranamu ya Rasulullah".

Berucap pada himpunan itu, Khairul Faizi berkata, Dewan Pemuda PAS mendesak Presiden Amerika Barack Obama mengambil tindakan tegas terhadap pernerbit filem itu.

"Kalau dia mahu bertindak tegas terhadap penyerang Duta Besar Amerika ke Libya dan tiga pegawai pejabat konsul di Benghazi sehingga maut itu, kita juga dia bertindak sama kepada penerbit filem ini," katanya.

Ridhuan dalam ucapannya pula memberi amaran kepada mana-mana pihak yang menghina Rasullah agar menghentikan segera perbuatan itu.

"Kita memberi amaran bahawa pemuda Islam akan bangkit dengan nyawa dan darah demi mempertahan maruah Nabi Muhammad SAW," katanya.

Beliau turut mengumumkankan satu himpunan besar-besaran akan diadakan di Kedutaan Amerika pada Jumaat, 21 September ini.

Amaran sama turut dinyatakan Kamaruzaman yang mahu Amerika menarik balik serta merta filem tersebut.

Ustaz Salahudin Nasir dalam ucapannya pula mendakwa, tindakan penerbitan filem ini adalah usaha menjatuhkan Islam di saat Islam sedang bangkit di seluruh dunia.

Di Ipoh Perak, ratusan umat Islam berkumpul di Masjid Negeri Ipoh selepas Solat Jumaat diketuai oleh Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss.

Turut hadir bagi menyatakan bantahan terhadap penghinaan Rasulullah itu ialah pelakon dan selebriti, Abby Abadi.

Raja Ahmad dalam ucapannya menggesa penerbit filem tersebut memohon maaf kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia.

“Kami mengutuk sekeras-kerasnya penerbitan filem ini yang membangkitkan kemarahan Umat Islam di seluruh dunia,” katanya.

Beliau juga mempersoalkan dimanakah kelibat badan bukan kerajaan (NGO) seperti Perkasa yang senyap dalam isu ini.

“Dimanakah NGO seperti Perkasa yang beria-ria dalam isu lain seperti politik tetapi dalam isu ini mereka senyap,” ujar beliau lagi.

Dalam nada yang sama, Abby Abby melahirkan kekesalan terhadap penerbitan filem tersebut yang disifatnya sangat melampau dan keterlaluan.

Katanya, sebagai seorang umat Islam, beliau sedih kerana seluruh umat Islam tidak bersatu untuk menyatakan bantahan kepada penghinaan ini.

“Kita sepatutnya bersatu menentang penghinaan ini dengan mengetepikan perbedeaan ideologi,” katanya dalam nada kesal.

Hadir sama ialah Ketua Penerangan PAS Perak, Ustaz Akmal Kamaruddin; Setiausaha Pemuda PAS Perak, Salman Saleh; Ketua Penerangan Dewan Ulama’ PAS Perak; Ustaz Norazli Musa dan wakil NGO.
Di Kedah, himpunan berlangsung di dua tempat iaitu di Masjid Padang Temusu Sungai Petani dan di Masjid Al-Ihsan Kampung Teoyong Langkawi.

Di Masjid Padang Temusu hampir 300 orang umat Islam menyertainya dari pelbagai peringkat umur dan kaum termasuk warga Bangladesh dan Pakistan.

Bantahan diketuai Timbalan Ketua Pemuda PAS Kedah, Muhammad Sanusi Md Noor yang juga Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah.

Antara pimpinan yang hadir sama ialah Setiausaha Pemuda PAS Kedah, Ustaz Mohd Rosli Azmi; Ketua Penerangan Pemuda PAS Kedah, Ustaz Mohd Nasir Zakaria; Yang DiPertua PAS Kawasan Sungai Petani, Abdullah Jusoh dan Timbalan Pengerusi PKR Kedah, Ir Zamri Yusuf.

“Kami sedia berikan nyawa demi mempertahankan Rasulullah SAW!” demikian antara ungkapan jihad para hadirin.

Mohd Nasir yang juga Ahli Parlimen Padang Terap ketika dihubungi berkata, antara desak yang dibuat termasuklah meminta Amerika mengambil langkah segera atau berdepan himpunan besar-besaran 21 Septrmber ini.

"Kita juga mendesak agar kerajaan Malaysia membuat satu tindakan mengecam tindakan tersebut," katanya.
Di Langkawi, Bantahan di masjid Al Ehsan, Temoyong, diketuai Timbalan Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kedah, Ustaz Ahmad Tirmizi, Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Langkawi Ustaz Sazuri Saad serta Ustaz Nasir Awang.
Hampir 200 orang menyertai himpunan itu hari ini dengan membawa pelbagai poster mengecam tindakan biadap penerbit filem itu.
Di Pulau Pinang, kira-kira 1000 orang masyarakat Islam berhimpun di hadapan Masjid Jamek Permatang Janggus, Permatang Pauh.

Demontrasi  aman yang berlangsung 45 minit itu diketuai oleh Pesuruhjaya PAS Negeri, Dato' Ustaz Saleh Man bersama kepimpinan Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang.

