Sunday, September 9, 2012

Dr MAZA oh Dr MAZA ― Eidit Hashim - hudud oh hudud


Artikel Dr Mohd Asri Zainal Abidin bertajuk Hudud oh Hudud yang disiarkan oleh sebuah laman portal berita baru-baru ini amat menarik untuk disorot kembali sebagai pencerahan kepada rumusan yang beliau ketengahkan.

Di dalam artikel tersebut, terdapat beberapa rujukan yang dibuat beliau. Antaranya ialah buku Dr Mohamed Salim el Ewa Punishment in Islamic Law.

Artikel Hudud oh Hudud itu menyebut bahawa penelitian Dr Mohamed Salim mendapati tiada penekanan terhadap hukum hudud sejak dari zaman Abbasiyah lagi.
Apa yang perlu ditegaskan terlebih dahulu ialah penelitian Dr Mohamed Salim itu bukanlah dari kajian asal beliau tetapi ulasan terhadap pemerhatian Abu Yusuf, seorang ulama besar Hanafi di dalam kitab masyhurnya al Kharaj.

Abu Yusuf menulis bahawa undang-undang hudud pada pemerintahan Harun al Rasyid tidak lagi dilaksanakan. Wallahualam.

Tetapi untuk mengatakan bahawa tiada lagi penekanan terhadap undang-undang hudud sejak dari zaman Abbasiyah adalah melampaui olahan yang diberikan oleh Dr Mohamed Salim malah melampaui pemerhatian Abu Yusuf sendiri.

Jika dirujuk The Oxford Encyclopedia of the Modern Islamic World, satu lagi sumber rujukan yang digunakan di dalam artikel tersebut, undang-undang hudud ada dikuatkuasakan pada zaman Uthmaniyyah malah pemerintah terakhir Mongul pernah memfatwakan hukuman hadd ke dalam undang-undang.

Dari membuat satu sweeping statement yang boleh salah difahami, lebih tepat sekiranya Asri menulis perlaksanaan hukum hudud mempunyai naik turunnya berdasarkan realiti masyarakat.
Turut disebut ialah fakta dari ensaiklopedia tersebut bahawa hukum hudud kini hanya terlaksana di Arab Saudi dan telah terhenti di negara-negara lain.
Apa yang dinyatakan oleh Firhat Ziyadeh (dan bukannya John Esposito yang merupakan ketua editor) ialah sistem penal Islam tradisional telah berhenti dilaksanakan kecuali di Arab Saudi manakala banyak negara lain telah memasukkan hukum hudud ke dalam undang-undang penal moden mereka.
(Setelah mencuba di perpustakaan UM dan UIAM, akses saya masih terhad kepada edisi 1995).

Mungkin di ensaiklopedia edisi terkini, maklumat tersebut telah dikemaskini dengan perkembangan beberapa negara tersebut menghentikan perlaksanaannya. Namun apa yang pasti, tidak ada usaha untuk memansuh atau menarik kembali hukum hudud yang telah dimaktubkan sebagai undang-undang.

Sekiranya sumber-sumber rujukan di dalam artikel Hudud oh Hudud diteliti dengan baik (termasuklah karangan Prof Tariq Ramadhan, fatwa Syeikh Mustafa al Zarqa dan kritikan Prof. Hashim Kamali), maka kita akan dapati wujudnya contoh jelas bahawa hukum hudud boleh diangkat sebagai undang-undang di dalam proses demokrasi dan terdapat pula ruang untuk meminda undang-undang tersebut atau menangguhkan perlaksanaannya di atas alasan fiqh atau siyasah (politik).
Namun demikian di dalam artikel Hudud oh Hudud, rumusan yang ditekankan ialah 1) hukum hudud yang diperjuangkan oleh PAS hanyalah satu tafsiran syariah yang boleh dikritik, 2) manakala perlaksanaannya di Malaysia pada waktu ini tidak berhikmah kerana masih banyak pra syarat yang belum dipenuhi.

Maka bolehlah disimpulkan bahawa inilah antara masalah yang melanda agenda Hudud di Malaysia sejak sekian lama.

Setelah 55 tahun merdeka dan hampir genap 20 tahun pula enakmen jenayah syariah Kelantan diluluskan, kepimpinan intelektual dan politik kita masih berdebat untuk mewajarkan kritikan, menklasifikasi dan membenarkan golongan penentang Hudud serta melabel pihak-pihak tertentu sebagai berslogan.
Mereka ini merasakan agenda spesifik seperti hudud tidak wajar dibincangkan pada waktu dan tika ini lalu mengangkat alasan intelektual sebagai justifikasi rumusan mereka.
Namun demikian olahan sumber keintelektualan yang cuba diketengahkan kadangkala tidak tepat, selektif dan mengelirukan.

Yang dikhuatiri akan ada pembaca yang tergelincir pemahamannya dan membuat rumusan bahawa agenda Hudud bukan lagi menjadi agenda Islam.
Apakah faedah semua ini kepada umat Islam dan pemeliharaan aqidah mereka? Seharusnya setelah tempoh sebegini lama, perbincangan dan debat kita dalam soal ini telah menjadi lebih konstruktif dan mendalam.  Kepada semua “Dr MAZA” di luar sana, ulasan Dr Khairudin Razali, setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat mengenai soal perundangan dan perlaksanaannya saya kira harus diberikan perhatian sewajarnya. Bagi golongan demokrat Islamis (meminjam istilah Dr Azzam Tamimi), perjuangan menegakkan hukum hudud adalah perjuangan perundangan dan perlaksanaan.
Melegislatifkan hukum hudud menunjukkan komitmen mereka untuk memartabatkan Islam dalam soal kenegaraan.

Dikala “Dr MAZA” mahu kita semua mengakui perjuangan menegakkan hukum hudud bukan sesuatu yang berhikmah pada waktu dan tika ini, hakikatnya hukum hudud ini telah pun diundang-undangkan di Kelantan dan Terengganu.
Begitu juga Asri boleh sahaja berpandangan bahawa PAS terus berslogan di dalam isu hudud kerana semua orang mempunyai hak untuk memberikan pendapat.
Hakikatnya PAS tetap merupakan satu-satunya kumpulan Islamis di Malaysia yang telah mengangkat agenda Hudud ke dalam proses legislatif, menjadikannya satu undang-undang di Kelantan dan Terengganu di kala parti pemerintah nasional terus berada di dalam “perpetual preparation”. Itu bukan polemik, itu bukan slogan ya… itu adalah fakta.
Maka di dalam konteks enakmen jenayah syariah Kelantan dan Terengganu inilah – kepada dua kumpulan penentang hukum Hudud yang disebut di dalam artikel Hudud oh Hudud (si pengkritik dan si penangguh); nyatakan dengan jelas keraguan kamu! Ikutlah resam Prof Hashim Kamali yang dengan jelas menyatakan pandangan beliau.

Apakah kritikan dan pra syarat itu? Memasukkan peranan taubat dalam peruntukan undang-undang? Referendum di kalangan non-Muslim? Peningkatan tahap pendapatan sebenar?

Penurunan kadar pengangguran?
Senaraikan ia dengan jelas. Jadikan ia pra syarat yang boleh dinilai dan dicapai secara objektif. Gunakan platform yang disediakan oleh kerajaan negeri untuk mewartakan pra syarat yang perlu dicapai, mencadangkan peruntukan dan bahasa polisi yang perlu diubah, ditambah atau dibuang agar hukum hudud di Kelantan dan Terengganu dapat dijayakan.
Kerana pada akhirnya, semua pra syarat yang dilaksanakan itu memberi kebajikan dan manfaat kepada rakyat.

