Thursday, September 13, 2012

KWSP beli lebih banyak unit saham FGV - TERUK PENEROKA FELDA nanti?


Oleh Lee Wei Lian
September 12, 2012
KUALA LUMPUR, 12 Sept — Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membeli 2.2 juta saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH) lagi oleh kerana harga saham gergasi perladangan jatuh menjunam lagi semalam sebelum pulih sedikit meningkat lima sen lebih tinggi.
Saham FGVH semalam tidak terlepas turun ke bawah harga jualan institusi sebanyak RM4.55 semalam, menjunam 11 sen dari harga pembukaan rendah RM4.57, sebelum pulih kepada RM4.73 pada akhir hari dagangan.
KWSP adalah salah satu pelabur asas FGVH dan telah meningkatkan kepentingan langsung dalam GLC tersebut daripada 5.07 peratus pada 4 Julai kepada 7.02 peratus semalam.
Pengumpulan saham FGVH walaupun menurun sejak dua bulan lalu menyebabkan sesetengah pemerhati pasaran menganggap bahawa dana pencen terbesar di negara ini membantu untuk menaikkan saham kumpulan perladangan.
Harga FGVH juga membimbangkan beberapa peneroka Felda yang telah diberi pilihan untuk membeli saham pada harga runcit IPO pada RM4.45.
Dilaporkan pada 29 Ogos, kerajaan memperolehi peruntukan RM360.7 juta oleh Felda untuk membiayai 800 unit saham yang dibeli oleh setiap peneroka sepenuhnya.
Peruntukan itu menyebabkan peneroka bebas daripada perlu membayar lima peratus faedah bank setahun ke atas pinjaman yang mereka ambil untuk membeli saham dan peneroka akan membayar balik Felda kira-kira RM50 setiap bulan tanpa faedah, selama lima tahun.
Harga saham FGVH lemah berbanding dengan rakan-rakan seperti Sime Darby dan KL Kepong.
Walaupun saham-saham perladangan telah berada di bawah tekanan disebabkan kebimbangan mengenai harga minyak sawit yang lebih rendah, KL Kepong turun kira-kira empat peratus dari awal bulan Julai dan Sime Daby turun hanya kira-kira satu peratus berbanding dengan FGVH yang telah jatuh kira-kira 12 peratus.
FGVH melaporkan keuntungan mengecewakan bagi suku kedua, turun 32.5 peratus berbanding tahun sebelumnya disebabkan oleh pengurangkan tuaian minyak sawit, peningkatan dalam kos operasi, dan sumbangan yang lebih rendah daripada subsidiari gula MSM Holdings.
Kumpulan itu juga berhadapan dengan penuaan pokok-pokok kelapa sawit sebanyak 53 peratus daripada 320,000 hektar ladang kelapa sawit antara yang tertinggi dalam industri dan latihan penanaman semula akan menyebabkan kehilangan lebih benyak pendapatan sepanjang tempoh sebelum pokok-pokok menjadi matang.
FGVH juga dilaporkan mengalami kerugian dari segi produktiviti tan sehektar yang disenaraikan sebagai ketiga terendah di kalangan firma perladangan utama di Malaysia.
Harga minyak sawit juga dijangka kekal lemah dalam tempoh terdekat oleh kerana stok penimbal Malaysia kekal tinggi dan negara ini juga menghadapi persaingan untuk eksport dari Indonesia.
Sesetengah penganalisis walaubagaimanapun mengambil perhatian bahawa FGVH menawarkan aliran tunai yang mantap dan 50 peratus dasar pembayaran dividen.

Source: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kwsp-beli-lebih-banyak-unit-saham-fgv/

7 comments:

  1. memang PAS seronok melihat saham jatuh, hati dah memang busuk walaupun berlatarbelakang agama cuba saham tu naik mencanak, andaian lain pula dibuat, semua tak kena, mazlan aliman kena cepat2 ambil alih pengurusan felda ni atau jadikan mazlan aliman ni pengerusi KOHILAL dulu, tengok apa yg dia boleh buat atau sekadar sedap cakap mcm mat sabu, kalau dia ok, mennag pula PRU nanti minta izin dgn PKR dan DAP utk lantik terus ke jawatan tertinggi FELDA. ini sekadar cadangan rakyat marhaen

    ReplyDelete
  2. cube tgk lik preview isa samad sblum penyenaraian FGV dl...kata FGV x kn turun...bile da turun ckp saham mmg ade naik turun...igt rakyat malaysia ni bodoh ke...warga emas diaorang lah kencing sampai hancing...Org da knl sape dia ISA SAMAD tu...org yg xsehaluan dgn dia dlm felda habis di TENDANG...Mahathir da buang dia NAJIB plak kutip...x ke bodoh kepala rasuah jd kepala FELDA sekarang ni...LU pikirla Sendiri...

    ReplyDelete
  3. AnonymousSeptember 13, 2012 10:30 AM

    gua baru lepas fikir ni ..
    tu la gua kata lepas ni kita lantik mazlan aliman .. isa samad dah Allah uji dgn kuasa .. dia tewas ..kita tengok pula lepas ni biar mazlan aliman yg ketuai felda ni ..boleh ka dia mengurus dgn lebih cekap dan membawa felda ke tempat yg sepatutnya seterusnya membela nasib peneroka .. bila dia dah jadi ketua buatlah apa yg awak rasa betul mengikut cara awak ..sekarang ni sekadar bercakap ..takut PKR pula nak letak orang dia ..melepas lah lagi PAS ni ..jadi PENONTON dari jauh ..tu kira ok jadi penonton, entah2 jadi keldai lagi haru

    ReplyDelete
  4. "Mahathir da buang dia NAJIB plak kutip"

    kau mengaku juga dlm paksa yg mahathir tu bijak ya

    ReplyDelete
  5. Anon 12:36PM,

    Sebelum penyinarian macam2 kempen 'justification' dibuat agar warga Felda boleh dikeliru...ayat power yg selalu dijaja, "penyinaraian FGV akan mendatangkan mafaat besar kpd warga Felda termasuk generasi keduanya demi masa depan mereka". Cuba anon senaraikan apakah manafaat yg mereka akan dapat...jangan sokong 'buta2' tanpa buat penganalisaan..

    Ini saya nak kasi tau: Sebelum penyinaraian, pendapatan Felda melalui ladang sawit miliknya yg seluas kira2 352,000 hektar termasuk melalui sumber anak2 syarikat FHB adalah sekitar RM2 billion dgn keuntungan bersih melebih RM1 billion. Melalui wang ini, projek2 pembangunan ditanah2 rancangan dapat dibuat dgn jayanya termasuk projek membaik pulih bekaan air, memberi pinjaman tanpa faedah kpd para2 peneroka untuk mengubahsuai rumah, pemberian basiswa, menanggng kos operasi MRSM Felda dan beberapa institusi pendidikan yg lain, mengembangkan pelaburan ke luar negara dan berbagai2 lagi...Melalui kegiatan2 ini, sama ada secara langsung atau tidak, faedahnya dinikmati oleh para2 peneroka...

    Semasa dan selepas penyinaraiaan didapati para2 peneroka hanya diperuntukkan 820unit saham seorang...tanpa penglibatan koperasi mahupun generasi kedua mereka. Bantuan untuk kegiatan sosial masih berjalan tetapi agak terhad kerana ketiadaan sumber kewangan yg mencukupi. Aktiviti bisnes hanya berkisar kpd bagaimana cara dapat menyelamatkan sektor pelaburan oleo chemical diUS dan Canada yg mengalami kerugian besar.

    Keuntungan melalui penyinaran FGV tidak sebagaimana diharapkan. Keuntungan yg kecil ini terpaksa diagih untuk membayar 'durian runtuh' kpd peneroka serta untuk menyelesaikan hutang FGV kpd Felda (pemindahan asset dan liability) serta yuran pajakan tanah. Dgn ketiadaan wang yg mencukupi....tak berupaya ntuk meningkatkan jumlah pelabur disektor2 yg strategik...

    Saham2 peggangan individu kebanyakkan telah dilepaskan...yg ada pelabur institusi dan para2 peneroka. Peneroka terpaksa menanggung kerugian kerana harga saham jatuh keparas semasa penyinaraian..peneroka terpaksa membayar RM50/bulan bagi melunas balik pinjaman mereka dgn pihak bank (sekarang Felda dah ambil alih). Berbagai kekalutan telah berlaku...


    ReplyDelete
  6. salam...buat aper main saham... kan banyak subhah tu bro. kita buatlah jual beli cara islam... ikut sunnah bro.. cara islam tu dah baik, yang ikut cara bukan islam tu buat aper... nak cepat kaye ker... fikirlah bro...Allah dah mengatur cara yang baik untuk manusia, same-same kita muhasabah diri.. semakin dekat ke kita pada Allah dan Rasul atau semakin kita jauh... Jom kita berbah sesame...

    ReplyDelete
  7. jgn kita bertengkar sesame kita, mari kita sesame cari titik persamaan untuk penyelesaian. Kembali pada Quran dan Hadis... Itu bukan aku pesan tapi Nabi Muhammad S.A.W yang pesan kat kita dalam Qutbah nye yang terakhir.. Kalau Ada berbalah sesama kita kembali pada Quran Dan Hadis... Ky ingat bro... semoga Allah beri kita petunjuk dan hidayahnya...

    ReplyDelete