Antara yang hadir dan memberikan ucapan bersemangat ialah Setiausaha PAS Negeri, Saudara Mohd Nor Harun, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Norazman Ishak, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Hafnan Hamimi Taib Azamudeen, Yang Dipertua PAS Permatang Pauh, Haji Omar Hasan dan Pengerusi Lajnah Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Negeri, Mohd Radwan Ramli.

Dato' Ustaz Saleh Man ketika ditemui menambah, semua pihak kena peka terhadap isu yang timbul kerana ia melibatkan maruah agama.

Pihak zionis katanya, sering memperdayakan Umat Islam yang lalai  semata-mata untuk memastikan kebangkitan Umat Islam tidak ke mana.

"Kerajaan mesti menunjukan kepekaan yang tinggi kerana ia bukan soal politik sebaliknya maruah agama.  Jangan berpeluk tubuh bila agama dan Nabi yang kita sayangi dihina sebegitu rupa, " jelasnya ketika ditemui.

Sementara itu, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Afnan Hamimi Taib Azmuden pula menyifatkan, tidakan zionis tersebut harus diajar bukan berpeluk tubuh melihat isu yang sengaja dibangkitkan.

Ini bukan kali pertama Israel dan sekutunya melaksanakan program yang boleh meningkatkan kemarahan masyarakat Islam.  Sepatutnya usaha jahat mereke perlu ajar dengan menghentikan terus semua hubungan dagang dengan negara terbabit.

Inilah masa yang paing sesuai untuk Malaysia memperkenalkan produk sendiri dengan menghukum negara yang berani menghina agama Islam, katanya.
[Lanjut menyusul]

Source: http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/13149-amerika-henti-hina-nabi-kami

9 comments:

  1. Baguslah semangat berdemonstrasi masih kuat Dan sensitif dgn apa2 cercaan pd Rasulullah s.a.w ..ada org kata Muhammad mcm mamat2 lain kat kg ..amacam pula...tak nak nak demo ...buat2 tk nampak ?

    ReplyDelete
  2. Nak tunjuk Islamik ..yg herannya salleh man tu tak ajak pula khalifah lim guan eng Dan ambiga ..bila ambiga ajak berduyon2 puak pas nak join


    ReplyDelete
  3. Produk sendiri apa ostaz hoi ..asyik nak tuding kat kerajaan , taik terpalit atas muka sendiri pun tak sodar

    ReplyDelete
  4. Saleh man ni bodoh betul ...nik aziz kata buat apa buat maulidur rasul, mulut did terkunci, Mata buat2 tk nampak

    ReplyDelete
  5. Hinanya orang yang mengutuk dan mencaci orang yang sedang menghina individu yang menghina RasulAllah Yang mulia.

    ReplyDelete
  6. "Inilah masa yang paling sesuai untuk Malaysia memperkenalkan produk sendiri dengan menghukum negara yang berani menghina agama Islam, katanya"

    Kenapa tak PAS, dah perintah Kelantan dah bertahun2 dan banyak sekolah agama di Kelantan kenapa sampai sekarang tak boleh lahirkan saintis dari ulama-ulama. kalau sekadar lahirkan golongan alamak yg asyik cakap bab hudud sahaja tapi bab ekonomi dan sains tak boleh nak kuasai sampai bila2 keadaan pi mai pi mai tang tu ..demo demo demo saja yg tahu

    ReplyDelete
  7. AnonymousSeptember 18, 2012 9:39 AM

    Hinanya orang yang mengutuk dan mencaci orang yang sedang menghina individu yang menghina RasulAllah Yang mulia.

    "ajak Lim Guan Eng" sekali .. nanti bila orang hina Nabi Isa, berduyun pulak puak PAS ikut khalifah berdemo lagi ..

    ReplyDelete
  8. ni pasai salleh man tak sibuk nak berdemo
    ...ada orang kiaskan nabi Muhammad s.a.w mcm mamat2 kat kampung ..

    http://www.youtube.com/watch?v=I85MocetKJo&feature=player_embedded

    sebab itu aku kata dia bodoh, bukan aku hina orang yg hadir demo hina nabi .. mu pahe tak pahe ni ..

    ReplyDelete
  9. "Raja Ahmad dalam ucapannya menggesa penerbit filem tersebut memohon maaf kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia.

    “Kami mengutuk sekeras-kerasnya penerbitan filem ini yang membangkitkan kemarahan Umat Islam di seluruh dunia,” katanya.

    Beliau juga mempersoalkan dimanakah kelibat badan bukan kerajaan (NGO) seperti Perkasa yang senyap dalam isu ini"

    sebelum dia persoalkan PERKASA dan juga UMNO, persoalkan dulu ahli2 PAS :

    - ada tak di kalangan ahli yg masih hisap rokok AMERIKA

    - ada tak lagi ahli pas atau beliau sendiri yg masih guna OS Windows

    - ada tak lagi ahli pas atau beliau sendiri yg masih guna Internet Explorer

    banyak lagi kalau nak disenaraikan,
    kalau jawapannya masih ada, maka LU Cakap Tak Serupa Bikin ..

    ReplyDelete