Alangkah indah sekiranya dalam edisi ensaiklopedia Oxford yang akan datang memuatkan fakta kejayaan hukum hudud di Kelantan dan Terengganu sebagai contoh perlaksanaan sistem penal Islam moden di dalam masyarakat berbilang kaum dan agama.
Jika tidak selesa dengan kerajaan PAS Kelantan, si pengkritik dan si penangguh boleh beralih kepada kerajaan Umno Terengganu atau vice versa. Kerana di saat itu, ramai akan menilai kejujuran individu-individu dari kumpulan-kumpulan ini bahawa sama ada penentangan mereka ini benar-benar kerana ada kekurangan pada peruntukan undang-undang hudud atau ketidaksempurnaan pada pra syarat atau kerana ada penyakit di hati-hati mereka lalu terus menerus beretorik dan berdalih.

Memandangkan golongan yang menentang hudud cuma ada tiga, adakah mereka ini terjerumus masuk menjadi golongan pertama yang rosak akidahnya?

Dan kepada sipenguasa di Negeri Kelantan dan Terengganu, sedarlah bahawa realiti politik sekarang bermakna agenda Hudud di Malaysia besar kemungkinannya akan bermula di negeri-negeri anda.

Maka beban tanggungjawab yang besar bukan pada bahu si pengkritik atau si penangguh tetapi pada bahu si penguasa yang beriya untuk melaksanakan hukum hudud ini.
Kerajaan negeri boleh menawarkan kepimpinan di dalam soal ini dengan menyediakan platform khusus bagi membolehkan pihak yang berkepentingan untuk menyatakan maklum balas mereka.

Di Kelantan, beban tugas ini bukanlah terletak di atas pundak YAB Tuan Guru Menteri Besar sahaja. Yang lebih utama ialah peranan exco dan pegawai yang masih muda bertenaga tapi tampak kurang inisiatif, longlai dan alah kepada semangat dan kegigihan seorang menteri besar yang telah berumur 81 tahun.

Masa untuk berseminar membuat penerangan telah tamat. Kini adalah masa untuk lebih sophisticated; bermesyuarat mengenai polisi dan mekanisme serta melakukan lawatan kajian di lokasi-lokasi perlaksanaan hudud di serata dunia.
Kekangan perlembagaan harus dimanfaatkan sebagai satu peluang masa untuk memperjelaskan pra syarat yang perlu dan berusaha pula untuk mencapainya.
Tunjukkan komitmen ini dengan mengangkat agenda perlaksanaan Hudud dengan menetap bajet khas di dalam peruntukan kewangan negeri 2013 sebagai contohnya. Ianya bukan mudah dan bukan pula murah tapi rakyat akan menilai semua kesungguhan ini bagi meningkatkan keyakinan mereka akan keadilan enakmen jenayah tersebut.
Ini kerana kita tidak mahu enakmen itu menjadi contoh satu lagi kegagalan undang-undang hudud zaman moden lalu menjadi fitnah kepada Islam.

Kerajaan negeri oleh itu harus berjiwa besar dan bersungguh di dalam mengecilkan seberapa banyak alasan dan dalih untuk menangguh hukum hudud di samping menambah baik kekurangan yang ada.
Tunjukkan kebijakan dan kerendahan hati di dalam mengurus permintaan si pengkritik dan si penangguh berteraskan semangat Umar Abd Aziz dan Harun al Rasyid.
Seperti yang selalu diulang oleh YAB PM, zaman government know best telah berakhir.
Kerajaan Negeri Kelantan perlu memahami bahawa kebijakan itu tidak lagi berpusat pada sipenguasa tetapi telah beralih pada rakyat yang kini jauh lebih peka dan berilmu.
Begitu juga dengan Kerajaan Negeri Terengganu yang diamanahkan dengan kekayaan hasil negeri yang banyak – boleh saja meminda peruntukan enakmen jenayah syariah mereka di dalam perkara yang mereka panggil sebagai Hudud PAS yang jumud itu.
Malah dengan sumber yang mereka ada, mereka pastinya mampu mengkaji persediaan spesifik yang perlu ada dan perlu dicapai berdasarkan prinsip yang ditegaskan oleh YAB TPM sebelum enakmen tersebut dapat dilaksanakan di Terengganu.
Malah jika difikirkan, berbanding di Kelantan, usaha di Terengganu boleh membawa hudud lebih dekat kepada perlaksanaan pada masa hadapan. Apa yang perlu ada sekarang ialah kemahuan politik untuk melakukannya.

