Wednesday, September 26, 2012

Kajian UM: Keyakinan kepada Pakatan Rakyat meningkat



(Kajian sokongan peringkat pusat menunjukkan peningkatan sokongan kepada Pakatan)
KUALA LUMPUR: Kajian yang dibuat oleh Universiti Malaya menunjukkan sokongan ke atas Pakatan Rakyat meningkat sekarang berbanding dengan kajian yang dibuat pada awal tahun ini.

Sokongan juga meningkat ke atas kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dan juga Kedah namun sedikit penurunan di Kelantan.

Kajian itu juga menunjukkan penurunan terhadap keyakinan rakyat bahawa BN akan terus menguasai Putrajaya dalam pilihan raya umum nanti.
Kajian itu dibuat oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya  Universiti Malaya (UMCEDEL) yang bertajuk Pola Pengundian Menjelang Pilihanraya Umum ke-13.

Kajian terbaru yang dibuat adalah pada 1 -16 September 2012  di seluruh Semenanjung Malaysia.

Kajian sebelum ini dibuat dalam tempoh 31 Mac 2012 - 15 April 2012.

Misalnya apabila ditanya, parti mana akan menang dalam PRU-13, kajian Mac - April menunjukkan keyakian kepada BN akan menang adalah 49% sedangkan kajian terbaru menunjukkan ianya menurun kepada 44% sahaja.

Keyakinan kepada Pakatan pula meningkat dari hanya 21% kepada 30%.

Keyakinan kepada kerajaan Pakatan di Selangor juga meningkat dengan ketara dari 38% kepada 50% manakala untuk BN dari 28% jatuh kepada 16%.

Begitu juga di Kedah. Keyakinan kepada Pakatan naik dari 37% kepada 48% dan kepada BN turun dari 40% kepada 32%.

Namun untuk negeri Kelantan, keyakinan kepada Pakatan jatuh sedikit dari 44% kepada 41% manakala BN naik dari 27% kepada 32%. Namun, kecondongan pengundi tetap kepada Pakatan Rakyat.

Source: http://www.harakahdaily.net/index.php/headline/13410-kajian-um-keyakinan-kepada-pakatan-meningkat

1 comments:

  1. Salam perjuangan, Tahniah atas bahan yang diusahakan . Mudahan dapat pencerahan dari Allah s.w.t. Mohon pamerkan bahan ttg salaf n khalaf.

    ReplyDelete