Saturday, March 10, 2012

Penduduk Kecewa, 30 Tahun Tunggu Geran Hak Milik

Penduduk Kecewa, 30 Tahun Tunggu Geran Hak Milik, Tiba-Tiba Dapat Notis Arah Pindah Apabila Tanah Di Duduki Kini Jadi Milik Syarikat Swasta !

KUANTAN, 9 Mac - Beberapa orang penduduk yang mendiami Kampung Bukit Rangin dekat sini meluahkan rasa terkilan dan kecewa dengan sikap kerajaan dalam menangani nasib mereka. Ini berkaitan isu pemilikan tanah yang diharapkan selama ini hancur musnah apabila ia diberikan kepada sebuah syarikat swasta yang kemudiannya berkerjasama dengan sebuah syarikat lain untuk memajukan taman perumahan di kawasan terbabit. Menurut seorang mangsa yang terlibat, Abd Aziz Rani,57, (foto) berkata tanah yang mereka duduki itu telah diusahakan sejak mendapat Lesen Pendudukan Sementara (TOL) pada 27 Ogos 1987. "Kerja-kerja ukur tanah telah dilaksanakan oleh Pejabat Daerah Dan Tanah Kuantan seperti mana Notis Supaya Hadir Masa Ukur bertarikh 29 Julai 1992 selepas permohonan TOL di buat oleh kami. Anehnya, pihak Pejabat Daerah Dan Tanah Kuantan dalam surat mereka bertarikh 23 November 2006 (PTK/14267/LAMS) telah menolak permohonan kami untuk dipertimbangkan atas alasan permohonan terbabit berlapis dengan Laluan Petronas Paip Gas. Namun apa yang mengejutkan, pihak berkenaan telah meluluskan tanah kepada sebuah syarikat pemaju hartanah iaitu Jariaco Sdn Bhd. Ini sungguh mengecewakan kami yang sudah bertahun-tahun memohon gerak hak milik. Kini harapan mereka hancur luluh apabila dikejutkan dengan notis makluman bertarikh 29 Disember 2011 melalui syarikat Sentoria Alam Sdn Bhd yang meminta kami mengosongkan rumah masing-masing dalam tempoh 30 hari dari tarikh surat tersebut", katanya. Kesemua penduduk yang terlibat adalah terdiri dari kalangan warganegara Malaysia yang berbangsa Melayu. Difahamkan, penduduk terbabit telah beberapa kali memohon geran atas tanah yang telah sekian lama mereka duduki itu. Malah, perkara ini telah diajukan kepada Wakil Rakyat setempat seperti ADUN Panching, Zaili Besar dan Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Abd Manan Ismail. Namun mereka berdua sekadar memaklumkan akan membantu menyelesaikan masalah tersebut, tetapi janji-janji itu sekadar tinggal janji semata-mata. Sedangkan para penduduk kini menjadi trauma akibat diarahkan keluar dari tanah yang menjadi saksi titik peluh dan keringat mereka yang menitis sejak sekian lama.


Bukti, kerja-kerja tanah sudah pun dilakukan betul-betul ditepi rumah Aziz

Rumah milik Aziz yang paling hampir dengan projek perumahan tersebut

Inilah dia bukti betapa tidak adilnya kerajaan UMNO BN terhadap rakyat
"YB arahkan kami pindah ke satu kawasan taman perumahan yang tidak didiami penduduk akibat kawasan itu sering dinaiki air (banjir). Kami mahu dihantar ke kawasan "jin bertendang" buat apa. Pemaju pula menawarkan ganti rugi sebanyak RM4,000 untuk urusan perpindahan terbabit. Kami tidak kisah itu semua, apa yang kami kesalkan kenapa permohonan kami yang manjoritinya pengundi BN pada setiap kali PRU tidak dilayan dengan baik. Kenapa syarikat swasta pula dapat tanah ni .. Jika kawasan yang mereka dapat itu dibelakang rumah saya mungkin tak jadi masalah (sebab depan rumah laluan paip gas petronas). Tapi, kelulusan kepada mereka dibuat termasuk kawasan tanah yang saya diami dan termasuk juga di sekitar kawasan paip gas berkenaan. Bukankah ini tidak munasabah dan tidak masuk dek akal. Siapa punya kerja semua ini. Tolong jangan tipu rakyat demi sebuah projek pembangunan. Kami tidak tolak pembangunan, tapi biarlah ia adil untuk rakyat. Kalau kes ini berlaku di neegri pembangkang, maka sudah pasti ia akan diperbesarkan oleh media arus perdana. Mujurlah ia berlaku di Pahang yang diperintah oleh UMNNO Barisa Nasional", kata Aziz.