Selamat meraikan kemerdekaan Malaysia yang ke-55 dan selamat Hari Raya Aidilfitri. Semoga hari-hari yang cemerlang ini memberi kita inspirasi akan apa yang mesti dilakukan dalam soal perlaksanaan hudud di Malaysia. Sekian.
* This is the personal opinion of the writer or publication and does not necessarily represent the views of The Malaysian Insider.

Source: http://www.themalaysianinsider.com/sideviews/article/dr-maza-oh-dr-maza-eidit-hashim/

15 comments:

  1. Baca fiqh keutamaan karangan yusuf qadrawi ....ada dia cerita bab pelaksanaan hudud ni ..dia suruh tarbiah ahli dulu ...kalau ahli pas sembhyang subuh dan isya pun malas nay berjemaah tapi bila ceramah kat melewar baru penuh, alamatnya pengikut pas .ni jadi hamba pd ceramah saja se.bab .dlm ceramah boleh kutuk kaw2 ..Dan perasan pulak jamaah pilihan Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      saya tidak bersetuju dengan pendapat saudara, saudara mungkin keliru dengan tulisan dr yusuff al-Qardawi, sebenarnya Dr yusuff memang menyuruh tarbiah ahli dulu, tapi dalam masa yang sama pelaksanaan hukum tetap kena jalan, samalah seperti orang yang baru memeluk islam,once mengucap 2 kalimah syahadat, wajib bersolat, walaupun tunggang langgang tapi dalam masa yang sama wajib kena belajar sampai sempurna solatnya.Soal sembahyang berjemaah, memang ia adalah dituntut, tetapi kalau tak pergi berjemaah solat subuh dan isyak yang seperti saudara selalu lakukan,dan adakah saudara telah check semua orang PAS tak berjemaah subuh dan isyak? Jangan tuduh melulu,mentang2 kita sembahyang berjemaah! Adakah boleh ditangguhkan hudud? Nas mana yang saudara pakai?Kalau nak semua orang islam faham tentang hudud alamatnya sampai kiamatlah tak terlaksana hukum ini.Cuba ambik contoh pelaksanaan undang2 sivil dinegara kita, adakah semua undang2 yang telah di implement itu telah difahami oleh semua lapisan masyarakat?Kalau saudara pergi ke Singapura, dan tanpa sengaja membuang sampah atau merokok dikawasan larangan, tiba2 disaman Polis, bolehkah saudara memberitahu Polis yang saya belum faham lagi dengan undang2 singapura, dengar apakah jawapan dari Polis tersebut!Akta 114A(internet) yang baru diluluskan oleh Parlimen baru2 ini, adakah semua rakyat Malaysia faham? Adakah makcik2 Felda dan kawasan pedalaman faham?Saya menyangkal pendapat saudara,yg pengikut PAS hamba pada ceramah saja, saudara membuat tuduhan melulu dan tidak cermat.Apakah saudara ingat semua orang yang pergi mendengar ceramah itu bodoh dan tak berilmu, sebenarnya saudara hanya sedap mulut sahaja menulis, tanpa fakta dan hujah yang lengkap dan mantap.Orang PAS memang sinonim dengan ceramah sejak PAS ditubuhkan duli, takkan saudara tak tau atau pura2 tak tua,siapa yang control media Di Malaysia.Dalam ceramah boleh kutuk kaw-kaw? Apa maksud saudara, takkan pemimpin buat kejahatan,menipu, rasuah,rembat tanah kita nak diamkan saja.Kena bagitaulah pada rakyat, kalau tak betul samanlah penceramah, nasib baik ada ceramah pembangkag sekurang-kurangnya rakyat tahu tentang rasuah kapal selam,lembu shahrizat,dan sebagainya. Kalau nak harap media kerajaan sampai mampus tak akan rakyat tahu!Dan memanglah jemaah Islam, hizbullah bukan hizbusyaitan sebab perlembagaan PAS nakkan Islam, kalau banding dengan jemaah yang perlembagaannya pakai perlembagaan yang manusia buat.Nampaknya saudara kena banyak lagi membaca buku Dr Yusuff Qardawi, tentang negara islam,hukum hudud,tahalluf siyasi dan banyak lagi. Kalau saudara pandai bahasa Arab lagi bagus, sebab banyak penulisan ahli akedamik islam yang hebat2 dalam bahasa Arab!

      Delete
  2. Hangat nk dekat praya saja ...habis pru pakat2 diam lebai2 pas .ni

    ReplyDelete
  3. Kalau ulamak2 di Malaysia benar2 ikhlas mengangkat hukum hudud, berikan pandangan dan berbincang agar rang undang2 mengenai hudud yg dibentangkan oleh PAS dapat dibetulkan. Jangan hanya mengkritik utk meraih populariti. Undang2 jenayah sedia ada di negara ini ternyata gagal menyelesaikan masalah jenayah, malah kadar dan bentuk jenayah semakin membimbangkan. Hukum hudud telah ternyata berkesan. Bukan Islam pun pasti mahukan negara yg lebih tenteram drp ancaman jenayah yg melampau.

    ReplyDelete
  4. AnonymousSeptember 10, 2012 1:26 AM dan

    AnonymousSeptember 10, 2012 1:10 AM

    t kasih nasihat saudara berdua ... saya akan teruskan pembacaan dan menuntut ilmu walaupun terpaksa berguru dgn ustaz pas yg totok2 di surau2 yang banyak ilmu agama tapi cetek dari segi ilmu berdakwah... letakkan pas pada kedudukan umno dan terpaksa berkongsi kuasa sejak dulu walaupun memimpin negara ... adakah pas boleh melaksanakan hudud terus bila saja dapat memerintah ..redhakah orang2 bukan islam yg menjadi pakatan kita sewaktu sebelum mendapat kuasa utk membenarkan hudud dilaksanakan secara serta merta ... dah tentu golongan bukan islam jugak mahu undang2 penjajah terus menjadi panduan dan ikutan ...

    apa usaha2 pas sendiri memahamkan masyarakat tentang hudud ini tanpa menyalahkan UMNO tentang isu ini berbanding dengan isi2 ceramah pas yg terus menuding dan menyalahkan orang lain ... bagaimana dgn masalah dalaman pas sendiri yg tidak mendapat pembelaan sewajarnya oleh pimpinan pas sendiri yg cuba menutup pekung yang mula membusok ... dgn izin dan kebesaran Allah s.w.t busuk ini akan merebak jua ...

    selain dari masalah hudud apa tindakan islamik pas yg telah dilakukan atas isu ini:

    - isu agihan dan salah urus tabung memali (akibat konsep menderma jihad tanpa ada audit) balu dan anak mangsa teraniya

    http://www.youtube.com/watch?v=fg9wPUDw854&feature=relmfu
    hayati betul2 video ni ..orang yg pernah fanatik habis dgn pas dan pernah berjihad di afghanistan ...

    - isu hasan ali dgn penyerbuan atas gereja (mengapa membisu dan biarkan hasan ali keseorangan tanpa ada pembelaan, mengapa ulamak2 dlm pas kecut telur dgn dap)

    - kenyataan orang pernah dlm pas

    http://www.youtube.com/watch?v=xcB7pMLUPgg&list=UUgIHq6MxuQLZfr7yOpGIU6A&index=3&feature=plcp

    pas pun ada kelemahan sendiri tapi hidup dalam kesombongan beragama dan lalai bahawa ayat al quran itu bukan ditujukan kepada orang umno sahaja tetapi isi kandungannya juga menyentuh tentang buruk laku orang pas

    ReplyDelete
  5. tentang pas hamba pada ceramah berbanding hamba pada sembahyang berjemaah itu adalah fakta yang tak dapat disangkal. ianya dilihat oleh aku sendiri samada perantaun atau pun berada di kampung... kalau di bandar ni ramai pengikut pas kat taman tu sampai ada cawangan tapi tak ramai yg datang berjemaah ... bila dengar ada pimpinan datang berceramah di surau, boleh penuh pula ...bila dah masuk pas tu kira dah automatik bersih la tu ....boleh kutuk2 orang

    kalau di kampung pula tu, puak2 pas ini asyik bersimbang di kedai2 kopi milik rakan se parti dan topik hangat selalu dibincangkan ialah berkisar kesalahan pihak lawan tapi bab diri sendiri tak hadir sembahyang jemaah tak pula dititikberatkan .... ini fakta bukan AUTA ..

    bolehkah ulamak dan ustaz2 dlm pas ni menjawab di padang masyar nanti kalau ayat2 quran yg dilontarkan sewaktu tazkirah hanya menyentuh puak2 umno sahaja ... sentuh puak pas sendiri takut lepas ni tak dijemput oleh AJK Surau ..melepas pula kutipan jihad ..

    ReplyDelete
  6. pernah pengalaman aku sendiri seorang ustaz tu ada menegur sikap jemaah dengan menggunakan bahasa kiasan yg paling lembut tapi itu pun tak dapat diterima ...lepas itu ustaz pun digam ..tak dipanggil lagi ,, gam menggam ni pun berlaku dalam PAS ... mcm nak cerita utk bagi keadilan jika laksanakan hudud nanti ...

    ReplyDelete
  7. tentang BN menguasai media ... zaman internet dan media baru ni siapa lebih bijak menggunakannya akan menang ... zaman siapa menguasai PERSEPSI ..PAS pun ada Harakah Online ... apa cerita lagi tentang keadilan media ???? adakah kat Harakah tu disebut tentang kebaikan apa2 usaha kerajaan BN kepada rakyat ... semuanya dipenuhi oleh buruk sangka ....ditambah pula oleh sokongan penulis yang mencari makan dengan penulisan ....

    ReplyDelete
  8. pas asyik bercakap tentang hudud sahaja ...bagaimana dengan ilmu dan pengetahuan ekonomi dan ilmu2 lain .. lihat saja al arqam ... ada saja produk dan perhidmatan yg diberikan dan boleh dibanggakan .. pas urus sebuah koperasi pun lingkop (KOHILAL) ... ada hati nak tegur tentang isu ekonomi .. apa produk pas yg boleh dibangga ???? jawab ... asyik iklan ubat kuat sahaja yang jaguh ..

    ReplyDelete
  9. sepatutnya pas telah boleh berdiri sendiri membangun ekonomi parti dengan negeri yg diperintah dengan bantuan dan sokongan jemaah ..ini tidak berlaku ... jemaah sendiri pun tak pakai dan sokong produk2 yg dihasilkan disebabkan harga lebih mahal dari produk berjenama ATAU jemaah sendiri pun tak caya kemampuan produk hasilan ahli2 pas ...

    pas bercakap memang pandai ..itu tak dapat dinafikan ... bila kena batang hidung sendiri semua jadi bisu buta dan pekak ...kata pas claim ahli ramai dan bukan islam pun sokong pas mengapa hal ini pun pas tidak dapat capai ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sdr anon2,
      Oklah, anda kalian suka menghentam PAS. Orang PAS hamba kepada ceramah. Orang PAS ni maksum manakala Org UMNO kalau buat salah takper sebab mereka bukan maksum (persepsi orang Melayu UMNO). Saya nak bertanya, bagaiman dgn orang2 UMNO mengenai solat...Solat jamaah mereka bagaimana? Saya berada di KL selama lebih 10 tn, dalam pemerhatian saya kebanyakan yg mememuhi saf dalam solat berjamaah terdiri drp orang2 PAS. Saya berharap sangat anon2 penyokong tegar UMNO disini..jom kita pergi berjamaah kat mana2 masjid/surau dan kita duduklah disaf depan dan kalau boleh biarlah kita mengimamkan solat. Jangan biarkan org PAS menjadi pegawai masjid manakala org UMNO setakat menjadi AJK Masjid (jawatan yg dilantik oleh Kerajaan BN)...

      Delete
  10. AnonymousSeptember 10, 2012 6:40 PM

    pemimpin pas sendiri tak nak hudud dan bersyarat pula, apa cerita nih ?????

    tonton video "BESI" yg tak boleh dipercayai ni sekadar renungan dan jgn percaya

    http://www.youtube.com/watch?v=b6bk8z5O9YM&feature=related

    sebenarnya PAS sendiri keliru ttg hudu ni sebab dia bercakap saja asyik menyalahkan UMNO. kalau menang PRU 13, besoknya terus boleh laksanakan HUDUD ke kalau tiada persediaan dan perancangan rapi dari sekarang walaupun UMNO tak bercadang nak laksanakannya ketika pemerintahannya berkongsi kuasa dengan parti komponen BN lain

    ReplyDelete
  11. AnonymousSeptember 10, 2012 6:40 PM

    ni sorang lagi pemimpin PAS sendiri yg cakap tangguh HUDUD ni, bukan UMNO

    http://www.youtube.com/watch?v=mDOgpGdgvyA&feature=related

    ReplyDelete
  12. sikit2 saya dh faham pasal hudud ni..rupany byk akibat yg bersangkut paut dgn khidupan jika kita menolak hukum Allah ni..persoalan sy, mampukah kita utk mengamalkan hudud sepenuhnya dalam situasi umat islam yg lemah skrg ni? sy pcaya ramai ank muda d luar sana2 yg sedikit2 mula menolak cara hidup islam & menganggap cara islam itu ketinggalan..perempuan dengan tidak bertudungny, lelaki dgn seluar pendekny, & mcm2 lg..barat pun menganggap islam itu pengganas, tapi kita ikut juga budaya, cara hidup & undang2 mereka..cara hidup islam mula menjauh dlm masyarakat kita..masalah pasti akan timbul jika hudud d laksanakn jika masyarakat skrg telah menjadi begitu biasa dgn undang2 yg dbuat manusia..& jika hendak kembali ke hukum Allah, sy pcaya ramai yg berasa janggal & cuba mengelak..mereka hanya mjadikan urusan agama hanya d dlm masjid shja..urusan luar,ekonomi,politik & lain2, d biarkn saja..umpama bila anda solat d masjid, anda hanya menjadi islam bila berada d dlmnya shja..keluar shja masjid, anda sudah trputus cara hidup islam..anda kena ingat, cara hidup kita juga menunjukkan agama kita..jadi, beringat2 lah skrg..yg pasti, jika anda terlepas hukuman Allah d dunia, d akhirat kelak, pasti terbalas jua..Allah tidak lupa, manusia yg lupa..melayu mudah lupa..

    ReplyDelete
  13. Hudud ada dua aspek. Bidangkuasa mahkamah dan hukumannya. Bagi membolehkan Hudud dilaksanakan, bidangkuasa mahkamah agar Enakmen Jenayah Syariah hendaklah terlebih dahulu dipinda bagi pemakaiannya terhadap orang bukan islam juga. DUN Kelantan, DUN Kedah, DUN Selangor, DUN Penang kenapa tidak pinda Enakmen itu. apatahlagi Kelantan dok asyik nak laksanakan hudud tapi sehingga kini habuk pun takde.

    ReplyDelete