Saturday, September 29, 2012

Bajet bukan sekadar angka tapi manfaat untuk rakyat

KUALA LUMPUR: Presiden PAS Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata apa yang lebih penting dari pengumuman insentif dalam bajet adalah mekanisma penyampaiannya kepada rakyat. Menurut beliau, tidak guna jika pengumuman dengan angka dan jumlah berbilion ringgit tetapi manfaatnya tidak sampai dan tidak dirasai rakyat. Malah lebih menyedihkan, tambah Ahli Parlimen Marang itu, perlaksanaannya selama ini hanya lebih menguntungkan...
Baca Selanjutnya...

Bajet 2013... Macam-macam ada... termasuk BRIM 2.0 dan bonus kakitangan awam

Bajet macam-macam ada... itulah istilah yang sesuai hendak mengambarkan perbentangan perbelanjaan kerajaan tahun 2013 yang dilakukan oleh Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Abdul Razak di Parlimen tadi. Dengan berbaju melayu hijau, Datuk Najib mengambil masa kira-kira dua jam 10 minit bagi membentangkan Bajet 2013. Dengan tema Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati, jumlah keseluruhan bajet tersebut sebanyak RM251.6...
Baca Selanjutnya...

Friday, September 28, 2012

Di antara bajet BN dan bajet Pakatan Rakyat

BN dan Pakatan Rakyat memperagakan bajet 2013 masing-masing. Pihak Pakatan Rakyat telah membentangkan bajet bayangannya dua hari sebelum Najib membentangkan bajet pihak BN. Najib akan membentangkan bajetnya pada jumaat ini dan dijangka bajet itu adalah bajet pilihanraya. Tanda-tanda bajet itu akan memasukkan banyak peruntukan pemberian tunai kepada rakyat itu adalah jelas dan telah pun diakui oleh beberapa orang pemimpin-pemimpin BN. Itu tidak memeranjatkan sesiapa kerana Najib begitu popular dengan membeli hati dan jiwa rakyat dengan wang ringgit. Bagi Najib bayar sana, bayar sini adalah cara yang beliau selalu lakukan baik dalam kerajaan...
Baca Selanjutnya...

Dr Asri: Mengapa saya kritik aliran literal dalam Umno - UMNO TAK TAHU HADITH?

DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN ADA yang bertanya mengapa saya sering mengkritik aliran yang saya sifatkan literal yang dipegang oleh beberapa orang agamawan muda dalam Umno?Saya kata bahawa saya tidak kisah untuk sesiapa menjadi ulama tua ataupun muda kepada mana-mana parti selagi berpegang kepada prinsip agama ini.Umno dan Pas, semuanya sahabat saya. Prinsip agama itu lurus, fatwa agama tidak boleh berpihak. Hal ini terpakai untuk bukan sahaja...
Baca Selanjutnya...

Kes khalwat paling tinggi dicatat di Pahang

KUANTAN - Sebanyak 1,797 kesalahan jenayah syariah dicatat di Pahang dalam tempoh hampir sembilan bulan pertama tahun ini. Kesalahan khalwat dicatat paling tinggi dengan jumlah sebanyak 948 kes, diikuti berjudi (677 kes), tidak menghormati bulan Ramadan (62), kesalahan meminum minuman memabukkan (39), perbuatan tidak sopan di tempat awam (11) dan kesalahan-kesalahan lain (60).Menurut Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Pahang (MUIP) Datuk Seri Wan Wahid Wan Hassan, MUIP akan terus mempertingkatkan penguatkuasaan bagi membanteras gejala sosial daripada terus menular."MUIP akan mempertingkatkan kerjasama bersama Jabatan Agama...
Baca Selanjutnya...

Thursday, September 27, 2012

Belanjawan PR 2013 ke arah Negara Berkebajikan

Belanjawan PR 2013 ke arah Negara Berkebajikan1. Dewan Pemuda PAS Malaysia mengalu-alukan pembentangan Belanjawan PR 2013 yang bertemakan "Ekonomi Rakyat Negara Berkat". Ianya dengan tepat memberi penekanan kepada tiga agenda memacu kebajikan rakyat; a] meningkatkan pendapatan sebenar rakyat dan mengurangkan tekanan kos sara hidup, b] membina kumpulan rakyat berkeusahawanan dengan daya saing kompetitif dan c] mendaya masyarakat untuk...
Baca Selanjutnya...

Bajet 2013 Pakatan janji mansuh PTPTN

Belanjawan Pakatan Rakyat 2013 SHAH ALAM - Pakatan Rakyat (PR) membentangkan Bajet 2013 alternatif hari ini dengan antara lain dengan mengulangi komitmen akan memansuhkan dana pendidikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).Perikatan tiga parti itu yang membangkitkan soal itu awal tahun ini menegaskan menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menyediakan pendidikan peringkat universiti kepada kesemua rakyat Malaysia.Kata PR, pelajar-pelajar...
Baca Selanjutnya...

Bajet Pakatan tawar ‘lebihan wang di poket rakyat’

Belanjawan Pakatan Rakyat 2013 SHAH ALAM - Dilihat sebagai cadangan belanjawan yang lebih komprehensif berbanding tahun lalu, Pakatan Rakyat (PR) hari ini mengemukakan Belanjawan Pakatan Rakyat 2013 yang menyasarkan "lebihan wang dalam saku rakyat." Dalam dokumen cadangan belanjawan yang diumumkan di bangunan Parlimen petang ini, perikatan tiga parti itu, dalam usaha menuju ke Putrajaya berkata, cadangan pihaknya akan membolehkan rakyat...
Baca Selanjutnya...

Wednesday, September 26, 2012

Kajian UM: Keyakinan kepada Pakatan Rakyat meningkat

(Kajian sokongan peringkat pusat menunjukkan peningkatan sokongan kepada Pakatan) KUALA LUMPUR: Kajian yang dibuat oleh Universiti Malaya menunjukkan sokongan ke atas Pakatan Rakyat meningkat sekarang berbanding dengan kajian yang dibuat pada awal tahun ini.Sokongan juga meningkat ke atas kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dan juga Kedah namun sedikit penurunan di Kelantan.Kajian itu juga menunjukkan penurunan terhadap keyakinan rakyat...
Baca Selanjutnya...

Kalau Tidak Menipu Bukan.... -mso

Kalau Tidak Menipu Bukan.... SUSUPAN MALAM  MasyaAllah semuanya hendak tipu dan main palsu. Bukan saja mengenai liwat ponggek seseorang, masalah air juga hendak ditipu. Mungkin semua yang ada hari ini adalah palsu dan barang tipu, daripada daftar pengundi sampailah kepada bahan kempen.Boleh jadi juga ringgit yang kita gunanya juga palsu?Hari ini terdedah pula satu penggambaran mengenai masalah air di Selangor. Untuk tujuan itu 200 orang penduduk rumah pangsa telah dikerah dan diupah sebanyak RM50 untuk berlakun kononnya tempat mereka menghadapi masalah air. Apa mesej yang hendak dibawa ialah negeri Selangor berdepan dengan masalah...
Baca Selanjutnya...

Tuesday, September 25, 2012

Dari seorang penjual kelapa salai, akhirnya menjadi MB Selangor

Memandang dengan wajah yang sayu, anak itu tidak dapat berbuat apa-apa untuk menyelamatkan rumah salai kelapa yang dibina bersama neneknya dari rentung dijilat api. Pada hari itu, bukan sahaja salah satu punca pendapatan keluarganya hilang, malah dia harus mencari jalan melangsaikan upah yang perlu dibayar kepada beberapa orang perkerja. Tertekan dengan kejadian itu, semangatnya tidak patah, malah dia mampu berdiri di hadapan keluarganya...
Baca Selanjutnya...

Pasar malam tutup 20 minit, hormati waktu Maghrib - tAK pERCAYA KE?

  Barangan jualan ditinggalkan ketika peniaga ke masjid. 7.21 malam: Kemeriahan urusan jual beli Pasar Malam Padang Jawa diteruskan seperti biasa. BERMULA jam enam petang, kebanyakan penjaja dan pelanggan mula memenuhi kiri kanan jalan Pasar Malam Padang Jawa. Suasana hingar bingar kemeriahan urus niaga tidak jauh beza dengan pasar-pasar malam di lokasi lain. Namun uniknya di sini, tiupan wisel sejurus azan Maghrib, lampu gerai...
Baca Selanjutnya...

Monday, September 24, 2012

TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ MENZIARAHI JENAZAH WANITA CINA

Gambar Menusuk Kalbu... ‎23 September 2012 : YAB Tuan Guru meluangkan masa menziarahi kematian ibu kepada Tan Choon Hwa, pengerusi TCH Group di Kota Bharu pagi tadi. Penghormatan diberikan kepada seorang ulamak Islam apabila seorang anak muda Cina beragama Kristian mencium tangan TGNA tatkala menyambut ketibaannya di Christian Presbetyrian Memorial Centre di Kota Bharu. Nampaknya orang bukan Islam tahu untuk menghormati u8lamak berbanding...
Baca Selanjutnya...

Sunday, September 23, 2012

TERBAIK FOTO DPPM - Demo Bantahan Dewan Pemuda Pas Malaysia terhadap video penghinaan Rasulullah saw.

Berikut adalah gambar gambar yang sempat aku rakam dalam Demo Membantah Video Menghina Rasullullah dan penyampaian memo oleh Dewan Pemuda Pas Malaysia kepada Kedutaan Amerika Syarikat yang berlangsung selepas solat Jumaat dari Masjid Tabung Haji.Melihat demo yang berlangsung dengan bersemangat dan berdisiplin ini (setakat aku berada disana tadi)aku agak terkilan bila Pemuda Umno Malaysia yang...
Baca Selanjutnya...