Surat Rayuan Dan Bantahan Telah Pun Di Hantar

Akibat sudah tidak yakin lagi dengan usaha yang dilakukan oleh dua wakil rakyat terbabit, maka penduduk terpaksa menghantar surat rayuan dan bantahan kepada Menteri Besar Pahang (foto), Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Pengarah Tanah Dan Galian Pahang dan Pegawai Daerah Kuantan untuk campurtangan dalam isu tersebut. Surat bertarikh 27 Februari 2012 itu telah dihantar oleh penduduk terbabit iaitu Abdul Aziz Rani, Mat Lazim Taleb, Abd Alim Majib, Jarah Ismail, Henawati Bahari, Osman Mohammad, Abd Rahman Awang Kecik dan Jamaluddin Saleh. Kesemua mereka merayu agar kesemua pihak terbabit memberi perhatian dan pertimbangan sewajarnya terhadap masalah yang mereka hadapi. Difahamkan, tanah yang menjadi kontroversi itu dulu adalah tanah milik kerajaan yang berstatus pertanian. Makanya, kenapa penduduk yang kesemuanya berbangsa Melayu dan beragama Islam itu tidak mendapat hak mereka. Sebaliknya tanah yang kini sudah diberikan hak milik kepada Jariaco Sdn Bhd dan didaftarkan dengan nombor HS(D) 40034 PT 108368 itu boleh diluluskan sewenang-wenangnya. Malah difahamkan, salah seorang Pengarah syarikat terbabit mempunyai pertalian keluarga dengan kepada bekas pemimpin UMNO Pahang. Jariaco Sdn Bhd kemudiannya telah berkerjasama dengan Sentoria Alam Sdn Bhd yang sahamnya 100% bukan milik bumiputra untuk mengusahakan tanah terbabit. Jariaco Sdn Bhd (200774-V) yang berkerjasama dengan Sentoria Alam Sdn Bhd (627769-F) yang beribu pejabat di Kuala Lumpur mahu menjadikan kawasan terbabit sebagai taman perumahan (Rujukan Pejabat Tanah dan Daerah Kuantan: PTK 6/6/070.2011). Soalnya sekarang kenapa para penduduk yang mahu memohon beberapa ekar sahaja tetapi dinafikan hak mereka?. Sebaliknya syarikat swasta terbabit diluluskan pula sebanyak 36.35 ekar?. Sedangkan pihak Pejabat Tanah Dan Daerah Kuantan dalam suratnya telah memaklumkan kawasan terbabit tidak dapat dipertimbangkan geran hak milik kepada penduduk kerana berlapis dengan Laluan Petronas Paip Gas. Ini bermakna terdapat unsur-unsur penyelewengan dalam kelulusan tanah berkenaan.


Kecewa, antara penduduk yang turut terlibat dengan kes memalukan ini

Pandangan belakang rumah Aziz yang paling hampir dengan projek tersebut
[Kami akan membuat siasatan lanjut kes ini. Ternyata, apa yang berlaku ini adalah tidak adil kepada rakyat. Mereka terlebih dahulu meneroka tanah itu, maka kenapa pihak lain pula yang mendapatnya. Terdpaat bukti jelas ada berlakunya penyelewengan dalam kelulusan tanah berkenaan kerana pihak Pejabat Tanah Dan Daerah Kuantan telah awal-awal lagi menolak permohoan penduduk atas alasan berlapis dengan laluan paip gas Petronas. Ini bermakna semua projek atau permohonan lain juga sepatutnya tidak boleh dipertimbangkan. Namun, apa yang terjadi sebaliknya. Penduduk ditolak tetapi syarikat swasta diluluskan. Apakah ini caranya pejabat terbabit melakukan kerja mereka. Kasihan kepada rakyat yang sudah lebih 30 tahu menunggu dan mendiami kawasan itu. Kini mereka terpaksa diarahkan keluar atas tanah yang telah mereka usahakan sejak sekian lama. Paling mengejutkan majoriti yang terlibat adalah penyokong kuat UMNO BN. Justeru, kes ini bakal menjadi saksi betapa nasib penyokong sendiri pun tidak terbela, bagaimana mereka boleh mendabik dada kononnya membela rakyat?. Bukankah kesemua yang terbabit adalah orang Melayu?. Kenapa diberikan kepada syarikat proksi UMNO dan kemudiannya mahu dimajukan pula oleh bukan Melayu. Jika kes ini berlaku di Pulau Pinang, sudah pasti hari-hari ia akan dimainkan di media. Laporan susulan menyusul dan dokumen berkaitan akan ditunjukkan sebagai bukti kes ini. Laporan polis juga turut akan di buat

Sumber : http://pahangdaily.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment