Sunday, March 18, 2012

PEDAS Buat 'Laporan SPRM', Dakwa Bekas Pemimpin UMNO BN Khianat Tanah Rizab Melayu

KUANTAN, 18 Mac - Sebuah NGO yang dikenali sebagai Pengerak Anti Rasuah Dan Salahguna Kuasa (PEDAS) baru-baru ini telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Pahang, berhubung satu isu penyelewengan tanah yang dilakukan oleh pemimpin UMNO di negeri ini. Laporan telah dibuat oleh wakil mereka, Ram Ponnusamy (foto) dan Pang Jon Kong di pejabat SPRM Pahang, Tingkat 10, Wisma Persekutuan dekat sini. Turut mengiringi mereka ialah beberapa orang pemimpin PAS Kawasan Kuantan termasuk Cikgu Sulaiman Md Derus (Timbalan Yang DiPertua) dan Ustaz Syed Anis Syed Hussin (Naib Yang DiPertua). Dalam laporan tersebut, pihak terbabit mendedahkan satu penyelewengan tanah (No Hak Milik 7793, Lot 468 Seksyen 39) yang dilakukan oleh bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Pahang yang juga bekas Menteri Besar iaitu, Tun Khalil Yaakob dan barisan exconya (Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang). Difahamkan, MB Ahli MMK telah berkerjasama memecahbelahkan Tanah Simpanan (Rizab) Melayu Tok Sira kepada 14 lot perumahan yang masing-masing mempunyai pajakan 99 tahun dengan menggunakan Pasdec Corporation bagi mengaburi mata rakyat atas tindakan ini. Menurut Ram, tanah disitu (Tok Sira) adalah Tanah Rizab Melayu dan tanah tersebut masih dirujukkan atau dikategorikan sebagai Tanah Rizab Melayu sehingga ke hari ini berdasarkan maklumat dari Pejabat Tanah Dan Daerah Kuantan serta Pejabat Ukur Dan Pemetaan. "Mereka gunakan Pasdec Corporation Sdn Bhd untuk permohonan tersebut dan kemudiannya dipecahkan kepada 14 bahagian untuk tujuan lot-lot perumahan. Permohonan telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang (MMK) pada 2 April 1997 dan ia diberi milik kepada Pasdec pada 25 Oktober 1997", Kata Ram. Pasdec kemudiannya telah menjualkan lot terbabit kepada ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Pahang dengan kadar harga yang terlampau murah.


Pang Jon Kong, Cikgu Sulaiman, Ram Ponnusamy dan juga Ustaz Syed Anis
bergambar di lobi Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia


Antara yang disebut dalam laporan itu ialah bekas MB Tun Khalil Yaakob,
Dato' Hamdan (PKNP), Dato Hassan dan juga Dato' Omar (bekas Exco)

"Antara yang menandatangi Borang 14A (pndah lot) bagi lot tersebut pada 31 Disember 2001 ialah bekas Timbalan Menteri Besar Pahang Dato' Hassan Ariffin dengan harga RM76,499. Harga itu terlalu rendah jika dibanding dengan harga pasaran ketika itu iaitu RM213,000 (dinyata dalam surat pejabat duti setem bertarikh 23 Januari 2002)", kata Ram lagi. Beliau turut mendedahkan, antara ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) yang mendapat lot-lot tanah itu lagi ialah Rahadian Mahmud Mohd Khalil (anak MB) bagi lot PN 7792, Lot 467, Seksyen 39; Dato' Omar Othman (Exco) bagi lot PN7800, Lot 475, Seksyen 39; Dato' Hamdan Jaafar (PKNP) bagi lot PN7803, Lot 478, Seksyen 39; Dato' Halim Hj Ibrahim bagi lot PN7804, Lot 479, Seksyen 39 serta ahli MMK lainnya.

Sumber : http://pahangdaily.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment